05 JULY 2023, 17:25
Terkejut mengetahui
Sebaik diarahkan oleh pihak hospital melaka untuk membuat pemeriksaan lebih teliti di KKM Ayer Keroh semalam, maka pagi ini aku turutilah sahaja arahan demi kebaikan diri. Semalam beria-ialah aku menyuruh orang rumah siapkan apa yang patut untuk masuk ward. Sejarah lama berulang yang sepatutnya telah lebih awal untuk aku 'serah' diri. Batuk berterusan saban hari dan bertujai pula pada sebelah malamnya dengan pekatnya kahak yang keluar, kerap kencing walaupun tidak minum air dan kekerapan untuk bangun malam semata mata untuk membuang air kecil hampir setiap jam beserta dengan lokosnya t-shirt yang dipakai temtulah amat mengusarkan. Tanda tanda penyakit TB datang menjengah diandaikan menjenguk diri sekali lagi. Amat pasti dan yakin.
Segalanya bermula pada pagi semalam bilamana rasa tidak tertahankan lagi 'siksaan' yang menimpa diri. Keadaan pada awal June sudah mulai batuk dan kerap pula pada sebelah malam. Badan terutamanya bahagian dada panas memanjang dan bila malam pula 'seram sejuk'.Tidak selesa tidur lebih lebih lagi 'bakteria' jahat mulai aktif menyerang sekitar 3 ke 5 pagi menyebabkan gatal yang teramat dibahagian kerongkong. Tentu sahaja sukar untuk tidur. Jahatnya, lepas 5 pagi mulailah rasa mengantuk yang teramat. Pastinya situasi ini tidak menyelesakan diri. Pada mulanya akibat lebih amat batuk dengan memaksa batuk dalam usaha untuk kurangkan kegatalan tekak yang berselindung dalam kahak pekat sehinggalah sampai mengandungi darah. Hari hari berikutnya masih tidak berubah, kahak bercampur darah dan dengan gejala bangun kencing dan berpeluh badan tentunya mendatangkan kebimbangan. Seminggu lepas itu, keadaan menjadi normal. Tiada batuk, tiada berkahak dan dapat tidur dengan lena jugalah. Namun ianya tidak kekal lama. Selang beberapa kemudiannya, ianya berulang dan makin teruk pula sehinggalah 'berani' berjumpa panel doktor.
Segeralah si doktor Firdaus membuat satu surat menyuruh aku ke ED, dan bila aku menanyainya, Emergency Department selepas aku menerangkan keadaan aku dan sebab kenapa aku datang berjumpa dengan dia. Bila masuk berjumpa walaupun datang awal, keutamaan adalah kepada 'pesakit' yang bayar cash, kena sidai dalam 2 jam sempat pula berlawak. Encik ni adik beradik kah dengan Hanif bin Ali. Dia merujuk patient yang telah dia periksa terdahulu dari aku. Pantas sahaja aku nafikan. Bilamana symptoms TB yang aku selesai terangkan segeralah dia berubah mood. Semacam paksaan pula dia berkata, 'tolong pakai mask tu betul betul'. Takut bebenar terjangkiti. Melihat dari orangnya, mungkin dalam usia awal 30an sahaja tapi inter-personal skill dia agak kelaut. Dalam hati aku berkata, 'biar betul doktor ni...'. Hendak sahaja aku 'hang' dia tapi disebabkan hendak dapatkan 'mc' maka aku berdiam diri sahajalah. Apa yang paling aku takuti bilamana berjumpa doktor dan sememangnya sedaya mungkin untuk mengelaknya bilamana akan dirujuk ke hospital dengan maksud 'tersirat' being hospitalised. Panjang ceritanya.
Orang rumah mengingatkan suruh datang awal ke KKM Ayer Keroh kerana ramai orang. Aku maklumkan yang ramai datang awal tu sebab telah dijadualkan. Berbeza dengan aku yang dirujuk dari hospital melaka so tidak terikat dengan temujanji. Faham benar kalau datang awalpun, mereka yang ada temujanjilah yang akan diberi keutamaan. Sebab itulah aku lewatkan kehadiran aku ke poliklinik tu. Setibanya disana berjalanlah ke meja pendaftaran. Ikut masa tiba dalam kurang lebih 10:37 dan disuruh duduk menunggu. 11:01 aku kena bayar secara 'paywave', bila ditanya 'pakcik' ada debit card. Langsung dimaklumkan yang pembayaran pendaftaran kena guna debit card seolah aku tidak mengetahuinya. Dia berhak bertanya begitu memandangkan telah banyak tahun aku tidak berkunjungan ke sana.
Teringat lagi pada awal tahun di poliklinik yang sama ini, ketika aku didalam alza menunggui orang rumah menjalani 'physioterapinya' akibat masalah saraf dimana lengan tidak boleh diangkat dan ketika renyai renyai hujan meminta debit card untuk membuat bayaran yang katanya 'duit' pihak klinik tidak boleh menerimanya tentunya via smartphone. Bergegaslah aku mendapatkannya diruangan foyer menyerahkan debit kard Bank Islam aku padanya dan sampai kehari ini dipegangnya tidak dipulangkan. Ingatkan terhilang.
Selepas berdaftar berbayar cuma RM1.00, aku diarahkan ke bilik no.7 dan menurut petugas kaunter pendaftaran perlu menyerahkan dokumen yang diserahkan kepada aku itu hendaklah diletakkan dimeja saringan penerimaan borang pesakit mengikut saluran. Selepas ambil BP, timbangan berat dan cucuk hujung jari untuk pengesanan kencing manis setelah mengetahui dan aku sendiri terkejut yang berat badan aku menurun menjadi 35.65kg sahaja. Memeranjatkan aku yang selama ini aku berandaian yang berat normal aku sekitar 47 ke 50 kg dan jauh sekalilah untuk turun mendadak. Memang tidak tersangkakan.
No. yang diberi petugas kaunter pendaftaran |
Digital payment seolah aku tidak mengetahuinya |
Bermulanya sesi tanya dan jawab dengan doktor Nurul Huda Rosmani. Aku tidak ingat nombor giliran aku. Aku duduklah mengadap bilik no. 7 dan berkali kali voice perempuan yang diprogramkan menyebut 'no 7039 bilik 7'. Aku tidak perasan akan nombor giliran aku. Sudah sampai dirumah baru perasaan yang keratan no. giliran ada didalam kocek kemeja. Tetiba keluarlah seorang wanita berpakaian biasa, mungkin doktor agaknya, sambil memegang kad kuning dengan butiran lain menyebut nama yang tidak asing lagi, 'Zaini Bin Ali'. Cecepat bingkas dari kerusi sambil memaklumkan yang aku inilah orangnya. Faktor penuaan mungkin.
Setelah berpuashati dengan keterangan dan penerangan, beliau mencatat butiran dilampiran. Maka aku diminta menyerahkan dokumen ambil sampel kahak kepada kaunter makmal dan juga diarahnya aku ketingkat satu untuk membuat x-ray. Selesai segalanya dan berjumpa terus sekali lagi membawakan film x-ray untuk dianalisakan. Aku tidaklah mahu mengetahuinya lebih detail akan x-ray yang dilihatnya dan biarlah yang expert melaksanakan tugasan. Apa yang paling penting aku diperiksa dengan rapi lagi teliti. Terheran juga, kali ini sebelah berwarna putih dan sebelah lagi hitam tapi tiada lubang lubang bermaksud kesan TB. Pertanyaan terbiar tidak sanggup hendk bertanya lagi.
Apa yang ingin aku ketahui adakah aku 'fit' untuk bertugas kerana dia pun mulai meminta aku mengenakan facemask aku dengan sempurna. Tetiba pula sebelum dia menegur itu, hingus macam meleleh keluar yang memaksa aku untuk mengeluarkan saputangan yang kemestian perlu ada diseluar menglap segera. Bunyi macam positif sahaja. Katanya lagi, result akan dimaklumkan pada sebelah petangnya nanti. Selain mengambil nombor aku dan forwardkan nombor dia pula sebagai countercheck, dia juga minta nombor telefon orang rumah sebagai back-up.
Petang tadi sekitar, 4:30 adalah dalam 2 kali nombor aku dihubungi tapi aku tidak angkat. Kemudian pastinya dia menghubungi orang rumah memaklumkan agar aku datang esok hari selama tiga hari berturut menyerahkan sample kahak bilamana aku bangun dari berbaring. Aku pasrah atas arahan dan ketentuan dariNya.
Segala yang tidak terjangkakan boleh berlaku. Bukanlah kita yang menentukan. Hadap sahajalah. Moga moga aku dipermudahkan. Harap segera kembali normal dalam menjalani usia menuju persaraan.
No comments:
Post a Comment