Sememangnya amat sukar untuk menelan realiti. Antara mahu dengan tidak, namun diri terpaksa mengakui hakikat sebenar.
Dahulunya di pertengahan 70an tatkala sudah mulai mampu membaca dan meneroka setiap ruang kehidupan dan seperti terasa bebas melakukan apa sahaja yang diminati dan disukai, aku pasti akan mencuba sesuatu. Dalam pembacaan ketika akhbar adalah medium 'maklumat' yang paling mudah serta murah untuk diakses maka selalu sahajalah aku menatap dan membacanya. Dalam pada itu perkataan arab yang telah di-romanised-kan tentulah tidak terlepas dari pandangan dan sebutan. Namun diketika itu mungkin sahajalah pemahaman akan setiap sebutan bunyi ke-arab-an sedikit tersasar atau terbabas terus akan maknanya.
Antara yang dapat aku catatkan disini misalnya... 'para anbia'...', 'golongan fukara' dan bermacam lagi yang mampu disebut dibunyikan tetapi pemahaman konteks ayat dalam penulisan rencana yang dibaca itu agak 'ke-laut'. Maklumlah pendedahan awal dan secara formal akan bahasa arab agak terbatas. Tapi kini melalui perubahan yang pesat dalam penyampaian informasi serta medium yang pelbagai serta lebih pantas dan hampir lengkap - teks, audio dan video - memungkinkan apa yang selama ini tidak terfikirkan boleh berlaku telah menjadi sesuatu yang normal. Bergantung kepada individu itu sendiri untuk memanfaatkan kemodenan teknologi yang tersedia kini.
Pagi tadi aku membuat revision akan bahasa arab 'al-quran' yang kesekian kalinya dalam usaha memastikan 'memory retention' aku dalam tip-top condition. Senantiasa mengulang-ulangi akan lebih memudahkan pemahaman. Objektif utama adalah untuk memahamkan isi kandungan al-quran yang mana sebagai muslim harus mengetahui akan segala yang di-butirkan kepada nabi muhammad saw agar dapat kita laksanakan sepertimana baginda pemimpin agong kita perbuat. Namun tidak setakat terhenti memahamkan sahaja tapi perlu melaksanakan setiap arahan/perintah serta mentaati setiap tegahan/larangan dengan berpandukan tafsiran para ulama via kitab yang dikarangi mereka dan mengikuti kelas ceramah agama oleh ustaz yang membincang dan mengupas kitab yang dipelajari dalam situasi terkini.
Usaha kearah ini hendaklah pula berterusan dan bukan pula sekadar bermusim.
No comments:
Post a Comment