March 12, 2021 19:04
Aku hari ini, balik awal dari kerja. Selalunya lewat pulang kerumah. Tapi pada kali ini selepas beli foam/cooler box untuk keperluan niaga menonong sahajalah bergerak pulang. Sampai dirumah, perut baru terasa lapar. Terpandangkan muruku yang aku paksakan diri membelinya ketika berbelanja di Family Store mencari 'fresh' sardine' untuk kucing peliharaan sebanyak 4 ekor yang hampir sebaya usia mereka. Berselang 2 ke 3 hari selalunya 2 ke 3 kilo akan diangkut pulang. Hargapun boleh tahan juga sekitar RM8.70 ke 9.00. Kalau di Pengkalan Samak lagi 'up' dalam harga RM16.00/kg untuk kembong/pelaling.
Sudah beberapa hari lamanya muruku ini 'terbaring' disudut meja makan tidak berusik. Kalau 'Twisties' berperisa original atau barbeque mahupun chicken yang dibawa pulang, dalam sekejapan sahaja bebudak dengan mak budaknya sekali mencapai membuka mengkonsum. Mamee monster family pack lagi pantas disambau. Namun bila bawa balik muruku produk BMF, 'sapah' hantupun tidak sudi memegangnya sehinggalah kehari ini. Cabaran sebenarnya.
Dimeja makan |
Penuh memikat |
Ownernya - typical packaging |
Teringat lagi pada pagi itu(27/02) bilamana terpandangankan deretan produk BMF berbaris bersusun digondola diketika orang rumah membeli keperluan dapur beserta ikan untuk kucing belaannya. Berbangga pula diri melayan perasaan betapa terharunya hati akan kedudukannya di 'golden eye' yang seharusnya menarik ramai pembeli. Tempat susun letaknya terbaik, eye level, dan sejuk mata memandang. Penuh dan padat. Aku bergerak keluar kehujung 'passageway'. Adalah dalam 5 minit lamanya aku memantau dari jauh. Akan tetapi yang menghairankan, punyalah ramai orang yang berkunjungan tapi tiada seorangpun yang menjengah melalui 'alley' kedapatan produk BMF ini. Hairan terasa pula.
Masih bersangka yang baik baik. Mungkin diketika pagi tentu sahajalah pengunjungnya lebih kepada golongan surirumah membeli keperluan harian dapur. Tid-bits bukanlah barangan utama yang dicari oleh golongan ini. Makanan ringan atau lebih kerap disebut sebagai jajan lebih kepada bebudak. Merekalah sasaran utama. Numun untuk menarik perhatian budak budak tengah naik ini, maka perlulah ada daya tarikan terhadap golongan ini. Orang dewasa mungkin gigi banyak yang sudah tanggal dan menyukarkan kunyahan. Bagi veteran tentunyalah lebih kepada makanan ringan yang lembut lembut. Kebanyakannya pula telah lama mengenali 'msg', bahan pewarna serta tiadanya khasiat dari jajan yang secara umumnya serta mendatangkan kesan tidak elok untuk kesihatan. Tambahan pula kesedaran terhadap kesihatan lebih diutamakan. Al-maklumlah, kos rawatan kesihatan akan semakin meningkat apatah lagi jika telah di-diagnoskan dengan penyakit yang kerap menghingapi golongan lama. Mengharap anak anak membantu menyara adalah suatu harapan dan bukannya jaminan. Amat ditakuti duit kwsp yang dikumpuli bertahun lamanya akan habis jika tidak diurusi dengan baik.
Berbalik kepada muruku yang seakan terlupakan ini dan masih belum terusik adalah realiti yang aku sendiri alami. Bilamana 'inang-inang' lebih mengamit selera sesampai kat rumah tambahan pula lama tidak memakannya maka kekal tidak bersentuhlah jawabnya. Mudahnya bercakap, 'sokong produk melayu, beli BMF, bantu sesama kita dan pelbagai lagilah slogan yang menjurus kepada kesatuan tindakan demi membangkit dan merancakkan ekonomi sesama. Tindakan susulan adalah amat kritikal dan lebih penting. Tindakan berterusan didalam pembelian dan penggunaan akan membolehkan kekerapan pengulangan penggunaan produk kita meningkat. Barangan 'fmcg', term yang aku kerap dengari dan ucapkan semasa mengambil kursus 'Dip in Mkt(uk) mempunyai characteristics-nya tersendiri untuk kekal didalam pasaran. Dalam menentukan jangka hayatnya, 'product life cycle', banyak aspeks/isu yang perlu dibereskan. Andai membiarkan tanpa adanya usaha usaha untuk 'tune' mengikut dinamiknya pasaran semasa, ditakuti produk yang dibanggakan ini akan being phased-out pasti terjadi. Sebab itulah tools yang digunapakai bagi mengenalpasti dan memungkinkan plan tindakan berpotensi untuk berjaya antaranya 'the 4'Ps, marketing mix dan swot analysis. Masa student, banyak case-study dijalankan dengan pensyarah pula monitor setiap pendekatan perancangan yang dikemukakan untuk dinilai kesesuaiannya. Hebatnya masa itu, conversation in english. Maklum la - external course. So, whatever we would like to argue or object must communicate in omputih. Macam bagus jer.
Adalah amat diharapkan yang semua kita sesama bergandingan membantu menyokong serta merancakkan pembelian dan consume sekerap mungkin. Bilamana semua setujuan, barang tentunyalah akan ada peningkatan pengeluaran, penjualan dan penggunaan terhadap sektor makanan dan peruncitan. Aktiviti perekonomian peringkat hiliran juga akan lebih meriah bertitik tolak dan kesan 'compounding' dari kesatuan tindakan 'kita tolong kita' ini. Anak anak kita akan mendapat peluang kerja. Mereka inilah yang diharapkan untuk menyambung legasi keberadaan umat Melayu Islam dalam menjana serta mengerakkan setiap aspeks aktiviti ekonomi agar menjadi bangsa bermaruah.
Tiada cara lain lagi rasanya dalam memperkasakan perekonomian kita. Pihak kerajaan sendiri sekadar penyelaras yang ibarat melepaskan batuk ditangga sahaja. Kesungguhan tiada. Tindakan membantupun terpilih pilih. Mara pun dimanipulasi tanpa sedari oleh golongan berkepentingan buat diri dan keluarga. Tunggulah kehinaan akan mendatangi diri pada mereka yang tidak amanah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Seharusnyalah kita tidak mengeluh menyalahkan dan perlu redha atas apa yang telah berlaku. Kita kena 'move on'. Kesedaran yang telah tumbuh membiak kini perlu kita perkemas dan pertingkatkan lagi agar menjadi 'kuasa' ekonomi baru umat Islam ditanah tumpahnya darahku ini.
Bangkit semua. Pertahankan maruah kita. Ini negara kita dan kuasa ekonomi mesti menjadi agenda utama.
No comments:
Post a Comment