Monday, September 23, 2024

23 haribulan

23 SEPTEMBER 2024, 13:31

Tibanya tarikh ini setiap bulan, menjadi keutamaan untuk jelaskan ansuran Alza. Sejak 2 bulan yang telah berlalu ini, anak aku telah dahulukan pembayaran untuk July dan August. Hari ini merupakan ketiga kalinya. Belum ada lagi perkhabaran darinya yang kini bermastautin di Tampoi.


Aku berharapkan yang dia ingat akan keperluan membuat bayaran ansuran. Untuk memaklumkan secara terus mungkin akan serabutkan lagi suasana hendak menyesuaikan diri ditempat baru. Ikutkan, hari ini adalah hari pertama dia 'keluar' bekerja ke Infineon Singapore tanpa sesiapapun mengiringi kepergiannya ke sana. Aku berharap segalanya berjalan lancar. Tiada masalah besar yang melengahkan. Terhindar juga dari hal remeh yang sepatutnya dapat dielakkan. Apa yang paling pasti semoga sampai ke destinasi 'on time'.


Diketika detik ini 13:40pm, aku sudah 'standby' back-up. Sekiranya dia tidak membuat transaksi secara online dan whatApps aku slip pembayaran, aku akan personally transfer. Segalanya bergantung sehingga habis hari ini. Bank ni pulak tiada kompromi. Kalau tarikh tertentu kena jelaskan ansuran, maka jangan berlengah lagi. Lewat sehari pun kena 'denda' RM5.00. Tidak berbaloi. Sudahnya dasar peminjam, apa sahaja yang dipinta diarah kenalah turuti. Peminjam adalah atas ehsan pihak pemberi pinjaman.

.

Sebab itulah bukan boleh suka suka hendak meminjam. Sedapat mungkin cuba elakkan dari terjebak. Pengalamanlah yang menyimpulkan. Terpulanglah. Hendak merasa bahangnya berhutang maka teruskan. Namun nasihat aku kepada mereka yang tidak selesa berhutang, syabas aku ucapkan. Menghindarkan diri dari dibeliti hutang menunjukkan yang anda berprinsip orangnya. Bebas mencatur kehidupan mengikut kemahuan sendiri.


Aku amat terkilan seolah bersalah menyuruhnya menyambung ansuran yang berbaki dalam RM19K. Tapi tawaran aku ini tidak mungkin mampu ditolaknya. Cuma berbaki dalam 2 tahun sahaja dan aku istiharkan yang Alza yang digunapakai ini akan menjadi milikinya. Meaning that jentera yang sudah berusia 7 tahun ini, nama di geran akan bertukar.

 

Mengintai dari verandah


Bagi aku, cuma telahan aku sahaja, mungkin dia dalam terpaksa harus menerima cadangan aku. Tentulah janggal dan keterlaluan berkira dengan bapa kandung sendiri. Mungkin juga dia terlebih maklum yang aku tidak lagi berpendapatan. Dan atas rasa tanggungjawab sebagai seorang anak, memikul menggalas keperluan keluarga seolah terletak dibahunya selaku anak lelaki kedua dalam keluarga.


Aku tidak berani menjangkakan apa yang akan terjadi dimasa terdekat nanti. Kita sekadar harungi rentak kehidupan yang perlu dijalani. Memikirkan dan merisaukan sesuatu yang belum tentu jadi tidaknya cuma membuatkan kita 'hilang' semangat. Perancangan kita tidak mampu mengatasi perancangan Allah swt. Biar baik biar buruk yang akan kita hadapi mengikut pertimbangan kita, tapi apa yang berlaku nantinya adalah atas ketentuanNya. Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa tentulah perancanganNya adalah yang terbaik bermaksud berbanding apa yang kita rancangkan.


Semoga apa yang aku risau dan bimbangi tidak terjadi. Aku tidak expect sesuatu yang 'big' untuk berlaku. Cukuplah sekadar perkara yang aku beri perhatian ini iaitu ansuran bulan September dilunaskan mengikut jadual. Bagi aku hutang tidak boleh buat main main. Ianya merupakan bebanan tanggungan yang sengaja dipinta. Bak kata pepatah pujangga, tangan yang mencencang bahu sendirilah yang memikul. Takkanlah mengharapkan orang lain pula. Apa kejadahnya perangai macam ini. Memang tidak 'gentle' kalau begitu.


Luahan ini harapnya dapat redakan keresahan yang melanda. Ameen.

Monday, September 2, 2024

Nilaikan

02 SEPTEMBER 2024, 01:01

Nilaikan 

Terpulanglah. Aku tidak memaksa. Luahan rasa hati aku di dinihari ini dibuat semata mata mahu melepaskan keresahan bilamana mengetahui seorang demi seorang dari rakan kampong, rakan sepermainan dan juga rakan sekolah sebaya lagi telah dijemput pulang. Kepulangan pula di detik yang tidak semua orang sangkakan. Tiada sakit tiada tanda tanda derita yang terzahir namun tetiba menerima berita menyedihkan dan tentu sekali amat mengejutkan. Memanglah kematian akan menjengah keatas semua insan yang bernyawa. Tiada sesiapapun yang berani menyangkalnya. Tidak kiralah apa pangkat dan jawatan yang disandang. Samada orang kebanyakkan atau terlalu berpengaruh dalam masyarakatnya dan bila diajukan mengenai kematian maka semua kita akan mengelak memperkatakannya. Ikut logik akal manusia, mungkin tiada sesiapapun yang mahu ambil tahu akannya. Misteri buat semua yang hidup. Ini adalah hakikat yang harus diterima. Secara lumrahnya memang kitapun tidak suka memikirkan tapi bagi mereka yang tahu benar benar faham, memperkatakan soal mati dan kematian dan senantiasa mengingati mati adalah yang utama dalam kehidupannya. 

Memang sukar hendak melelapkan mata. Nasib dan ajal mereka yang amat amat aku kenali telah sampai ke penghujungnya. Cara dan detik kematian mereka memang tidak tersangkakan. Kita tidak faham dan tidak akan faham kalau masih leka dengan permainan dunia. Biarpun telah diingatkan yang dunia ini adalah tidak kekal sepertimana kehidupan di akhirat nantinya namun masih tetap mengutamakan 'keseronokan' dunia yang melekakan. 

Pertembungan 'nafsu' dan perlunya mentauhidkan Allah swt amat bertentangan dalam tingkahlaku seseorang. Bagi mereka yang telah berusia dan masih tidak menyedari akan masanya akan tiba jua untuk meninggalkan dunia ini. Bagaimana dan bila hendak persiapkan diri semestinya bergantung kepada sudut pandangan masing masing.

Sekali lagi, terpulanglah. 

Thursday, August 29, 2024

Tanda Ingatan

Tanda ingatan

Semalam ada satu artikel yang melintasi di fyp dari pengendali media digital dan amat menarik rasanya untuk dibaca. Aku cuma sempat membaca poin penting dan scroll down ke hal lain. Anak mencacah nama ibu dilengan sebagai kenangan buat ibunya. Untuk lebih jelas memahamkan, aku tag balik 'cacah nama ibu' di google search sebelum aku meneruskan coretan.


laporan lanjutan setelah berlakunya kejadian pada Jumaat, 23/8/2024

Rujuk artikel cacah+nama+ibu bagi mendapatkan maklumat penuh.


                                                      Insiden gemparkan se-Malaya

Aku melemparkan pandangan keluar seketika diberandah pagi ini sambil cuba merenungi peristiwa yang menjadi kegemparan dan mendapat liputan serta merta. Menariknya terdapat video menunjukkan saat berlakunya kejadian itu. Jelas didepan mata dan seolah tidak percaya hal ini boleh berlaku.


Siapa sangka dan tiada seorangpun yang boleh menduga yang 'ajal'-nya adalah dilokasi kejadian. Memang kita sendiripun tidak mengetahui bila, dimana dan bagaimanakah kita akan dimatikan. Namun kita akui yang kematian pasti akan tiba harinya. Tiada cepat atau lewat biarpun sesaat jua. Ini adalah ketentuan dariNya.


Bukan aku hendak pertikaikan tapi cumanya amat berasa hairan akan kejadian yang berlaku ini. Kisah riwayat ibu dari negara India ini bernama Vijayaletchumy berusia 48 sepertimana dilaporkan mungkin telah berakhir 5 hari yang lalu. Aku pula yang resah semacam. Hidup lawannya mati. Ini semua orang sedia maklum. Malangnya skrip penghujung hayatnya tidak terlepas dari pemerhatian. Sepatut seharusnya lebih hiraukan perjalanan kehidupan diri sendiri. Belum tentu pengakhiran hidup kita sepertimana yang kita harapkan dan tidak mustahil 'asbab' kematian kita mungkin lagi dahsyat tidak tersangkakan. Ini tidak, asyik sangat membelek belek, menyelak dan menyingkap skrip kehidupan orang. Apa..., awak tiada kerja lain ke nak buat. 


Rasanya mungkin terlebih amat meminati pembacaan 'autobiography' sehingga terbawa bawa dalam menempuhi kehidupan sendiri. Skrip kehidupan yang didokumenkan oleh penulis itu sendiri biarpun ada tokok tambah penceritaan mengikut pandangan diri sendiri memadai untuk merasai kisah yang terjadi disepanjang timeline-nya. Angkara terlalu obsess, aku mudah sangat untuk ingin mengetahui detik detik yang melingkari kehidupan mangsa biarpun sekadar kisah picisan yang tiada sangkut paut sekalipun. Variasi kisah dan anekdot dari mereka yang mengenali mangsa adalah asam garam kehidupan dirinya.


Namun bila melihat wajah mangsa yang datangnya dari India ini serta penampilan anaknya, M. Surya, yang dilaporkan baru berusia 25 tahun seperti tidak harmoni. Aku amat 'particular' akan beberapa hal yang aku mahu ketahui. Tidak tahulah aku akan corak kehidupan di negara luar amnya serta yang di India khususnya. Bagi akulah biarlah 'reader' dapatkan informasi terkini akan pencarian mangsa dari sumber berita yang tepat lagi established. Aku cuma meluahkan kehairanan aku akan 'keberuntungan' mereka sekeluarga yang mampu melancong dan memilih Malaysia sebagai antara destinasi pilihan. Pelik penampakannya yang mana anaknya yang dikatakan berusia 25 tahun telah merantau melihat negara orang tapi kalau ikut pengalaman aku sendirilah dia mungkin di awal 30-an atau pertengahan 30-an. Muka satu satu macam orang 'teruk' bekerja.  Kalau begitu, tentulah penghidupan yang dijalani mereka adalah amat baik disana. Ekonomi keluarga kukuh sehinggakan mampu bersiar siar sampai ke luar negara. Bukan satu tempat sahaja tapi pelbagai negara disinggah dilawatinya. 


Aku menganggapkan yang mereka sekeluarga bukanlah calang calang orang. Orang ada ada ooo. Namun ajal maut bukanlah hak kita menentukan. Anaknya, juga kerabat yang turut serta melancong tentunya tidak menduga akan peristiwa 'tragis' boleh meranapkan keseronokan mereka bercuti ke luar negara. Manakala bagi simangsa, pada firasat aku, tidak pernah tersangkakan yang ajalnya akan berakhir di Malaysia dan lebih memilukan dihanyutkan oleh arus deras dalam kejadian 'sink-hole' di hadapan jalan Masjid India berhampiran Selangor Mansion.


Tapi aku tabik kepada 'Harian Metro' yang dare to be different dengan mengangkat elemen terkilan dalam laporan 'follow-up' mereka. Lapor mereka dalam keluaran Ogos 27 memuatkan akan hal tatu nama ibu tercinta oleh si M. Surya ketika bersendirian atau mungkin juga bersama 'couple' di Thailand. Penceritaan yang cuba menarik simpati pembaca akan ketidaksampaian 'hajat' menunjukkan 'tatu' di lengan kirinya punyai nilai berita yang bagus dalam hal kemanusiaan.


Aku tidak menyalahkan si M. Surya yang mengabadikan nama ibu tercintanya dilengan. Mungkin itulah cara mereka menunjukkan kasih dan sayang yang teramat kepada sang ibu. Berlainan dengan kita. Perbanyakkan usaha mengembirakan mereka ketika dihari tua dan sekiranya sudah meninggal maka harus pula kerap berdoa akan kelapangan di akhirat sana. Itu cara mereka maka biarkanlah begitu.


Pelaporan amat teliti dengan memaklumkan yang Mat Surya ini ada menghubungi ibunya sekitar 1:30 pagi pada hari kejadian iaitu pagi Jumaat lagi. Dikhabarkan yang ibunya itu tidak sabar sabar mahu melihat hasil kerja artis di Thailand sana tu membuat 'tatu' dilengan anak yang pastinya disayangi sepenuh hati. Dimaklumkan juga pada pagi yang sama mungkin selepas bangun dari tidur atau setelah bersarapan mungkin yang si-ibu ada membuat panggilan balas. Malangnya dia tidak 'angkat' atau jawab panggilan disebabkan bateri phone-nya 'kong'. Masa ni pulak smartphone buat hal. Maksudnya tiada kesempatan untuknya berhubungan dengan ibunya yang 'eager' benar mahu melihat 'tatu' namanya.


Mana hendak kita tahu, keterujaan sesama tetiba diragut oleh kejadian yang tidak sesiapapun inginkan. Namun ianya tetap terjadi. Begitulah ketetapan Allah swt. Kalau Ianya mahukan sesuatu untuk berlaku maka atas kehendak Iradatnya lah ianya akan berlaku. Kita yang masih bernyawa harus memikirkan 'kejadian' ini dengan penuh bertanggungjawab. Semoga hal yang berlaku ini menjadi ikhtibar buat semua kita agar insafi diri selagi hayat dikandung badan.


Setiap kejadian yang berlaku adalah untuk direnungi. Apa yang pasti kitalah hambaNya dan tidak patut membangga membongkak berjalan atas dunia ciptaanNya.


Mohon sesangat agar diri dijauhkan dari petaka yang menyedih memilukan seperti ini. Berdebar menunggu giliran untuk dipanggil pulang. Kita tidak mungkin tahu akan cara manakah yang telah dikhaskan untuk kita.

Wednesday, August 28, 2024

Berkira kira hendak beli

 28 AUGUST 2024, 16:02


Berkira kira hendak beli...Daniel


Semalam ke Econsave  Batu Berendam dapatkan keperluan barangan untuk pembuatan karipap. Bahan utamanya adalah kentang. Sekali singgah pastinya dalam 4 beg. Harganya pula dalam jajaran RM18.00 ke RM22.00 satu bag. Sekali transaksi termasuklah barangan keperluan dapur selalunya tidak 'lari' dari RM350.00 ke RM400.00. Mahu garu kepala towkay kalau kerap pergi. Namun bagi menyokong dan memudahkan tugasan, mana yang patut dan boleh aku bantu maka seharusnya 'sedia' membantu. Aku tidak berapa pedulikan berapa belanja yang harus akan aku keluarkan asalkan dia berusaha mencari 'rezeki' atas kemahiran yang dimilikinya. Kehadiran pada kali ini, harga semasa kentang satu guni 10kg adalah RM20.00. Sambau 4 guni.


Buktinya...biar ada authoriti berkarya


Dahulunya, permintaan karipap frozen tidaklah sekerap sekarang ini. Abang ipar @ abang uda yang berniaga warong di Jalan Tun Kudu menempah 300 keping selang sehari. Ditambah pula dengan si Ita yang berniaga warong juga di Batu Berendam dan di Bukit Piatu sering mengambil dari kami 100 keping selang sehari juga. Permintaan makin konsisten dan sehari pembuatan tidak kurang dari 300 keping. Ditambah pula jiran setaman dan orang yang biasa mencuba merasai sebelumnya kerap juga mengulangi singgah membeli. Walk-in mengambilnya setelah menalipon akan stoks dan kekadang menempah 2 ke 3 hari awal.


Hari ini aku ke Family Store @ Melaka Mall dapatkan keperluan lainnya dalam penyediaan karipap ini. Aku ditegur oleh cashier 'Daniel' ketika hendak buat bayaran. Hampir terlupa akan dirinya. Pernah berbual dengan dia ketika membuat pembayaran akan sukarnya mendapatkan minyak masak bersubsidi. Selalunya bila singgah shopping kerap sangat tidak kedapatan. Tapi untuk kali ini dan kebetulan pula ada terjual minyak kampit 1kg ini yang minimum pembelian adalah 3 paket sahaja. Memandangkan tiada orang dibelakang aku sebab hampir ketengahhari aku di FS, terkejut aku bila dia menawarkan 'pembelian' tambahan. Tentunya aku setuju dan berterima kasih padanya. Memang tidak aku sangkakan. Dapat lebih aku hari ini.


Barang sukar ditemui ... permainan siapa agaknya ya


Aku membiarkan dia yakni orang rumah dengan 'body guard' yang iringinya membuat pemilihan kentang dan menolak trolley menunda dibelakang. Manakala aku layan sendirian melihat lihat akan apa yang baru didalam premis Econsave. Tiada yang menarik sebenarnya. Namun aku buat buat 'seronok' melihat peragaan barangan jualan yang staff mereka buat. Tak berkesempatan pula ambil gambar dan sekadar melihat satu 'blok' promosi Sunquick. Terdetik pula difikiran yang brand ini adalah brand 'muslim'. Hebat. Tiada pilih kasih dalam berrniaga. Mana yang ada potensi untuk beri keuntungan maka ianya tetap diberi peluang. Ikut logik akal, tentulah keutamaan akan diberi kepada bangsanya untuk perkenalkan barangan jualan mereka. Namun memandangkan majoriti pembeli adalah orang melayu, tidak dapat tidak, menafikan peluang peniaga melayu sesama merebut ruang niaga adalah suatu tindakan yang tidak berapa praktikal. Mungkin pihak pengurusan setelah melihat implikasi kepada KK Mart yang cuba mengusik menyakat orang Melayu tidak kena tempat menyebabkan perniagaan KK Mart menerima 'image' buruk seketika. Tambahan pula sekarang ini kuasa viral dengan pengguna terbesar adalah orang Melayu boleh gugat syarikat sehingga tutup operasi dengan bersama memulau atau boikot dari membeli. Banyak yang terkesan. Mungkin contoh 'buruk' ini membuatkan pihak pengurusan lebih berhati hati dalam menjalankan perniagaan peruncitan di negara ini.


Orang Melayu pada dasarnya tidak kisahpun dan tiadanya sikap prejudis kepada kedai orang cina. Bagi kita, mana mana kedai akan diterjah masuk. Memudahkan membeli barang keperluan harian terrutamanya. Tapi jangan sekali kali membuat sesuatu hal yang tidak boleh diterima akal dan cenderung memperlekehkan. Sekarang bukanlah macam zaman dahulu. Bentuk komunikasi telah makin canggih dan serba pantas. Sekejapan sahaja 'maklumat' akan tersebar. Begitu jugalah tindakan susulan. Segera bergerak bertindak. Hal inilah yang tidak sanggup dihadapi oleh peniaga bangsa Cina. Implikasi agak tidak terjangkakan. Dahulu mungkin bolehlah. Sejak dulu lagi, kuasa belian adalah ditangan Melayu. Malangnya kita masih gagal seolah tidak nampak 'kepentingan' menyokong barangan penghasilan bumiputera. Perlukah kita menjadi pembeli sahaja selamanya. Rasanya tidak bagi mereka yang boleh melihat kehadapan dan nampak jelas kesan akibat andainya kita sekadar menjadi pengguna sahaja.


Sudah sampai masanya buat kita pewaris tanah bertuah tanah Melayu ini untuk bangkit perkukuhkan ekonomi pribumi. Sampai bila untuk kita menjadi pemerhati akan orang 'luar' mengaut kekayaan negara. Juga sampai bila kita hanya menjadi pengguna. Bunga bunga kesedaran kepentingan orang kita terutama dalam bidang perniagaan sudah lama disedari dan hanyalah baru kini mulai terasa. Kitapun tidak sanggup lagi sekadar menjadi pengguna semata sampai bila bila. Manakala pihak yang mencari 'keuntungan' senantiasa mencari ruang hendak perkudakan kita demi keuntungan mereka. Nampak sudah puak pendatang mulai menunjukkan belang, menunjukkan taring dan merasakan yang orang melayu se Malaya ini dirasakan makin melemah kekuatan ekonomi. Mulalah besar kepala dan tidak mahu menghormati keberadaan tuan tanah yang dianggapnya 'sampah' sahaja tidak punyai daya untuk melawan lagi. Mereka, golongan kapitalis cina bangga dan bongkak sesangat, telah hampir berjaya sepenuhnya menguasai perekonomian negara. Segala bidang perniagaan dibawah kawalan mereka. Hampir semua bidang mahu dikuasainya. Sampaikan business makanan yang rasanya tinggal inilah bidang niaga yang jadi pergantungan dicubanya juga hendak kawal. Tidak berjaya sepenuhnya beralasankan orang melayu amat mengambil berat soal makan. Lebih lebih lagi terdidik tentang halal tidaknya makanan yang disediakan. Bilamana orang cina yang masak berniaga makanan, jangankan kata mahu duduk makan hendak singgahpun tidak mungkin terjadi. Halal haram amat utama diperhatikan dan tedidik yang cina makan babi maka lagilah kita akan menjauhi premis niaga makanan yang dijalankan mereka. Bagi mendapatkan duit pelanggan Melayu, sanggup mereka meletakkan operator 'melayu' bergajian dikounter tapi modal dan takbir urus dikawal oleh cina sepet. Sanggup ke tahap ini jika benar benar boleh bawa keuntungan. Bagi mereka masa itu wang.


Sedang kita masih terkial kial mematahkan usaha mereka dari terus menguasai bidang perniagaan sehingga ke tahap memonopoli, kita dihadapkan pula dengan kebanjiran pendatang asing 'baru' dari Asia Kecil iaitu Pakistan, India dan Bangladesh. Mereka menyokong pendatang asing yang tidak diingini dalam senyap. Mana mungkin mudahnya mereka membuka kedai dan sembarangan pula kalau tidak dilindungi. Ada dikalangan kita juga yang sanggup jadi 'Buang' atau lebih awal lagi 'Si Kitol'. Sudahlah orang cina ini bersubahat menyewakan premis mereka dihampir semua lokasi kepada 'pati' dan diburukkan lagi dengan amalan 'rasuah' hendak cepat kaya segelintir penjawat awam. Maka makin menjadi jadilah dan besar kepalalah mereka yang tiada permit kerja dan mungkin masukpun secara tidak sah merebut peluang dan ruang niaga untuk rakyat bawahan mencari rezeki sesuap nasi. Kita pula yang makin tergugat. Cina akan bertepuk tangan sahajalah melihatkan kita terpaksa berdepan bergelut dengan kebanjiran beramai  ramai warga asing. Tentu sahaja orang cina yang beragenda ini akan membuat kerja kerja dalam senyap bagi memastikan orang melayu terus layu tidak bermaya tanpa kehadiran langsung mereka laksanakan misi ini. Dia cuma tolakkan warga asing ini untuk laksanakannya. Bila kita leka dan sibuk bertungkus lumus merungkai permasalahan dengan puak pendatang, dalam diam dan senyap senyap kaum yang diberi kerakyatan 'mudah' mengkhianati kepercayaan kita sebagai tuan tanah.

                                                        Pergghhh...berduyun masok

Aku yakin dan amat pasti, selagi mana mereka belum berjaya sepenuhnya 'mengambil' negara ini maka selagi itulah mereka tidak akan berhenti mencuba. Sepertimana kita dididik untuk berasa geli dan kembang tekak akan makanan yang disediakan oleh orang cina dek 'stigma' halal haram begitu jugalah mereka yang telah didoktrinkan oleh ibubapa mereka agar jangan hormat kepada Melayu. Segala yang datangnya dari kaum Melayu perlu dipandang penuh curiga dan meyakini yang hanya merekalah yang lebih baik dalam segala apa jua bidang. Maksud kata mereka adalah bangsa yang perlu dihormati. 


Banyak cantek...kau punya muka. Cermin muka tu dulu sebelum bercakap. Ikut sedap mulut kau sahaja. Tak malu ke....


                                                                Amanat Sarjan Hassan

Harap luahan aku ini bersambut. Aku suka clip adegan Ramlee lanyak sampai lunyai memupus terus akan si 'Buang' yang jadi talibarut penjajah.



Friday, August 23, 2024

Kena tahu dan kena ambil tahu

Kena tahu dan kena ambil tahu

Perkara yang berligar difikiran kerap sangat muncul. Sememangnya aku tidak akan berpuashati apatah lagi untuk dikatakan selesa selagi mana apa yang sepatutnya diketahui tapi tidak diketahui sepenuhnya. Tidak boleh tidak tidak. Fahampun tidak boleh separuh separuh tapi hendaknyalah sepenuhnya. Sejak seminggu masa pemanduan memainkan lagu lagu irama kemelayuan senusantara, kedapatan banyak kata kata yang berbaur 'arab' dan memangpun sebutan arab yang agak sedikit janggal didengari tapi difahami. Lenggok bahasa Melayu dipertutur dilagukan tapi kedapatan bersamanya perkataan bahasa Arab yang jelas diperdengarkan walaupun tidak banyak.


Bila menyentuh hal hal bersangkutan dan ada kena mengena dengan bahasa Arab, aku agak 'shy-away' memperkatakannya. Aku bukanlah 'pakar' bahasa Arab tapi ungkapan ucapan serta pertuturan harian kita pastinya ada 'origin-nya' dari bahasa Arab. Tinggal lagi bila telah terbiasa menyebutnya dan proses asimilasi bahasa Arab ke bahasa Melayu telah sekian lama terjalin sehinggalah ke generasi hari ini hampir tidak mengetahui yang kata dasar sesuatu perkataan itu berasal dari bahasa Arab.


Kehairanan tertanya macammana 'ikhlas', 'hasad', hadir, rezeki, ilmu, waris dan musykil serta banyak lagi bila dinyatakan meyakini yang ianya adalah istilah perkataan bahasa Melayu. Bagi yang tidak pernah tahu dan baru pula mengetahuinya akan merasakan tentu ada banyak lagi perkataan yang asalnya dari bahasa Arab yang tidak diketahui. Mungkin disebabkan tidak mahu ambil tahu dan tiada kepentingan untuk mengetahuinya maka mudah sahaja dikesampingkan.


Aku tidak mampu mmpengaruhi orang lain untuk bersependapat. Namun hakikatnya itulah yang berlaku mungkin ratusan tahun lamanya sejak adanya pertembungan dua budaya. Jalinan antara budaya Arab dengan budaya Melayu yang berlaku bukanlah secara paksa tetapi punyai 'kepentingan' dan perkayakan perbendaharaan kata untuk permudahkan pergaulan dan demi selesa berinteraksi. Tambahan pula hampir dikatakan kalau melayu itu pastinya Islam dan yang beragama Islam tentulah orang Melayu. Maka tidak mustahil makin banyak istilah perkataan Arab diterima dan dipertuturkan.

Aku hendak cuba dan rasakan secekap mana kemampuan aku untuk 'tafsir terjemahkan' ke bahasa Melayu akan sebaris lirik yang pernah aku dengari di tahun 1978 dulu. Dulunya sekadar dengar dengan komen spontan...pandainya dia menyebut perkataan Arab, tentu dia faham.

Rabbul izzati ya ilahi ya rabbi - رَبُّ الْعِزَّةِ ياإلَهِي ياربِّي

Sekilas pandang akan rangkaikata ini, kedapatan beberapa arabic term yang pop-up dalam minda aku. Antaranya, مُضَاف مُضَاف إلَيْهِ,المُنَادَى

Tuhan or God(n) - رَبٌّ

Wahai Tuhanku or O My Lord - يا رَبِّي

Wahai Tuhanku or  O My God - ياإلَهِي

Tuhan Maha Kuasa or The Lord of Majesty - رَبُّ العِزَّةِ


Hebat la... En. Zaini sekarang. Mampu rungkaikan dan dictate penuh bertanggungjawab. Bro...janganlah kata kita macam tu. Malu kita tau. I'm just expressing what I feel right now. Bukanlah aku hendak memandai mandai. Tapi itulah rational-nya yang ingin aku ketengahkan. Memang aku tidak boleh 'move on' bila sesuatu tidak aku mengertikan seharusnya tapi membiarkan maka sudah barang tentu ianya menyulitkan kehidupan hari muka.

Ini lirik penuhnya...terima kasih Lirik Mania @ fb.

HANYA BAGIMU
A.Ramlie
Segala puja dan puji
Hanyalah bagiMu Ya Rabbi
Rabbul izzati ya ilahi ya rabbi
Maha kuasa dan Maha Mengetahui
Hanya padaMu ku mengabdi
Chorus :-
Hanya padaMu ilahi
Ku bersujud dan berbakti
Seikhlas hati
Aku bermohon selalu
Taufik serta hidayahMu
Setiap waktu
Tiada tempat bagiku kasih yang lain
Tiada tempat bagiku kasih yang lain
Segala puja dan puji
Hanyalah bagiMu Ya Rabbi
Rabbul izzati ya ilahi ya rabbi
Maha kuasa dan Maha Mengetahui
Hanya padaMu ku mengabdi

(Ulang Chorus)

Lagu yang aku dengari dipemanduan semalam adalah dari nyanyian A. Ramlie berjudul 'Hanya Bagimu'. Berirama dangdut dan pernah popular diterbitkan pada tahun 1978. Aku diketika itu bertingkatan dua di SMAL. Aku mungkin agak 'sceptical' akan  pemahaman rakan sebaya aku bila dengarkan si Ramlie lenggokkan....' Ya Rabbi...Ya Illahi ... Rabbul-Izzati...' dikala itu. Aku sendiripun ke-laut apatah lagi yang lainnya. Namun aku teramat pasti, dalam menempuh alam dewasa dengan membawa diri masing masing berdasarkan takdir, ada dikalangan telah lebih awal maklum akan makna yang dilafazkan oleh Mas Ramlie itu.


                                                        A. Ramlie - Hanya Bagimu

Setidak tidaknya dengan memasukkan beberapa patah perkataan berbaur Arab lebih lebih lagilah dalam lelagu berunsur ketuhanan akan membuka 'hati nurani' pendengar untuk mencari erti patah kata yang dilafazkan oleh penyanyi pujaan memasing. Usaha yang sedikit ini, mana tahu, mungkin menjadi penyebab kepada kita untuk lebih sedar akan kepentingan keperluan agama dalam kehidupan. Keinsafan akan datang meresapi diri perlahan lahan atas Izinan DariNya. Biarpun mungkin ambil masa bertahun lepas mendengari lagu sedemikian, terdetiknya keinginan dalam diri insan yang diberi taufik dan diberi hidayah bertindak sepatutnya sudah memadai baginya berubah kearah kebaikan. Berkat penulis lirik, penyanyi dan mereka yang terlibat dalam penerbitan lagu berhasil menyuntik kesedaran beragama, bagi akulah, adalah pendakwahan paling ampuh kepada golongan ini.


Moga tidak lagi timbul kekeliruan pada rungkaian permaknaan keatas sebaris lirik lagu 'Hanya Bagimu' ini. Walau ringkas, setidaknya membantu memahamkan lagu yang sering didengari lebih 40 tahun lalu.

 

Errrm.




Wednesday, August 14, 2024

Gelojak Perasaan

Tuesday, 13 August 2024 18:35


Dipetang Selasa ini lepas 'take a break' dari buat revision akan Al-Quran Arabic Language, aku layan seketika akan lagu lagu berbaur kemelayuan. Mendayu dengan patah kata yang dinyanyikan begitu menusuk hati. Aku tidak pasti mengapa. Aku memang mudah tersentuh hati. Mudah sangat terbuai dengan lagu 'genre' macam ini. Lagu kemelayuan begini memang jarang dikumandangkan oleh radio tempatan. Stesen Radio yang ada bersepah ini lebih kepada lelagu terkini yang pada pemerhatian aku entah apa apa. Ada tidak adapun, Stesen Radio Klasik adalah satu satunya yang kerap aku tune-in andailah aku dalam pemanduan. Itupun selective. Bilanya keudara program siarkan lagu 60an yang biasanya dari 2:00pm to 5:00pm if not mistaken-lah. Lebih dari itu, aku lebih mengemari mendengar lelagu yang aku download dalam koleksi tertentu ikut mood.


Mungkin jugalah faktor usia yang membuatkan aku positioned myself according to current situation. Aku harus insaf diri. Aku bukanlah muda lagi. Ingat lagi masa zaman sekolah dahulunya. Lagu 'rock kapak' jadi perhatian. Kena ikut peredaran masa. Rakan rakan sama lorat dengar lagu sebegini dengan pihak stesen radio lagi sibok berlomba lomba siarkan lagu genre rock yang jadi perhatian anak muda. Bukan tidak ada lagu lagu bukan kegemaran bebudak muda ketika itu, ada memang ada, tapi 'rating' lagi tinggi pada stesen radio yang layan kesukaan bebudak muda.


Meresah semacam pula dan penuh kesyaduan bila sekarang ini aku dengari lagu lagu senusantara. Memanglah lagu lagu sebegini tidak mendapat tempat konon katanya tidak ada nilai komersil. Maksud kata tidak ramai pengikutnya. Bagi akulah, sekarang inilah masanya, dengan teknologi yang ada tentulah amat mudah mendapatkan perhatian orang senusantara. Tidak perlu lagilah stesen radio yang banyak songgeh dan 'demand' tidak tentu pasal. Kini boleh bypass. Internet yang semakin berkembang pesat berkelajuan tinggi dan dengan pelbagai platform dan boleh di akses 24 jam maka makin ramailah pendengar. Cepat viral dan diviralkan oleh sesiapa sahaja. Lebih penting lagi setiap 'klik' bererti wang masok kepada content creator yang 'genius' memanipulasi minat dan kesukaan orang.

                                                        Madah Pusaka - Rojel Kajol

Hendak dikatakan tergugat, memanglah ada kesannya. Orang sekarang ini terutamanya akulah jarang hendak aku ikuti siaran radio tanpa sebab. Ada ketika ketikanya sahaja dan bukannya untuk sebilangan waktu. Kalaulah pihak pengurusan radio tidak melihat kecenderungan orangramai yang telah beralih arah mengemari 'Tik Tok' yang lebih cepat menyalurkan informasi kepada 'general' public via smartphone memasing bermakna mereka in deep trouble. Malah dimana sahaja boleh diakses. Siap ber-video dan dengan komen selari yang bersambut berjemaah oleh pengguna apps tanpa banyak protocol. Provider video dapat banyak langganan dan spillovernya amat besar.


So, by right, aku kini lebih selesa akses medium fb and tik tok untuk maklumat terkini. Lebih pantas dan mampu memberi pencerahan akan sesuatu isu yang diperkatakan. Bukan seorang yang menyalurkan tapi ramai mengikut perspektif memasing. Tiada yang salah dan tiada yang benar. Bergantung kepada informasi yang dicerna oleh 'reader'. Tafsiran pula menjadi multi-dimensi. Maka makin bercelarulah dan rumit. Omputih kata 'getting complicated'.


Lakukanlah apa yang memasing minati. Tiada halangan and 'no harm done'. Banyak sudah lagu yang berirama 'nusantara' menjadi koleksi aku. Bukanlah aku orangnya yang terpaling penting dalam pertahankan seni lagu warisan kita. Namun keterlibatan aku merancak memperkembangkan via mengikuti video lagu genre nusantara oleh content creator adalah satu usaha kecil aku agar ianya berterusan dan kalau boleh sehingga bila bila.


Setakat dewasa ini, hanya inilah keterlibatan aku. Mungkin dimasa akan datang kalau diizinkan olehNya, mahu jugalah aku melawat menziarahi saudara sebangsa di kepulauan Melayu. Sekadar mengikuti melihat dan cuba merasai suasana kedamaian via youtube semacam tidak puas. Mungkin menjadi pemangkin untuk aku segera berkunjungan. Walaupun suasana yang dirakam digambarkan itu agak sedikit terkebelakang dari suasana yang kini aku alami dan lewati disini yakni di Melaka, keinginan untuk hadir dalam 'suasana' 20 ke 30 tahun yang pernah dilalui seolah 'back to the 60's' adalah suatu pengalaman yang tentunya mengujakan. 


Melayu yang mendiami digugusan pulau yang berselerakan di kepulauan Riau semacam ada pertalian 'bangsa' dengan aku. Kesamaan bahasa pertuturan dan corak kehidupan serta makanan harian makin membuatkan aku ada 'strong bond' yang sukar difahami dimengertikan. Biarlah pihak yang berkenaan terutamanya para ilmuan melayu menyelidiki menghubungkait serta memperkukuhkan dengan pembuktian yang sahih tentang keakraban senusantara.


Sementara waktu ini, biarlah aku dan mereka yang sefahaman membuat apa sahaja memperteguhkan lagi pertalian sesama kita. Tentulah kekerapan lawatan ke destinasi yang 'menarik' disana menjadi pemula kepada kerjasama berpanjangan berjaringan dalam aspeks ekonomi dan dalam semua bidang yang lain pula. Biarlah sesama kita pertingkatkan lagi maruah Melayu sebagai bangsa yang dominan peneraju seantaro nusantara.


Ini wilayah kita. Kenapa kita perlu malu mengakuinya. Bangkit bergerak dan bertindak dengan cemerlang dalam segala lapangan kehidupan. Janganlah kita saling bertelagah bermusuhan sepertimana 'kesilapan' yang orang terdahulu lakukan. Kita sudah ditahun 2024. Sepatut seharusnya kita telah menjadi bangsa besar lagi bermaruah.


Moga impian seorang insan kecil di Bkt Katil ini terzahir hendaknya. Ameen.

Friday, August 9, 2024

Tajuk yang sama, apakah tindakan ada perubahan

09 AUGUST 2024, 14:18


Tajuk yang sama, apakah tindakan ada perubahan


Aku melekap lama didalam kereta pun lama selepas selesai bersembahyang Jumaat. Saban minggu hanyalah di Raudhatul Jannah. Memandangkan keadaan cuaca yang mendung sahaja ni bahang panas tengahhari tidak terasa. Aku on-kan aircond kanchil 'purple' yang misinya dari setiap waktu dilelau ke masjid kini sekadar untuk berjumaat semata sejak sebulan berlalu. Seingat akulah sejak aku disahkan untuk ketiga kalinya pada awal July, aku tidak berdaya berkata apa tapi cuma redha dengan ketentuan ini. Antibodi aku bersifat terlalu 'manja'. Mudah terjangkiti dan mudah mengalah. Pernah ditanya bagaimana boleh benda ini hadir kembali oleh doktor yang merawat untuk final pengesahan 'bebas' dari TB pada tarikh 'appointment' on 02/07/2024. Tapi sebaliknya pula yang berlaku. Aku dikenakan rawatan lebih intensif untuk selama 9 bulan pula. Dua rawatan terdahulu, tempoh masa sekadar 3 bulan sahaja dan disahkan bebas dari penyakit berjangkit ini selepas tempoh rawatan.


So, lama juga aku bersantai santai didalam kenderaan 'cari makan' aku ini yang tentunya banyak berjasa. Tuang minyak penuh sebulan lalu tapi sehingga kini jarum minyak tidak turun turun. Maksudnya kekal 'full'. Aku lebih kepada menghidupkan 'engine' kereta selang 2 hari agar memastikan yang engine-nya senang dihidupkan. Kalau sukar nanti bermasalah pula hendak hantar ke bengkel. Pastinya kena keluar belanja lagi. Alang alang benda sudah ada didepan mata, terpaksalah aku buat apa yang patut.


Jumaat kali ini imam merangkap khatib membacakan teks khutbah bertajuk 'Kelebihan Solat Berjemaah'. Diperdengar dan dihuraikan isikandungnya. Seperti biasa seluruh makmum diam bilamana khatib sedang memberi khutbah. Mudah faham dan penggunaan kata kata pun tidaklah terlalu 'sukar' malah selalu didengar seharian. Namun diamnya makmum kerana adab mendengar serta sejauhmana berjaya memahamkan kandungan khutbah tentunya akan diterjemahkan kedalam bentuk yang dihasratkan bila tibanya waktu asar nanti. Mampukah atau sekadar mendengar antara khusyuk dengan tidak. Lain orang lain penerimaan. Namun apa yang dihasratkan oleh imam yang membaca dan panel penyedia teks khutbah 'mingguan' seluruh Melaka agar semua makmum akan bertindak seiringan.


Boleh rujuk link ini...for full khutbah, Kelebihan solat berjemaah.


Tulisan jawi beb...dare you all can read it

Jahatnya aku bilamana teks yang sama pernah dibaca dikhutbahkan beberapa tahun nan lalu, aku bersegera ke masjid bersembahyang asar berjemaah di masjid. Keadaan yang serupa berjumaat dimana lantai satu @ lantai utama solat serta ground floor penuh dengan makmum. Boleh dikatakan penuh full house. Malangnya ketika itu, sembahyang Asar, Maghrib malah Isyak pada Jumaat dibacakan khutbah tentang kelebihan berrjemaah dihadiri oleh orang yang 'regular' datang berjemaah. Newcomers newfaces tidak juga kelihatan. Dimasa itu timbullah juga rasa kepelikan. Adakah sukar hendak fahamkan khutbah yang disampaikan itu. Atau mungkinkan menganggap remeh perkara yang diangkat dalam khutbah tersebut. Tidak beranilah hendak berlebihan perkatakannya diwaktu itu. 


Kini dan hari ini adalah 'recycle' isu diperdengarkan kepada seluruh makmum yang hadir berjumaat. Aku cuba bersangka baik yang turn-out kali ini akan lebih baik dari dahulu. Kemungkinan untuk kekal tidak berbeza dari situasi terdahulu kalau ikutkan 'suasana' amat rapat. Memang betul, setiap dari kita kena paksa diri untuk hadir membiasakan berjemaah. Mungkin alasan mengelak dari datang ke masjid bagi sebahagian dari kita akan berdalih mengatakan walau tidak sempat ke masjid tapi amalan berrjemaah tetap diutamakan setiap kali menjelangnya waktu sembahyang 5 waktu tiba. Baguslah kalau begitu. Risaunya kita bila berjauhan dari masjid, tendency iaitu kecenderungan untuk tidak berjemaah adalah tinggi.


Bagi yang faham dengan sebenar benarnya perkara ini tentulah tidak sedikitpun mempersoalkan. Hadir dan tekun setiap tibanya waktu sembahyang. Bukan calang calang orang yang having such 'guts' keberanian istiqamah. Tentulah dirinya 'terpilih' menjadi tetamu Allah. Untuk sampai ke level tersebut kenalah banyak usaha 'pengorbanan' dari segi masa dan tenaga kekuatan dalam mengutamakan perkara yang paling utama dalam kehidupan. Kalau prioriti meletakkan perkara lain berbanding dengan puntuality hadir ke masjid berjemaah pastinya sampai bila bilapun situasi yang sama terlihatkan.


I rest my case.


Tuesday, August 6, 2024

Aku insan yang lemah

06 AUGUST 2024, 21:24


Aku insan yang lemah


Jujur katalah, aku memang mudah terpengaruh, lebih lebih lagilah tentang apa yang aku minati. Tidak perlu bersusah payah dan berterih terih mencuba, kekadang aku sendiri yang pergi mencarinya. Orang orang yang dibidang pemasaran memang cukup suka dengan orang jenis macam aku ini. Mudah nau melorot sahaja membeli. Dapat dapat lagilah harga yang dicanangkan itu adalah lebih murah dari kebiasaannya.


Aku sejak seminggu lalu mulai intai intai barangan yang menjadi 'perhatian' aku di shoppe. Acer chromebook aku macam dah nak bermasalah. Makin lama screen makin mengecil. Dari timbulnya beberapa garisan halus selari melintang disebelah bawah, kemudian disebelah kanan bahagian bawah telah kelihatan kabur dan makin membesar seolah memberi isyarat yang hayatnya akan berakhir. Aku adalah meminta 'technician' dalam rumah untuk tolong check dan sekaligus repair apa yang patut sebelum ini. Tapi selesai menulis dan uploadkan karya aku di personal blog pada Sabtu malam Ahad tetiba dalam sekelipan sahaja 'total' blackout terjadi pada screen chromebook Acer aku tu. Mungkin rasanya battery dah low, bersangka baik sajalah, aku cecepat pergi 'charge'. 


Keesokkan harinya iaitu Ahad, aku cubalah on-kan tapi tiada apa apa perubahan. Terus gelap gulita dan pastinya ianya 'in deep trouble'. Selesai bersarapan, akupun unjukkan kepada anak aku yang berkebolehan perbaiki gadget electronik untuk check apa yang patut. Dia tidak banyak cakap dan berjanji untuk periksa segala aspeks berkemungkinan. Dia sudah belajar bab multimedia akan pengoperasian dan baikpulih so biarlah dia buat troubleshot ikut caranya. Setelah diangkutnya masuk kebilik merangkap bilik repair perkakas barangan elektronik, aku pula dalam keadaan gelisah. Selalunya aku akan rotate penggunaan Samsung Tablet dengan Acer chromebook bersantai menulis from time to time di ruang porch. Kini aku cuma ada satu gadget peneman berkarya.


Kekerapan aku mengintai intai Shoppe mungkin telah dipantau remotely oleh pihak pengurusan Shoppe. Notification kerap 'pop-up' discreen smartphone aku. Seminggu dua kebelakang aku asyik tengok refurbished laptop dan foldable bluetooth keyboard. Harga yang diperhatikan ketika itu sekitar RM80 ke RM185. Foldable keyboard hampir sama kesemuanya tapi harga pula yang berbeza. Mahu juga aku memilikinya kalau harganya sesuai dengan budget aku, bersendirian bermonologue. Dalam pada aku melayan fb dan tik tok dengan scroll satu per satu, tetiba muncul pula 'notification' pasal benda Allah yang aku ingini ini. Gatal jer aku tekan notification bilamana harga yang di-highlight-kan tertera RM39.00 sahaja.




Terus masuk order

Message dari Syafiq


Notifikasi dari Shoppe


Tanpa berfikir fikir lagi apatah lagi berfikir panjang, terus aku buat order. Itu jam juga. Aku buat pilihan pembayaran secara COD, maknanya bayar bila terima. Gedebak gedebuk, kos keseluruhan kena bayar adalah RM44.19. Tunggu budak delivery hantar depan rumah dan menurut pengendalinya paling lewat adalah pada 08/08. Ahad order, lewat lewat sampai pada Khamis. Maknanya dalam 4 hari sahaja sudah boleh guna. Wow, cepatnya. 


Buat sementara waktu ini berkaryalah aku sejak Ahad guna Samsung Tablet 2016, model lama la. Kelemahannya 'due to wear and tear' pun ambil separuh hari untuk fully charged. Itu yang leceh tu. Apa kerja hendak tunggu begitu lama. Mungkin akan berganti kepada yang 'berkuasa' tinggi dan bateri boleh bertahan lebih dari 10 jam. Harap tercapai. 


Pagi ini ketika tengah sarap 'lontong' yang dibeli oleh orang rumah di Duyong sambil layan phone, notification dari Shoppe muncul dan cecepatlah aku tekan yang memangnya tunggui aku untuk tekan notification yang diprogramkan untuk kekal beberapa second discreen sebelum menghilang. Dimaklumkanlah yang 'parcel' telah keluar untuk delivery pada hari ini. Okaylah tu...mungkin esok ataupun lusa akan sampai kepangkuan. Tapi tidak begitu. Sekitar menjelang Maghrib hari ini, aku menerima panggilan juga whatapps dari En. Shafiq yang sudah terrpacak didepan rumah. Segeralah aku suruh Yusree pergi bayarkan. Wow, tidak sangka aku. Dah sampai.


Segeralah aku bukan parcel dan tidak sabar sabar mahu saksikan adakah sama seperti yang diiklankan. Ternyata apa yang dikatakan dan apa yang rasakan adalah sama yang mereka 'claim' itu. Service dan cepat sampainya amat aku kagumi. Atau mungkinkah juga kurangnya pembelian di online sekarang disebabkan minat membeli berkurangan atau apa yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat kita kini. Berjimat tentulah semua kita berusaha berikhtiar agar tidak terbeban sebelum datangnya hari gaji seterusnya. Aku pula main langgar sahaja. Orang sudah tidak bekerja dan gaya hidup kenalah sesuaikan selari dengan corak penghidupan orang yang tidak lagi bekerja makan gaji. Aku perlu sedar, kalau bukitpun bila ditarah hari hari akan rata juga akhirnya. Jangan bimbang, bro. Aku orangnya yang sedar diri. Prudent spending jadi 'slogan' dalam berbejanja aku.


So, bagi mendapatkan feel dan pengalaman sejurus selepas aku charge koleksi bluetooth keyboard terbaru bercirikan boleh lipat amat mengujakan diri, aku gunapakainya sekarang. Rasa kelaianan dan nampak macam bagus sahaja. Praktikal dan bila dilipat cuma sebesar fliphone Samsung lagaknya. 


Asal tujuannya aku mengintai intai foldable keyboard ini adalah untuk aku gunakan dengan Samsung Tablet. Berangan hendak juga aku 'experience' penggunaannya diluar dari lokasi rumah. Niat utama adalah untuk aku berkarya di Perpustakaan Awam Melaka di Bukit Baru bila berkesempatan. Moga hajat aku ini akan tercapai.


Ni budaknya...


Apapun terbaik lah 'mereka' yang agak professional dalam mengambil duit dari kocek golongan pembeli. Tambahan pula dengan kecanggihan sistem pengedaran dan cekapnya sistem pembayaran dan terhindar dari segala aspeks terutamanya 'scamming', membolehkan pembelian/penjualan dalam talian akan lebih terjamin serta berkembang pesat dan menguntungkan semua pihak. Harap harapnya harga janganlah dimanipulasi dengan pelbagai 'kos' tersembunyi yang jelasnya akan merencatkan ekonomi semua pihak.


Aku bagi 'double' tanda bagus dalam perkara ini...terbaik.


Sunday, August 4, 2024

Lebat hujan pagi minggu ini...

04 AUGUST 2024, 13:43


Lebat hujan pagi minggu ini...


Sejak bangkit awal Suboh @ 5:00pagi, gerimis baru bermula. Agak kedinginan dengan sunyi sekitaran jelas terasa. Aku bangkit seperti biasa yang menjadi amalan harian aku sejak tidak bekerja lagi di awal Februari lalu. Namun kebiasaan ini telah aku paksakan kedalam diri lebih awal sebelum bersara sebenarnya. Bangkit awal telah jadi lumrah kepada umat Islam. Tinggal lagi dikalangan kita yang merasakan diri masih lama dan panjang lagi masa kehidupan didunia ini menganggapkan bangun diawal pagi bukan merupakan suatu kemestian. Bangun ikut suka. Bangkit pagi bersebab. Routine bangun awal pagi dek kerana hendak ketempat kerja atau ada keperluan lainnya. Jarang bangkit awal semata mata hendak bersegera ke Masjid berjemaah Suboh. Itu dulu...tanggapan sekarang sudah berbeza.


Teringat terkenangkan masa zaman muda diawal 90-an. Ditimpa hujan diwaktu keluar untuk bekerja bukanlah sesuatu yang dianggap membebankan. Keperluan untuk hadir tepat masa ke tempat kerja menjadi keutamaan. Sesuai dengan keadaannya, ketika aku cuma punyai motosikal sahaja untuk bergerak, baju hujan senantiasa tersedia untuk digunapakai. Bukanlah bermaksud hendak melawan takdir tapi 'persediaan' menyantuni takdir kehujanan perlu direncana sebaik seharusnya. Mengeluh bukanlah reaksi yang patut dipertunjukkan. Tetapi berikhtiar bagaimana 'elak' dari ditimpa bahaya bencana hujan. Rasanya semua kita pada sesuatu detik dalam kehidupan ini pernah dan harus mendepani suasana ini.

                                           Siapa yang tidak pernah ditimpa hujan...bohonglah

Ketika baru hendak mulai penghidupan bekeluarga dengan serba serbi kekurangan dan dimasa yang sama kena hadapi pelbagai cabaran tentulah amat peritnya terasa. Aku tidak tahulah pasal orang lain. Mungkin ada persamaan atau jauh berbeza dan aku tidak peduli semua ini. Apa yang lebih perlu aku hadapi dan terpaksa cari jalan untuk perbaiki diri maka itulah yang akan aku lakukan. Ehsan dariNya dan mendengar keluh kesah serta permintaan hambaNya yang berjuang mencari 'rezeki' untuk keluarga tanpa jemu akhirnya 'paid-off'. Syukur dan bersyukurlah kepadaNya. Walau tidak seberapa tapi itulah dan sehingga kini, apa yang dinikmati dan dilalui adalah semata rezeki pemberian serta ehsan dariNya yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa keatas sesuatu dan keatas hamba hambaNya. Tidak berbaloi membandingkan dengan orang lain. Rezeki diantara kita tidak akan bersamaan. Semuanya bergantung kepada ehsan dariNya.


Kalaulah aku dahulunya perlu meredah lebatnya hujan untuk ketempat kerja, apa kurangnya dan apa bezanya mereka yang seusia aku untuk keluar bekerja. Cumanya mereka sekarang ini lebih bernasib baik dengan pelbagai kemudahan tersedia. Tahap ekonomi meningkat dengan rata ratanya dan masih awal 20-an sudah punyai kereta. Datang hujan ataupun tidak ketika keluar bekerja bukanlah satu isu besar. Tiada hal lah. Antara rajin dengan tidak sahaja. Kalau niatnya hendak menyara keluarga, percayalah Allah swt akan lindungi perjalanan pergi dan baliknya. 


Kekadang kuyup juga bila sampai ke rumah tanpa memakai baju hujan. Biasanya untuk haluan balik dari tempat kerja, biarpun lebat hujan tetap diredah juga. Faktor keselamatan dikesampingkan. Tiadaklah aku cemburui kelebihan bebudak sekarang perolehi berbanding dengan diri aku yang bergelut membina keluarga. Bebudak bujang beruntung sekarang ini. Even kalau bekerja kilang sekalipun, income per month tidak lari dari RM1500.00. Belum lagi kerja lebih masa dan pelbagai insentif kewangan yang bakal diperolehi. Kalau dicampur semuanya tak larilah kalau sebulan boleh bawa pulang dalam RM2000.00 bersih. Duduk dengan keluarga pula.. Apa hendak runsingkan pasal sewa rumah dan belanja makan. Semuanya ditanggung keluarga. 


Nikmat diperolehi oleh bebudak sekarang amat tidak terjangkakan. Memang bernasib baik sungguh mereka ini. Namun sikap buruk dan boleh memakan diri tanpa disedari perlahan lahan terpancar kepada umum. Kekentalan mudah rapuh. Bila ditegur dimarahi kerana kerja tidak capai standard, mulalah tarik muka dan buat musuh dengan 'ketua' dan sebar 'aura' negatif pada bebudak lain yang cekal bekerja atas pelbagai tujuan. Golongan Gen-Y ini seolah tidak cukup ketahanan diri segelintirnya terutama yang datang dari keluarga M-40. Dimanjakan dan dipantau dalam segala hal secara keterlaluan membuatkan mereka tidak boleh ditegur. Lebih parah lagi sanggup dilawannya pula seolah dia yang baru kenal 'dunia' sesuka hati meremehkan sahaja teguran arahan oleh ketua yang lebih senior.


Tidak beranilah untuk aku perihalkan perangai bebudak sekarang yang seolah tidak serius hendak bekerja. Mungkin, agaknya, setelah dimarahi keluarga terpaksalah juga keluar mencari kerja demi untuk sara kehidupan sendiri. Tentulah niat awalnya para ibu dan bapa agar dirinya cekal mencari pendapatan sendiri setelah menamati alam persekolahan. Rasanya orang tua sudah nampak 'kesukaran' yang perlu ditempuhi anak anak mereka jika hidup pun buat sambil lewa dan sampai bila harus bergantungan dengan keluarga. Sedangkan orang luar yang reramai memasuki negara, entah siapa yang ajak mereka bertandang, telah lebih dahulu merasai peritnya tiada kerja serta sukarnya mencari wang belanja kehidupan. Terpaksa sanggup menempuh apa sahaja dugaan dinegara yang asing buat mereka. Demi survival keluarga, mereka sanggup hadap.


Akupun punyai tanggapan serupa, tambahan pula kalau kelulusan dan kemahiran tidak seberapa dan tiada 'nilai' tambah, mana mungkin boleh menjawat jawatan yang baik. Kini lagi kecoh dengan kebanjiran pendatang asing berebut kerja di sektor 3D @ Dirty, Difficult and Dangerous. Celik celik mata sahaja hendakkan kerja yang 'bagus' tapi penampilan diri serta kelayakan tidak sebagus mana dan tidak sedar tidak pernah bekerja dan tiadapun pengalaman kerja. Mahu layan sementara waktu menunggu kerja 'pilihan' diterima, dengan bekerja sementara di mana mana tapi terpaksa berebut dengan pendatang yang lebih rela menerima gaji rendah dan bersedia bekerja lebih masa. Tentu sahaja majikan 'mata sepet' lebih menyukai golongan yang bekerja tidak berkira  hari dan masa dengan gaji yang relatively rendah. Bersaing dengan orang lain dan lebih lebih lagi pendatang asing yang sememangnya 'dahaga' wang desakan ekonomi yang mencengkam dinegara asal memasing pun mudah koyak dan mengalah serta tidak upaya untuk 'counter', kebimbangan aku untuk 5 ke 10 tahun lagi terrhadap masyarakat terbayang amat mengerunkan. 


Mungkinkah diketika itu bidalan lama menjadi nyata....ayam di kepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kelemasan. Bukanlah menakutkan cuma mengingatkan bebudak sekarang ini untuk bingkas bangun bertindak sepatut dan seharusnya. Orang orang lama yang berjuang merintis membuka ruang untuk generasi baru bertindak dengan lebih tersusun terancang memartabatkan maruah bangsa. Kami sebagai otai berharap benar agar 'mereka' lebih berdaya saing memakmurkan negara buat keterjaminan hidup pewaris bangsa seterusnya. Kalau boleh selamanya. Nyahkan golongan pendatang dari negara 'nenek moyang' kita yang tidak henti henti mahu memporak perandakan kita 'anak beranak'.


Laungankan slogan 'Tanah Melayu untuk Orang Melayu' ke seluruh pelusuk negara. Biar mereka sedar diri yang negara ini bertuan lagi berdaulat.

Saturday, August 3, 2024

Gerimis berterusan di petang Sabtu

03 AUGUST 2024, 21:14


Gerimis berterusan di petang Sabtu


Aku bersantai malas di sofa antique di kawasan porch. Selesai sembahyang Zohor dan sekadar ambil angin dingin dek gerimis yang mulai sekitar 12:30 rasanya. Dalam pada terkutik kutik kaki bersilang disofa sambil menyelak buku yang aku pinjam dari Perpustam pada 01/08, tetiba terdetik memikirkan nasib peniaga di pinggir jalan yang memacak khemah sementara mereka. Tentunya 'jualan' akan berkurangan andai semakin lama gerimis disertai dengan angin mulai sedikit kencang sekarang. Aku tidak dapat tidak sekadar melihat memerhati sahaja dan tidak mampu hendak membantu. 


Apa yang paling pasti, pemandu yang melalui laluan tempat mereka berniaga tidak akan berhenti membeli membantu dalam keadaan cuaca yang kurang menyelesakan mereka. Tambahan pula peniaga yang ditimpa gerimis ini lebih perlu memastikan barangan jualan mereka tidak ditimpa hujan, takot takot rosak pula dan akan merugikan mereka. Dimasa yang sama juga turut risau akan khemah yang terdedah ditepian jalan ini boleh diterbangkan angin pada bila bila masa. Andai ini terjadi maka bertimpa bergandalah malang yang menimpa pada hari ini. Sesiapapun amat khuatiri jika ianya benar benar berlaku.


Dalam kelam kabut memastikan segalanya terkawal terhindar, tentu juga terdetik dalam hati untuk miliki premis niaga kekal pada suatu hari kehadapan. Ketidaktentuan yang tetiba hadir tentulah akan membuatkan sesiapapun sengsara menghadapinya sepanjang masa. Enough is enough, mungkin inilah yang berligar didalam kepala hotak. Namun kalau setakat berhajat tapi tiada perancangan yang sungguh sungguh lagi rapi, takutnya nanti tinggal angan angan semata. Berhajat tapi tidak sanggup hadapi cabaran berusaha. Ciri inilah yang menjarakkan orang yang berjaya dengan mereka yang sering sangat temui kegagalan. Resam dan adat dunia. Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan boleh dapatkan sagunya. Mustahil dan tidak mengikut aturan yang seharusnya.


Aku bercakap tentulah boleh. Tapi kudrat sudah makin berkurangan. Bro, aku bukannya apa, sekadar meluahkan pandangan. Mana mungkin ingin bersenang senang sedangkan tidak pernah merasa peritnya kehidupan. Bagi akulah yang menjalani kehidupan yang biasa biasa inipun, kalau tidak 'gerak', tidak makanlah aku. Memasing ada cerita peribadi mereka sendiri. Akupun kalau mengalah berserah semata tanpa berusaha dengan berserah memohon pertolongan dariNya tentulah 'derita' juga dipenghujung usia.


Apapun aku bersyukur dengan limpah kurnia dan rahmahNya yang tidak putus putus, aku masih bertahan disudut dunia yang sementara sifatnya. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang andai dirinya sendiri tidak mahu berubah dari keadaan sekarang dan tentunya kepada keadaan yang lebih baik. Boleh buka al-quran, Surah Al-Rad: 11, untuk lebih fahami apa yang diturunkan kepada Nabi kita dahulu. Jangan lupa hafali ayat ini dan bacalah serta dengarilah tafsir dan ulasan pandangan dari mereka yang 'alim' dalam bidangnya agar kita tidak terpesong pemahaman.


Rujuk link ini untuk perspektif berbeza akan Al-Rad:11, allah-tidak-akan-mengubah-nasib-kita juga pasal rezeki, bersyukurlah-rezeki-allah-sudah-tetapkan


Bukan semua dari kita senang sejak lahir. Even dari kalangan yang beradapun tidak akan membiarkan anak anak mereka melelong tidak tentu arah tapi akan merancang agar kehidupan mereka nanti lebih bermartabat bermaruah. Tidaklah terkial kial mengharapkan simpati orang demi survival hidupnya. Makanya setiap kita tidak harus malu tapi kena berani hadapi cabaran. Hidup adalah suatu perlumbaan. Siapa yang lemah dan lebih teruk lagi 'lemah cangguk' maka akan payah untuk bangkit bersaing dengan mereka yang cukup serba serbi 'kelengkapan' untuk hadapi persaingan. Senantiasalah menjadi 'makanan' pihak yang berjaya. Diperbodohkan satu hal tapi dimanipulasi semaksimum dalam setiap lapangan kehidupan yang bagi aku tahap yang paling sukar untuk kembali bersaing secara sihat. Apa tidaknya, baru hendak memulai sudah kena tekan. Baru berbuat sesuatu sudah diperlekehkan agar tidak bersemangat dalam hidup. Tujuannya agar senantiasa bergantung hidup bergantung ehsan kepada orang lain. Mentaliti hamba yang cuba ditanamkan seandainya 'berjaya' maka puaslah hati golongan penindas.


Semoga usaha peningkatan ekonomi diri dan keluarga yang diperjuang dipertunjukkan oleh mereka yang gigih berniaga walau serba kekurangan yang sering terlihat dan mudah difahami ini akan berhasil mencapai sasaran. Kita tidak tahu akan apa sebabnya buat mereka untuk tidak malu berniaga dibawah khemah sementara dipinggir jalan saban hari. Kalau ikutkan, sudahlah bersusah payah memasang khemah dari kosong pada awal berniaga dan bila tamat berniaga perlu pastikan keadaan sekeliling bersih seperti sediakala. Penat berniaga dan berganda penatnya bila perlu menanggalkan khemah yang didirikan serta mengumpul barangan jualan yang berlebihan tidak laku. Kalaulah rezeki seharian lebih dari semalampun sudah dikira patut dan perlu bersyukur. Tapi kalau seperti hari ini yang gerimis berterusan sehingga lepas Asar, pastinya kurang hasil yang diperolehi. Penat sudah tentulah penat dan dengan kutipan niaga yang tidak seberapa maka bertabah adalah 'senjata' yang perlu melawan rasa tidak bernasib baik pada hari ini.


Aku amat admire buat mereka yang gigih berusaha. Berniaga kecil kecilan biarpun tidak dipandang 'gah' oleh mereka yang singgah membeli yang rata ratanya membeli kerana bersimpati terhadap sesama kita. Ini tanggapan aku semata. Hakikatnya, sesiapa yang singgah berhenti itu bukanlah atas kerelaan mereka semata pada zahir terlihatkan tapi lebih kepada 'aturan' yang telah Allah swt tetapkan untuk hadirkan 'rezeki' kepada orang yang berniaga itu. Rezeki sememangnya telah Allah sediakan cumanya terpulanglah kepada cara kita untuk mendapatkannya.


Apapun bersyukurlah dengan rezeki dan nikmat pemberian dariNya. 


Friday, August 2, 2024

Biasa dengar 'anak syurga', ada apa dengan 'ahli syurga'...viral lak

02 AUGUST 2024, 11:34


Biasa dengar 'anak syurga', ada apa dengan 'ahli syurga'...viral lak


Pagi Jumaat ini, aku datang singgah ke KKM ambil ubat lagi termasuklah untuk Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya aku perlu 'telan' didepan mereka didalam bilik no. 4, tapi pada kali ini  memandangkan ramai pula patient yang ada didalam bilik dengan pelbagai sebab maka aku skip. Aku berhasrat untuk ambilnya didalam kenderaan yang diparkir di perkarangan letak kereta sahaja. Sekelipan sahaja berubah dan akan mengambilnya didalam bilik sahaja selepas selamat sampai dirumah. Bukannya apa, didalam kereta suasana mulai menghangat dan tambahan pula bila lepas telan ubat tu, kepala akan pula terasa pening pening takut memudaratkan ketika memandu pulang.


Done. Selesai aku telan ubat yang dijangkakan berlarutan selama 9 bulan. Ikut perkiraan sehinggalah berakhirnya Februari 2025. Rawatan lebih intensif menurut kata doktor yang merawat aku dan menjadi keperluan untuk setiap hari hadir ke KKM dan 'makan' obat didepan petugas kesihatan. Cakap banyapun tak guna maka haruslah aku ikutkan sahaja rentak mereka. Selagi mana untuk kebaikan diri aku tentulah aku harus patuhi aturan yang ditetapkan. Namun untuk kali ini semacam ada kelonggaran yang tidak disengajakan. Seolah dapat pelepasan. Cuma tinggal 'Najmi' sahaja yang kendali di bilik no. 4 dan mungkin boleh lebih kurang memandangkan dirinya cuma baru berusia awal 20-an, pangkat anak sahaja maka dia tidakpun membantah. Aku ucapkan terimakasih dan berlalu keluar dari bilik.


Ketika tengah leka layan fb di bangku menunggu didepan bilik no. 4 sedang membaca komen komen spontan netizen pasal digelar 'ahli syurga', nama aku dipanggil. Aku mendongak dan melihat arah datangnya suara memanggil. Rupanya dia, si Najmi tercegat dimuka pintu bilik no. 4. Bangkit longlailah aku menuju masuk. Baru hendak dapat idea penulisan, kacau pula 'mamat' ini. Ikutkan sahajalah kehendaknya.

Screenshot tatkala nama dipanggil...takot terlepas, akan dirujuk baca


Sesampai dirumah setelah selesai mengambil ubat terus aku capai dan buka tablet Samsung untuk menulis di Dairo Journal. Memang banyak isu yang diperkatakan didalam social media. Terpulanglah kepada isu apakah yang lebih menarik perhatian memasing. Bukanlah aku bermaksud yang aku ini bagus sesangat. Of course tentu tidaklah. Cumanya aku terpanggil untuk aku ulas beberapa sudut yang pada firasat aku patut aku ketengahkan. Bukanlah sebagai panduan untuk sesiapa tapi sebagai renungan buat diri yang semakin menghujung usia. Tidak bermaksud mahu berbalah tapi setakat berhujah dari sudut pandangan aku semata. 


Kalau kita renung secara serius bersama akan berita yang diketengahkan oleh pengendali media digital, ternyata banyaknya 'berita' yang tidak pernah terfikirkan oleh kita sebelum ini boleh sahaja sekejapan menjadi 'viral'. Misalnya sehari dua ni, kisah seorang doktor Melayu yang mana, rumahnya didatangi dan dipelawa masuk lelaki asing, bukan seorang tapi dua orang sekali gus oleh 2 'maid' yang digajikannya kedalam rumah ikut suka hati mereka. Tujuannya pula untuk buat 'maksiat' sepertimana yang dilaporkan sendiri oleh doktor muda tersebut. 2 orang lelaki 'Bangla' yang bertamu dirumahnya yang diajak oleh pembantu rumah warga Indon dan Pinay adalah sesuatu yang amat mengejutkan bukan dirinya sahaja malah sesiapapun yang waras fikiran. Bukti CCTV tidak mampu dinafikan oleh mereka yang terlibat. Tepuk dahi aku. Bila hal yang tidak senonoh boleh terjadi dan sekelipan sahaja diketahui khalayak ramai pastinya cepat menjadi polemik. Apa hendak jadi negara aku ini. Sampai bilakah perkara sebegini akan jadi tontonan ramai. Apakah tiada tindakan susulan oleh mereka yang terkait untuk membanteras. Urut dada aku menahan marah. Semua kita terpalit dan paling pasti sesuatu perlu dilakukan.


Tapi aku lebih berminat dan tertarik untuk perkatakan tentang kata-kata pelemah semangat berupa sindiran bilamana mahu berjinak jinak ke Masjid. Sekarang ini bukan boleh cakap tidak tentu. Cepat sahaja akan di viral untuk dinilai masyarakat. Semua dari kita, percaya ataupun tidak, pernah laluinya. Mungkin appoach yang diterima mungkin sedikit berbeza tapi pada dasarnya cuba bersifat 'downgrade' merendah rendahkan orang. Aku ambil sedikit masa membaca berita yang dilaporkan oleh 'M-star' hari ini. Apa sebenarnya yang mahu di-highlight kepada umum. Melalui tajuk berita yang agak 'catchy' tentunya dapat memancing bilangan reader untuk ketahui lebih lanjut.


Rujuk link...pergi-solat-di-masjid-pemuda-disindir-jemaah-ahli-syurga-...tapi tafsiran memasing mungkin berbeza.

Faham...faham...dan memangnya strategi pengendali portal berita dalam mendapatkan viewer tertinggi dikalangan pesaing. Aku bukanlah hendak menghukum sesiapa tapi cara pemakluman yang lebih kepada sepihak bakal menghadirkan pelbagai implikasi. Semua kita punyai interpretasi sendiri. Betul salah dan kecenderungan sepihak tentulah tidak dapat dielakkan. Rata ratanya komen dari netizen menyebelahi kepada pemuda yang upload kisahnya yang konon katanya 'dibuli' oleh orang masjid. Dah lah tu diselarnya sebagai orang terpaling 'ahli syurga'.


Apa yang pasti, pemuda yang dikata diperlekehkan ini berjaya mendapat follower yang ramai. Menyebelahi bersimpati atas apa yang berlaku memanglah begitu didambakan. Namun bilamana gagal mencerna dengan penuh adil ikut konteks peristiwa mungkin akan mendatangkan salah sangka dan 'stigma' ini mungkin akan kekal berpanjangan. Hendak berubah menjadi baik memang banyak cabaran. Kena kental dan tabah hadapi segalanya. Bila cepat patah hati mudah koyak dengan usikan dari 'mereka' yang mengenali tapi dianggap cemuhan oleh empunya diri, maka makin rumit jadinya.


Aku tidak berani mengatakan seorang hardcore 'masjid-goer' ini bermaksud yang bukan bukan. Rasa rasanya sipolan tu tidakpun jauh sangat berbezanya dari segi usia dengan aku. Agak pasti yang pendekatan berguraunya menyambut 'calon' baru yang bakal menjadi regular ke masjid telah disalahertikan. Normal bagi aku yang sebaya, kalaulah aku yang dimaksudkan. Bebudak sekarang, cara dan seni berborak agak berbeza dengan angkatan aku. Bilamana orang dari zaman yang berbeza dan tidak sama 'kepala', apa apa sahaja yang tidak 'gham' mudahnya disalah maksudkan. Tak pasal pasal, orang tua tu menjadi 'kutukan' para netizen. Moralnya, bila berbual dengan bebudak dan begitu jugalah bila bebudak hendak berborak santai dengan orang lama perlu ada ciri ciri yang harus dipatuhi. Cara dan approach mengusik berbeza. Benda yang dianggap normal oleh otai kekadang dikatakan keterlaluan dalam bergurau. Agaknya, sudah tiba masanya perlu ada etika dalam perhubungan dikalangan mereka yang tidak sama grup.


Selingkar kisah yang dipaparkan ini harap jadi pencetus agar kita semua lebih berhati hati berbicara. Mudah sangat untuk disalahertikan dan lebih tidak baiknya bila di-spin memburukkan orang lain demi mencari keuntungan yang sementara sifatnya. 


Kerut dahi memikir cacamarbanya dunia dewasa ini. Haru dibuatnya.