Thursday, June 30, 2022

No. 1 - Malu melihatnya

Ketika dalam 2 minit menyampai ke-persimpangan Tun Kudu - Ayer Molek lagi, aku terpaksa mengekori dan seperti didera dengan lori 3 tan. Keberadaannya dihadapan aku memaksa aku beralih lorong sebelah kanan kerana andai mengikutinya dari belakang maka makin lewatlah aku hendak ke Pengkalan Samak via Paya Dalam. Bila sahaja lampu bertukar hijau, dia dilorong kiri meluru dahulu manakala aku dilorong sebelah kanan terpaksa menunggui kereta dihadapan 'terhegeh hegeh' membelok ke kanan untuk meneruskan perjalanannya ke arah Ayer Molek. Aku perhatikan lori disebelah kiri aku tadi hendak memasuki lorong utama dari susur kiri tetapi aku lebih pantas kedepan dan kalau mengikut undang undang jalanraya, kereta sebelah kiri perlu memberi laluan kepada kereta dilorong sebelah kanan. Lagipun kalau membiar membenarkan dia memasuki jalan terlebih dahulu, pandangan mata aku pastinya akan terhalang. Didalam pemanduan, aku memang tidak gemar mengikut dibelakang kenderaan besar. Bila bergerak perlahan mengekori akan kenderaan dihadapan lebih lebih lagilah yang besar, kita kena buat 'kerja' tambahan. Terpenting sekali terpaksa mengagak kemana dia hendak bergerak dan kena juga mengikut 'rentak' pemanduannya. 

Bila aku dihadapan, pandangan tentunya akan lebih jelas dan boleh ber-awas senantiasa akan laluan yang akan aku ambil. Kalau mengikut belakang kereta, lebih lebih lagilah kenderaan lori yang sah sah terhalang pemandangan hadapan kita, pastinya membuatkan pemanduan lebih berhati-hati. Perjalanan ke destinasi tujuan terhenti sekali lagi. Kali ini dipersimpangan ayer molek - tambak paya. Lori yang aku perkatakan ini telahpun sampai ke persimpangan yang sama, cuma lewat seminit telah berada disebelah. Pastinya bila lampu isyarat bertukar hijau, alamat tertinggal dibelakang la dia.

Dalam aku mengintai-intai akan pemandunya biarpun light tinted, jelas kedapatan dua orang, rasanya gelap juga kulit tubuh mereka. Muda tidak lah muda sangat tapi mungkin dalam lingkungan penghujung 20an atau awal 30an. Semacam telah kejap pertalian berdasarkan pemerhatian aku. Sebelum inipun memang nyata semangat 'tolong' bangsa begitu menebal dikalangan kaum mendatang ini. Banyak sudah kedai India dan juga kedai runcit bukan orang kita punyai staff dikalangan orang mereka. Amat jarang yang aku terlihatkan akan bangsa kita mencari makan bekerja 'kuli' dengan mereka. Tidak pastilah kenapa phenomena sedemikian begitu ketara. Kedai melayu, tentulah orang kita juga. Hasil pemerhatian dan sedikit tanya menanya secara 'casual' dengan empunya kedai, rata ratanya mengambil saudara mereka sendiri bekerja dengan mereka. Ranjini mini market dari beroperasi satu pintu kedai pada permulaan operasi, kini di tahun 2022 telah menguasai 4 pintu sederet. Dari pekerja am sehinggalah ke juruwang semuanya berkulit hitam. Ada juga staff Melayu tapi setiap kali aku tersinggah bertukar wajah. Maknanya tidak kekal lama. Bongkar cari kerja lain. Mungkin tidak serasi agaknya. Begitu jugalah dikedai runcit Soon Soon di Taman Desa Duyung. Cerita hampir sama. Dari seunit kedai berkembang maju sehinggalah menjadi 3 unit kedai sederet. Yang ini pula lagi 'bold'. Kedai anak beranak. Chulai chulai yang mana masih belum bekerja akan diajak kerja sementara dengan Ah Soon. Kuatnya 'bond' kekeluargaan mereka sesama bangsa.

                                              Berselisih lagi, Ayer Molek - Paya Dalam pula

Menerawang sekejap dalam menunggui lampu isyarat bertukar hijau. Sayu pula hati melihatkan  insiden ini. Bila aku zoom-in, bukan biasa biasa. Aku cuba menafikan tentang apa yang aku lihat tapi realitinya adalah sebaliknya. Takut pula untuk aku membayangkan keadaan masyarakat aku dalam 10 ke 20 tahun lagi. Diketika anak muda kita leka merempit dan dilemahkan pula dengan dadah, anak bangsa mendatang berlumba mengaut peluang 'ekonomi' yang senantiasa terhidang tidak disambar oleh kita. Bilakah mereka yang terjebak didalam kegiatan kegiatan 'negatif' yang langsung tidak akan memertabatkan bangsa kita ditanah tumpahnya darah kita dan terlebih dahulu lagi akan betapa cekalnya nenek moyang yang berposak posak menahan menepis menentang melawan pengaruh luar akan terngadah tersedar. 

Risau memikirkan kemampuan anak bangsa yang hanyut dalam 'dunia'-nya sendiri untuk bangun bangkit bertindak. Menongkah arus tanpa adanya kekuatan hanya akan membuatkan golongan pelapis bangsa terus tenggelam tidak berdaya bersaing. Bangsat ditanah pusaka.

Aku tidaklah mampu membantu menaikkan semangat mereka. Empunya dirilah yang harus membuat perubahan drastik demi 'survival' diri dalam kehidupan. Tiada keajaiban. Insaf dengan kesungguhan menghadapi cabaran hidup yang mana secara semulajadinya akan hadir bilamana realiti yang merugikan diri benar benar terkesan. 

Sekiranya masih mengambil sikap tidak 'kesah' dan tidak mahu ambil peduli, pastinya menjadi 'pariah' lebih hampir digapai.

Harap dijauhkan petaka angkara gagal bertindak. Tetiba, kata kata semangat Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjalar dalam diri,

    'Diatas robohan kota Melaka - Kita dirikan jiwa merdeka

     Bersatu-padulah segenap baka - Membela hak keadilan pusaka'


No comments: