Thursday, June 29, 2023

Mencuba lakukan sendiri

Entah macammana tetiba datangnya kekuatan memaksa diri bangkit dari lama sangat diri dimanjakan. Melihat keadaan semasa yang makin tidak memihak membuatkan aku perlu membuat sesuatu dalam menyerap segala tekanan dan implikasi yang hadirnya pula secara package.

Kos sara hidup seolah tiada tanda akan kekal seketika dan makin ketara pula meningkat. Berita yang cuba dikesampingkan tapi menjadi fokus kepada pengendali berita 'portal' adalah kenaikan harga beras. Pihak yang berkepentingan dan yang terkait akan sedayanya cuba untuk mengelak dari memperkatakan isu isu yang bersangkut paut dengan keperluan kehidupan rakyat teramai. Pihak yang diamanahkan untuk menjaga mengawal selia setiap permalahan yang sedang dan akan ujud kepada kesejahteraan masyarakat seolah berlepas tangan begitu sahaja. 

Mana tanggungjawab pihak berkuasa. Setakat memberitahu yang harga beras akan naik berpunca dari sekian sekian, rasanya akupun boleh tolong pukul canang. Apa yang mereka yakni pihak yang dipertanggungjawabkan ini bergaji dan punyai pelbagai kemudahan sampingan yang diterima tidak mampu menyediakan plan tindakan yang sepatutnya dalam memastikan 'food security' negara tidak terancam. 

Apakah fungsi dan keutamaan. Bukankah mereka digajikan untuk memastikan perjalanan dan kesejahteraan rakyat terbela lagi terjamin. Rakyat perlu mendapatkan hak yang sepatutnya. Patutkah aku dan golongan marhaen lainnya yang merupakan segmen terbesar yang perlu dibeban memikirkan cara terbaik dan paling praktikal untuk dilaksanakan. Boleh kah begitu.

Aku gagahi pagi ini memulakan langkah. Semuga langkahan pertama ini akan diteruskan kepada bidang yang lain pula. Syaratnya kena berani ambil risiko. Bukanlah hendak mematikan 'peluang' rezeki orang lain tetapi akibat keterlaluannya mengambil untung makanya menjadi satu ingatan kepada orang terbanyak untuk pastikan perkara sedemikian tidak sewenang wenangnya diperbuat. 

Banyak sebab kenapa adanya kerja dan pekerjaan itu diserah serta dilakukan oleh orang lain. Bukan semua kita bijak serta berpandaian. Ada kalangan kita yang 'keras' tangan. Manakala ada pula orang yang seolah telah dianugerahkan kelebihan dalam mengendali kerja kerja yang dpandangan mata kita seperti rumit untuk disempurnakan.

Sepertimana cikgu fizik pernah cakap dan pernah diulang ulang oleh Mac Gyver, 'Every action has a reaction' yang mana hukum alam ini tidak mampu untuk dinafikan oleh sesiapapun, akupun mengambil mentol yang dibeli dari Mr. D.I.Y. seminggu sebelumnya dan aku asyik memandangnya tidak diusik dibilik, memulakan kerja.

Gaya macam tahu dan berilmu, tapi sebenarnya 'habok'. Mana hendak aku mulakan dulu. Tercangak cangak. Memang untuk apa kerja sekalipun jika tiada berpengalaman apatah lagi baru pertama kali hendak pegang screw driver tentulah canggung jadinya. Lumrahnya begitulah. Tapi percayalah, alah bisa tegal biasa. Inilah kata semangat tok nenek yang ditanamkan ke jiwa agar kita tabah menghadapi setiap cabaran. Apa apa kerjapun permulaan memanglah begitu sehinggakan orang yang tidak pernah umur melihatpun akan cuba mematahkan semangat. 'Hantar jer kat bengkel...habis cerita', mungkin itulah yang dilaungkan dari jauh kat kita.

Cadangan yang baik. Tidak menyusah menyakitkan badan. Hulurkan upah...semua selesai. Namun atas apa yang berlaku dan bagi memberi isyarat kepada orang lain, maka tindakan yang aku perbuat ini harus sebenarnya dan sepatutnya dahulu lagi telah aku buat. Kemurahan hati kita dieksploitasi semahu mungkin bagi yang sekadar memikirkan keuntungan 'wang' dalam berniaga. 

Semoga usaha sekecil aku ini akan menyedarkan betapa perlunya bertimbangrasa dan berlebihkurang dalam segala hal. Bukan duit penentu segalanya walaupun duitlah yang menentukan ukuran jaya gagalnya sesuatu perancangan.












                                                           Videonya lepas siap dipasang
                                            

                                                Sebelah malamnya pula...amat berpuashati


Berpeloh menyiapkan walau nampak mudah. Begitulah jadinya jika kita tiada ilmu asas dan sekadar berpandukan ikut ikutan orang melalui panduan di socmed oleh mereka yang pernah melakukannya sendirian. Hal yang tidak serius tiada hal. Bagaimana pula dan adakah sanggup untuk mencuba sesuatu yang berisiko tinggi yang melibatkan 'skill' tertentu dan perlu pentauliahan sebelum membuat sesuatu, seperti doktor yang dibenarkan untuk belah dada pesakit ataupun jurutera yang ditugaskan menyambung pipe gas didasar laut misalnya.

Banteras selagi boleh.



No comments: