Coretan peribadi tentang apa yang berlaku dilingkungan (Berpandukan pengalaman/pengamatan serta pengetahuan yang sedikit cuma)
Friday, April 24, 2026
Dosa dihujung jari
Wednesday, April 22, 2026
Hendak buang masa atau memanfaatkannya...up to you
Hendak buang masa atau memanfaatkannya...up to you
21 Apr 2026, 11:05am
Pagi Selasa ini, aku ambil ruang masa untuk pleased-kan diri sendiri. Buat sesuatu yang sememangnya aku longing mahu lakukan. Bukanlah untuk sepanjang waktu tapi hanyalah untuk seketika yang aku rasakan harus buat. Semua kita pastinya ada sesuatu yang diminati. Samada ianya memberi manfaat atau tidak. Sendirilah yang kena fikirkan.
Apa yang paling ketara dan tiada sesiapapun mampu menidakkan adalah 'masa' yang tersisa dalam hidup kat atas dunia ini makin berkurangan. Berbanding dengan mereka yang seusia aku(60 keatas ni) ditahun tahun ketikanya aku masih bebudak lagi dan mulai mengerti akan kehidupan ini, rasanya terbatas aktiviti yang boleh mereka lakukan, ikut pemerhatian aku dimasa ini.
Dikala itu sebagai perbandingan, agak mudah dan santai. Bagi yang tidak bekerja ketikanya di awal 70an itu lebih banyaklah yang lepak di kedai kopi. Berborak berbual sambil menghirup teh tarik ker atau kopi panas lawankan goreng pisang atau kuih juadah minum petang. Rata ratanya, bekerja 'sendiri' yakni kebendang atau menoreh disebelah paginya. Dipetangnya hari, lepas Asar, kedai kopilah golongan 60-yo plus akan bertumpu.
Apa kejadahnya hendak bersukan lak. Tenaga semakin kurang, pergerakan mulai melemah takkanlah hendak ber-takraw pula. Hendak melenting menyepak melibas 'gulong' atas jaring, ianya sesuatu yang sudah berlalu. Sudahlah refleksi makin berkurang, kang ada yang patah terkehel terseliuh kaki. Tiada kojo cari kojo.
Minat aku pada lelagu lama sesuai dengan zaman aku adalah lelagu 60an membawa ke penghujung 80an. Rasanya diketika itu andai ada kesempatan dan sedap dipendengaran, pantas sahaja aku ke kedai rekod(kedai jual piring hitam) mencari membelinya. Akan aku mainkan untuk halwa pendengaran sendiri di bilik guna portable record player. Tapi kini makin mudah. Teringin teringat hendak dengar apa sahaja lagu, cuma search tajuk lagu di youtube dan tersedia deretan lagunya dengan pelbagai versi. Hendak versi asal, hendak versi rakaman baru dan tekini ada lak versi 'AI' yang lagi advance malah 'mantap' music arrangement-nya.
Pilihan ditangan sendiri. Seperkara lagi aku juga minat menulis kisah yang telah aku lalui sebagai dokumen 'sejarah' kehidupan aku. Terpengaruh dengan pembacaan 'autobiography' mereka yang boleh dikatakan telah 'berjaya' dalam hidup ikut penilaian mereka dan masyarakat setempat mereka. Penceritaan dari sejak lahir dan sehinggalah saat menunggu kematian mungkin sebagai satu cara 'healing' melalui fasa terakhir kehidupan. Aku-pun mahu menghasilkan seumpamanya. Tiada yang mustahilkan.
Diketika ini, headphone ditelinga tengah kedengaran lagu S. Jibeng, Setahun Janji...@ Inai Dijari, sedang diwaktu yang sama aku tengah menukilkan coretan yang apa-apa ni di platform 'Notepad Free'. Canggihkan. Boleh lakukan dua 'kerja' dalam satu masa. Buat mereka yang telah meninggalkan kita sebelum kita pula menyusul kemudian, tidak berpeluang rasai akan apa yang kita rasai. Dizaman awal 70an di Malaysia yang baru hendak mengorak langkah dengan segala serbinya kekurangan tentulah tidak terfikirkan.
Ini cara aku manfaatkan masa. Dikala tahap kesihatan yang tidak memungkinkan aktif bergerak terlalu extreme dan perlu kawali diri dari renyah tak tentu arah yang mana akan memudaratkan kesihatan, so option yang aku ada amatlah terhad. Aku harus terima kenyataan ini. Pernah aku buat 'nakal' tidak dengari nasihat doktor. Kesannya macam hendak habis nyawa. Bernafas tersekat sekat. Rasa sakit tidak keruan. Serik alami maka aku kini lebih berhati hati membuat apa sahaja kerja lebih lebih lagilah yang melibatkan banyak pergerakan.
Most of the time, aku confined myself di rumah. Ketikanya hendak solat, memandulah ke masjid. Cari sarapan atau perlu dapatkan keperluan harian on and off sifatnya, menujulah aku with lovely ke destinasi tujuan. So, tiada yang lainnya seharian. Hari balik hari, perkara yang samalah aku buat.
Bagi memenuhi masa, sudah bertahun jugalah aku ikuti 'kelas' pada awalnya berdepan dan sekarang ni secara 'online' akan bahasa Arab Al-Quran. Belajar demi memahami Al-Quran berperingkat peringkat. Capaian internet yang makin cekap lagi pantas menjadi pemangkin kearah percepat usaha untuk fahami dan 'taddabur' setiap ayat yang dibaca.
Harapan dihati moga tercapai hajat ini. Ya Allah, perkenankanlah....Ameen.
Thursday, April 16, 2026
Selesai sudahkan...
![]() |
| Mr. DIY @ Damansara Aliff..nie jerr |
![]() |
| Lepas sarapan...menonong ke sini |
Saturday, April 4, 2026
Mendaftar masuk ke ITM
Mendaftar masuk ke ITM
![]() |
| Sebijik cam nie...warna kuning telor |
Monday, March 30, 2026
Pening memikirkan
Saturday, March 21, 2026
Pagi raya...
3/21/2026 02:02
Pagi raya...
Tidak dapat lelapkan mata disaat ini. Entah kenapa. Apa yang pastinya dan terlebih yakin, aku tidak sepatut selayaknya untuk beraya dalam ertikata sebenarnya. Puasa aku, dan segala bentuk peribadatan lainnya dibulan Ramadhan kali ini yang seharusnya diberi fokus yang jitu tidak capai standard. So so sahaja.Sejujurnya aku akui. Buat sekadarnya sahaja, bak kata orang yang culas lakunya, hanya syarat sahaja.
Malu pada diri sendiri. Di usia yang kian lanjut dan dibebani pula dengan penyakit paru paru kronik bukanlah alasan untuk aku dikecualikan dari bersungguh di sepanjang Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Kita tidak akan tahu - adakah tahun hadapan diberi kesempatan ataupun tidak. Ajal maut bukanlah kita ketahui tapi datangnya tidak terduga.
Siapapun mahu lakukan yang terbaik.Sekadar berharap tapi tindak tanduk tidak terarah ke sasaran yang sendiri tetapkan. Hampeh. Mana mungkin boleh tercapai. Memang tidak selayaknya buat aku.
Sekadar ikut merayakan hari 'mulia' ini sepertimana orang lain. Namun jauh disudut hati, kita tahu-lah sehebat manakah amalan yang dikerjakan sepanjang ramadhan yang ditinggal pergi. Termanggu memikirkan nasib diri dimasa mendatang nanti. Cepat lambatnya segala bentuk rintangan dugaan juga mungkin 'sedikit' kelegaan kegembiraan ehsan Dari-Nya perlu diharungi penuh keinsafan.
Tiada masa kalau diikutkan untuk aku especially-nya mengenang kisah lalu. Semua kita terarah ke satu 'jalan' yang sama iaitu menuju ke alam lain, alam akhirat.
Wednesday, February 25, 2026
Gagal patuhi
24 FEBRUARY 2026, 04:01 PM
Gagal patuhi
Semalam, Isnin dan kurang lebih beberapa minit lagi azan Zohor dikumandangkan, aku gerak ke masjid. Melepasi simpang berdepan rumah Hj Jaffar, terlihatkan MCJ Alza berwarna oren keluar dari kiri lorong didepan, jiran sebelah rumah kepada Omar penyewa gerai makan kat tepi padang - lakinya kak Siti membelok ke kanan. Haluan yang sama dan menjadi kebiasaan aku ke masjid. Aku berandaian yang jiran yang baru baru ini aku berbual santai menjemput lepas balik dari Jumaat seminggu sebelum majlis kahwin anak akan sesama arah tujuan.
Mungkin dia perasan yang aku 'tailed' dia. Sedangkan pada awalnya aku tidakpun bubuh perut pasal Alza MCJ che jiran ni. Memang dah begitu laluan yang biasa aku ambil. Tetiba bila sampai dihujung blok bangunan rumah 16 pintu sederet iring padang ni, dia terus menonong ke depan manakala aku belok ke kanan kearah laluan belakang jalan bayan 2 untuk ke masjid. Laluan short-cut.
Sempena Ramadhan kali ini, aku telah ikrar pada diri untuk 'discourage' myself dari mencoret berkarya di digital journal yang aku ada. Fokus lebih kepada peribadatan berpuasa. Rasanya selama ini aku tidak mencapai tahap. Ruang dan peluang yang di'anugerah'kan pada Ramadhan kali ini tentunya tidak akan aku sia-siakan. Malangnya, aku gagal menahan diri.
Insiden hari semalam begitu menekan jiwa dan perasaan. Mungkinlah dia tiada merasakan sesuatu atau kebetulan gerak hatinya mahu mengikuti laluan lain ke masjid. Atau memang dia dah perasan yang aku mengekori di belakang. Hanya dirinya sahajalah yang lebih maklum. Tapi deep in my heart, aku dapat rasakan yang aku ini bukanlah siapa siapa di matanya. Tak kisahlah andai orang akan kata yang aku ini overact overthinking, berlebihan mencurigai orang atau 'anxiety' tak bertempat.
Selesai berjemaah zohor, keluarlah aku dari pintu masjid utama. Bergerak perlahan menuju ke kancil yang purposely aku parkir di tepi pintu masuk agar senang untuk bergerak pergi ke 'Family Store' di Melaka Mall pula. Masa didalam kereta, aku terperasan MCJ ada diparkir berdepan pintu masuk utama masjid. Baik diparkirnya. Aku tertanya tanya sendirian. Why it's happened to me. Tentu sekali aku tidak akan menemui jawapan yang pasti.
Iyalah, aku ini bukanlah seorang yang prominent figure. Berpengaruh jauh sekali. Punyai jawatan penting memang tidak lah. Cuma seorang warga tua yang menunggu hari 'kematian'. Berselisihpun orang tidak perasan kehadiran kita. Aku dengan cara aku. Berkecil hati mungkin tidaklah sampai ke tahap itu. Namun terasa benar terkilan dihati bilamana aku diperlakukan sedemikian rupa.
Agakkan aku mungkin dia tidak mahu berbual dan lebih pasti elak dari bertembung bertegur dalam langkahan ke pintu masjid. Sangkaan aku mungkin benar atau tersasar jauh sama sekali. Bukanlah aku mahu berburuk sangka tapi perilakunya seolah begitu obvious. Mana mungkin dapat diselindungi.
Biarlah. Akupun tidak berdendam. Aku juga tidak mahu ianya jadi hal yang merungsingkan. Sekelumitpun tidak, okay. Namun terfikir sendirian. Kenapa aku diuji. Misteri yang yang sukar payah untuk dirungkaikan. Hanyalah Dia Sahajalah Yang Maha Mengetahui.
Pasrah dengan kejadian ini.


