Tatkala aku hendak bergerak pergi, sibuk pula orang rumah bertanya, selepas mengangkat kotak berisi ikan kedalam rumah. Aku nyatakan tanpa menoleh kearahnya, 'Nak ke pejabat pos...'. Tapi sebelum itu 'panggilan Illahi' lebih utama untuk dituruti. Meleju sahajalah aku ke masjid di Taman. Untuk setiap waktu 'hadir' ke masjid adalah sesuatu yang bagi mereka yang mengerti akan menjadi keutamaan. Harapan yang pastinya dilorongkan olehNya dan semoga senantiasa dipemudahkan.
Selesai sahaja mengerjakan ibadah solat berjamaah, aku terus menuju ke Alza. Aku masih lagi tertanya tanya sendirian, kemanakah gerangan insan yang ingin sesangat untuk aku berbual santai sesama. Dalam aku masih tercarikan jawabannya sambil melangkah ke kereta mpv tu, seseorang bermotor menegur memberi salam. Orangnya amat aku kenal malah sejak dari zaman bebudak lagi. In split second juga-lah dialah orangnya yang pengsan sekejap terkena bola hoki 'real' dengan kayu hoki yang innovative iaitu, pangkal buloh yang dikerat seperti hockey stick masa 'friendly match' antara kampong aku dengan budak sebaya kampong kandang. Lucunya, ada pula seorang yang bertindak macam pegawai 'medic' berusaha memulihkannya. Berkesan bilamana dia meluruskan kakinya dengan membuat sedikit aksi menepuk-nepuk belakang Mat Nor sehinggalah dia tersedar.
Lalu spontanlah salamnya itu aku jawab. Soalan yang diutarakan mirip mirip ada persamaannya dengan insan yang aku teranggapkan sudah arwah itu. Tapi nadanya agak longgar sedikit. Dia ini pula antara regular ke masjid. Bekerja sendiri. Malah telah bertahun lamanya menjadi 'gembala' kambing khusus buat mereka yang mahu laksanakan korban haji. Terkenal juga dirinya sebagai penternak kambing di Bukit Katil. Pertemuan aku dengan dia sering kali terjadi di dua lokasi sahaja. Pertamanya tentulah di masjid. Keduanya pula adalah pada majlis keramaian terutamanya majlis perkahwinan. Selain dari dua situasi ini jarang terserempak dengan dia dimana mana.
Mungkin hairan baginya sehinggakan sanggup dia menegur diri yang bukan siapa siapa ini. Apapun ingatan terhadap rakan 'sekampong' yang tertakdirkan sekhariah kini di masjid, meluncur sahaja pertanyaan. 'Masih kerja lagi...belum pencen!'. Aku pula melorot sahajalah memaklumkan sambil spontan mengangguk anggukkan kepala. Mungkin dia dapat rasakan yang aku bergegas ke kereta dan jawab pertanyaannya itu sambil lalu sahaja, pertanyaan seterusnya tidak kesampaian. Terkilan juga aku tidak dapat berbual lama dengan dia kerana urusan yang aku hendak selesaikan segera.
Start engine bergeraklah aku ke Pejabat Pos Besar Melaka. Aku boleh sahaja ke JPJ yang jaraknya tidakpun sampai sekilo dari Raudhatu Al-Jannah ini. Aku memilih ke Pejabat Pos berbanding ke JPJ kerana aku lebih selesa kesana. Selain dari cepat dan pantas berurusan dikaunter, suasana lebih ceria. Lebih aku sukai adalah kurangnya orang berurusan di waktu lepas Zohor. Selalunya orang lebih bertumpu di kedai makan untuk makan tengahhari mereka.
Dalam pemanduan ke Pejabat Pos, tersentuh aku dengan pertanyaan 'masih bekerja' dari orang yang boleh aku kira begitu rungsing akan penampilan dan kehadiran berjemaah di masjid. Malu sebenarnya pada diri dan bukannya pada mereka berdua yang menanyai aku akan hal ini. Rasanya 'Allah' swt seolah menempelak aku berkenaan kesuntukan masa melalui mereka.
Moga aku dipermudahkan perjalanan hidup aku ini sehingga kepenghujungnya.
No comments:
Post a Comment