Kecenderungan kearah yang menguntungkan amat jarang sekali buat diri yang biasa biasa ini untuk tidak memberi perhatian. Rasanya sesuatu yang lumrah dan perkara sebegini sememangnya menjadi perhatian. Apa sahaja yang 'menguntungkan' jarang terlepas begitu sahaja.
Perkara perkara bersifat duniawi dan disaksikan sendiri pasti akan membuatkan semua kita teruja. Bilamana orang yang serba serbinya lebih rendah dari kita boleh berjaya lagi bergaya maka akan tercabarlah diri. Apa kurangnya aku dan apa lebihnya dia sehinggakan aku tertinggal kebelakang.
Namun seperti selalunya kita seolah tidak mampu atau sengaja tidak pula mahu mengaplikasi-kannya untuk tujuan ukhrawi. Aneh dipenglihatan mata dan tentulah lebih sukar untuk dimengertikan. Perkara kearah kebaikan dan terjamin menguntungkan di-alam sana dikesampingkan begitu sahaja. Tiada sedikitpun rasa kerugian malah mengganggapnya hal kecil sahaja. Bak kata orangpun, hanya jauhari sahaja-lah yang mengenal mengetahui manikam.
Rujuk, Amalan ke Syurga, yang diolah secara santai oleh Dr. Ahmad Sanusi Azmi tapi punyai impak yang cukup kuat.
Amalan Ringan Dijamin Syurga
=====
Terdapat beberapa amalan yang mudah, tetapi dijamin syurga oleh Allah dan Rasul. Berikut adalah diantaranya seperti
1. Membaca doa selepas wuduk
2. menjawab lafaz-lafaz Azan
3. Membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat
4. Memberi Salam ketika masuk rumah.
Semoga Allah membimbing kita
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Kita tidak mampu menafsirkan sehabis bagusnya memandangkan insan adalah ciptaanNya. Pengetahuan kita terbatas dan berpandukan kepada apa yang dialami dan diketahui dari orang sebelum dari kita. Setakat itu sahaja. Kita tiada keistimewaan berbanding dengan nabi kita, Muhammad saw. Dengan keizinan dariNya, baginda memaklumkan kepada kita akan apa yang perlu dan harus kita perbuat. Keupayaan kita jauh lebih rendah dan tidak sebandingan pun dengan Junjungan besar kita.
Andailah kita kejap mematuhi mengikuti setiap yang 'diturunkan' sepertimana yang terkandung didalam 'mukjizat' paling besar keatas manusia iaitu Al-Quran, maka tidak mungkin segelintir dari kita sekarang ini sampai terpesong begitu jauh. Sebabnya segala pembalasan berupa kurniaan dan juga hukuman ditangguhkan ke suatu masa 'hadapan' yang akan pasti sampai.
Sehinggalah ke detik itu, tindak tanduk yang kita perbuat dirasakan betul dan memadai untuk diterima masuk ke Syurga-Nya. Macam yakin seyakin-yakinnya.
Perlu kita semua ingat, segalanya berkemungkinan.
Maka perlulah kita menjadi Jauhari malah harus bagi membolehkan diri mampu mengenal dan berbuat yang sepatutnya menuju kampung yang 'kekal' nanti,
Harap dipermudahkan olehNya.
No comments:
Post a Comment