Pun begitu, ketentuanNya jualah yang menetapkan akan segala kejadian. Mahu tidak mahu maka perlulah kita menghadapi segala ujian kehidupan ini dengan penuh ketabahan hati. Mengeluh dan merintih adalah tindakbalas yang tidak sepatutnya kita ambil. Malah kita perlu aktif dan berfikiran positif. Ujian dari perspektif agama merupakan usaha merebut pahala kurniaan Illahi kepada sesiapa yang mahu diujiNya.
Andai kita bersabar dan menekuni cabaran dugaan yang ditimpa maka alangkah betapa besarnya 'pahala' yang bakal kita perolehi. Kebiasaan ujian ditimpa adalah 'sakit'. Sakit ini pula punyai pelbagai implikasi. Sejauhmana dan setakat mana kita mampu menyerapnya akan menyerlahkan potensi diri dan memungkinkan diri menjadi lebih bersedia menghadapi ujian yang lebih besar dan maha hebat lagi.
Ujian yang ditimpakan keatas seseorang itu adalah berkadaran dengan kemampuan diri. Bukankah Allah swt itu maha mengetahui dan maha berkuasa keatas sesuatu. Maka sudah tentulah tahap ujian dan petaka yang ditimpakan mampu dihadap oleh insan yang 'terpilih' ini.
Semua kita yang tidak punyai apa apa kuasa perlu redha dan bersedia mengharungi apa sahaja dugaan hidup yang bakal terjadi di sepanjang perjalanan kehidupan memasing. Tiada sesiapapun yang tahu akan apa yang ada dihadapan. Bersangka baik dana dalam masa yang sama berdoa kepadaNya agar tidak diuji dengan hal yang tidak mampu ditanggungi.
Bercakap bercerita memanglah mudah. Semudah meneguk 'air mineral' yang sejuk dikeluarkan dari 'minibar' aku tatkala tekak kering kehausan dek panas berdengkang masa tengahhari terik. Hanyalah orang yang melalui sahajalah yang merasa perit getirnya 'ujian' yang kena mereka hadap. Orang lain cuma sekadar mendengar bersimpati. Tidak lebih dari itu. Mungkin juga dalam hati mereka yang dimaklumkan akan kesukaran harungi ujian kehidupan, entah entah berkata dalam hati, 'biar kau rasa...baru padan dengan muka engkau. Dulu menyombong. Tahu lak kau tinggi rendahnya langit tu. Baru kau sedar ya'.
Kekadang dan memangnya tidak menjangkakanpun, hasrat memaklumkan adalah bertujuan dapatkan simpati serta pertolongan tapi cercaan yang diterima.Bukankah telah dikhabarkan orang, Rambut mungkin sama hitam biar ada yang lurus dan berkerinting, tapi hati sukar untuk dijangkakan kecondongannya.
Bersabarlah hadapi dugaan kehidupan ini.
Kekadang
No comments:
Post a Comment