09hb. Jun 2006.
(13 Jamadil Awal 1427H)
Zaini Bin Ali
10A,
Jalan Bayan 7,
Taman Bukit Katil,
75450 Melaka.
Menemui kembali sahabat lama nun di Kedah sana. ASSALAMMUALAIKUM.
Apakhabar En. Zuki disana. Sukma dah selesai. Takkan sibuk memanjang. Tak ingat ke kat mamat kat Melaka ni. Hang ni haru lah. Sikit berita pun tak tulis.
Aku nak maklumkan bahawa sejak awal tahun lagi yang aku kini lebih berminat tentang hal-hal yang bersangkut paut dengan 'Orang Melayu Orang Kita'.
Pantang je aku jumpa article yang melibatkan orang kita ni, baik dalam bab ekonomi ke, baik tentang pendidikan ke, isu halal haram ke dan masalah sosial masyarakat kita, semuanya aku 'copy and paste'.
Kekadang tu terfikir juga aku sendirian, agak-agaknya bagaimana keadaan umat melayu pada tahun 2020 nanti. Berjayakah atau meranakah. Sama-samalah kita tunggu. Kalau ada umur, bila kita dah berusia 56 tahun nanti dapatlah kita menyaksikan sendiri. Mungkin kita dapat melihatnya bersama atau mungkin juga awak seorang aje disebabkan ajal aku sampai dulu. Semuanya jadi tak pasti.
Namun begitu apa yang pasti dan hakikat yang pedih untuk diterima dan dimengertikan adalah berkenaan nasib 'Pak Deraman' beberapa minggu yang lalu yang tersiar dalam program 'Bersamamu' terbitan TV3. Kalau tak silap dalam bulan April. Kalaulah encik Zuki kebetulan menonton program tu tentu saja kisahnya itu mampu menimbulkan rasa sebak. Apataknya, dah le hidup menumpang ditanah orang, menyewa lagi tapi dah berbulan tak bayar sewa. Kemudian isterinya pula sering sakit-sakit dan tak mampu untuk bekerja dan sentiasa memerlukan rawatan disamping anak-anak yang ramai yang pastinya perlu makan pakai dan lainnya. Tak tertanggung rasanya nak pikul bebanan hidup. Dengan linangan airmata, beliau bercakap dengan suara tersekat-sekat yang hidup perlu diteruskan walau macammana sekalipun. Betul ataupun tidak seperti yang disiarkan bukanlah merupakan hal yang utama, tapi cerita ini kalaulah benar-benar terjadi dan aku pasti yang ianya benar maka amat malanglah 'Pak Deraman' sekeluarga. Apapun berat mana mata memandang, berat lagilah bahu yang memikul.
Bukanlah aku nak menjadi pemikir kemelut orang melayu malah jauh sekali untuk aku bertindak sebagai jaguh tapi cuma sekadar bertanya, 'Apa dah jadi dengan orang Melayu'. Dari banyak-banyak berita yang tersiar diakhbar-akhbar tempatan baiknya Berita Harian ke, NST ke, Harian Metro ke, Utusan Malaysia ke ataupun The Star, apa saja yang bersangkut-paut dengan orang kita pastinya aku 'download'. Sampai dah naik lembab dah computer aku ni. Nampak gayanya kena tambah memory lagi. Umpamanya dalam masalah sosial, caption yang mengerunkan aku adalah;
1.Janda hamil 4 bulan.
2.Lari rumah jual tubuh.
3.Kekasih isteri suami orang.
4.Kekasih hamil lelaki lesap. dan banyaklah lagi. Dan kalau dilistkan mungkin berjela-jela jadinya.
Dalam bab ekonomi dan perniagaan pulak pun berbagi-bagai. antaranya ialah;
1.ASM habis dijual kurang 2 jam – 1 billion unit saham.
2.Pecah amanah – 11 juta duit PPRT lesap. dan banyak lagi yang lebih menjurus kepada yang negative sifatnya.
Apatah lagi dalam konteks pelajaran dan pendidikan, bukannya orang kita yang kedepan tapi orang lainlah yang menonjol. Kita jauh dibelakang. Mana mungkin kita mampu mengekalkan ketuanan Melayu. Yang peliknya, bila bab merempit, anak muda kitalah yang heronya. Yang menghuni pusat serenti juga majoritinya adalah orang kita juga. Yang terkedepan dalam konsert 'sureheboh' dan dijenamakan semula ke 'jomheboh' kononnya nak memertabatkan bahasa melayu, juga adalah anak-anak kita. Apa kesudahannya.
Terpanggil pula aku untuk menyelidiki sejarah asal usulnya orang melayu dan mungkin boleh dihubungkaitkan dengan fenomena sekarang. So, buku-buku ilmiah yang bersifat kajian sejarah dan pembongkaran mengenai keadaan mereka dulu-dulu cuba dihidu dan dikenalpasti oleh penyelidik dan membuat andaian sendiri-sendiri dalam usaha mendapatkan 'Phd' dan seterusnya mendapat gelaran "Dr". Tepat ataupun tidak bolehlah kita mentafsirkan mengikut selera kita masing-masing.
Pelbagai pendapat diutarakan oleh pakar dalam bidang 'ethnology' iaitu ilmu kajian bangsa dan sifat-sifatnya mengenai erti perkataan 'melayu'. Berikut adalah sedutan pendapat para sarjana Barat yang aku sendiripun tak pernah umur dengar nama mereka.
1.Menurut Werndly perkataan Melayu berasal daripada perkataan 'Melaju'. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas. Daripada sebutan tersebut dapat diberi pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas dan cerdas; segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.
2.Manakala Van der Tuuk pula berpendapat, perkataan Melayu bererti penyeberang, dengan pengertian bahawa orang Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam.
3.Tapi sebaliknya, mamat yang bernama Hollander pula memberi makna(ikut suka dia aje, macam bagus….) sebagai hampir sama pengertiannya dengan pengembara. Tegas beliau orang Melayu suka mengembara atau menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain.
4. Bagi pendapat sarjana Melayu sendiri lagi bagus, iaitu menurut Darus Ahmad, kata Melayu diambil sempena nama sejenis pohon yang harum baunya iaitu pohon gaharu.
Lagi sempoi. Entah apa-apa.
Apa pula takrifan En. Zuki sebagai wakil orang melayu sebelah utara dalam mencari identity kemelayuan ini.
Sebagai percambahan minda dan polemik, dilampirkan beberapa artikel yang aku tulis untuk diulas dan kalau boleh minta saudara Zuki buat editing sekali.
Antaranya ialah;
1.Catatan Harian aku pada 01/05/2005 dengan tajuk 'Disiplin' dalam folder 'Cerminan Hidup'.
2.Ulasan mengenai akhbar jawi yang dikuburkan dan cuba dihidupkan semula beserta dengan print-out dari UM bertarikh 05/06 tentang penerbitan semula utusan melayu.
Apapun, bergembiralah dan berpestalah kita dengan kedatangan 'Piala Dunia – 2006'. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat meredakan rasa sayu dan pilu bagi mereka yang mahu memikirkan.
Sahabatmu dari selatan tanahair,
…………………………………
(Zaini Bin Ali)
No comments:
Post a Comment