Tuesday, December 7, 2021

Hantaran di GPMS 80an

Sebaik aku membacainya digrup, tanpa berfikir lama, terus sahaja aku copy ke draft blog aku. Tertarik dengan posting yang amat menyentuhi diri. Bila dirumah dan punyai kelapangan masa akan aku membuat catatan yang berkaitan, spontan aku bermonologue. Tidak sempat membaca menghadaminya seketika aku sedang bersiap siap berpergian. 

amat menarik @ 07:51

Bagi memudahkan pembacaan, aku perturunkan sepertimana yang tertera. Bacai-lah dengan terbuka hati. Tidak harus salah menyalahkan apatah lagi mengesalinya. Sememangnya apa yang diperkatakan ada kebenaran yang tiada sesiapapun boleh menyangkalkan. 

Sharing kawan ke *Kasih asnaf FoodBank*

Tak tahu siapa penulis asal artikel ni,memang hebat.... Straight to the point without sugar coating  

🙏🏻🙏🏻🙏🏻 

Tapi sedikit sebanyak membantu buka minda dan jiwa ...

  

HIDAYAH MILIK ALLAH

*DERITA ORANG PENGHUJUNG USIA*

Ramai orang tua hidup derita sebab tak merancang! 

Kalau derita sekadar di dunia ok lagi, tapi yang ditakuti derita dunia akhirat. 

Di usia pencen ini tak payah lah sibuk bela kucing, cari Pokemon, ralit dengan game atau apa saja yang tak faedah. 

Badan dah tak berapa larat tu eloklah buat plan ibadah agar mati dalam iman/ibadah.

Sekarang banyak majlis ilmu. Mengajilah... Refresh balik ilmu yang telah kita tinggalkan sejak dulu.


Cadangan Manfaat:

1. *Mantapkan ilmu aqidah/Tauhid* untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/syirik/kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga. 

Mantapkan juga *ilmu feqah dan tasauf*. 

Jangan asyik belajar tajwid dan taranum saja sedangkan kita dah fasih baca quran. Lain lah *kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar*.

Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yg merdu tu. Yg penting *banyak tadabbur quran* dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi alquran.

2. *Banyakkan taubat*. Taubat tak kira tempat. Di mana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.

3. *Qodho segala solat* yang pernah kita tertinggal, abaikan. *Perbaiki ilmu solat*. Jangan pulak masa terluang yg banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu dah kerepot. Takde siapa main cinta dah! 

4. Dapat RM pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya2. Itulah RM belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu2 baju pula. Sesekali tak apalah! Yg penting, guna RM untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua *hutang kita kepada Allah*. Jangan lupa *hutang pada manusia* yang belum dibayar!

5. Kalau belum ke Mekah & dah ada RM *pergilah Mekah*. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.

6. *Banyakkan sedekah jariah dan wakaf*. Bukan sedekah kepada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah kepada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat *senaman* & *check up hospital* selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak2 jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak2. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. *Jangan banyak tidur* sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!

9. *Jangan jadi kuli anak* waktu tua. Waktu inilah anak2 yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak2 mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dsbnya. Tapi bukan selalu. Ingat tu!

10. *Jangan terlibat dengan bisnes tanpa ilmu dan bimbingan!* Cukuplah pencen/simpanan yang ada tu untuk makan kita yang dah tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bangkrap, jawabnya jadi cleaner/pak/mak guard lah kita sampai mati.

11. *Berhati2 bagi anak pinjam RM* untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu RM hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak2. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan. 

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak2 mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal2. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. *Berziarahlah kawan2 dan sedara mara* sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita *tebus segala dosa* agar kita clear *dengan manusia* bila mati.

13. Akhirnya, *bersabarlah* hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. *Banyak ingat Allah & baca quran*. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jangan sesekali menyusahkan orang atau anak2 asbab *kelemahan kita tak plan hidup atau berlagak sampai tua.*

Ingatkan anak2 jangan ambil kesempatan rezeki hari tua kita. Inilah masa anak2 nak balas budi pada kita, sementara nyawa ada. Bila balik rumah kita jangan kata rindu masakan emak. Padahal ini lah masa anak masak untuk orang tuanya, bukan nak order je. Dulu kita dah susah payah besarkan mereka.

Biar sisa2 umur yang kita ada ni dihargai oleh anak2.


🌾 Semoga bermanfaat..


Kesudian salah seorang ahli grup yang dari maklumat dan pemerhatian serta cergasnya penglibatan beliau didalam aktiviti kemasyarakatan berkongsi menghantar 'mem-forward-kan' posting yang sememangnya banyak manfaat amat dihargai. Tidak menyangkal dan tidak pula aku hendak mempertikaikan. Mungkin penelitian penulis dengan pengamatan yang dibuatnya serta mengambil initiatif memaklumi orang lain berdasarkan andaian jangkaan, sedikit sebanyak mungkin dapat memandu perjalanan kehidupan masing masing kearah bertujuan. Namun itupun kalaulah yang membacanya tidak bersikap acuh tak acuh. Membaca sekadar membaca serta mengiakan 'penemuan' yang kebetulan bersamaan sepertimana yang diri sendiri alami atau melihatnya ataupun mendengar berita atau kisah yang berlaku dilingkungan.

Setiap pesanan yang dihantar ini aku teliti satu persatu. Ianya seperti khusus untuk golongan yang akan ke 'next level' game. Banyak kebenaran dan kepatuhan atas setiap cadangan yang dianjurkan andai mampu melaksanakan tanpa banyak soal dituntut. Nescaya akan ada kebaikan yang mendatangi diri. Peringatan serta segala kemungkinan yang sebaliknya untuk berlaku tetap ada. Antara cepat dengan lambat. Antara berani dengan tidak. Antara sanggup dengan tidak dan yang paling penting adalah antara mahu atau tidak mahu. Segalanya terpulang kepada kehendak kemahuan diri sendiri.

Diperingkat umur yang semakin meningkat ini, silap langkah bukanlah satu pilihan. Ianya adalah hukuman buat mereka yang sengaja atau sememangnya tidak mahu merubah diri kearah yang lebih baik bermanfaat. Itupun kalaulah diri mahu menyahutnya even telah sampai ke hujung usia. Betapa malangnya yang akan menimpa kepada mereka yang tidak bersedia langsung serta menganggapkan sudah terlewat dari berbuat sesuatu. Apakah mahu mengalah sedangkan banyak hal yang buruk buruk menimpa kepada golongan super veteran kini. Banyak dikalangan kita yang pada pandangan umum berada didalam situasi yang menyedihkan. Selain dari kudrat yang makin berkurangan, malah hampir segala galanya turut berkurangan tidak memungkinkan dapat mengundurkan masa. Keupayaan untuk bangkit kembali sepertimana diketika usia muda untuk menjadi lebih baik hanyalah sekadar luahan kekesalan merintih nasib diri.

Kini untuk mengambil sebarang tindakan adalah 'calculated risks' yang perlu dan amat harus memikirkannya dengan penuh tanggungjawab. Takut teragak agak bererti gagal begitupun terlampau beranipun penuh berkeyakinan belum juga pasti menemui kejayaan. Selagi mana kehidupan kita ini dibawah 'pengurusan' Allah swt, dan sombong tanpa memohon petunjuk keredhaan dariNya, mana mungkin setiap yang dihajati itu akan tercapai. Tidak mudah dan semudah berniat sahaja tapi andai ianya telah tertakdirkan buat kita maka panjatkanlah doa kehadrat Illahi yang melimpahi akan kurniaanNya kepada insan insan pilihan.

Tetiba, terganggu fikiran dicabar dengan posting yang agak 'serius' sebegini. Layan sahaja la.




Sunday, November 14, 2021

Sesuatu yang tidak terjangkakan berlaku...

Selepas sekian lamanya tidak menghadiri solat jumaat, hari ini adalah hari yang dinantikan. Seingat akulah, kali terakhir adalah ketikanya selepas seminggu tamatnya sekeluarga dikenakan 'home-quarantine' pada musim raya 2021 yang 'hilang seri-nya'. Dari seminggu ke seminggu berikutnya, kes baru covid-19 mulai perlahan lahan menaik dan semakin mendadak pula sehinggalah kini. Rasanya seperti tiada penghujungnya. Dalam masa pelbagai pihak teutamanya KKM serta badan badan pelaksana lainnya berusaha mencegahi penularan mengikut bidang kuasa masing masing tetiba pula adanya virus baru dikenalpasti. Kemunculan 'variant Delta' yang tentunya tidak dialu alukan tatkala semua kita masih terkial kial mengurusi virus sedia ada tentulah menambahkan lagi bebanan yang dihadapi.

Pada Jumaat kali ini, aku bercuti. Kelonggaran jumlah kehadiran dari 50 orang telah dinaikkan ke 250 untuk Jumaat diumumkan oleh pihak kerajaan. Namun begitu, s.o.p. dan tatacara yang dipaksakan terhadap makmum yang hadir tetap dilaksanakan seperti biasa. Macam biasa juga, kehadiran aku tetap juga lambat sampainya ke masjid. Hal ini nampaknya masih tidak berubah. Perlunya aku lebih bersedia di minggu minggu mendatang. Kebiasaan juga setiap kali aku berjumaat, menapak keluar dari rumah, merentasi padang permainan, menyelusuri lorong belakang bersebelahan Giat Mara sebelum menyampai Radhatu Al-Jannah. Route yang sekian kalinya dituruti bilamana sekadar berjalan ke masjid.

Namun pada kali ini aku gatal pula hendak menunggang motor. Pertamanya, motor MBG XXXX telah agak lama tidak dihidupkan engine-nya. Anak yang bongsu senantiasa akan melenjan kesana kesini. Sejak telah diarahkan kembali ke asrama memulai semula persekolahan yang berbulan sudah dengan pdpr-nya, MBG terbiar begitu sahaja. Keduanya, aku ingin merasai menunggang motor semula yang bertahun sudah tidak aku rasakan. Maka inilah harinya.

Sebaik menolaknya keluar dari ruangan porch, akupun dengan segeralah mulai menekan 'kick starter'. Mulanya tidak boleh. Mungkin aku tidak sycronise-kan dengan memutarkan tali minyaknya. Cecepatlah lagi sekali memcubanya. Eeh, boleh pula menghidupkan engine-nya. Manja sahaja bunyinya bilamana terdengarkan. Al-maklumlah, along yang sedang berkhidmat sebagai techncian di tudm yang balik bercuti tempohhari telah membuat total service pada pertengahan tahun selepas kelonggaran rentas negeri dikuatkuasakan. Sekadar gear dua sahaja aku apply sepanjang ke Masjid dengan menyelusuri jalan ditaman menyampaikan ke destinasi.

Sesuatu yang agak mengusarkan bilamana aku menuruni bukit bersebelahan Giat Mara. Agak curam juga. Bila aku menekan brek kaki, ingatkan melekat tapi tak 'makan', sehinggalah terlajak ketengah jalan dan nasib baik tiada pula kereta yang lalu dari kedua-dua arah. Sehinggakan jejak habis aku tekan. Rupa rupanya brek tidak berapa baik. Kalaulah aku apply brek tangan dalam handle motor telah membelok ke kiri mungkin agaknya menjajar pengendalian motor walaupun ianya tidak bergerak laju. Pengalamanlah yang memungkinkan aku menahan diri dari menggunakan brek tangan. 

Sebaik memasuki compound masjid, tempat parkir motor telahpun penuh. Masing masing para jemaah meletakkan motor ikut suka sendiri sahaja. Menghampiri tempat meletakkan motor, secara tidak sengaja pula aku terpulas tali minyak. Bergerak meluru pantas kehadapan sambil kaki menekan brek yang tidak berapa hendak melekat ini. 'Kaget' seketika. Hampir sahaja melanggari sebuah motor besar @ superbike disebelah kira dan Yamaha baru tapi bukan pula Ysuku 150. Terselit Lagenda dicelah kedua duanya. Nasib baik aku menjulurkan kaki menahan dari bergeselan antara keduanya. Kalau tidak naya-lah hendak berganti parts bercalar atau rosak.

Mood aku jatuh. Konsentrasi terhadap khutbahpun ke-laut jadinya. Masih lagi dibuai dengan insiden yang baru berlaku itu. Rasanya aku tidak tersengajakan memulas tali minyak  macam motor yang pakai tali clutch. Motor underbone mana sama dengan backbone. Maklumlah sudah agak lama tidak menunggang motor. 

Inilah padahnya. Serik bro...




  

Saturday, November 13, 2021

Bahana yang tiada pengakhiran


Aku tergamam membaca tajuk berita 'kosmo' pada pagi 11/11/2021 bersamaan hari Khamis. Aku memang mudah sangat terkesan dengan hal yang membabitkan orang tua. Sempat lagi aku membacanya dan dalam masa yang sama perlu menyegerakan tugasan yang lewat aku siapkan. Sebelum inipun aku ada menyimpan klip berita mengenai seorang anak nun di Kelantan sana yang berhati kering sehinggakan sanggup membakar rumah keluarganya yang dia turut mendiami bersama dek permintaan tidak tertunaikan. Malahan aku ada membuat komen didalam blog. Manakala di Muar pula, sanggup menetak tangan bapanya bilamana hajatnya tidak diendahkan.

Sejak pagi lagi rasa hendak sahaja aku luahkan pandangan itu jam juga tetapi terhalang. Data mengenai 'sales analysis' belum aku plotkan untuk menghasilkan satu report yang lengkap seusai mesyuarat pertama dengan SKV manager yang baru. Data yang tersusun lagi terperinci perlu aku perkemaskan lagi dalam membentangkan 'laporan jualan' jabatan jagaan aku semasa pertemuan pada sebelah petang nanti sekitar 5:00pm. 

Apapun alasan yang mungkin ada kebenaran dalam menjustifikasi-kan tindakan si-anak, peristiwa ini sememangnya sesuatu yang malang untuk aku menghadaminya. Bukanlah aku hendak menafikan realiti yang benar benar berlaku ini tetapi aku mengesali yang ianya terjadi. Memang lah mereka yang melaluinya lebih mengetahui dari diri yang sekadar mengetahuinyapun setelah terjadinya kisah tragis sebegini.

Apapun, turutilah kisah gempar nie dipautan - Ibu yang melahirkan sanggup dibunuhi dan Nekad bertindak. Berkompromi dek kerana sayangkan zuriat sendiri ada kesan yang membinasakan. Bukanlah aku pesimis tetapi telah banyak contoh nyata yang dilaporkan terdahulu dari kejadian ini dan tidak mustahil yang ianya akan terus berlaku dimasa mendatang selagi mana tindakan yang songsang terus terusan diambil oleh pihak berkuasa didalam mengurusi jenayah melibatkan dadah.

Mana perginya penasihat dan bijak pandai ynag memegang tampuk pemerintahan negara. Aku sehingga kini masih terngiang ngiang akan cikgu bahasa melayu(tapi masa bersekolah dahulu dibahasakan sebagai bahasa malaysia) sekitar penghujung 70-an sebelum menduduki peperiksaan SRP. Spot topik karangan yang akan keluar adalah mengenai dadah dimana pada ketika itu kerajaan amat hebat mewar warkan kempen 'Dadah Musuh Utama Negara'. Pelbagai tindakan yang dirangka dan dilaksanakan namun sehinggalah kini dirasakan dadah dan masyarakat seolah berpisah tiada.

Apa sudah jadi. Mangsa dadah kebanyakannya adalah anak anak kita. Dari penghisapnya, tokannya sehinggalah menjadi keldai semuanya adalah orang kita. Mana sensitiviti kita dalam mengatasi permasalahan yang telah sekian lama membudaya. 

Amat berharap akan ada insan yang berani lagi tegas dikalangan kita untuk memperbetuli kepincangan didalam masyarakat agar kembali kepada norma kehidupan yang diredhai olehNya. Insya-Allah, masanya akan tiba jua.

Friday, November 12, 2021

Jumaat di minggu pertama PRN ke-15 Melaka

 12 NOVEMBER 2021, 14:32


Jumaat di minggu pertama PRN ke-15 Melaka


Hari ini aku berkesempatan menghadirkan diri berjumaat di Raudhatu Al-Jannah Bukit Katil. Kalau sebelum ini andai lewat sampai maka terpaksa solat di ruang luar masjid. Namun pada kali ini sesuai dengan pengumuman kerajaan yang mana Melaka kini telah dikategorikan didalam fasa ke-empat dan kebetulan pula pada hari yang sama pengumuman tersebut, Melaka meriah dengan hari penamaan calon iaitu pada Isnin 08hb November 2021. Aku dibenarkan dan dibolehkan untuk bersolat didalam masjid. Tiada lagi petugas mengawali serta mengarahkan lokasi yang patut dituju. Kita bebas memilih ruang solat yang dikehendaki. Terasa kita telah kembali kepada keadaan sebelum datangnya covid-19 ini walaupun sop yang asas masih dan harus perlu dipatuhi. Mengambil suhu badan dan scan 'mysejahtera' atau setidak-tidaknya menurunkan nombor talian bimbit di buku pendaftaran masih merupakan suatu kemestian. Dirasakan seolah telah membudaya pula dalam kehidupan seharian sehinggalah pihak yang berkuasa memberhentikan prosedur ini disuatu masa yang mendatang nanti.


Hendak kata meriah mungkin sesuai pada hari penamaan calon sahaja. Itupun berpusat kepada liputan berita ditempat dimana venue penyerahan borang pencalonan. Dari pemantauan aku yang melihat memerhati, terasa kelainan dan agak janggal dipenglihatan. Tiadanya ceramah disebelah malam, tiada juga lawatan mereka yang bertanding ini berkunjungan disebelah siangnya memperkenalkan diri kepada pengundi dikawasan yang ditandingi. Berkempen tapi tidak terasa. Norma baru penghidupan dek penangan covid-19 seolah memaksa menerima sesuatu yang dirasakan baru dan perlu melaluinya. Banyak input yang aku cuba hadamkan dari pembacaan menerusi social media yang boleh diakses. Mempercayai akan apa yang dihasratkan bergantung kepada individu yang membacanya. Terpulang kepada yang membacanya dan tiada paksaan. Segala maklumat yang dihamburkan oleh mereka yang bertanding setakat hari ini bolehlah aku katakan bermatlamat hendak memancing perhatian pemilih semata. Janji dan akan terus diulang ulang sehinggalah kehari pengundiannya nanti. Termakan umpan mungkin akan membawa tuah untuk 5 tahun mendatang. Andai pengundi memilih yang lain maka terkuburlah impian ingin bergelar YB.

Perayu undi dari Kolompo


Sejak aku mulai terjebak sama dalam proses pemilihan ini pada pertama kalinya ditahun 1990 sehinggalah kini, tiada sesiapapun calon yang mempotretkan dirinya sebagai seorang yang gagal. Adat pertandingan, semuanya inginkan kemenangan. Tidak pernahlah dan mungkin gila lah orangnya yang masuk bertanding tapi inginkan kegagalan. Semua mereka yakin pada kemenangan. Namun pada kali ini amat dirasakan yang sesiapa juapun ada peluang untuk merebut kerusi DUN. Bak kata orang, untung sabut timbul. Didalam suasana yang serba serbinya seolah berpantang dimana bertemu berdepan tidak dibenarkan, berkumpul berhimpun lagilah dipantau dan mungkin didenda jika tidak mematuhi S.O.P. . Cuma saluran yang masih terasa sama dahulu dan terkini adalah 'perang' poster. Sejak diumumkan pembubaran DUN Melaka 'angkara' ahli dewan undangan dipihak kerajaan negeri membuka pekong sendiri, masing masing yang berhajat macam tidak keruan lagi. Apapun memang pelik akan rentetan peristiwa sehinggalah tumbangnya kerajaan negeri dari PH kepada PN/BN yang perlu direnungi bersama.


Secara peribadinya, aku merasakan pengundilah penentu 'nasib' calon yang menawarkan diri berhajatkan panggilan 'YB'. Niat dan hala tuju mereka semua yang berebut 'kerjaya' yang tempoh masanya cumalah 5 tahun ini bergantung kepada sebijak manakah mereka merayu pengundi di DUN yang ditandinginya. Sebagai seorang yang tidak punyai apa apa kepentingan, pemilihan yang akan aku buat mungkin akan turut sama mencorakkan pemerintahan diperingkat DUN. 22 bulan selepas tampok pemerintahan memihak kepada PH yang merupakan suatu kejutan pada 2018 dan kemudiannya seluruh negara dikejutkan oleh kononnya 'pengkhianatan' yang pastinya ada muslihat yang bersimpul rapi kepada PN pula. Sebaik memegang tampok negara dan berbangga mendabik dada yang kerajaan Abah berteraskan Melayu akan memacu perubahan tapi cuma bertahan 16 bulan sahaja dek masing masing tidak insaf memimpin bangsanya yang masih lagi belum berupaya bersaing. Perebutan kuasa antara PN dan BN serta saling salah menyalahi tidak menguntungkan sesiapa. Kitalah, ramai sahaja boleh dibanggakan tapi kemenangan yang sebelum ini being taken for granted akan terlepas andai sesama tidak saling ingat mengingatkan.


Anehnya, masing masing mengatakan yang dirinya sahajalah yang patut diundi. Kalaulah semuanya terbaik, siapa pula yang buruk dan patut ditolak ketepi. Tetiba pengundi pula yang menjadi serba salah. Makin 'benak' untuk difikirkan. Namun amat pastinya, dikalangan mereka yang kononnya paling patut dipilih akan kalah. Mana mungkin ada keputusan 'seri'. Ingat ini pertandingan bola ke, bilamana habis 90 minit permainan, pemenang boleh diketahui. Tiada sesiapapun yang akan mengaku dia sekadar menabur janji semata. Perlaksanaan perjanjian bergantung kepada menang kalahnya diri. Kalau kalah tidak perlu dihiraukan lagi. Andai kemenangan memihak, menjadi satu tanggungjawab untuk melaksanakan segala janji. Ini bukan soal acah acah berjanji. Andai tidak mampu, usahlah berjanji dan lebih baik lagilah usah bertanding.


Atas kertas, dari 28 kerusi yang ditandingkan, 8 kerusi seolah telah berada didalam gengaman PH. Awal awal lagi DAP dengan yakin sekali mengisytiharkan Azly Zahari sebagai ketua menteri pilihan DAP yang merupakan komponen PH paling solid sokongan. PKR tandingi 11 kerusi dan bakinya, 9 kerusi lagi untuk Amanah mendapatkannya. Realiti yang seakan cuba kita semua nafikan ialah kawasan bermajoritikan orang Tiong-hua akan sebulat hati rasanya lagi sekali memilih gabungan yang 'menguntungkan' mereka. Sejak dahulu lagi BN berkuasa memerintah samada negeri ataupun negara, pola pemilihan mereka ini tidaklah banyak berubah. Masih tidak sedarkan realiti ini malah sanggup sesama kita bercakaran berebut menjadi pemimpin dikawasan bermajoriti melayu. Apa maknanya kemenangan andai orang sesama bangsa tidak sehaluan setujuan. Berbeza dengan mereka, kesatuan hati memungkinkan mereka menghadapi ranjau rintangan bersama. Nampak ketara dengan jumlah kerusi yang tidak tergugat walaupun lapan sahaja, kuasa penentu adalah pihak mereka. Mungkin juga proksi diujudkan melalui Gabungan 'Harapan" dengan PKR dan Amanah yang rasmi ataupun melalui calon bebas yang ditajai mereka dengan kekuatan pengundi mereka di DUN yang ditandingi menjadi 'king-maker'.


Siapa memang siapa kalah adalah suratan pertandingan. Adat pertandingan diistilahkan. Namun bagi memastikan kita dibumi warisan ini kekal bermaruah walau seteruk mana sekalipun mereka, biarlah orang kita.


I rest my case. 

Tuesday, November 2, 2021

Ketara berbeza perjalanan kehidupan


Pagi ini sepertimana kebiasaannya, aku keluar bersarapan. Antara banyak banyak destinasi pilihan, setakat ini hanyalah dan masih lagi 'Warung Latif Duyung' dan 'Rashid Corner' di tepian AMJ berdekatan Bukit Piatu. Awal siap bermandian memandangkan aku bercuti mingguan hari ini. Melunjur keluarlah Alza menuju destinasi. Sememangnya dan menjadi lumrah untuk sesiapa juapun akan kerap mendatangi tempat yang dianggap selesa untuk berkunjungan. Begitulah dengan diri ini. Persepsi masing masing tentulah telah lama kejap difikiran berdasarkan pengalaman yang dilalui setakat ini.

Kelihatan aliran trafik agak sederhana. Banyak jugalah kenderaan bertali arus menuju arah tujuan memasing. Maklumlah hari bekerja. Pun begitu dalam perjalanan menuju Duyung, kelihatan warung sarapan dipenuhi warga Melaka. Ada bermotor, ada berkereta menyinggahi menikmati sarapan pagi diwarung pilihan. Bagaimana pula dengan aku yang melihat situasi ini. Sedikitpun tidak tergugat. Pemanduan dilanjutkan terus ke destinasi yang dirancang. Sebaik tiba, kelihatan macam meja telah penuh dengan pelanggan bersarapan. Namun langkah tidak berhenti malah makin dipercepatkan. Berdaftar S.O.P. lalu terus mencari meja yang kosong. Agak ramai pagi ini sehinggakan meja yang menempatkan buku daftar masuk, A4 ber-laminate dengan QR-code dan scanner suhu disisi turut diduduki oleh dua lelaki yang sampai sedikit awal dari aku. Terdengarkan mereka membuat pesanan 'roti canai' seketikanya aku mengeluarkan smartphone untuk on-kan my-sejahtera. Seketika kemudian petugas kedai memaklumkan yang roti canai kehabisan serta mencadangkan 'lempeng' pula yang rela dalam terpaksa menyetujuinya. Malangnya petugas perempuan menghampiri mereka semula memaklumkan yang lempengpun baru sahaja habis. Aku sekadar tersenyum mendengar akan berita ini serta simpulan 'padu' yang dibuat petugas warung kepada mereka berdua. 'Tiada rezki nampak gayanya' dan spontan juga mencadangkan menu lain sebagai pilihan. Aku tidak terdengarkan jawapan mereka disebabkan aku telah berlalu menuju ke meja yang orang rumah tengah menunggu pesanan sarapan.

Dalam pada memerhatikan keadaan sekeliling, aku terpandang pasangan 'veteran' dalam usia 5 tahun lebih senior dari aku sedang menikmati juadah sarapan mereka. Wow, sekelipan itu jugalah aku terimbau masa zaman belajar dahulu. Couple bersarapan, juga makan tengahhari dan kekadang minum petang bersama sekitar kampus ketikanya habis sessi kelas ataupun menunggui masa memasuki kelas. Memang ketaralah masa belajar dahulu memandangkan semuanya hampir sebaya. Memang tidak janggal melihat makan berdua dua semeja. Tersenyum mengenangkan zaman itu. Belajarnya tidak seberapa tapi memasing punya penampilan mengalahkan mengambil kursus sarjana pula. Apapun, dipanjangkan usia olehNya memungkinkan pasangan yang terlihatkan ini menikmati kehidupan yang pada pandangan zahir mata aku ini amat berbahagia. Bilamana diusia persaraan dan lebih lebih lagi dikurniakan dengan kesihatan yang baik, mampu makan tidak berpantang, upaya berjalan kesana kemari tanpa kesulitan dan pastinya berkenderaan melambangkan status dan pencapaian karier adalah nikmat yang hanya mereka berdua sahajalah yang lebih maklum.

Mampukah aku...@ 09:58:15


Nasib orang tidak siapapun yang mampu menduga dan sememangnya tidak sesiapapun yang menghiraukan. Semua kita sibuk dengan ujian hidup sendiri. Namun bilamana berselisih dengan mereka yang pada pandangan adalah lebih baik, lebih sempurna berbanding diri, tentu sahajalah akan terfikirkan macam macam. 'Flashback' kita yang bukan bukan keatas kejayaan yang dicapainya sekadar untuk lebih kritikal cuba dirungkaikan. Mungkin benar dan mungkin juga bersalahan atas telahan yang memandai mandai sahaja membuat jangkaan.

Namunn, hanya mereka sahajalah yang lebih maklum. Kita hanya melihat kejayaan yang mereka kini kecapi. Tapi, kita sedikitpun tidak ingin mengetahui akan sejauh sehebat manakah mereka telah mengharungi cabaran kehidupan sehinggalah ke detik yang terlihatkan. Bukanlah aku mempersoalkan kelebihan dia dan kekurangan diri untuk diperbandingkan tetapi inilah kehidupan. Takdir ketentuan bukanlah kita yang menetapkan. Kita hanya mengharungi setiap dugaan mengikut acuan dan keupayaan memasing.

Apapun, aku mendoakan agar pasangan yang terlihatkan ini menjalani kehidupan ini dengan penuh kebahgiaan. Diberi kesihatan yang baik berpanjangan dan dikurniakan rezki yang melimpah ruah dan lagi diberkahi olehNya. 

Insya-Allah, ameen.

Saturday, October 2, 2021

Uncle..., how old are you...


Entah macammana aku disapa dengan pertanyaan sedemikian. Tetiba sahaja dan spontan diucapkan oleh seorang anak cina lelaki. Aku memang tidak menjangkakan yang dia sanggup mengungkapkannya sebegitu. Tidak pasti pula akan bagaimana dia mendapat keberanian mengutarakan soalan 'sesat' sebegini terhadap aku. 

Handsome lagi per...


Detik dan ketikanya


Namun hakikatnya dan realiti yang sedang dilalui tidak berdaya untuk aku menafikan. Ya benar, aku sememangnya sedar dan akui sesungguhnya yang aku kini telah meningkat usia tetapi bilamana diajukan persoalan yang tidak pernah aku jangkakan dan datangnya pula dari seorang budak cina yang tidak dikenali langsung, tentulah ianya sesuatu yang mengejutkan. 

Insiden diketika sedang bertugas dan semasa ianya terjadi tidaklah aku 'bubuh' perut sesangat. Tapi selepas beberapa ketika dan sedang keseorangan di 'testing table', perasaan sentap pula menyelinap menerobos pangkal jantung. Hairan jgualah akan bagaimana termulanya hal ini. Apa yang pasti diketika itu aku perasan dari kejauhan yang dia tercari cari sesuatu atau mungkin untuk bertanyakan sesuatu. Bila dia menghampiri bertemu dengan staf yang dia terpandangkan, aku melihatnya beria-ia bertanyakan sesuatu. Tidak berapa kedengaran olehku tapi tentunya jelas didengari oleh staf yang ditanyai. Mungkin tidak faham ataupun tidak mengetahui akan produk yang dicarinya dengan menanyainya menggunakan bahasa penjajah, dia spontan berpaling berjalan kearah aku serta dituruti oleh mamat cina dibelakangnya. 

'Nose clipper, bapak - kita ada ke?' dan cepat sahaja dia bertanya sekali lagi dalam bahasa inggeris. Yes, of course, we have it. Aku mintalah staf pompuan yang cuma seorang sahaja ini mengambilkan kunci dan berjalan beriringanlah dengan budak cina ni sambil berkomunikasi tentang produk yang diingininya. Aku arahkan dia membuat bayaran dikaunter dan datang semula ke department untuk 'testing and stamping warranty card' dalam bahasa inggeris. Dia akur dan aku 'standby-lah di testing counter'. Seketika kemudian diapun muncul.

Dalam pada aku hendak memulai tetiba tersembur pertanyaan yang tidak terdugakan ini. Tergamam seketika. Kemudian sambil merenung tajam kearahnya, aku makluminya 'roughly' usia untuk dia mencongak.  Dalam dia mendapatkan jawapan lalu akupun buatlah counter pertanyaan terhadapnya. Tentang umurnya dan 'deep' lagi tentang sudah berkahwin ataupun belum. Tidak aku duga yang perwatakannya yang agak kebudak-budakan telahpun berusia 31 tahun dan tidak tersangkakan juga yang dia sudahpun berkahwin. Aku ingatkan yang dia belum berkahwin kerana selalunya budak cina kahwin lambat. Biar betol. Dia datang berseorangan ke bahagian elektrik ini. Tidak kelihatanpun orang rumah dia. Masih bersangka baik. Mungkin sidia menungguinya di ground floor. Atau sekadar hendak pycho aku sahaja.

Sebaik dia melangkah pergi, tinggallah aku berseorangan di testing counter. Tetiba timbul pula pelbagai persoalan bermonolog. Bertalu talu persoalan menerjah kedalam diri. Kenapa aku ditanyai sebegitu, apakah sudah tua sangatkah, tidak sesuai bekerja atau mungkin sekadar peringatan buat diri bermuhasabah sementara diberi kesempatan lagi. Apa sebenarnya. Tentulah ada sesuatu yang mendorong budak cina ini having 'guts' menanyai. Takkan pula hanya kerana ramah berbual dengannya berbahasa inggeris lagi membolehkan dia agak selesa berkomunikasi sekadar passing time while waiting his clipper being inspected by me. Entahlah mana satukah yang paling pasti.

Apapun setiap sesuatu pasti ada pengakhirannya. Saatnya akan tiba jua. Diharapkan tiada hal yang merumitkan sebelum menamati kerja yang sudahpun berlanjutan 30 tahun lamanya ini.

Wednesday, September 29, 2021

Pandangan yang membanggakan

 29 SEPTEMBER 2021, 21:46


Pandangan yang membanggakan


Semalam, masih dalam bercuti ehsan dek 'closed contact' dengan staff yang positive, aku mengajak orang rumah minum pagi diluar. Walhal, pada Isnin sebaik selesai ke pasar dan seperti sebelum sebelumnya, kami singgah di Rashid Corner untuk pekena 'lontong' seorang semangkuk. Memang lama sudah tidak dibenarkan untuk dine-in gara gara pandemik Covid-19. Rasanya syarat dan s.o.p. mulai dilonggarkan sekitar pertengahan bulan. Mungkin disebabkan kelohan peniaga peniaga kecil terutamanya peniaga makanan yang telah tidak tertahan lagi akan bahana yang datang bersamanya agar boleh bernafas kembali atau mungkin terus gulung tikar jika tidak diendahkan. Namun pada awal pengumuman, ramai yang masih ragu ragu untuk keluar dan tentunya gusar disapa musuh yang tidak nampak ini. Tapi bagi aku pula, inilah masanya untuk membantu sekadar termampu merancakkan ekonomi orang sebangsa.

Terpandangkan...

Agar lebih jelas kelihatan


Setibanya di Duyung dan memarkir dibahu jalan, orang rumah dah bertanya, hendak roti banjir ke roti telor. Cepat aku membalas -- roti telor. Dia sudah menonong berjalan sambil aku mulai mengenakan 'face-mask' dan mematikan enjin kereta lalu mengekori dari kejauhan. Belum sempat aku berbuat sesuatu, Kamarudin tokay roti canai lebih dahulu membuat opening remarks, 'assalamu alaikum'. Agaknya dia sudah perhatikan ketibaan aku dan entah dari sudut mana dia tetiba memunculkan diri. Berboraklah seketika disebabkan agak lama jugalah tidak hadir ke kiosknya. Saban minggu jugalah orang rumah menyuruh anaknya ke warung dia berjualan membeli bungkus untuk sarapan keluarga. Bila daftar masuk ke dalam warung, orang rumah maklumkan 'no' roti canai. Aku sudah tepuk dahi. Pantas pula si Din memaklumkan tetiba sahaja ada orang tempah roti canai 60 keping sambil menunjukkan susunan bungkusan diatas meja menanti tuannya. Tidak terucapkan, 'rasa macam dah dalam tekak nie' tertahan tapi aku zahirkan, 'alhamdulillah Din , rezki awak hari ini. Menu pilihan spontan bertukar ke mee rebus/kari Pak Thahir pula. Ketika menduduki salah satu meja yang semuanya ada 'spot' pangkah, aku memerhatikan suasana sekitaran. Rata rata berdua semeja samada pasangan veteran atau sesama rakan. Aura kemeriahan yang pernah dirasai dahulu semacam telah hilang. Keriuhan dan gelak ketawa hampir tidak kedengaran. Bersarapan sesama sekeluarga dengan anak kecil didukung berpangku langsung tidak kelihatan. Tidak ramai yang berkunjungan. Kalau adapun mungkin 'gian' sebab sudah lama sangat tidak makan dikedai dan cecuba hendak mengamit kembali suasana makan berhidang tidaklah terkurung dirumah.

Bukti kehadiran


Hampir selesai menikmati mee kari, dikejauhan aku terpandangkan ayah yang menurunkan anak perempuannya dari Proton putih X70. Anaknya dalam lingkungan umur 5 ke 6 tahun rasanya. Jelas diperhatikan lelaki dalam usia awal 30an atau mungkin juga penghujung 20an memimpin anak perempuannya itu menyeberangi jalan utama ke Taman Seri Duyung mungkin untuk membeli juadah sarapan dari gerai yang berjualan pelbagai juadah. Menyelinap deras masuk ke dalam hati akan bangganya hati melihatkan orang yang muda sebegini dengan anak yang masih dibawah sepuluh tahun ini berjaya mampu memiliki sebuah SUV. Rasa iri pula bila membandingkan dengan diri. Walaupun hampir ke usia bersara 'extended' sekitar 2 tahun lagi, idaman yang mahu digapai rupanya insan yang lebih muda dari diri telahpun memandunya. Boleh sahaja untuk aku ke showroom proton yang cuma kurang dari sekilo dari kediaman aku. Namun aku harus rasional dan harus hadapi realiti. Apapun aku amat amat 'respect' akan keluarga muda ini berkemampuan memilikinya.


Bagaimana dan macammana dia boleh membelinya tidak perlulah aku pertikaikan. Segalanya bergantung kepada usaha dan initiatif memasing dalam memenuhi impian. Perlu rasanya bersangka baik sesama. Aku memang terpukul dengan apa yang dilihat. Namun sepuas manapun aku menikmati sarapan pagi ini, pastinya aku amat berpuas hati dengan kejayaan anak melayu yang mampu memandu X70. Bukan setakat status symbol tapi menghantar isyarat jelas kepada semua orang melayu untuk lebih bersemangat dan berdaya juang yang tinggi untuk sama sama serta berterusan memertabatkan kembali maruah bangsa agar kembali ke kedudukan yang seharusnya. Konotasi 'Tanah Melayu' punyai azimat yang begitu kuat dalam mengembalikan kehebatan orang melayu zaman silam agar berkesinambungan.


Pandemik covid-19 ini telah membuka segala kekurangan, kepincangan, kelemahan, kealpaan dan kesilapan tanpa disedari. Hanya mereka yang tahu sahaja mampu mengerti akan pengkhianatan orang sebangsa yang berjawatan dan berkuasa dengan penindasan yang telah dan sedang dilakukan, juga buruk laku serta penipuan yang tersingkap nyata atas ketamakan kepada harta dan pangkat dan pelbagai seribu perkara yang kekadang tidak tersangkakan tapi sanggup pula dilakukan oleh mereka yang tidak berhati perut ini dalam memuaskan nafsu serakah mereka. Prinsip amalan hidup mereka, 'endau dalam belukar...' serta tidak mempedulikan nasib orang sebangsa amat mengecewakan. 


Aku berharap agar orang kita semuanya bangkit. Kita abaikanlah mereka yang membuat khianat ini. Mengesali akan perbuatan jahat mereka yang terjebak ini tidak memungkinkan suasana kembali ke asalnya. Biarkan pihak yang bertanggungjawab dan diamanahkan untuk mengadili mereka. Kita dibarisan yang belum dicemari dan masih berpegang kepada halal haram beragama harus sesama bergandingan mara menghadapi dan memperbetuli segala kepincangan yang telah dilakukan oleh orang sebangsa yang ketamakan dan haloba kepada perhiasan dunia.


Insya-Allah, moga urusan kita dipermudahkan.

Thursday, September 23, 2021

Wireless keyboard baru sedang digunapakai..

11 SEPTEMBER 2021, 21:21

Wireless keyboard baru sedang digunapakai

Keyboard 5.0 adalah default name kepada bluetooth keyboard yang aku terima hari ini. Lebih tepat lagi oleh anak aku, Yaseer dalam kurang lebih ke pukul 10:00 pagi tadi. Mungkin akan aku beri nama baru untuknya. Kehadiran pada 11 September amat tidak aku jangkakan sama sekali walaupun sejak semalam dan awal pagi ini sebelum berangkat ke tempat kerja, bertalu aku hamburkan rasa ketidaksabaran aku akan bilakah jangkaan sampainya produk yang aku hajati sesangat. Walaupun produk ini asal datangnya dari China tapi sellernya adalah di Selangor. Jangkaan aku, tidak perlu masa lebih dari seminggu untuk sampai kepada pembeli dan sekiranya logistik sellernya cekap mungkin mengambil masa sehari ke dua hari sahaja.

Keyboard 5.0

Keyboard 3.0 V38



Apapun terbaiklah. Penyegeraan penyerahan barangan pesanan amat dialu alukan. Risau juga bilamana duit yang telah dipindahkan ke akaun penjual via 7Eleven ditaman perumahan yang didiami ini yang tentunya telah selamat diterima tapi barangan lambat pula sampainya. Pastinya akan lebih mengharukan bilamana sudahlah dilengah lengahkan, dan amat ditakuti ianya tidak sampai langsung.

Feel menggunakannya terasa agak berlainan dengan yang pertama kalinya aku beli juga dari china pada 2019. Kemasan silver pada permukaan tapi keyboard key-nya agak terjojol dan agak kasar buatannya sudah memadai ketika itu. Bluetooth dan banyak function yang boleh diselaraskan dengan tablet. Misalnya fungsi cut & paste, kawalan volume juga print screen as same as keyboard biasa. Lebih menarik lagi amat mudah pula untuk convert dari romanised ke arabic within split second sahaja. Teruja dan semakin obsess dengan bluetooth keyboard bersaiz besar sebegini memungkinkan aku lebih kerap melayan coretan coretan santai aku dengannya. Tapi perubahan masa dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat, kini kedapatan pelbagai bluetooth keyboard dipasaran. Malahan semakin dekat pula yang mana kerap diperagakan di platform online shoppe, lazada, e-bay dan lainnya. Minat dan terpikat pula dengan keyboard default yang namanya 5.0. Buatan dan kemasan yang semakin baik dan design yang lebih menarik secara semulajadinya menarik perhatian aku. Maka tidak berfikir panjang lagilah, aku terus menyuruh anak bongsu aku membuat pesanan setelah menunjukkinya model yang aku paling berkenan. Sikap manusia beginilah. Telah memiliki namun mahukan yang lebih canggih. Ditambahi pula dengan harganya yang 2 kali lebih murah dari yang terdahulu iaitu 'Bluetooth Keyboard 3..0 V38 which being flown from China.

Pilihan yang diberikan samada keyboard + mouse atau sekadar keyboard sahaja. Memandangkan tablet sudahpun touch screen maka keperluan yang paling sesuai adalah bluetooth keyboard sahaja. Namun tidak seperti yang pertama, set yang diterima ini tanpa keyboard cover. Kerap aku bogelkan yang lama dan covernya digunapaki pula oleh Keyboard 5.0. Walaupun begitu, kedua duanya aku sukai. Bukan disebabkan aku mengeluarkan wang membelinya tapi both ada kelebihan masing masing. Makanya keraplah aku selang selikan penggunaan antara keduanya. Bila rasa hendak gunakan yang baru, capai sahaja. Namun bila nostalgiakan yang lama yang sedikit 'timbul' key-nya, maka tanpa ada yang melarang, terus sahajalah menggunakannya. Teknologi andai bukan kita yang mahu menggunakan, rasanya akan lembablah peralihan ke next level. Keterlibatan masyarakat keseluruhan pastinyalah akan membantu mempercepatkan penghasilan teknologi yang mungkin lebih memanfaati masyarakat keseluruhannnya didalam banyak bidang kehidupan. 

Apa yang pasti, aku boleh berkarya dimana mana. Ianya amat memudahkan cuma kena pastikan yang powernya senantiasa 'full' bila menugaskannya bekerja diluar.

Tuesday, August 31, 2021

Menjelang merdekanya malaysia kali ke 64

30 AUGUST 2021, 18:29

Menjelang merdekanya Malaysia kali ke 64

Kalutnya makin menjadi jadi dikala kita kini berada diambang kemerdekaan. Malah hari ini macam tidak menyempat yempat pula telah dilangsungkan istiadat mengangkat sumpah jawatan kabinet baru parlimen Malaysia buat ketiga kalinya selepas kemenangan penuh sejarah dan mungkin boleh jugalah dikatakan kejutan kepada parti yang sekian lamanya menjadi kerajaan sejak pertama kali merdeka. Segala yang berlaku sehinggalah berubahnya tampok pemerintahan adalah disebabkan oleh gelagat mereka yang disandarkan kepercayaan tetapi sanggup pula mengkhianati bangsanya sendiri demi menikmati kesenangan hidup yang bukannyapun kekal selamanya. Entahlah apa yang dimahukan oleh mereka yang berhati kering ini. 

Begitupun perjalanan hidup memasing harus diteruskan walau apapun yang terjadi. Pemimpin yang tidak tahu dan tidak pandai memimpin hanyalah memeningkan kepala sahaja untuk difikirkan. Kita punyai misi kita sendiri. Manfaatkan kehidupan yang sementara sifatnya ini didunia kearah yang lebih baik dan kondusif. Tidak berbaloi membazir masa pertikaikan akan kepincangan yang telah mereka lakukan. Tiadanya perasaan malu apatah lagi perasaan 'rasa bersalah' malah penuh sombong melaungkan sekian lamanya serta mendabik dada yang mereka sahajalah pemimpin yang membela agama, bangsa dan negara. Apa yang terjadi dan yang sudah terjadi adalah balikan dan cerminan tindak tanduk yang mengusarkan golongan masyarakatnya sendiri. Sepatutnya setelah begitu lamanya kemerdekaan digapai kembali, perubahan kehidupan seluruhan umat melayu makin berubah kepada yang lebih baik berkualiti. Namun hakikat yang terlihatkan adalah sesuatu yang menguris perasaan serta memilukan hati.

Aku bukanlah bermaksud ingin menunjuk pandai apatah lagi memandai mandai tapi tidakkah mereka ketahui akan berapa lamakah seseorang itu boleh menongkat dunia. Paling lamapun mungkin 100 tahun usia yang dipinjamkan. Namun pada tahap usia sedemikian norma kehidupan seharian pastinya berbeza andai dibandingkan ketika berusia dalam lingkungan mulai dewasanya dahulu. Makan dan minum sekadar ada sahaja dan mungkin juga perlu dibantui orang. Makan bersuap, minumpun kalau uzur sudah mungkin disudukan pula. Berbezakan ketika diusia mudanya dahulu. Hendak makan apa sahaja pun boleh, tiada berpantang. Hendak berpergian kemana sahaja tiada yang melarang dan terhalang dek kuat teguhnya kudrat dan mewah berwang. Menikmati kehidupan to the fullest ever, tiada masalah. Tapi sesuaikanlah dengan kemampuan dan harus perlu pula mengikuti lunas lunas yang dibenarkan. 

Pandemik Covid-19 yang sekarang ini semua kita alami dan lalui kini secara tidak langsungnya menyerlahkan sisi buruk dalam segala aspeks kehidupan. Samada bernegara, berniaga, bersosial dan bermasyarakat dan apa bidang lainpun yang kalau diperhatikan secara luaran apatah lagi jika diteliti lebih mendalam akan pastinya ketara sesangat kerosakan yang dilakukan oleh orang yang diberikan amanah untuk mengurus tadbirnya tapi sanggup mengkhianatinya pula.

Sikap dan tindak tanduk yang jauh terpesong sebagai orang yang menganut Islam dan kononnya bangsa Melayu yang penuh kesantunan bertata susila dalam kehidupan amat mengecewakan. Itulah bila niat memimpin bercanggahan dan mudah gelap mata dengan kuasa yang dipinjamkan sehingga sanggup berbuat wewenangnya. Tahap kepedulian kepada kaum sebangsa yang begitu rendah dan tidak menghiraukan langsung malah beria ia mengayakan diri sendiri, kaum kerabat dan mereka yang dilingkungannya sahaja. Islam dan Melayu punyai pertalian yang rapat. Semua yang mengaku islam adalah melayu dan mereka yang berbangsa melayu adalah islam. Yang membezakan adalah ketaatan dan ketakwaan. Mahu dicarutkan bila digelar kafir malah mungkin diajaknya bergaduh bila digelar sebegini. Namun hakikatnya kehidupan harian lebih mirip kebaratan dari menjalani kehidupan keislaman. Siapakah yang harus dipersalahkan. 

Sejujurnya semua kita harus bermuhasabah diri. Apakah sebenarnya yang kita cari diatas dunia yang sedia maklum fana ini. Aku merayu dan berharap sesangat yang semua kita andai diizinkan olehNya, kembalilah berpegang kepada tali Allah swt dan menjadi penganut agama Islam. 

Moga dimakbulkan olehNya...ameen.


Sunday, August 8, 2021

Rambutan budak sekolah

 04 AUGUST 2021, 22:10


Rambutan budak sekolah


Seminggu dua ini bila sahaja aku klik facebook, kerap terpandangankan video yang di-post oleh anak perempuannya yang berjualan digerai bahu jalan. Tersentuh pula hati ini tatkala dia meminta viewer untuk 'support' perniagaan bapanya itu. Aku mungkin salah seorang yang mudah terguris perasaan. Namun andai usahanya itu sekadar menagih simpati tapi tidak punyai etika dalam berniaga memanglah menjadi kepantangan aku. Pastinya kaedah 'pemasaran' yang sedemikian amat bahaya. Bahayanya bilamana 'perasaan' orang awam dipermainkan dan tentu sekali kesan buruk yang mungkin berpanjangan akan terpalit. Maka amat penting dan harus menjagai mutu barangan jualan agar senantiasa berkualiti. 


Aku memuji usahanya membantu orang tua berniaga. Kaedah penggunaan media sosial 'facebook' adalah medium pantas memaklumkan malah kos pengiklanan pun tidak seberapa. Cumanya, perlu lebih kreatif dalam usaha menarik perhatian facebooker. Sekiranya menjadi, viewernya mungkin lebih tinggi dari pengiklanan via medium yang sedia ada iaitu media massa. 


Setiap kali aku melalui jalan ayer keroh ke mitc untuk ke mydin selalunya, pasti aku tidak akan melepaskan pandangan kearah gerai pasang-siap bersebelahan bus-stop berdepan dengan balai bomba ayer keroh. Kadang ada kereta yang berhenti singgah dan lebih kerap lagi tiada sebuahpun terlihatkan. Namun untuk kali ini, aku sengaja memberhentikan kereta sedikit kehadapan dari bus-stop. Mulanya agak teragak agak, hendak berhenti ataupun tidak. Sejak dari lampu isyarat lagi kira kira 100 meter dari gerai tepi jalan bapanya itu, kelihatan 2 biji kenderaan pelbagai guna(mpv) yang berhenti.



Seikat...RM5.00


Suasana covid-19 masih belum reda sepenuhnya. Pematuhan pemakaian pelitup muka kekal dikuatkuasakan dalam mengekang penularannya. Keluar dari kereta, terus mengenakan pelitup muka dan bergerak berseorangan kearah gerainya. Orang rumah dalam misi ke Mydin, tidak mahu turun walaupun diajak. Sesampai digerai, perempuan muda, pasti anaknya yang upload 'story' dalam fb sedang menggoreng popiah atau goreng pisang dalam pelbagaikan jualan. Hajat aku hanyalah hendak membeli rambutan 'budak sekolah' yang diwar-warkan dalam fbnya. Tidak sampai hati untuk membeli seikat, lalu aku minta 2 ikat untuk dibungkus. Sambil sambil itu, ayahnya menyuruh aku merasai rambutan 'sample' yang tersedia. Aku menolak penuh bersopan. Dia akur.


Sebelum menyerahkan RM10 kepadanya, anak perempuannya pula memaklumkan dalam bertanya, '...tak nak beli kuih encik...'. Aku geleng sahaja sambil berlalu pergi. Ikutkan mahu sahaja aku berbelanja membantu tapi memandangkan sudah kenyang makan tengahhari sebelum bergerak ke Mydin maka memadailah membeli 2 ikat rambutan. Puas memang puas dapat menyokong niaga orang kita walaupun transaksinya tidaklah sebanyak mana. Kalaulah seharian, yang singgah membeli seorang 2 ikat sahaja dalam 20 orang, kiralah jumlah duit yang bertukar tangan.


Apa apa niaga ditepi jalanpun, memanglah nampak kecil sahaja tapi bila 'frequency'-nya berlipat kali ganda, bayangkanlah jumlah yang mampu dikaut seharian. Untuk tujuan ini perlunya ada konsistensi bekalan, strategi yang sesuai bertepatan dan hidu pola pembelian pelanggan dalam seminggu dan andai kiranya dirancang penuh teliti, niaga kecil kecilan ini mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Istiqamah dan terus pertingkatkan.

Wednesday, July 21, 2021

Lumrah Dunia

Agaknya memang telah menjadi resam dunia, kita suka sangat memperkata, mempertikai dan membuat kesimpulan sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Lazimnya laju sahaja kita bercakap akan perihal orang. Samada betul atau salah ditolak ketepi dan makin rancak bualan bilamana dengan orang yang sama kepala. Apa yang paling dipentingkan adalah segala persepsi keatas orang yang sedang diberi fokus itu telah dihamburkan sehabis habisnya tanpa sedikitpun adanya perasaan bersalah.


Betullah sepertimana yang diangkat oleh salah seorang netizen yang berkesempatan aku membaca 'hantaran' di facebooknya baru baru ini, yang mana dia mulai menyedari akan hadirnya bencana wabak covid-19 ini telah menyerlahkan banyak sisi untuk tatapan bersama. Selama ini apa yang pada pandangan zahirnya semacam elok penuh keceriaan rupa rupanya adalah sandiwara menipu pandangan mata. Memang tidak terjangkakan kepada semua akan penularan wabak dengan amat pantas tanpa mampu membuat sesuatu yang dikira berkesan menghalanginya.


Tuduhan melulu tanpa usul periksa amat menukacitakan. Ini mencerminkan mentaliti dirinya. Mudah percaya, pantas menyebarkan berita dan sering mengelak atas salah laku sendiri membuatkan dirinya tidak dipandang lebih baik dari orang lain.


Seharusnya akui kesilapan dan mohon kemaafan. Inilah perkara yang perlu diamalkan andai tersilap. Moga kita diberkati oleh Allah swt disepanjang hayat kita.


Makbulkanlah permintaan kami...Ya Allah.


Tuesday, March 30, 2021

Lebat dipagi Isnin

29 March 2021 07:55

Lewat anak aku bergerak ketempat kerja pada pagi ini. Hampir ke pukul lapan pagi baru hendak bergerak. Selalunya dia akan keluar rumah sekitar 7:40 kekadang terlajak ke 7:45 dan itupun sekali sekala. Tapi hari ini lagi lewat pula. Kebiasaan masa keluarnya mencari 'rezki' berubah. Bersebabkan hujan yang tidak dijangkakan. Beberapa perubahan persiapan segera diambil tanpa perlu mengeluh panjang ataupun mempertikaikannya. Akibat dari berulang ulangnya kejadian alam ini maka barang tentu tindakan susulan yang biasa juga akan dilaksanakan untuk kesekian kalinya. Perkara yang berulang ulang ini dan bila sampai kesatu tahap ianya akan menjadi 'second nature' pula. Secara auto pula perilaku akan diambil demi menyesuaikan dengan situasi semasa. Ada isyarat dari yang diperlihatkan. Namun dan sememangnya hanyalah mereka yang 'privilege' sahaja yang mampu menafsirkan setiap yang berlaku itu dengan tepat. Bukan sebarangan orang yang mampu melakukannya.


Hujan yang turun adalah lumrah alam. Kalau bukan semalam harinya untuk berlaku mungkin ada hari lain dengan izinanNya. Perkara kejadian yang bukan didalam kawalan kita dan apatah lagi ketidakmampuan menghalanginya dari berlaku perlulah direnung dengan penuh keinsafan. Biasa kita melihat memandang akan hujan yang menimpa bumi. Namun kita sebenarnya tidak mampu merungkai setiap kejadian alam yang berlaku dengan penuh kepastian waima yang terjadi didepan mata kepala sendiri. Semua kita punyai pandangan serta persepsi yang sememangnya berbeza. Ini amatlah pasti sepertimana yang kita lewat mengetahui untuk mengiakan yang mana setiap orang tidak mempunyai 'corak' ibu jari yang sama. Identiti memasing menjadi 'rahasia' kepada sang penciptanya tak ubah seperti fail/rekod peribadi mengikut sudut pandangan kita. Maha hebatnya ketentuan Illahi.


Bagi penanam padi, turunnya hujan merupakan kurniaan dan begitu melegakan mungkin setelah beberapa lama sawah kekeringan dimasa mulai penanaman. Namun buat mereka yang mengambil upah menoreh dari kebun getah orang dan mengharapkan upah harian dapat menampung sesuap nasi keluarga pastinya pula akan sedih merintih akan untung nasibnya hari itu. Manakala kepada pasangan pengantin baru, kehadiran hujan pastinyalah membibitkan suasana romantik lebih lebih lagilah bila turunnya dimalam hari. Memanglah tidak dirancang tapi amat menepati kehendak pasangan seolah merestui hubungan intim mereka. Begitupun lain kesahnya bilamana hendak keluar bekerja kilang diwaktu pagi dan ketepatan masa melapor diri amat dititikberatkan majikan. Lewat sampai bererti buruk rekod kehadiran sedangkan makin melebatnya hujan makin sukarlah hendak bergerak pergi serta dikhuatiri diri akan terdedah kepada bahaya kemalangan dijalanan lebih lebih lagilah kemampuan semasa sekadar sebuah motor buruk.


Itulah, nasib orang. Mana mungkin kita mengetahui segala galanya dengan penuh kepastian. Kita hidup inipun atas ehsan dariNya, lagi mahu besar kepala menunjuk lagak. Sombong bongkak tidak bertempat. Menghina menindas sekehendak hati. Apa yang lebih mendukacitakan sesama adalah dalam keadaan penuh kesedaran, sanggup pula memutuskan sillaturrahim dengan berandaian dirinyalah yang lebih mulia serta perlu dihormati. Memang menyedihkan.


Terserahlah pada empunya diri untuk membuat penilaian. Apa yang benar benar pasti, bila tiba detik dan ketikanya, akan menyusulnya giliran kita pula untuk menemui jalan pulang ke 'rumah' yang kekal baqa'.

Tuesday, March 23, 2021

Bersentuhan muka penumbuk

Lepas pekena nasi biryani bungkus 'Lot 85' dengan cendol 'Seri Serkam' seorang secawan, rasa kekenyangan yang teramat pula. Kalau ikutkan hati, pastinya sudah membongkang. Kebiasaan terkini aku bilamana bercuti mingguan yang selalunya ke pasar Melaka mendapatkan keperluan 'perishable' telah beralih ke Pengkalan Samak. Tiada protokol yang perlu dipatuhi disana tapi dipentingkan bila ke Pasar Melaka diawasi oleh pegawai peguatkuasa MBMB dengan kerjasama pihak polis. Amat tidak selesa sebegitu. Makanya selepas lorat lorat diharuskan mengikut S.O.P. memaksa aku 'lari' ketempat baru. Walaupun ikan yang dijual tidaklah sebanyak dan pelbagai jenis namun kondisi ikan yang diperagakan begitu memuaskan. Bukannya ikan dalam tong yang berkemungkinan dari tempat lain sejauh Thailand misalnya, tapi cukup buat orang rumah memilih ikan yang kebiasaan aku membelinya. Ikan parang, semestinya, ikan tenggiri, pari bunga, bawal dan ikan merah serta siakap serkop menjadi pilihan kesana. Disamping mudah dikunjungi, ikannya boleh dikatakan agak 'fresh'. Selesai mencapai yang dihajati tergerak pula hendak makan nasi biryani pula. Lalu singgahlah di Lot 85 untuk dibungkuskan. Semerbak baunya didalam Alza. Lovely pula mencadangkan cendol Serkam sebab katanya lama sudah tidak singgah minum. 


Teringatkan kejadian pada jumaat minggu lalu yang agak tidak tersangkakan. Aku bergegas keluar dari rumah 5 minit selepas 1:00pm. Azan dalam 1:25pm. Membawalah bersama aku, sejadah dan kopiah masuk kedalam kereta menuju ketempat kerja. Sesampainya aku, cecepatlah 'swipe in' dan bergerak pergi ke Masjid Syed Ahmad Shahbudin. Parkir dibahu jalan sahaja dan sebolehnya merapat ke penghadang tepi jalan. Cepat sahaja aku keluar kereta untuk bergerak masuk ke perkarangan masjid. Baru berpaling hendak melangkah, terlupa pula untuk mengenakan pelitup muka. Terpaksalah berpatah balik membuka pintu kereta mendapatkan. Semasa aku hendak membuka pintu kereta sebelum memasukinya semula, aku terperasan sebuah CRV model terdahulu menghimpit dibelakang aku. Didalam hati, ingatkan aku sahaja yang lambat rupanya ada insan lain yang lagi lewat dari aku. Tentunya dia telah melihat jelas akan gelagat aku yang berpatah balik selepas menutupi pintu kereta. 

Respeks la...


Sebaik aku keluar semula sambil mengenakan pelitup muka dan tidak semena mena, seseorang dibelakang aku mengungkapkan, 'السلام عليكم٠٠٠'. Aku menoleh kearah datangnya suara sambil spontan menjawab salamnya. Ketika bertentang mata, dia telah 'menghulurkan' kepala penumbuknya kearah aku sambil menantikan tindakbalas aku pula. In-split second jugalah aku mengenggam penumbuk lalu bersentuhan sesama. Sejurus selepas itu dia telah melangkah berlalu ke 'compound' masjid. Sambil aku mengunci semula akan pintu kereta, rasa hendak tergelakpun ada. Tidak disangkakan insan yang agaknya dalam lima tahun berselisih usia ini agak 'advance' tingkahlakunya. Up-to-date mengikut perkembangan semasa. Bersalaman normal baru angkara covid-19 sudah semakin membudaya. Aku tidak dapat bayangkan bagaimanakah pak Imam, pak Bilal dan para jawatankuasa lainnya bersalaman sesama saban hari. Telah diwar warkan sebelum ini agar semua kita sekadar melekapkan telapak tangan kanan ke dada yang didalamnya ada jantung berdegupan ketika ingin 'bersalaman' sesama. Insan yang ingin disalaminya pula harus spontan juga melakukan aksi yang serupa. Nampak lebih sopan dan tertib. Tapi 'option' bersentuhan atau 'touching' muka penumbuk agak informal dan juga diterima-pakai oleh semua. Tidak menjadi kesalahanpun. Mungkin dikalangan para jawatankuasa yang muda dan mereka yang 'gila-gila' rasa dirinya muda akan teruja juga bersentuh penumbuk sesama sebagai mengikut trend.

Betapa ruginya kita andai tidak mengetahui akan Pahala Berjabat Tangan, maka perlu ada keazaman mempraktiknya senantiasa. Amat diharapkan pandemik yang melanda kita sekarang ini menjadi pemangkin untuk kita agar benar benar membudayakannya penuh keinsafan buat kita semua.

Sampai bila dan sehingga bilakah cara bersalaman yang tidak 'comform' kepada piawaan yang ditetapkan oleh agama hendak kita turutkan. Maka amat penting rasanya kepada kita semua agar serentak seiringan memastikan bencana atau pandemik yang melanda negara bahkan dunia ditamatkan segera. Mematuhi S.O.P. harus menjadi keutamaan dalam mengekang pandemik covid-19. Namun bukan sekadar bercakap dan melakukan secara culas tapi harus benar benar mematuhi dan berterusan sehinggalah pihak yang dipertanggungjawabkan mengisytiharkan bebas covid-19. Lambat cepat tibanya detik itu bergantung penuh kepada kita sendiri. Bayangkan betapa banyaknya pahala bersalaman yang terlepas begitu sahaja lebih lebih lagi buat mereka yang masjid-goers.


يا الله يا رحمن يا رحيم .... Permudahkan urusan kami...Ameen

Monday, March 22, 2021

Berkesempatan berkunjungan

22 March, 2021 17:42

Tengahhari tadi, orang rumah dan aku serta ditemani batu penimbang telah membuat kunjungan pertama ke Malakat Mall yang teringin benar hendak aku datangi. Berita mengenai akan diujudkan cawangan di Melaka telah aku ketahui sejak 2020 lagi iaitu sebaik sahaja Malakat Cyberjaya dirasmikan. Rasa melonjaknya hati hendak menengok nengok akan lahirnya pasar besar atau 'marketplace' kalaupun boleh dirujuki sedemikian. Namun takdir penentu segala. Seingat akulah seminggu ke dua minggu berikutnya telah diisytiharkan PKP 1.0 melibatkan seluruh negara. Ibarat 'curfew' pula. Segala pergerakan perjalanan dihadkan. Begitu jugalah dengan aktiviti ekonomi. Waktu dibenarkan berniaga seawal 8:00 pagi menyampaikan ke 7:00 petang sahaja. Hajat yang tertahan tahankan ini dek covid-19 tidak mengugah semangat ke sana. 

Biarpun disekat lebih lama lagi, hajat pasti akan aku laksanakan. Malangnya dari PKP ke PKPD dan berlanjutan pula ke PKPP dan berbalik semula ke PKP 2.0, yang kesemuanya memusatkan kepada larangan rentas daerah/negeri. Konon katanya demi untuk mengekang penularan penyakit berpunca dari covid-19 yang begitu mengusarkan kepada rakyat marhaen tapi rasanya tidak begitu halnya kepada kerajaan 'tebuk atap' sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Hadi yang memercik kembali ke mukanya sendiri. Biarpun tidak berpeluang ke Cyberjaya seolah olah banyaknya rintangan tapi dengan pembukaan yang sama tarikhnya iaitu 13 March cuma berlainan tahun telah memungkinkan aku hadir melihat suasana pasar raya muslim yang diwar warkan. Masjid Tanah tidaklah jauhmana. Kedatangan menyokong penuh akan terbinanya pasar muslim dan amatlah diharapkan ianya bakal menjadi 'batu' asas memperkukuhkan ekonomi umat islam. Amat menghairankan kepada diri bilamana kerajaan yang kononnya berteras dan dipimpin oleh Melayu begitu sepi didalam perencanaan ekonomi umat islam. Biarpun sokongan yang aku berikan ini ibarat setitik air yang tidak mungkin akan membanjirkan tapi setidak tidaknya bila sesama secara berjemaah mampu jugalah untuk melembabkan tanah dari kering berdebu yang boleh memedihkan mata serta menyesakkan hati. Apa yang penting bilamana ianya meninis berterusan dan serentak pula dengan mereka yang seakidah, ketentuan Allah sahajalah yang kita panjatkan untuk memakbulkan segala yang kita hajati. 

Pemantauan spontan aku buat akan 'mall' ini seketika sampai. Berpandukan pengalaman terbabit didalam industri peruncitan sejak tahun 80an lagi sehinggalah kehari ini, dirasakan banyak perkara lagi yang perlu diperkukuh diperkemaskan. Aku mengambil pendekatan dari 'point of view' seorang pelanggan yang seasoned dan yang terdedah kepada banyak situasi mall sejak era 80an di Hankyu Jaya dan berlegar legar sekitar Yaohan The Mall, Pertama dan Campbell Complexs dan sehinggalah ujudnya rangkaian mall chain berpengaruh dengan terbinanya 'Mahkota Parade' yang sesama naiknya dengan Jusco di Melaka di era 90an sehinggalah period terkini memungkinkan aku membuat beberapa cadangan. Bukanlah bermaksud cuba memandai tapi cuma sekadar memberi pandangan. Business concept yang cuba diketengahkan belum teruji lagi dalam suasana 'open market'. Sustainability dalam industri peruncitan harus perlu senantiasa dipantau agar tidak jauh berjarak dari sasaran. Pun begitu, kekangan dan tentangan dari big player lebih lebih lagi yang bersifat 'sabotage' amat mengusarkan. Memang betul pengguna Islam adalah besar dan senantiasa menyokong. Namun perubahan serta dinamiknya pasaran yang tidak terjangkakan jika tidak dikenalpasti lebih awal dengan langkahan pemulihan yang bersesuaian dan semasa sifatnya serta berpandangan jauh akan menyebabkan perkembangan perniagaan tersekat. Ini amat ditakuti mungkin berlaku. Makanya kesepakatan serta kesungguhan sesama kita dalam memastikan ianya kekal berdaya saing dan berkembang menjadi gergasi ekonomi mesti menjadi teras pejuangan. 

Suasana dan aura 'Malakat Mall' di Masjid Tanah ini belum begitu dirasai oleh majoriti penduduk setempat sepertimana yang dihajati oleh pihak pengurusan. Berkemungkinan besar berpunca dari lokasi bangunan terletak dikawasan yang agak terjarak dari kawasan tumpuan. Berdepan dengan rumah kedai menempatkan bengkel kereta dan kerja baik pulih peralatan industri pembinaan. Terhad pula tempat parkir. Manakala dilaluan utama/jalan lama dari Lebuh AMJ via Lendu dimana penduduknya lebih ramai mendiaminya berbanding dari laluan Lebuh Ayer Keroh/Sg. Udang menuju pekan Masjid Tanah dari arah belakang. Aktiviti perniagaan banyak berlaku disini. Luas kawasan niaga dengan deretan rumah kedai yang telah lama beroperasi dan dimeriahkan pula dengan peniaga peniaga kecil berpayung berjualan. Begitu hidup pekan Masjid Tanah dari arah Lendu ini. Selagi tidak dikenalpasti atau lambat membuat perubahan maka operasi harian berdepan masalah utamanya iaitu kunjungan pelanggan. 

Masjid Al-Sultan Abdullah - singgah zohor



Paling ketara yang aku rasai adalah suasana yang hendak diujudkan. Diwar warkan ingin mengujudkan suasana Islamik tapi yang dizahirkan lebih kepada kebaratan. Melangkah masuk sahaja, kita disambut mesra setelah s.o.p. dipenuhi. Ambil suhu, scan mysejahtera qr code. Selepas selesai zohor di masjid al-sultan abdullah dan bergerak ke mall, cadangkan makan tengahhari di malakat. Pada awalnya berhasrat hendak makan tengahhari asam pedas disana. Namun sebaik duduk, menu makanan diberikan petugas untuk pemilihan pesanan tiada terkandungpun masakan tempatan. Selera omputih sahaja yang ada selain set roti canai yang lebih sesuai untuk sarapan. Belumpun sempat membuat pesanan, dimaklumkan yang roti canai telah habis. Dinyatakan juga yang teh tarik, teh 'O' juga tidak kedapatan. Senang cakap makanan yang biasa biasa dengan lidah melayu tidak kedapatan dikala kehadiran aku. Terlanjur sudah duduk, terpaksalah buat pesanan akan apa yang ada disediakan mereka. Harga taraf hotel dengan makanan barat sahaja tersedia. Tatkala menunggu makanan sampai, termanggu aku memikirkan akan kemampuan berbelanja serta 'purchasing power' penduduk setempat yang cuba disedarkan kepada model ekonomi islam. 


Bukti sampainya aku buat pertama kalinya

Lidah omputih ler pulak...alamak tuan.



Kebiasaan dan kebanyakan pasaraya di Melaka ini dan memang digemari dan praktikal sifatnya adalah diaras bawah sesuatu bangunan. Tingkat satu atau dua menempatkan pasaraya tidak begitu menjadi. Pelanggan amat keberatan untuk mendaki tangga atau ber-escalator ketingkat atas semata-mata hendak mendapatkan keperluan harian mereka. Inilah juga yang aku rasakan bilamana aku dipaksa berjalan kehujung bangunan mendapatkan escalator untuk ke bahagian pasarayanya ditingkat atas. Memandangkan susun atur sedemikian rupa, bukanlah aku pessimis, mengajak orang awam berkunjungan ke mall adalah 'uphill battle' buat barisan pengurusannya. Kebijaksanaan pasukan bertindak menghadirkan countermeasure yang tepat bersesuaian amat ditagih segera. Andai bertangguh pastinyalah impian makin lambatlah hendak dijelmakan. 

Sesampai dihadapan pasaraya ini, ruang legarnya agak kurang luas dengan deretan kaunter pembayaran lebih dahulu kelihatan. Kebiasaan yang terlihatkan adalah tarikan peragaan barangan sebaik melangkah masuk sesuatu pasaraya. Pengunjung tidak disambut dengan sesuatu yang 'wow' atau yang membuatkan mereka tidak sabar sabar untuk masuk kedalam. Bahaya juga bilamana pelanggan terpandangkan tiada 'q' disetiap cashier counter yang memberi persepsi yang tidak berapa baik. Perlu diselaras semula untuk hadirkan mood pembelian pelanggan. 

Apapun, setidak tidaknya kita mampu membuktikan dengan semangat kerjasama dan setujuan, kita sesama makin menghampiri impian yang ingin kita gapai bersama. Pedulikan kata kata yang bersifat memperlekehkan juga kritikan yang mahu mengagalkan usaha yang masih diperingkat pembangunan ini. Senantiasalah perbaiki kelemahan. Perkenalkan inovasi serta manipulasi kecanggihan teknologi terkini bagi mempercepatkan usaha mencapai matlamat. 

Kalau bukan sekarang, bila lagi. Kalau bukan kita, siapa lagi yang hendak digantungkan harapan.

Friday, March 12, 2021

BMF...berseorangan memang payah

March 12, 2021 19:04

Aku hari ini, balik awal dari kerja. Selalunya lewat pulang kerumah. Tapi pada kali ini selepas beli foam/cooler box untuk keperluan niaga menonong sahajalah bergerak pulang. Sampai dirumah, perut baru terasa lapar. Terpandangkan muruku yang aku paksakan diri membelinya ketika berbelanja di Family Store mencari 'fresh' sardine' untuk kucing peliharaan sebanyak 4 ekor yang hampir sebaya usia mereka. Berselang 2 ke 3 hari selalunya 2 ke 3 kilo akan diangkut pulang. Hargapun boleh tahan juga sekitar RM8.70 ke 9.00. Kalau di Pengkalan Samak lagi 'up' dalam harga RM16.00/kg untuk kembong/pelaling. 


Sudah beberapa hari lamanya muruku ini 'terbaring' disudut meja makan tidak berusik. Kalau 'Twisties' berperisa original atau barbeque mahupun chicken yang dibawa pulang, dalam sekejapan sahaja bebudak dengan mak budaknya sekali mencapai membuka mengkonsum. Mamee monster family pack lagi pantas disambau. Namun bila bawa balik muruku produk BMF, 'sapah' hantupun tidak sudi memegangnya sehinggalah kehari ini. Cabaran sebenarnya.

Dimeja makan



Penuh memikat

Ownernya - typical packaging


Teringat lagi pada pagi itu(27/02) bilamana terpandangankan deretan produk BMF berbaris bersusun digondola diketika orang rumah membeli keperluan dapur beserta ikan untuk kucing belaannya. Berbangga pula diri melayan perasaan betapa terharunya hati akan kedudukannya di 'golden eye' yang seharusnya menarik ramai pembeli. Tempat susun letaknya terbaik, eye level, dan sejuk mata memandang. Penuh dan padat. Aku bergerak keluar kehujung 'passageway'. Adalah dalam 5 minit lamanya aku memantau dari jauh. Akan tetapi yang menghairankan, punyalah ramai orang yang berkunjungan tapi tiada seorangpun yang menjengah melalui 'alley' kedapatan produk BMF ini. Hairan terasa pula. 


Masih bersangka yang baik baik. Mungkin diketika pagi tentu sahajalah pengunjungnya lebih kepada golongan surirumah membeli keperluan harian dapur. Tid-bits bukanlah barangan utama yang dicari oleh golongan ini. Makanan ringan atau lebih kerap disebut sebagai jajan lebih kepada bebudak. Merekalah sasaran utama. Numun untuk menarik perhatian budak budak tengah naik ini, maka perlulah ada daya tarikan terhadap golongan ini. Orang dewasa mungkin gigi banyak yang sudah tanggal dan menyukarkan kunyahan. Bagi veteran tentunyalah lebih kepada makanan ringan yang lembut lembut. Kebanyakannya pula telah lama mengenali 'msg', bahan pewarna serta tiadanya khasiat dari jajan yang secara umumnya serta mendatangkan kesan tidak elok untuk kesihatan. Tambahan pula kesedaran terhadap kesihatan lebih diutamakan. Al-maklumlah, kos rawatan kesihatan akan semakin meningkat apatah lagi jika telah di-diagnoskan dengan penyakit yang kerap menghingapi golongan lama. Mengharap anak anak membantu menyara adalah suatu harapan dan bukannya jaminan. Amat ditakuti duit kwsp yang dikumpuli bertahun lamanya akan habis jika tidak diurusi dengan baik.


Berbalik kepada muruku yang seakan terlupakan ini dan masih belum terusik adalah realiti yang aku sendiri alami. Bilamana 'inang-inang' lebih mengamit selera sesampai kat rumah tambahan pula lama tidak memakannya maka kekal tidak bersentuhlah jawabnya. Mudahnya bercakap, 'sokong produk melayu, beli BMF, bantu sesama kita dan pelbagai lagilah slogan yang menjurus kepada kesatuan tindakan demi membangkit dan merancakkan ekonomi sesama. Tindakan susulan adalah amat kritikal dan lebih penting. Tindakan berterusan didalam pembelian dan penggunaan akan membolehkan kekerapan pengulangan penggunaan produk kita meningkat. Barangan 'fmcg', term yang aku kerap dengari dan ucapkan semasa mengambil kursus 'Dip in Mkt(uk) mempunyai characteristics-nya tersendiri untuk kekal didalam pasaran. Dalam menentukan jangka hayatnya, 'product life cycle', banyak aspeks/isu yang perlu dibereskan. Andai membiarkan tanpa adanya usaha usaha untuk 'tune' mengikut dinamiknya pasaran semasa, ditakuti produk yang dibanggakan ini akan being phased-out pasti terjadi. Sebab itulah tools yang digunapakai bagi mengenalpasti dan memungkinkan plan tindakan berpotensi untuk berjaya antaranya 'the 4'Ps, marketing mix dan swot analysis. Masa student, banyak case-study dijalankan dengan pensyarah pula monitor setiap pendekatan perancangan yang dikemukakan untuk dinilai kesesuaiannya. Hebatnya masa itu, conversation in english. Maklum la - external course. So, whatever we would like to argue or object must communicate in omputih. Macam bagus jer.


Adalah amat diharapkan yang semua kita sesama bergandingan membantu menyokong serta merancakkan pembelian dan consume sekerap mungkin. Bilamana semua setujuan, barang tentunyalah akan ada peningkatan pengeluaran, penjualan dan penggunaan terhadap sektor makanan dan peruncitan. Aktiviti perekonomian peringkat hiliran juga akan lebih meriah bertitik tolak dan kesan 'compounding' dari kesatuan tindakan 'kita tolong kita' ini. Anak anak kita akan mendapat peluang kerja. Mereka inilah yang diharapkan untuk menyambung legasi keberadaan umat Melayu Islam dalam menjana serta mengerakkan  setiap aspeks aktiviti ekonomi agar menjadi bangsa bermaruah.


Tiada cara lain lagi rasanya dalam memperkasakan perekonomian kita. Pihak kerajaan sendiri sekadar penyelaras yang ibarat melepaskan batuk ditangga sahaja. Kesungguhan tiada. Tindakan membantupun terpilih pilih. Mara pun dimanipulasi tanpa sedari oleh golongan berkepentingan buat diri dan keluarga. Tunggulah kehinaan akan mendatangi diri pada mereka yang tidak amanah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Seharusnyalah kita tidak mengeluh menyalahkan dan perlu redha atas apa yang telah berlaku. Kita kena 'move on'. Kesedaran yang telah tumbuh membiak kini perlu kita perkemas dan pertingkatkan lagi agar menjadi 'kuasa' ekonomi baru umat Islam ditanah tumpahnya darahku ini. 


Bangkit semua. Pertahankan maruah kita. Ini negara kita dan kuasa ekonomi mesti menjadi agenda utama.