Sunday, June 26, 2022

Usaha tangga kejayaan...

24 JUNE 2022, 11:07

Usaha tangga kejayaan

Motto ini, rasanya kebanyakkan kita telah lama mengungkapkannya. Seingat akulah mungkin sejak aku mulai pandai membaca lagi dan tambahan pula menjadi pilihan kebanyakan sekolah. Sekolah menengah rendah yang aku masuki pada awal tahun 1977, SMAL, turut sama berkongsi 'tagline' ini. Pada ketika itu sememangnyalah tidak mengambil pusingpun akan hal ini. Dimasa itu masih peringkat budak lagi dan segala yang berlaku dan terjadi diketika itu tidak sempatpun untuk difikirkan kenapa dan mengapa. Pakai langgar sahaja. 

Maklumlah baru hendak menginjaki alam kedewasaan. Setiap langkah yang diambil masih lagi diawasi oleh orang tua. Serba serbi kekurangan. Wang lagilah. Minta ikhsan dari  bapak dan lebih kerap dengan nenek yang duduk serumah. Bapak dan mak aku duduk dirumah 'darat' manakala aku dan adik beradik yang lain mendiami rumah 'baroh'. Tidak tahu pula bila termulanya tradisi sebegini. Setahu dan seingat aku, sejak mulai bersekolah rendah lagi aku sudah duduk dirumah depan. Rumah peninggalan 'datuk' Yasin yang tidak pernahpun aku lihat wajahnya. Hasil bualan santai dengan abang long aku, yang kini telahpun kembali kerahmatullah, ada memaklumkan dimana dia merasa hairan yang mana lepas seorang ke seorang menghampiri 'arwah' datuk yang sangkanya sedang tidur mencium pipinya dan kemudian dibawa 'pergi'. Usianya berdasarkan ingatan akan kejadian itu adalah sekitar 5 tahun. 
 
Sejak mulai pandai ke bandar sendirian setelah bersekolah menengah, neneklah menjadi banker aku. Loaded orang tua tu. Kebiasaannya bilamana anak buahnya berkunjung lebih lebih lagilah yang bermastautin jauh di Singapura akan menghulurkan 'sedikit' wang kepadanya. Aku sekadar memandang sahaja andai aku ada dirumah. Selebihnya bolehlah diandaikan yang setiap kali mereka yang datang berziarah akan 'huloq'. Tidak banyak , sedikit. Time time raya, lagilah lebat. Berkepuk dia dapat. 

Lumrah kehidupan tiada sesiapapun boleh membuat telahan apatah lagi mengetahui penuh yakin akan perjalanan kehidupan sendiri ataupun orang lain. Segalanya bergerak menuruti kehendak Yang Maha Esa. Siapalah kita untuk mempertikaikan setiap kejadian. Namun hakikat yang berlaku kini malah sejak dahulupun dan berkemungkinan berterusan dimasa yang akan datang, kita sering sangat menyalahkan kepada orang lain atau 'sesuatu' dan semacam kelaziman pula untuk saling salah menyalahkan sesama. Masing masing mempertahankan kebenaran kenyataan yang dibuat. Sedikitpun tidak mahu mengalah mengakui kesilapan sendiri.


     Milli Vanilli - Blame it on the rain


Biarpun begitu, langkahan menerjah setiap ruang kehidupan tidak boleh dianggap mudah. Semuanya berkaitan dan terkait. Andai tidak dilakukan sedemikian maka pastinya yang tidak diingini pula yang pasti akan berlaku. Tiadanya keadaan ditengah-tengah. Apa sahaja yang dilakukan akan ada turutannya. Malangnya kita tidak mampu meneka meramal setepat yang mungkin akan rentetan kejadian seterusnya. 

Ikutlah rentak hati. 

No comments: