06 JULY 2022, 12:12
Sebijik kena ke muka
Kerap aku mengulang ulangi menonton akan klip video yang dimuatnaik oleh rakan di grup yang aku turut sertai. Sejak itu aku terngiang ngiang akan 'maksud' yang mahu disampaikan secara 'halus'. Video yang dimuatnaik pada 03 July amat deep menyentuhi aku. Tegas dan cara penyampaiannya yang keras, rasanya hanyalah untuk memastikan maksud yang mahu disampaikan kepada yang hadir dapat diterima seharusnya.
Tepat menusuk kalbuSemalampun aku masih lagi mengulang tayangnya untuk aku hadamkan. Apa yang menariknya, dihujung klip itu muncul teks 'Pasca Haji' dengan grafik buku. Dan diwaktu yang sama, facebook yang aku intai banyak viralkan statement 'bodoh' pengarah kpdnhep yang mana netizen membahan kaw kaw. Isu pengurangan pengambilan telur demi untuk mengurusi budget keluarga.
Rimas, sepatutnya proaktif membantuDiketika selesai Zohor, balik kerumah menunggui orang rumah menyiapkan lauk makan tengahhari, aku buka lagi klip video itu. Selesai sahaja, aku beralih pula ke fb. Kali ini mengenai seorang anak menikam leher ibunya di Tanjong Laboh, Tangga Batu. Terus sahaja aku ikuti berita yang mahu disampaikan. Amat dan begitu memeranjatkan. Apa dah jadi dan apa nak jadi dengan masyarakat sebangsa aku ini. Perkara perkara yang suatu ketika dahulu tidak pernah berlaku dan tidak terfikirkan mungkin berlaku namun telah dan dengan mudahnya diketahui oleh khalayak ramai. Bermenung didepan desktop HP EliteDisplay E221 yang dipacu oleh HP ProDesk yang di-hadiahkan oleh anak kedua aku mungkin dia perasan akan ke-obses-an yang melampau dengan gadget computer, rasa mual pula yang hadir dan bukan pula rasa lapar.
Sesama kita renungi, -bisikan-suruh-tikam-ibu-
Lain orang aku tidak tahulah. Tapi sememangnya hati ini mudah benar tersentuh akan apa sahaja perkara yang andai aku associate-kan dengan diri dan memikirkan cara terbaik mengatasi permasalahan yang 'mangsa' hadapi. Pantas benar aku membuat mengandaikan yang diri ini pula yang mengalaminya. Memang pening dan sukar hendak keluar dari kemelut yang menimpa. Sesuatu yang tetiba sahaja menimpa diri tanpa apa apa persediaan, terkejut terduduk memikirkan akan kenapa diri yang menjadi pilihan. Buntu memikirkan. Sebolehnya sesiapa juapun tidak mahu dan tidak ingin menghadapi situasi yang merugikan lagi merbahaya. Namun andai telah terpilih untuk menerima ujian maka perlulah menghadapnya. Cara mana dan sejauhmana tindakan yang patut diambil untuk mengatasinya amat terpulang kepada kemampuan diri.
Caption yang tetiba timbul dari center screen menunjukkan buku 'Pasca Haji' dan menghilang pantas membuatkan aku terpana melihatnya. Rasa tidak puas dan ingin aku tatapi lagi sekali. Maka aku ulangi dan kali ini lebih attentive. Iringan musik yang 'masuk', amat bersesuaian bertepatan dalam mempengaruhi perasaan viewer terutamanya aku. Aku freezekan video untuk aku bacainya dan mencatatnya. Selepas itu akupun google-la. Ini adalah teknik pemasaran dalam menimbulkan awareness diperingkat awal prosess. Target customer akan kemudiannya mencari jalan bagi memuaskan segala inqusitive yang dihadirkan. Lama kelamaan ianya akan berubah menjadi lebih terarah dan self-guided menuju sasaran. Akhirnya akan terbeli.
Order on 06/07, sampainya 09/07
Beli ataupun tidak, namun bagi diri aku 'message' yang penceramah mahu tasakkan ke-minda peserta ceramahnya yang bersifat 'urgent' lagi penting untuk semua hadamkan amat terkesan pada diri. Memangpun diperingkat usia hendak memasuki '6 series' ini, masa sebenarnya makin suntuk. Berbeza dengan mereka yang masih diperingkat remaja dengan panjangnya lagi perjalanan mereka. Semua kita akan menuju ke-arah yang sama. Kematian adalah final destination. Tiada keraguan akan perkara ini. Samada suka mahupun tidak, namun kematian adalah arah tuju kita. Cuma bezanya antara sesama adalah cepat lambatnya sampai.
Hasrat untuk senantiasa istiqamah berjamaah dan mahu melakukan perkara perkara bermanfaat berfaedah mengakhiri sisa sisa kehidupan menjadi keutamaan. Kehadiran video yang diuploadkan ke dalam grup amat bermakna. Cecepat sahaja selepas meneliti teguran serta saranan penceramah, aku ke platfom yang membolehkan aku memdapatkan maklumat lanjut. Aku google nama buku tu. Berderet link yang berkaitan yang keluar. Dari sinopsis buku, tentang penulisnya dan yang lebih memudahkan boleh dibeli secara online.
Berpuashati, maka aku beralih ke shoppe pula. Log-in ke akaun shoppe lalu segera membuat tempahan. Pandai benar pihak yang hendak menjual ini buat pemasarannya. Selain 'Pasca Haji', aku nilaikan juga 'Karya Terakhir' oleh penulis yang sama. Tersihir dengan persembahannya dan aku memang mudah dipengaruhi maka terbeli sama keduanya.
Era kemodenan kini memungkinkan segalanya mudah digapai. Tidak sampaipun beberapa hari, kedua duanya tiba selamat ke Bukit Katil. Mood Raya Haji menjadi pendesak kuat. Bayangkanlah kisah tentang pak haji dan bakal pak haji dispin sebaik mungkin dalam memberi nilaitambah kepada buku yang aku beli ini. Biarpun kebetulan, kehadirannya mungkin akan membuka minda lebih jelas dan terarah dengan checklist yang boleh memandu kearah jejak perjalanan yang lebih terarah.
Harap ianya bermanfaat.
No comments:
Post a Comment