Thursday, June 22, 2023

Terawang awangan

20 JUNE 2023, 12:15

Terawang awangan

Begitu cepat masa bergerak. Sedar sedar kita sudah hampir sampai garisan ke-60. Bukanlah tidak perasan akan hal ini tapi sememangnya dan senantiasa disibukkan pula dengan perkara perkara yang pelbagai. Kesemua hal yang menimpa diri perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Maka semestinyalah perhatian dan tumpuan akan menjadi berbilang pula. Secara semulajadinya mana yang mendesak akan diberi keutamaan. Mana yang boleh ditangguhkan dan dilewatkan, barang tentunya akan ditangguhkan kekadang kalaulah tidak 'berkepentingan' ataupun less significant maka dilupai terus agaknya dan ianya kerap terjadi.

Hidup diteruskan...



Pun begitu perkara perkara yang bukannya menjadi main concern dalam hidup dan kehidupan memangnya menjadi faktor yang melengahkan kita untuk kekal fokus akan asal kita dilahirkan kedunia ini. Hal yang melekakan inilah yang banyak meragut masa berharga. Banyak perkara yang seharusnya dimasa muda lagi telah mantap akan segala ilmu kemahiran untuk hidup didunia serta ilmu bekalan ke akhirat nanti. Kita lebih rungsingkan penampilan diri. Rambut yang dahulunya hitam tebal berkilat kian memutih menipis lalu digelapkan kembali. Gigi yang putih rapat teratur yang mulai tanggal satu per satu seiringan usia kini dipalsukan menjadi seperti dahulu semasa muda. Sehinggakan diketika ini berhasrat agar diri kembali muda yang sendiripun tahu yang ianya mustahil untuk berlaku. Hanyalah kepura puraan menipu diri dan terbawa bawa dibuai masa lalu.

Malangnya, bekalan untuk pulang kekampung yang kekal abadi seolah tidak dipedulikan. Boleh senangkan hati berhibur menghabiskan sisa usia yang dipinjamkan kearah yang tidak bermanfaat. Namun bagi yang cepat tersedar dan mulai mencari cari sesuatu yang diredhaiNya, setidak tidaknya, dapatlah membawa bersamanya bekalan. Ini dari perseptif kita. Bagi Allah swt pula, bukanlah banyak mana amalan dilakukan semata tapi 'usaha' ikhtiar mencari redhaNya lebih dilihat dinilaikan.

Bagi yang religiously brought up, pastinya terlebih awal dan amat maklum akan ayat al-quran yang kedapatan di surah al-dhariyat pada ayat 51:56

٥٦وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴿٥٦﴾ الذاريات-٥١

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

(Adz-Dzaariyaat 51:56) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark

Lebih perincian, rujuk tujuan-kehidupan-kita-di-dunia, moga tidak mengelirukan.

Walaupun begitu, taufik dan hidayahNyalah yang memungkinkan kita berada dilandasan yang sekarang ini dilalui. Dirasakan terlalu banyaknya kekurangan. Tiada kecukupan bekalan untuk dibawa 'pergi'. Aku masih sibuk memikirkan hal remeh tentang keduniaan. Bagaimana untuk menempuhi kehidupan dimasa mendatang. Sihat lagikah atau mungkin melepek dikatil menunggu kematian. Lebih amat memusatkan tumpuan kepada kekayaan duniawi, perbandingkan pencapaian sesama insan dan seolah bangga pula merasakan agak bernasib baik bilamana 'ujian' hidup yang ringan sahaja dihadapi.
 
Pernah aku luahkan sebelum ini yang memasing antara kita tidak akan bersamaan dugaan kehidupan. Batas waktu dan corak kehidupan yang memasing jalani agak berbeza antara sesama kita. Apa yang dilihat akan betapa sengsaranya penghidupan orang lain, tapi bagi yang menghadapinya menganggapnya sesuatu yang biasa sahaja. Pelik dan misteri. Banyak hal yang tidak tersangkakan boleh terjadi. Manakala 'kejadian' yang berlaku pula tidak pernah diramal terfikirkan benar benar terjadi. 

Perkara yang datangnya secara tiba tiba dan gelarkan 'kejutan' pasti akan membuatkan kita semua terpaku terpegun. Ilmu yang kita ada belum mampu untuk mengkaji menilai malah tidak setanding dengan yang dimiliki oleh sang pencipta kita.

Tapi, itulah kita, manusia memang mudah lupa dan perlu terus diperingatkan samada secara berlembut kekadang dengan keras dengan amaran siksaan. Anihnya respond yang diperbuat diperlaku oleh kita kerap tersasar. Kepelbagaian cara 'ujian' kehidupan ditimpakan perlu dinilai diteliti sehabis eloknya. Segala aspek perlu disentuh. Bukan boleh main tutuh sahaja. Pendekatan yang diambil perlukan pengetahuan yang betul lagi benar. Tidak boleh ikut logik akal semata. 

Ya Allah...berikanlah hambamu ini kekuatan dalam menempuhi setiap dugaan kehidupan. Ameen.

No comments: