08 OCTOBER 2015, 09:52
Pagi ini dan ketika ini aku sedang mengikuti drama ulañgan di Astro Prima. Conversation antara Jalaludin Hassan dengan Eman Manan dipenghujung cerita. Very touching. Mengesankan. Bagi yang mengikuti keseluruhan ceritanya tentu faham jalan cerita dan moral yang ingin disampaikan. 'Orang Kasar' tajuk ceritanya. Kisah berkisar orang biasa-biasa dengan orang korporat yang diangkat serta digarap dengan baik mengikut pandangan aku yang juga biasa-biasa ini oleh Harun Salim Bachik(arwahpun dia kini) amat menarik untuk ditonton. Sudah banyak kali drama ini diulangtayangkan. Semasa pertama kali terlihat drama ini, kelihatan jalal bergari dan dipaksa mengeluarkan duit dari 'bank rakyat' oleh si eman. Tidaklah menonton-nya sampai habis. Diketika lainnya pula, terperasankan sijalal pulak mengacukan pistolnya(oppsss ... bukan anu-nya eeh) kearah si eman pula. Dan buat kali ini dan pagi ini pula, tidak bekerja dan berseorangan dirumah, ikutilah sampai hujung walau tidak lekat disofa.
Ketika on-kan MSI Tablet yang senantiasa ada disisi dan diletakan di coffee table bersebelahan sofa peribadi, perkara dakwa mendakwa sedang dibualkan oleh kedua pelakon diwad hospital diakhir babak cerita 'orang kasar'. Terpaculnya perkataan 'dakwa' yang diucapkan oleh abang jalal yang terlantar dikatil hospital, lantas aku abadikan sebagai tajuk coretan ini. Selingkar kisah yang diangkat menjadi drama tontonan awam khasnya pelanggan astro yang bagai telah diikat sekian lamanya dan dipaksa menonton apa sahaja yang disajikan oleh mereka yang telah menjadi routine membayar yuran tanpa gagal untuk setiap bulan. Apapun, part jalal meminta Mala, membuka drawer dikatil pesakit, mendapatkan hadiah pemberian peribadinya tetiba sahaja berkaca pula mata ini. Terharu pula hati ini. Bagi yang mengikuti keseluruhan cerita ini, pastinya tahu akan sebab si orang korporate menghadiahkan 'laptop' kepada anak si orang kasar itu. Entahlah, natural pula bila perkara yang dekat pada diri maka cepat sungguh tersentuh. Tersentap, terharu dan mudah pula membayangkan peritnya, sengsaranya dan sukarnya hati bila hal yang diceritakan benar-benar menimpa diri. Kisah tentang bersangkut paut dengan pembelian rumah merupakan isu yang tiada akhirnya. Selagi mana adanya anak, membesar dan mencari penghidupan mereka sendiri dan tentunya akan bekeluarga nantinya maka topik yang akan diberi perhatian adalah tempat kediaman. Semua orang yang bekeluarga mengimpikan rumah yang selesa untuk diduduki. Rumah yang membuatkan sekeluarga tenteram didalamnya, berteduh dari panas dan hujan serta selamat dari perkara yang mengancam keselamatan ahli keluarganya. Maslow's Hierarchy of Needs boleh menjelaskannya hal ini secara scientific. Boleh rujuk dan nilaikannya. Budak-budak course business mesti tahu punya pasal theory ni.
Apapun kini, kepesatan industri perumahan membuatkan sesetengah dari kalangan kita amat sukar memiliki rumah. Rumah mampu milik yang diwar-warkan oleh kerajaan menjadi ejek-ejekan sebagai 'rumah mampu tengok' sahaja. Realitinya, bagi pasangan yang baru bernikah, mereka secara majoritinya akan memilih untuk menyewa terlebih dahulu. Berkahwin merupakan kehendak fitrah manusia yang normal sifatnya. Harga hantaran yang senantiasa meningkat tentunya merungsingkan silelaki didalam mencukupi perbelanjaan perkahwinannya. Mana hendak asingkan 'wang hantaran', mana nak cukupkan belanja kendurinya pula. Budak budak kompang hendak kena hulur juga. Mana yang duduk taman pula, pastinya akan memilih caterer yang mampu dibiayai untuk sekian sekian banyak jemputan. Lebih parah lagi jika pasangannya tidak sekampung. Kalaulah nun diutara jodohnya, sewa bas persiaranlah kita. Tidak mampu hotel 3 bintang, homestay nampak gayanya untuk safe budget. Ditakdirkanlah gadis idaman, orang sarawak @ pandai jaga anak, kata ito blues gang dalam lagu, 'oh! mama, saya mahu kahwin'-nya tentu sahaja menjadi lebih mengelisahkan diri.
Pagi ini dan ketika ini aku sedang mengikuti drama ulañgan di Astro Prima. Conversation antara Jalaludin Hassan dengan Eman Manan dipenghujung cerita. Very touching. Mengesankan. Bagi yang mengikuti keseluruhan ceritanya tentu faham jalan cerita dan moral yang ingin disampaikan. 'Orang Kasar' tajuk ceritanya. Kisah berkisar orang biasa-biasa dengan orang korporat yang diangkat serta digarap dengan baik mengikut pandangan aku yang juga biasa-biasa ini oleh Harun Salim Bachik(arwahpun dia kini) amat menarik untuk ditonton. Sudah banyak kali drama ini diulangtayangkan. Semasa pertama kali terlihat drama ini, kelihatan jalal bergari dan dipaksa mengeluarkan duit dari 'bank rakyat' oleh si eman. Tidaklah menonton-nya sampai habis. Diketika lainnya pula, terperasankan sijalal pulak mengacukan pistolnya(oppsss ... bukan anu-nya eeh) kearah si eman pula. Dan buat kali ini dan pagi ini pula, tidak bekerja dan berseorangan dirumah, ikutilah sampai hujung walau tidak lekat disofa.
Ketika ini, aku sedang membaca kisah kehidupan Abang Mike Reid menerusi 'T'rific - the autobiography of MIKE REID'. Kebetulan pula aku terbaca kisahnya tentang masalah mendapatkan rumah disebabkan tiada kerja tetap yang dihadapinya sekitar tahun 60an di UK sana. Genre 'autobiography' merupakan genre utama dalam pembacaan kisah non-fiction selain dari buku motivasi dan self-development. Antara excerpt yang relevant yang boleh dikongsi adalah seperti terakam di hujung halaman 113 dan permulaan halaman 114.
'Considering that I never sat around on my arse, we always seemed to be struggling to make ends meet. My bit of club work brought in about eighteen shillings a night, and the scrap game could earn me a good lump one week, then nothing the next. So something had to go, and that was invariably the rent.
We moved as regular as clockwork from one miserable flat to another. At that age, I still hadn't funnelled my vision into the fact that whatever happens, home comes first, and I have to admit I was pouring the little money we had spare down my throat. For a long time I practically lived in the Queen's Head up Turnpike Lane. Looking back, I must have been mad. Morning, noon and night, pissing it up the wall, and Shirl at home looking after the kids. I could have lost her. One time I really thought I had, and that pulled me up short.
Because of money problems, we were both desperately unhappy. You know how it is when things aren't going right - you take it out on the one nearest to you. The flat we were in was a piss-hole, and selfishly, I was never there. I've got to say it doesn't give me any pleasure to remember those times, because when I did show myself I was moody, argumentative and generally acting lousy. One night she looked at me and said, 'Michael, I don't love you any more.' It wasn't said for effect or nothing, I could see she really meant it. I was devastated - absolutely knocked back on my heels. Nothing was said for the rest of the night, and when I woke up in the morning she was gone. I've had a lot worse days since then, but looking round that empty flat counted as one of the worst so far. I consoled myself with the fact that she hadn't taken all her gear. Sure enough, she eventually came back and I vowed that things would change, but I soon slipped back into the same old rut.'
Masalah rumah adalah masalah universal. Setiap pasangan yang baru berkahwin biasanya tidak menganggapkan rumah kediaman sebagai agenda utama mereka. Berbulan madu dan memadu asmara menjadi immediate matlamat. Hanya selepas puas menikmatinya, barulah timbul perkara lain untuk difikirkan. Bagi yang cepat dan cekap mengurusi kehidupan, perkara ini tidaklah seserius mana terutamanya yang bekerjaya dan tinggi pula jawatan. Gajipun seiringanlah. Namun begitu, majoriti pasangan yang baru berkahwin, merasai ketidakstabilan pekerjaan. Masih tercari-cari bidang pekerjaan yang mampu menjadi tempat bergantung hidup bekeluarga. Jawatan yang belum berapa stabil serta masih mengejar impian yang dicita-citakan selama ini mungkin ketikanya dibangku sekolah lagi membuatkan pasangan baru bernikah ini menangguhkan dahulu rancangan untuk memiliki rumah sendiri.
Realitinya, harga rumah tidaklah menunggu golongan ini. Harga senantiasa meningkat sesuai dengan keadaan ekonomi serta kedudukan tempat dan jenis rumah yang dibina. Pihak pemaju sedikitpun tidak menghiraukan atau mengambilkira keperluan dan kepentingan mereka. Mereka, yakni, pemaju lebih kepada 'sales-oriented' dan bukannya 'marketing-oriented'. Sesiapa yang berduit dan mampu boleh memohon. Mana yang tidak berupaya harus ketepi. Tiada siapa yang boleh menjamin akan bentuk kehidupan yang bagaimanakah yang akan ditempuhi di hari muka. Sememangnya, we never know what's round the corner.
Mengerunkan dan berlaku pula ditempat kita bilamana ada orang sanggup berbuat sesuatu yang tidak masuk dek akal pasal rumah. Mungkin kisah si Eman yang desperate sungguh bertanyakan kepada owner syarikat pemaju akan rumah yang kononnya telah dibayar sepenuhnya cuma khayalan dan sekadar hiburan semata tapi laporan akhbar sekitar Julai tahun ini amat mengemparkan pembaca. Aku antaranya yang tersentap. Bayangkanlah insan bernama Ahmad Taib, 65 tahun usianya masih menyewa. Punyai dua anak berusia 7 tahun dan 4 tahun sepertimana dilaporkan 'stringer' di Kedah untuk cuba meraih simpati pembaca akan keperitan hidupnya. Dapat diagak-kan juga yang Abang Taib ini berkahwin diusianya melepasi 55 tahun dulunya. Apapun tindakan melulu dari seorang berstatus 'warga emas' amat merungsingkan. Diusia yang sebegini seharusnya telah lebih memberi tumpuan kepada hal-hal bersangkutan the Here-After tapi bagi dirinya masih bergelumang dan tersepit dengan hal keduniaan yang tiada berpenghujungan.
Rujuk 'Tak mengaku pulak' dan 'Keadaan anak tuan punya rumah tu' dan nilaikan....
Apapun, kisah yang dilaporkan ini semuga menjadi panduan didalam mengurusi kehidupan. Kita sememangnya tidaklah merancang untuk gagal tapi kegagalan dan kekecewaanlah yang diperolehi andainya kita gagal merancang.
Waulahu-alam
Waulahu-alam
No comments:
Post a Comment