Thursday, June 30, 2022

Lewat sampainya

Pantas sahaja tangan ini mencoretkan sesuatu seketika selamat pulang dari Econsave, Batu Berendam. Seperti menjadi kelaziman pula bila kehujung bulan, barangan keperluan dapor akan segera dibeli. Tengah tengah banyaknya idea perkatakan hal yang menyelubungi sebaik selesai Zohor, orang rumah pula terjerit dari ruang tamu, menyuruh berjumpa dengan budak JnT yang berada didepan rumah. 

Organiser...


Sekarang ni amat mudah membeli. Tergerak dan sesuai berkenan maka yang perlu dilakukan hanyalah ikuti sahaja proses yang tersedia. Have money will travel, bak kata omputih. 

Idea dan model perniagaan sebegini di era aku belajar dahulu tiada kedapatan. Malah konsep secanggih ini belum tersedia. Prasarana perhubungan masih diperingkat pembangunan. Era digital jauh lagilah untuk dimanfaatkan.

Terkini, segalanya dihujung jari. Untuk menghubungi sanak saudara, jauh dan yang dekatpun, cuma tahu nombor handphone sudah boleh dihubungi. Ditambahi pula dengan kemudahan e-banking lagilah merancakkan ekonomi digital ke peringkat yang tidak pernah terfikirkan oleh golongan bawahan.

Orang yang merancang tentunya telah melihat kemungkinan untuk menjana sumber 'perniagaan' baru. Peluang yang terhidang akan dimanfaatkan oleh mereka. Manakala mereka yang dilevel bawah mungkin sedikit ketinggalan tapi kemudahan yang dirintis oleh pioneer dalam teknologi ini mampu membuka peluang niaga era baru. Hanya imaginasi individu yang tidak bersempadan dan bebas menerokai bidang bidang perniagaan serba baru akan memberi pulangan lumayan.

Kita pula tidak sekadar harus menjadi pengguna semata. Harus ada usaha untuk terlibat secara serius dalam bidang perniagaan tanpa pejabat ini. Kelompok pengguna bangsa kita adalah teramai terbesar. Andailah hanya satu barangan sahaja yang kita upaya menjual dan dengan dokongan serta keterlibatan semua kita berjumlah jutaan pengguna, tentu sahaja bakal meningkatkan ekonomi bangsa.

kononnya...dari China

sebenarnya...dah ada pusat edaran kat Malaysia

keadaan sebelum...agak tidak teratur

selepas siap pasang


Harus adanya kesatuan dan bertindak seiringan serta saling membantu dalam pertingkatkan ekonomi orang kita. Teknologi telah tersedia, rebutlah peluang niaga tanpa premis dengan menggunakan 'platform' yang dibangunkan oleh orang kita bagi menjana pulangan yang berbaloi dan kalau kena caranya mungkin lumayan. Contohilah platform 'Shopee' atau 'Lazada' dan banyak lagi yang kedapatan dalam membantu peniaga kecil kecilan berpotensi berkembang menjadi penjana ekonomi orang kita dimasa mendatang.

Harapnya agar harapan aku ini disambut baik oleh anak anak muda yang punyai jatidiri menjadikan orang kita berdaulat bermaruah ditanah tumpahnya darahku ini.


No comments: