16 JULY 2023, 10:55
Pengharapan yang mengunung tingginya
Hendak dikatakan orang kita ni tidak sensitif mungkin tidak berapa tepat. Begitu jugalah dikatakan yang orang kita ni tidak ambil peduli langsung akan 'survival' bangsanya pun mungkin agak keterlaluan. Rasa kebimbangan yang tidak berasas dan ditokok tambahkan pula oleh mereka yang kononnya 'ultra' melayu dalam usaha untuk memberi gambaran yang bakal akan dihadapi dimasa depan yang tidak berapa lama lagi membuatkan sebahagian kita yang ada sekelumit perasaan 'kebangsaan' menjadi tidak berapa selesa.
Ia, tak orang tak kita. Betapa mudahnya untuk dilihat dan nilaikanlah sendiri akan segala macam kepincangan yang sudah, sedang dan yang berkemungkinan untuk berlaku dihidangkan saban hari via socmed. Ada antaranya seperti mustahil boleh berlaku. Manakala dari sisi lainnya pula, kita seolah terfikir, mengapa pihak yang diamanahkan untuk mengawal selia boleh terlepas pandang. Kemana menghilangnya pihak penguatkuasa. Gagalkah undang undang yang sememangnya melindungi golongan terbanyak tapi pihak yang dipertanggungjawabkan pula yang lemah menguatkuasakan undang undang.
Macammanalah kaedahnya untuk aku menghadamkan segala hal yang dipertontonkan dari sebahagian kita yang prihatin akan bangsanya sendiri bagi menyedarkan diri. Semua kita pastinya tidak mahu hidup diri beserta keluarganya dan diperpanjangkan lagi kepada zuriat keturunannya terumbang ambing ditanahairnya sendiri. Buat orang cina, andai tidak berjaya ditempat orang, negara besar China pastinya tidak keberatan untuk menerima 'darah daging' mereka sendiri. Begitu jugalah dengan orang India. Andailah Malaysia ini perit sesangat meneruskan kehidupan, percayalah negara India akan mendepangkan tangan menyambut kepulangan penuh bangga.
Kita pula bagaimana. Hendak lari ke Indonesia atau bertebaran ke pulau pulau sekitaran kita mengharapkan belas ikhsan penduduk setempat yang mereka sendiripun terkial kial meneruskan kehidupan walaupun ikut sejarahnya serumpun senusantara. Mahukah kita diumpamakan 'Sudah terantuk, barulah hendak terngadah'. Masa hadirnya detik itu nanti, menangis air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi. Belum melalui dan merasainya tentulah hal ini dipandang sepi sahaja. Mengarut sahaja. Tidak mungkin dan mustahil untuk ianya terjadi. Jangan memandai mandai membuat cerita menakutkan orang. Mungkin spontan terpacul kata-kata sedemikian dalam menyedapkan perasaan sendiri berselindung membimbangi kemungkinan yang boleh terjadi. Zaini, hang jangan macam macam. Cakap ikut sedap mulut. Tidak siapapun yang tahu akan nasib diri dimasa hadapn. Namun tidak salah rasanya untuk diri berhati hati melangkah, berperancangan dalam bertindak dan bersiap siaga berbekal andai ditimpa petaka.
Cammana boleh terlepas nie...
Bongkar...kasi bongkar
Realitinya sudah boleh dilihat. Cuma perlukan penakulan untuk membuat 'projection' untuk jangkamasa 10, 20 atau 50 tahun mendatang. Sekiranya dibiarkan tidak dicantas dan diperbetuli penuh cermat lagi teliti, situasinya akan lebih mendukacitakan lagi buat anak cucu yang pastinya tidak berdaya hadapi dugaan kehidupan semasa mereka. Hal ini amat sulit ketika itu untuk dirungkai. Inilah yang dibimbangi. Maka suka ataupun tidak, menjadi keperluan untuk semua kita bersiap sedia menghadapi segala bagai kemungkinan. Pihak yang tidak suka kepada peribumi dan mulai cuba mendominasi tidak ubah seperti kaduk naik junjung. Hilang hormat kepada peribumi malah mereka mahu memaksa kita pula menyanjungi mereka.
Dikala ini, kita di'serang' dari semua arah. Kita tidak boleh melatah. Kita juga tidak harus sebilangan waktu untuk asyik mengamok tanpa berperancangan. Tindak tanduk yang kita pamirkan akan dinilai dan dianalisa oleh golongan mendatang ini secara serius lagi mendalam. Kesanggupan keterpaksaan memantau segala perilaku yang kita zahirkan penting buat mereka bagi mencari jalan merancang cara paling berkesan mengkucar kacirkan masyarakat peribumi.
Sedarlah peribumi sekalian. Kuatkanlah ukhwah sesama seislam. Mereka yang tidak se-akidah dengan kita memang tidak akan berhenti mencari jalan untuk melemah, melalai dan membuat onar agar kita menjadi sampah terbuang dinegerinya sendiri. Ini matlamat akhirnya. Yakinlah, mereka tidak akan terhenti selagi tidak terlaksana.
No comments:
Post a Comment