Semalam aku membuka pembalut 'parcel' yang sepatutnya pada petang khamis lagi tapi sengaja aku lewatkan sehingga 'terbiar' seharian. Kita merancang tapi perancangan Allah-lah yang lebih sempurna. Seawal pagi khamis lagi, aku berhasrat untuk pastikan yang aku cukup 'tidur' demi untuk bertugas malam buat kedua kalinya pada tahun 2022. Seingat aku-lah, pertamanya semasa membantu kerja pengauditan 'stocktake softline pada pertengahan May. Manakala pada khamis 07/07/2022 adalah stocktake foodline pula. Bukannya tiada staff lain yang boleh tetapi memasing seperti mengelak untuk bertugas malam dengan pelbagai alasan. Bagi diri aku pula akan cuba sedaya mungkin membantu mempermudahkan tugasan dan menyempurnakannya sebaik mungkin. Persepsi 'kerja' malam membawa konotasi yang berbeza buat diri masing masing. Biar apapun, seseorang perlu melaksanakannya.
Aku memang menjangkakan sepertimana yang di-schedule-kan oleh pihak pembekal yang pesanan yang aku buat pada Isnin, 04/07, akan diterima pada Khamis. Namun dari pagi sebaik selesai bersarapankan karipap 'sardin' sebanyak dua keping, aku keluar disebabkan menyelaraskan kesulitan yang dihadapi oleh anak bongsu aku. 4:40 petang, selesai segalanya dan kembali kerumah. Perut memang sudah rasa menggigil kerana terlewat waktu untuk makan tengahhari. Selalunya masa makan tengahhari aku adalah sekitar 12:00 tengahhari berjajaran ke pukul 3:00 petang. Lebih kerap diawal waktu dan hampir sekali sekala sahaja terlewat tapi tidaklah sampai melepasi 3:00 petang. Tetapi untuk Khamis disebabkan tragedi yang menimpa keatas anak yang pada awalnya sekadar 'kemalangan' ringan telah 'drag' masa sehingga ke petang. Amat tidak aku jangkakan. Makanya, dengan keadaan kelaparan, informasi yang dimaklumkan akan kesampaian 'parcel' lebih awal dari kepulangan aku tidak aku hiraukan sangat. Malah aku pula menyuruhnya segera menyediakan 'delayed' juadah makan tengahhari aku.
terhempap meja...katanya |
tunggu dresser untuk cement pergelangan kaki |
Ketika melangkah masuk, tergolek 'parcel' berwarna hijau petronas di sofa. Sekilas terpandangkan, barulah orang rumah memaklumkan dari dapur yang ketika itu sedang mop lantai. Aroma wangi semerbak menyerbu hidung. Tapi pantas aku potong menyuruhnya menghidangkan 'nasi'.
Memang pantas dan semakin cekap mereka ini membuat 'business'. Aku pula, cukup disukai oleh pengendali on-line shopping. Senang berjual dengan orang sebegini. Tidak menolak, cepat terpengaruh dan segera buat pembayaran. Bayarpun bukannya perlu kena keluar ke 7E atau ke bank. Cukup dengan buka on-line banking dan ikut aturan pembayaran dan sekejap sahaja transaksi pembayaran selesai. Cuma nungguin sampainya sahaja.
Sesuatu yang dahulunya sememangnya sceptical, kini perkara biasa sahaja dan mulai membudaya dalam kehidupan. Terpaksa berlapang dada menerima hakikat. Sebaiknya, kita juga harus bertindak bergerak seiringan.
No comments:
Post a Comment