Wednesday, June 28, 2023

Menjelang Raya Haji 1444H

Banyak hal berlaku yang tentunya mencorakkan pergerakkan kehidupan aku. Berhasrat berhajat untuk memberi tumpuan sepenuhnya dan senantiasa kekal fokus terhadap pembelajaran kendiri aku akan bahasa Arab especially akan grammar-nya dalam memudahkan pemahaman pembacaan Al-Quran yang menjadi matlamat utama aku. Dilengahkan namun masih tidaklah sampai turun ketahap melupakan terus, menyebabkan aku terasa seperti kesuntukan masa.


Mana hendak selesaikan pasal 'kereta', mana hendak fikirkan pasal kenaikan harga barangan serta kesukaran mendapatkannya dalam pasaran, minyak kampit, terpacul di fikiran. Belum lagi berpeluang berkemampuan hendak membantu saudara yang terhimpit dalam permasalahan kewangan dan emosi dan yang terlebih utamanya diri sendiri yang masih dibelenggu dengan penyakit lama 'seolah' datang menjengah. Symptom of TB disease seperti lemah badan, kurang berat badan, badan terutamanya dada kerap panas, sering batuk kekadang kahak mengandungi darah pekat dan berpeluh sampai lokos baju(night sweats) sehinggakan tidak lena tidur sering terjadi walau ianya sama sekali tidak diingini.


Seminggu dua lepas kemunculan tanda tandanya, diri terasa seolah back to normal. Hasrat hendak mendapatkan rawatan pemeriksaan or medical check-up aku abaikan seketika. Berjanji pula dengan diri sendiri yang mana seandainya 'si-dia' ni muncul lagi, maka aku akan membuat pemeriksaan kesihatan. Bukannya apa, risau akan terkurung lama di hospital bila kena quarantine. Segala pergerakkan akan terbatas. Senantiasa dipantau. 4 jam sekali kena diperiksa dari awal pagi hingga ke malam. Check BP, tambah air, ambil ubat dan yang paling 'benci' bilamana mata mulai terlelap dikejutkan pula oleh nurse bertugas untuk routine 4 jam sekali ni. 


Esok raya. Sudah lebih dari 60 kali rasanya aku menyambutnya. Putaran hidup manusia buat diri yang sudah menghampiri penamatnya semacam tiada yang mahu dikejar lagi. Beberapa hari kebelakangan ini aku mengulang baca akan buku yang aku ter-initiate membelinya menjelang raya haji untuk tahun 2022. Ianya penuh berinformatif. Tidak mampu untuk aku adhere sepenuhnya kepada apa yang diutara dicadangkan oleh pengarang buku 'Nota Pasca Haji' dan 'Karya Terakhir' yang kebetulan berkongsi tahun kelahiran iaitu 1964. Seolah apa yang dibimbanginya turut sama sepertimana yang aku rasakan malah sebelum aku membacai bukunya. Normal bagi mereka yang kini berusia berperasaan sedemikian yang berjaya dinukilkannya dan didokumenkan pula sebagai panduan berguna atau checklist agar kita terarah tindakan.


Biasanya pepagi aku akan take a nap dalam setengah jam andai tidak bekerja pagi. Memandangkan aku bercuti ganti hari ini, selesai sahaja aku mengulangi lagi menghafali dan memahamkan ayat dari surah al-baqarah, kali ini ayat 2:22 hingga 2:24, mata tak nak pula letih untuk berbaringan malah mencarak terbuka. Maka aku teruslah menukilkan coretan di diaro @ tablet samsung ini. Tetiba pintu bilik diketuk dan muncullah anak aku yang korek yang semalam diangkut pulang oleh abangnya dari asrama menyerahkan coupon daging. Sekali lagi aku terduduk bila selesai membaca info yang terkandung. 

Rezeki pagi...

Banyak hal yang berkaitan dengan raya haji dipandang sepi. Kurangnya keterlibatan aku samada secara langsung mahupun tidak membuatkan diri seolah tersisih dariNya. Kita yang perlu dan mengharapkanNya dan bukanlah sebaliknya. Banyak konsep konsep yang sering disalahertikan oleh orang kebanyakkan dipermudahkan pemahaman dengan adanya medium perantaraan yang canggih moden. Tiktok dan whatsapps dan dengan 'kuasa' viral yang serba pantas memungkinkan maklumat penting disegerakan penyampaiannya tepat ke sasaran. Contohnya konsep berkorban, pencerahan oleh ustaz yang prolifik lagi dikenali  mudah untuk difahamkan dengan ber-video lagi. Kalau tidak faham boleh diulang tengok dan cuba sedayanya dimengertikan. Tidak usahlah banyak berdalih. Yakinlah dan niatkan untuk sesama berkorban andai diberi kesempatan pada tahun hadapan nanti.


Begitupun, bukan kita yang mengaturnya. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Tugas kita hanyalah perlu mengerjakan apa yang disuruh dan tinggalkanlah apa sahaja yang dilarang. Pengabdian kita kepadaNya adalah semata mata mengharapkan agar diganjari pahala atas usaha gigih kita. Beribadat dengan sungguh sungguh kepadaNya sepertimana yang dimaktubkan dalam ayat ke-21 surah al-baqarah,

 

Chapter (2) sūrat l-baqarah (The Cow)

Sahih International: O mankind, worship your Lord, who created you and those before you, that you may become righteous -


Aku tidaklah pandai sesangat tetapi ayat ini jelas dan rasanya tidak mengelirukan untuk difahami. Lebih baik lagi dilanjutkan dengan membaca kitab tafsir yang menghuraikannya lebih teliti akan kandungan ayat ini.


Semoga bermanfaat buat semua.

No comments: