23 June 2023, Friday, 11:53
Isnin hari itu, aku tidak berlengah lagi membuat servis yang dirasakan perlu keatas 'MBB' yang terperuk lama di workshop panel insurance. Memang tidak berpuashati dengan kerja kerja pemulihan yang diselenggarakan oleh mereka. Tahap profesionalisma ke laut, sudahlah menungguinya begitu lama dan kalau tidak disongsong mungkin lebih lamalah lagi. Begitupun, aku kena redha dengan tahap perkhidmatan yang diberi. Bagi diri aku, kepulangan penyerahan kembali akan 'kanchil' penuh makna ini lebih menjadi keutamaan.
Bukanlah aku hendak menafikan fungsi mereka yang terlibat sehinggalah ianya dikembalikan semula kepada aku walaupun senantiasa hendak kena tanya 'progress'. Tidak semengahnya kerja kerja penyelengaraan amat mengecewakan. Beginilah standard bilamana melibatkan kereta golongan 'marhaein'. Entah macammana agaknya andai yang menjadi mangsa adalah tuan punya kereta mewah. Tentu pantas perkhidmatan yang akan diberikan. Al-maklumlah, 'masuk'nya pun besar. Kereta biasa biasa yang sudah menjangkau banyak tahunnya tentulah ciput sahaja yang pihak berkaitan akan perolehi. Kalau boleh tangguh akan cuba mereka tangguhkan. Sikap tidak peduli dan 'double standard' yang diamalkan selama ini pastinya amat menyukarkan golongan bawahan untuk mendapat pembelaan yang sewajanya. Hadap sahajalah kenyataan ini. Bercakap banyakpun tidak akan kemana. Lebih menyakitkan hati sahaja.
Moral ceritanya, kenalah senantiasa berhati hati dalam pemanduan. Elakkan diri dari terlibat dalam kemalangan. Berdoa lah dan berserah lah kepadaNya agar kita dijauhkan dari segala petaka yang tidak diingini.
Sebelum keluar kebengkel kereta pagi itu, orang rumah sudah mengingatkan untuk membeli beras yang telah kehabisan. Aku ia-kan sahaja. Sempat ber-zohor lagi di Masjid Saidina Ali sebelum kerja kerja selenggaran dibengkel yang aku percayai ini menyudahkan kerja. Selesai membuat pembayaran, bergegaslah aku pulang ke rumah. Menonong sahaja sampai ke hujung padang tetiba teringatkan pula pesanan untuk membeli beras. Aku buat pusingan 'U' disimpang permulaan padang dalam taman ini. Terus sahaja aku menuju ke pangkal taman semula yang menempatkan pelbagai kedai dalam deretan rumah kedai yang semua pintu beroperasi. Untuk kedai runcit sahaja terdapatnya Kedai Dak Lim, 7E, Kedai Untie Minnie dan terkini dibuka adalah Speedmart.
Aku memilih kedai paling latest dibuka iaitu Speedmart. Selain dari merasai suasana baru yang umumnya terlebih maklum, ber-air-cond., bersih dengan teratur susunan barangan yang diperaga dan tentu sekali berbeza dengan kedai runcit era lama yang tidak kemas, berterabur dan paling aku tidak sukai adalah tidak hygienic. Susunan tidak terurus, berbau hapak dengan barangan jualan ada yang bertebuk tikus tapi masih dibiarkan tidak berkemas adalah sebahagian ciri ciri kedai cina yang tidak ambil peduli untuk memoden menceriakan kedai mereka. Apa yang lebih mereka mahu adalah 'untung'. Peliknya, kebanyakkan orang kita seolah boleh 'get along' dengan situasi sedemikian. Kita ambil sikap tidak apa bila peniaganya orang asing, terutamanya orang cina. Tapi bila melibatkan orang kita, macam macam dikomplen. Maksudnya, apa sahaja yang dilakukan oleh orang cina ini kita perakui walaupun ianya amat bertentangan dengan 'keinginan' dan naluri kita terutamanya dalam bab kebersihan, keuntungan melampau dan mudah memaafkan dan tidak terus menyerang menyalahkan mereka ini hampir dalam semua aspeks. Kita menurut sahaja. Sifat opologetic yang tinggi dan pemaaf bangsa kita dimanipulasi semaksimum mungkin demi kepentingan mereka. Ini hakikat yang perlu kita telan dan perlu disempadani dengan jelas agar kita tidak mudah diperkotak-katikkan.
Sepertimana biasa yang terlihatkan, pengunjung kedai baru ini adalah semuanya orang kita. Dari budak sekolahnya, makcik makcik dan pak haji yang baru keluar masjidpun singgah memeriahkan minggu pembukaan kedai. Seingat akulah, pada khamis lalu, ketika orang rumah singgah mendapatkan bahan pembuatan 'karipap-nya' setelah bergerak balik dari Pengkalan Samak, kedai Speedmart ini belum dibuka lagi. Mungkin hari Ahad(18/6) dirasmikan agaknya. Memangpun betul menurut cashier budak perempuan melayu setelah ditanya yang outlet Speedmart, yang ke berapa tidak pula aku ingin mengetahuinya, memaklumkan yang ianya dibuka secara rasminya pada 18/06/2023 bersamaan hari Ahad.
Apapun kehadiran satu lagi minimart yang serba moden dengan sistem pembayaran 'digital' memudahkan urusan transaksi pembelian. Tidak perlu lagi menyediakan wang tunai dan hanya sekadar 'paywave' sahaja diterminal. Menyokong dalam terpaksa. Malu rasanya pada diri sendiri kerana tidak mampu memberi peluang pekerjaan kepada golongan anak anak muda. Setidak tidaknya mereka berpenghasilan setiap bulan meneruskan kelangsungan hidup. Andailah satu outlet menyediakan peluang pekerjaan kepada bebudak lepasan SPM dalam 10 orang sahaja, bayangkanlah kalau seluruh negara dikalikan dengan 10 orang sahaja pastinya beribu jugalah jumlahnya.
Semoga akan adanya kesedaran dalam masyarakat kita untuk saling membantu menyediakan peluang pekerjaan demi kemakmuran ekonomi bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment