Tengahari tadi, selesai sahaja memborong ikan di Pengkalan Samak, pihak surau berdepan dengan deretan gerai ikan, mengumandangkan audio bacaaan ayat ayat suci al-quran. Sudah hendak masuk Zohor ni. Bergegaslah aku memecut kembali ke Bukit Katil.
Sesampai di Umbai yang selalunya akan singgah di PMEH @ Pasar Mini Esah Haniff, aku bertanyakan si-dia, 'hendak singgah ke tidak...' Jawabnya tidak mahu kerana petangnya nanti hendak ke Econsave. Keperluan hendak memasak tengahhari segalanya telah ada dan mencukupi. Makanya makin lajulah aku bergerak berlalu. Difikiran kalau segalanya tiada aral mungkin sempat lagi untuk aku berjemaah di masjid Raudhatu Al-Jannah.
Semasa melewati Alai, berpusing kepala mengintai rumah lama. Kebiasaannya aku akan singgah menghulurkan sedikit 'pemberian' tapi kali ini tidak pula. Perancangan aku sebenarnya hendak ke Pejabat Pos menghidupkan insuran dan cukai jalan MBG. Hampir setahun jugalah tidak digerakkan kecuali pada suatu Jumaat yang memeranjatkan aku. Serik akibat lama sesangat tidak mengendalikan 'jentera' yang bebudak sudah upgradekan. Dari rim berjejari ke rim sports dan dari kepuk lama berganti baru yang dibeli dari shopee. Biasanya si Yaseer yang melenjan tapi pada hari yang tidak disangka-sangkakan, boleh pula 'peristiwa' yang hampir mencederakan diri, terjadi. Takdir mana kita mampu melawan.
Apapun, selesai mengangkut foam box ke dalam rumah, aku segeralah menuju ke masjid. Parkir Alza di parkir yang sedia kosong, maklomlah hari bekerja dan segeralah mengambil wudhuk. Tatkala membuka pili air, bilal mulai qamat. Semasa sampai ditempat mengambil air sembahyang itu, hanyalah seorang jemaah sahaja hampir selesai mengambil wudhuk-nya. So makna kata, akulah orang terakhir memasuki shaf ke-dua.
Aku tidak dapat 'memahami' situasi yang aku dihadapkan ketika itu. Entah macammana sebaik sahaja orang surau di Pengkalan Samak memainkan rakaman bacaan ayat ayat suci al-quran, hati ini semacam hendak segera pulang kerumah. Memang aku tidak mensyaki apa-apa. Pergerakkan macam biasa tiada pula yang kelihatan janggalnya. Ada tidak ada, aku dipermudahkan. Lampu trafik hijau sahaja dari persimpangan memasuki umbai, telok mas, alai, kandang, Semabok dan di Bukit Duyung.
Sebaik memasuki taman, berselisih orang setaman bermotor hendak ke masjid. Ini menguatkan aku untuk lagi segera sampai agar aku dapat bersama dengan jemaah lain ber-zohor. Macam telah ditakdirkan pula yang mana selesai solat, makmum yang disebelah aku menegur, 'masih ditempat yang sama lagi...'. Aku menoleh merenung dia, seolah terperanjat aku. Dan dia meneruskan ungkapan yang macam dah sebati dengan dia bila sahaja terserempak dengan aku dimana mana sahaja, 'kurusnya... ada sakit ke'. Aku sekadar mengangguk mengiakan akan apa yang dicakapkan itu. Bersalaman dan dia terus bangkit dari shaf. Mungkin ber-solat sunat pula. Aku pula tidak menoleh kearah kemana dia pergi tapi tetap statik berzikir mengikut imam sehingga selesai mengaminkan doa yang dibaca olehnya.
Seusai zohor, aku mencari-cari akan dirinya tapi tidak kelihatan. Misteri layaknya. Hampir ke-85 jemaah yang 'sempat' sesama bersolat. Anggaran ini aku rasa tepat kerana 'rapatkan shaf' sudah kembali normal. Pernah pada suatu ramadhan, aku membuat kiraan akan jumlah makmum untuk setiap shaf. Kalau tiada tiang yang menghalang, jumlah masksimum buat setiap shaf adalah 50 jemaah. Makanya untuk zohor hari ini, andaian aku dari 1 3/4 shaf, total anggaran mungkin bersamaan dengan 85 orang.
Aku masih tercari cari dengan mata melilau melihat sekeliling. Tiada kelihatan.
Misteri. Cikgu Mohd Yasin namanya ketika berjamaah tadi adalah insan yang amat aku kenali sejak tahun 1980an lagi. Ketika itu aku dan dia(sudahpun, guru lepasan SPM) sesama menghadiri kelas STPM anjuran GPMS Melaka sessi 1982-1983. Lama tidak bertemu dengan dia walaupun se-khariah. Malahan semasa bulan puasa yang baru berlalu tahun 1443H, memang tidak kelihatan dirinya di Raudhatu Jannah. Rasanya Ramadhan tahun sebelumnyapun tidak pernah terserempak semasa berterawikh. Hendak dikatakan Covid-19 punya angkara menyebabkan dia tidak ke masjid agak mustahil. Ini memandangkan beliau adalah ahli dan penggerak Tabligh Bukit Katil. Berkunjung berjamaah di Masjid antara keutamaannya. Hendak dikatakan yang dia keluar 40 hari ataupun 4 bulan juga tidak berapa pasti pula disebabkan sejak Februari 2020 sehinggalah ke penghujung 2021, negara telah dikenakan sekatan perjalanan. Aku agak tergamam ketika bersalaman dengan dirinya.
Ternyata andai benarlah akan apa yang aku lihat, tanggapan aku yang dirinya telahpun arwah tentunya tersalah orang. Nama bersamaan juga profesion seorang guru dan lokasi tempat tinggalpun berdekatan begitu mengelirukan diri. Cepat benar aku menyimpulkannya.
Salah sangka kekadang boleh memalukan diri.
No comments:
Post a Comment