siap buat video call ngan lovely, cili kurang pedas
Coretan peribadi tentang apa yang berlaku dilingkungan (Berpandukan pengalaman/pengamatan serta pengetahuan yang sedikit cuma)
Sunday, June 14, 2026
Pandai dah pilih bawang...
siap buat video call ngan lovely, cili kurang pedas
Friday, June 12, 2026
Kematian menghampiri
2026-06-11 12:17:00
Umum tentunya menyedari yang kematian akan tiba at any time. Sesaatpun tidak dicepatkan mahupun juga sesaat untuk dilengahkan. Semuanya mengikut aturan yang dalam pengetahun Yang Maha Berkuasa. Tarikh kematian seseorang telah ditetapkan tersimpan di Luhz Mahfuz semasa kita dilahirkan.
![]() |
| Musibah penghapus dosa |
Bagi yang maklum, semua ni adalah 'medium' pembersihan dosa yang 'melekat'
pada diri. Kesabaran hadapi petaka ini pula, ganjarannya adalah peningkatan
'derajat' seseorang diSisiNya.Friday, May 22, 2026
Mural ... dibuktikan
Fri, May 22nd 2026
6:57pm Mural ... dibuktikan
Semalam pagi lepas bersarapan mee hoon goreng, aku ditugaskan sekali lagi untuk menghantar frozen karipap untuk Ita Solok Gaung, pemunya 'E-Tamar Enterprise'. Kali ini direct ke cawangan Duyong. Selalunya penghantaran adalah ke rumahnya yang merupakan HQ.
Berhentilah betul betul ditepi jalan bersebelahan gerai niaganya situated. Si Nadiah dengan rakannya mungkin tengah berbual kosong ketika aku datang menyerahkan pesanan 100 keping karipap yang dibuat semalam. Serahkan sahaja sebab pembayaran telah dilakukan oleh Ita secara online. Bila aku hendak masuk semula kedalam MAQ, aliran traffik pulak jam tu-lah bertali arus. Aku biarkan seketika sambil memantau keadaan sekeliling dari belakang kanchil.
Terpandanglah oleh aku akan 'mural' di dinding endlot rumah kedai. Mural yang sebelum ini heboh diperkata dan rancak dipersiapkan. Kelihatannya telah sempurna. Tetiba teringatkan vtt YB Helmy mengenainya yang 'terjah' ke halaman aku semalam. Video yang berdurasi dalam 3 minit tu, seolah indirectly mahu memberitahu viewer/follower YB, 'situasi' perkembangan terkini akan mural tersebut. Dari perbualan Uncle Wong dengan YB maka tahu-lah aku yang owner kedai makan cina tersebut adalah milik Ah Beng. Siapa si Ah Beng ni...persoalannya. Dia adalah adik kepada Uncle Wong.
Buat mereka yang hailed dari kawasan Duyong dan sekitarnya tentunya terlebih maklum akan lokasi ini. Petik saja 'Ranjini', kedai gunting 'George', Warong 'Mee Jawa' dan kedai sarapan pagi Si Latiff, pastinya segera tahu area mana yang dimaksudkan.
![]() |
| Cantik...cantikkkk.... cantikkkk ler sangat |
Bagi membuktikan 'kebenaran' conversation Uncle Wong tu dengan YB, memang disengajakan berlakon, aku abadikanlah gambar terkini 'mural' tersebut. Dalam hati, nakal pulak bertanya, 'Berapa agaknya telongkop duit rakyat...?'. Soalan yang tak perlukan sebarang jawaban. Faham faham sudah-lah.
Bagi aku, kalau betul caranya, proceed sahaja. Projek projek kecil juga perlu dalam menjana ekonomi. Duit dapat berpusing dalam lingkungan berperanan merancakkan ekonomi setempat. Di-istilahkan ekonomi mikro dimana gaji yang diperolehi pekerja akan syarikat yang dapat tender projek ini berbelanja untuk isirumahnya. Tentu sahaja kedai kedai yang dikunjungi mereka mendapat tempias. So putaran ekonomi makin rancak makin ligat membesar mengukuhkan pertumbuhan untuk kekuatan ekonomi negara secara keseluruhan.
YB...tolong luluskan banyak lagi projek projek micro ya. Ekonomi rancak, Rakyat sejahtera.
Wednesday, May 20, 2026
Selesai masaalah
2:36pm Selesai masaalah
Tue, May 19th, 2026
'Eeehh...banyak sangat ni pakcik' terpacul keluar dari budak mekanik Syakirin bilamana selesai dia pastikan yang MAQ yang kononnya ingin aku perbaiki sendiri menemui jalan buntu berjaya dipulihkan. Aku puas melihat wajahnya terkejut ceria ketika bersalaman beredar pergi. Aku yang mengajaknya datang melihat memeriksa MAQ yang lebih 2 minggu terdampar. Seingat aku-lah selepas pulang menghantar Yusree ke 'Puncak 7' pada petang Ahad 03/05/2036 lalu.
Ketika berborak sedang dia membuat pemeriksaan, aku maklumkan yang aku hadapi sesak nafas dan mohon berundur kebelakang ke bawah pokok berteduh. Bila ditanya, dirinya dalam usia lingkungan 30-an hujung. Huluran aku tu mungkin dirasakan tidak sepadan dengan 'kerja' yang dibuatnya. Tapi bagi aku pula selain dia berjaya selesaikan masalah yang aku hadapi, ikhlas pemberian tu sebagai balasan khidmat yang dia beri.
Memandangkan yang aku ini punyai 'zero knowledge' dalam hal penyelenggaran kereta ber-enjin petrol, menjadi mangsa adalah dijangkakan. Aku tidak kisah pun andai aku kena scam dengan mekanik bengkel kereta. Penipuan oleh mereka yang tidak ber-etika, mungkinlah bagi mereka suatu advantage dan lumayan penghasilannya. Orang kita, muslim dan solat semestinya tahu akan apa yang dilafazkan ketika sembahyang 5 kali sehari tu. Apakah mereka yang terpalit ini tidak mengetahuinya. Mustahil dibenak. Orang yang solat adalah orang yang waras fikiran. Tidak sah buat yang gila, tak siuman.
Tahap kegelisahan aku macam sukar dikawal. Sejak dimaklumkan oleh Ucop yang ikut sama menghantar Yusree ke rumah sewanya lepas Zohor pada Ahad(03/05/2026) bila sampai dirumah sekitar 12:30 pagi Isnin yang alarm MAQ berbunyi, segeralah aku merapatinya selepas me-markir Alza di verandah. Lampu signal menyala berkelip. Masuk kedalam dan start engine. Okay, sekali putarkan kunci sahaja, engine berjaya hidup. Kemudian matikan engine. Keluar dan tunggu seketika pastikan alarm tak berbunyi serta lampu tidak berkelip kelip lagi. Puas hati, masuklah kedalam rumah berehat.
Tapi keesokkannya, memantau lagi sekali situasi, lampu signal berkelip lemah dan alarm dah 'malas' nak berbunyi lagi. Konon macam bagus saja, aku masuk hendak start engine. Tapi kali ini dia merajuk terus. Engin tak mau hidup. Aku beranggapan yang bateri dah 'kong'. Penggunaan bateri 'kering' berbanding dengan battery yang perlu kerap dituang 'air battery' lebih mudah maintenance-nya. Tak perlu kerap memeriksa kondisi battery. Genap 2 tahun ke 2 tahun setengah, tak perlu fikir panjang dan tak perlu rungsing, beli sahaja yang baru.
At this stage, berkira lak aku. Battery baru ganti pada September 2025. Takkanlah nak kena beli baru. Buntu dan benak memikirkan. Aku biarkan masalah ini seketika. Put aside this matter, temporarily. Sebabnya pada petang lepas Zohor nanti ke Tampoi menghantar Usop balik pula. Balik semula ke Melaka pada hari Selasa, sibuk lak pasal buat karipap dan majlis kahwin dak Aliff, anak buah. Pada Jumaatnya lepas Asar akan dinikahkan dan majlis resepsi pada Sabtu.
Pada pagi minggu, 10/05/2026, semasa layan tiktok video di verandah terpandanglah aku akan satu video berkenaan 're-charging' battery. Claim mereka agar dapatkan alat yang dipromosi itu bagi elak membeli battery baru. Tambahan pula, harganya cuma dilingkungan RM20 sahaja. Something new bagi aku. Tanpa berfikir lama, langsung aku buat pesanan. Delivery-nya pula, ambil masa 2 hari sahaja. Betul dipercayai, kurang lebih @ 3:00pm hari Rabu(12/05/2026), ianya ditangan. Unboxing dan exactly sama seperti yang diperagakan.
![]() |
| Sampai...tepat waktu |
![]() |
| Unboxing |
Keesokkannya, bermulalah 'episode' seterusnya. Tanggalkan bateri 'kong' kat MAQ dan mulai menge-cas. Macam pro lagaknya. Harapanku agar engine dapat dihidupkan seperti sediakala. Confidence sungguh. Pasangkan semula akan battery yang dimaksudkan. Tapi berkali kali start, bukannya ada berbunyi enginenya tapi senyap sepi. Mulalah mati akal. Kira mulai surrender. Kena dapatkan bantuan pakar, mereka yang ahli dalam bidangnya.
![]() |
| Semangat gitu... |
Aku dah terkilan rasa. RM30 'hangus' beli alat bantuan memulihkan bateri 'kong' katanya tapi tak berhasil. Gagahilah diri ke bengkel Syakirin di rumah kedai di taman kediaman aku untuk datang membantu. Dia tiada dikedai tapi budak mekaniknya tengah 'layan' phone aku maklumkan permasalahan aku. Aku unjukkan battery yang bermasalah ni untuk dia periksa bagi mengetahui adakah ianya masih elok atau kena ganti baru lagi. Dia keluarkanlah alat pengukur 'kuasa' battery. Menyala serta memberitahu yang battery itu masih 'okay'. Dia mengagakkan yang mungkin ikat tak ketat atau 'kepala' bateri bermasalah.
Tak mau cerita panjang, aku ajaklah dia naik MBB ke rumah. Longkah saja dia beri tahu yang dia akan tunda dari belakang naiki motor. Sesampai kat MAQ, dia buatlah apa yang patut sampai 'selesai' biarpun tiada apa yang 'significant' pada pemantauan aku. Tentulah hanya mereka yang tahu dan mengerti akan bidang kerjanya dapat merungkai teka-teki yang aku ada ketika itu.
Selesai sudah.
Friday, May 15, 2026
Kereta banggaan sekadar dipandang sepi kini
5:48pm
Thu, May 14th, 2026
Kereta banggaan sekadar dipandang sepi kini
Bukanlah aku bermaksud merasakan diri disaat ini lebih baik berbanding orang lain tapi sekadar merenung insafi diri. Kita tidak pernah akan tahu apakah esok memihak menguntungkan. Atau mungkin dilanda masalah yang makin merumit membebankan. You all boleh tahu ker. So, adakah salah buat diri bimbangi akan segala kemungkinan.
Pada pagi Selasa @ 12/5/2026, selepas hantarkan karipap tempahan Ita Solok Gaung, bergeraklah aku ke Semabok pula. Ita juga namanya, Ita isteri kepada Din Roti canai. Dia memaklumkan hendak beli karipap frozen 4 bungkus semasa kat rumah saudara Rahman Ismail di Padang Temu. Respond aku ketika itu, insya-Allah, nanti saya hantarkan kat rumah.
![]() |
| Perjumpaan disini |
![]() |
| Bergambar kenangan bersama |
Setibanya aku kat rumah hendak menyerahkan 4 bungkusan karipap bernilai RM20, kelihatanlah halaman rumahnya yang tidak berapa terurus. Rumput menjalar tinggi tidak berpotong dan kedapatan banyaknya 'booby trap' ditanah berpasir menyampaikan ke pintu sisi. Mengelak berjalan agar tidak terpijak. Sesampai dipintu berpagar jaring elak kucing menyelinap masuk tapi daun pintunya ternganga terbuka, akupun ucapkan salam. Pantas berjawab oleh dak Din. Tapi ruang tamunya agak sedikit malap tidak ketahuan pula aku akan dari mana datang suaranya itu.
Akupun merapatlah menjenguk. Nampaklah kelibatnya tengah berbaringan diatas katil 'hospita[' dermaan YB Helmy, ADUN Duyong bermajoriti 300 undi tu. Sedih dihati melihatnya. Penagan 'gout'. Tidak berapa sihat dirinya. Tanyalah lagi, saja nak nampak ramah, tinggal berdua ke... gelap aje ni. Pantas dia jawab, bertiga. Ooo, dengan anak pompuan dia. Tengah terbongkang tidur di tengah rumah. Seorang anak down syndrome dalam usia awal 20an. Seketika kemudian, si Ita keluar dari dapor sambil mengajak masuk. Aku katakan hendak cepat, tak sempat hendak masuk berbual. Rasanya dia faham situasi ketika itu. Tentu sekali tidak selesa menerima tetamu saat itu.
Dia keluarkan duit dari dompet yang diletak dialmari hiasan berhampiran sambil menyerahkan kat aku. Total RM25. Katanya upah menghantar. Terimakasih aku ucapkan. Dia cecepat tanya Bedah ada ikut ker. Aku kata...dia dalam kereta. Hendak berjalanpun dah agak payah tu. Terhempap hempap sambil aku tunjukkan aksi. Ketawa kecil dia serta minta sampaikan salam.
Ketika berpaling bergerak ke Alza, aku scan-lah Estima Hitam mengiring dipintu. Agak lama disitu rasanya. Rumput meliar ditepi roda membuktikan. Kalau 'tuan'nya masih sihat, tentu dah kena lelau kemana mana. Dari dalam kereta aku memandangnya penuh arti. Aku pula yang terover. Sedih dan pilu sesangat moment ni.
Teringatlah aku seketika itu akan Honda Sedan model lama di-verandah rumah Hj. Abdul Rahman Ismail. Tentulah miliknya hasil bekerja. Gambar rumah dan lokasi rumahnya di-post dalam grup pada hari 'get together' kat rumahnya on 6/5/2026. Tuan-nya juga tidak berapa sihat. Kena mild stroke beberapa bulan lepas bersara. Pernahkah kita terfikir akan terjadi sedemikian. Rasanya tidak terlintas langsung even sekelumitpun jua. Tapi inilah realitinya, mungkin 'pahit' untuk ditelan.
![]() |
| Bertabah bro... |
Perspektif setiap kita tentang kehidupan mana pernah sama. Kita berpandangan sekian sekian tapi orang lain mungkin beza ketara sudut pandangnya. Memang sukar dimengertikan. Umum tentunya ketahui ujian yang didatangkan kekadang silih berganti itu adalah 'proses' penyucian diri dari segala dosa yang dilakukan sebelum itu. Ini adalah cara Allah SWT menggugurkan dosa dan mengangkat 'darjat' seorang Muslim selagi mana sabar serta redha hadapinya.
Kebiasaannya kita diuji dengan sakit fizikal juga kesusahan hidup. Orang lain yang melihat zahirnya sahaja, merasakan sedih kasihan akan sahabat dikenali ditimpa musibah atau 'kesusahan'. Umum beranggapan musibah yang dihadapi sebagai suatu bentuk 'azab'. Jarang atau sedikit sangat ianya suatu tanda kasih Allah yang ingin menyucikan hamba-Nya.
Adab menyantuni 'musibah' telah diterang dijelas malah dihuraikan oleh mereka yang maklum sesangat dalam bab agama, khususnya para ulama. Rajin rajinlah mendengar ceramah oleh ustaz yang mengajar pelbagai kitab 'live' di masjid saban minggu. Bagi yang faham akan tentu sahaja tenang hadapi musibah. Manakala yang 'slack' pula akan senantiasa berkeluh kesah dan mudah sangat berputus asa berputus harapan menyalah 'takdir' yang tidak memihak. Ada banyak 'doa' yang baik untuk diamalkan bagi memberi kekuatan kepada diri dalam 'menyerap' kesedihan kegelisahan akan package musibah yang dihadapi.
| amalkanlah |
Apapun, tak orang tak kita. Belum tentu lagi kita mampu sama seperti orang lain menyantuni musibah. Mungkin lebih teruk tak terurus bila berdepan dugaan.
Berserah dirilah kepada Yang Maha Esa dan Maha Merancang dan Maha Mengetahui agar kita dipermudahkan didalam segala urusan kehidupan. Ameen.









