Dari sehari ke sehari, niat hendak mencoretkan sesuatu mengenai bahasa arab tidak kesampaian. Bukanlah masa menjadi penghalangnya tapi keyakinan untuk berbicara mengenainya tidaklah berapa mantap. Takut-takut nanti mengelirukan. Sebenarnya banyak perkara yang hendak diperkatakan sehinggakan tidak tahu yang mana hendak didahulukan agar apa yang dialami sejak mula mengikutinya sehinggalah kini akan benar-benar dapat dihayati pembaca. Kalau mampulah, memang segalanya hendak dihamburkan. Pengalaman belajar secara maya serta sering bermonolog akan bahasa arab yang dekat dengan diri tapi terasa amat jauh jaraknya yang kadangkala macam sesuatu yang asing pula. Perasaan yang aku alami ini mungkinkah hanya aku seorang sahaja yang menghadapinya sedemikian rupa. Amat beruntunglah pada mereka yang mengikuti pembelajaran secara formal akan bahasa arab ini. Kedapatan adanya kelas bahasa arab dikejiranan yang aku ketahui. Bagaimanapun masa dan harinya tidak memungkinkan untuk aku menghadirkan diri ke setiap sessi pembelajaran. Mencari yang sesuai dengan jadual harian sendiri tentulah payah. Ikutkan aturan, anak muridlah yang harus menuruti masa yang ditetapkan oleh sang guru. Bila cikgu pula kena ikut kehendak murid maka sukarlah jadinya. Tidak mengikut adab dan boleh dapat keberkatankah jika menyonsang.
Dikesempatan ini, ingin juga mengingat-ingati kembali akan mulanya mempelajarinya secara serius. Ini bertitik tolak dari imbauan kenangan akan 5 pucuk surat yang ditujukan kepada sahabat yang aku ulang membacanya baru-baru ini dan di-uploadkan pula ke dalam blog untuk tatapan umum. Revisiting blog di wordpress yang lebih personal sifatnya itu menyerlahkan betapa bernilainya kisah untuk dikenangkan walaupun ianya belumpun sampai 10 tahun lamanya. Selagi mana ianya tidak dipadamkan maka selagi itulah ianya akan beredar diruang 'maya'. Moga-moga pengalaman yang dilalui menjadi sempadan pula agar tiada yang mengikuti jejak perjalanan yang merumitkan yang memeritkan dan amat menyukarkan. Mana yang mungkin baik bolehlah dijadikan tauladan pula demi memudahkan diri membantu dan mengatasi permasalahan yang mungkin hampir sama sepertimana yang aku alami dahulu. Orang pandai begitu dan begini caranya, manakala orang kurang cerdik lain pula approachnya. Bayangkanlah ketika memasuki darjah satu lagi kita telah diasingkan mengikut tahap kecekapan dan kecerdasan diri. Kononnya bak kata pembuat dasar dan pengamal dibidang pendidikan sebagai memudahkan proses pembelajaran kepada murid dan pastinya menyenangkan guru-guru. Teringat juga masa menghantar si Yusuf pada sessi pengenalan dan pendaftaran ke darjah satu(2002), bilamana cikgu yang berucap memaklumkan dan mengharapkan, malah mahukan anak murid yang mula melangkah masuk ke perkarangan sekolah telah pandai membaca, reti mengira dan tahu menulis yang mana akan memudahkan cikgu-cikgu mengajar mereka nanti. Hendak aku carutkan sahaja bila statement itu di'laung'kan oleh guru yang mempengerusikan majlis pendaftaran ketika itu. Kalau macam itu senang sungguhlah kerja cikgu. Apa peranan guru sebenarnya kalau segalanya mengharapkan keajaiban yang bebudak semuanya sudah tahu. Eemmh, layan ajelah. Fikir banyakpun lagi pening kepala jadinya. Berbanggakah diri bila tanggungjawab sebagai guru tidak dilaksanakan sepenuhnya. Bagi yang maklum sepertimana aku kisahkan hal Cikgu Borhan dalam entri 'Mabrurkah Hajiku' tentulah redha dengan rezeki yang dilimpahi dan semuga diberkati hidup kat atas dunia ini.
Apapun seharusnyalah aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga lagi kepada mereka yang berpandangan jauh demi memudahkan dan meyingkatkan masa mengikuti asas bahasa arab al-quran. Proses urbanisasi dan pemodenen teknologi memungkinkan apa yang selama ini dirasakan mustahil telah menjadi sesuatu yang biasa pula kini. Didalam perkara memperkenalkan sesuatu pendekatan yang mudah dan sesuai dengan aku, nama Dr V. Abdur Raheem akan segera muncul diingatan. Approach yang dibawanya walaupun telah dilaksanakan lebih awal malah sebelum aku dilahirkan lagi memang amat berkesan. Manakala peranan Bro. Asif Meherali yang bertindak sebagai tutornya bergerak lebih kedepan lagi dengan menyebar-luaskan teknik pembelajaran mencakupi keseluruhan dunia pula walaupun pada awalnya lebih menumpukan kepada kelompok muslim di Toronto sahaja. Hanya capaian internet diperlukan dan betul-betul menepati slogan 'maklumat dihujung jari anda'.
Dipermulaan kursus yang divideokan ini, terasa berada didalam kelasnya itu, memberikan motivasi dan penerangan dan penjelasan akan peri pentingnya mengetahui asas bahasa arab. Mana yang berkemampuan pula boleh dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi andai mampu dan terdaya. Kesanggupan dan keupayaan seseorang tiada siapapun yang boleh menghalangi. Hanyalah diri sendiri yang tahu akan potensi masing-masing dan 'hidayah' illahi sahajalah memungkinkan terjadinya hal yang tidak terfikirkan. Bila diimbas kembali, kengkawan sesama bersekolah dahulu yang pencapaian akademiknya lebih rendah dari aku dan bila bersua diusia 50-an kini ternyata lebih berjaya bekerjaya dan miliki hampir apa sahaja yang pernah aku impikan selama ini. Nasib orang tidak siapapun boleh meramalkan. Aku tiada hak hendak menentukan apa yang patut dan yang tidak sepatutnya dengan mengarahkan orang lain membuatnya. Tiada upaya dan tidak mungkin. Semua orang bebas menentukan sendiri dengan pengawasan Allah swt. jua.
Awal-awal lagi, diterangkannya mengenai katanama @ noun @ اسم dan konsep-konsep yang related dengannya. Setiap katanama didalam bahasa arab, dibezakan dengan bunyi hujungnya yang berlainan. Vocalize, 'aa', 'ee' dan 'uu' membawa pengertian yang berbeza. Contoh yang digunakan seperti didalam keratan video menjelaskan apa yang mungkin selama ini sesuatu yang telah terlalu biasa disebutkan terutamanya lafaz didalam sembahyang. Dia emphasize-kan sebutan 'dun dan din' bagi katanama محمد.
Maka kita pula harus mengingati beberapa terminology sebolehnya didalam bahasa arab itu sendiri demi memudahkan pemahaman.
1. Noun(katanama) ............ اسم.
2. Nominative case ............ اسم مرفوع
3. Accusative case ............ اسم منصوب
4. Genetive case ............ اسم مجرور
5. Demonstrative pronoun(kata penunjuk) ..... اسم الاءشارة
6. Substitute(kata gantian) ...... بدل
7. Possesive case .... مضاف و مضااليه
2. Nominative case ............ اسم مرفوع
3. Accusative case ............ اسم منصوب
4. Genetive case ............ اسم مجرور
5. Demonstrative pronoun(kata penunjuk) ..... اسم الاءشارة
6. Substitute(kata gantian) ...... بدل
7. Possesive case .... مضاف و مضااليه
Pengertian dan huraian konsepnya bolehlah dirujuk kepada manual book yang pastinya boleh didownloadkan dari websitenya malah percuma lagi. Mengikut pemahaman akulah, kata penunjuk dan katanama saling berhubungan dan amat berkait-rapat keduanya. Ada ketikanya pula 'mereka' berada sebelah menyebelah. Kekadang pula dua katanama merujuk kepada satu maksud yang lain pula. Hal ini diperjelaskan dan diperingatkan bilamana bro. Meherali kerap probe student-nya bagi menguji pemahaman mereka. Beberapa contoh dibawah ini mungkin dapat membantu pemahaman kita. Bila ketikanya sesuatu katanama itu adalah subject. Macammana pula katanama yang sama itu boleh bertukar menjadi object. Kemungkinan lainnya pula bila bergandingan dengan kata sendi(preposition) atau term arabnya, حروف جر , maksudnya sudah lain pula.
Katanama berakhir dengan dhammah(مرفوع form)
Ianya adalah subjek, positionnya dipermulaan ayat.
Ianya adalah subjek, positionnya dipermulaan ayat.
Book .... كتاب
The book .... الكتاب
The book is new .... الكتاب جاديد
The book .... الكتاب
The book is new .... الكتاب جاديد
Situasi kedua, positionnya selepas katakerja @ verb @ فعل
He opened(v) .... فتح
Ali(n as sub) .... علي
The classroom(n as obj).... الفصل
Ali opened the classroom .... فتح علي الفصل
Ali(n as sub) .... علي
The classroom(n as obj).... الفصل
Ali opened the classroom .... فتح علي الفصل
Katanama berakhir dengan fathah(منصوب form)
Ia memberi erti yang katanama tersebut adalah object dalam ayat. Positionnya adalah selepas katakerja.
Ia memberi erti yang katanama tersebut adalah object dalam ayat. Positionnya adalah selepas katakerja.
He recited(v) .... قراء
The student(n as sub) .... الطالب
Al-quran(n as obj) .... القران
The student recited the quran ....قراء الطالب القران
The student(n as sub) .... الطالب
Al-quran(n as obj) .... القران
The student recited the quran ....قراء الطالب القران
Katanama berakhir dengan kasrah(مجرور form)
Terdapatnya 3 keadaan sesuatu katanama bertukar kebentuk ini.
a. pemilik sesuatu(possessive case).
This ... هذا
Book .... كتاب(with single dhammah)
Muhammad .... محمد(with double kasrah)
Muhammad's book(possesive case) .... كتاب محمد
This is Muhammad's book .... هذا كتاب محمد
Book .... كتاب(with single dhammah)
Muhammad .... محمد(with double kasrah)
Muhammad's book(possesive case) .... كتاب محمد
This is Muhammad's book .... هذا كتاب محمد
b. hadir selepas katasendi(preposition)
The watch(n as sub) .... الساعة
On(prep.) .... على
The bed(n as location) .... السرير(with single kasrah)
The watch is on the bed .... الساعة على السرير
On(prep.) .... على
The bed(n as location) .... السرير(with single kasrah)
The watch is on the bed .... الساعة على السرير
c. hadir selepas kata penerangan(adverb)
Hampir sama sifatnya dengan prep.
Bezanya, setiap adverb(place/time) ini berakhir dengan 'single' fathah.
Hampir sama sifatnya dengan prep.
Bezanya, setiap adverb(place/time) ini berakhir dengan 'single' fathah.
The duster .... السبورة
Infront .... امام
The student .... الطالب
The duster is infront the student .... السبورة امام الطالب
Infront .... امام
The student .... الطالب
The duster is infront the student .... السبورة امام الطالب
Peranan هذا & مذه dan juga ذلك & تلك (kata penunjuk) as badal(بدل)
Biasanya dipermulaan ayat.
Memaklumkan atau buat statement(emphasize).
Biasanya dipermulaan ayat.
Memaklumkan atau buat statement(emphasize).
This is a book .... هذا كتاب
This is new .... هذا جديد
The book is new .... الكتاب جديد
This book .... هذا الكتاب(ini bukan ayat, tidak seperti 3 ayat mudah diatas.)
This book is new .... هذا الكتاب جديد(katanama al-kitab adalah badal)
This is new .... هذا جديد
The book is new .... الكتاب جديد
This book .... هذا الكتاب(ini bukan ayat, tidak seperti 3 ayat mudah diatas.)
This book is new .... هذا الكتاب جديد(katanama al-kitab adalah badal)
So, panduannya, bila sahaja selepas kata penunjuk adalah katanama 'definite' @ al+(any noun), ianya adalah بدل(badal).
Kecekapan memahami fungsi dan makna katanama disetiap ayat akan menambahkan lagi keyakinan diri dalam pembacaan al-quran. Ini baru stage pertama. Andailah peringkat awal masih terkial-kial macammana nanti hendak amalkan dalam kehidupan seharian. Pentingkan, bila kita sudah mengetahui, maka arahan haruslah diikuti, tegahan kenalah dipatuhi, anjuran hendaknya dibuat dan peringatan haruslah pula senantiasa diingati dalam kelangsungan hidup didunia ini.
Kita juga tidak perlulah bersusah payah untuk mengetahui malah segalanya didepan mata menunggu untuk difahami sahaja akan pelbagai soalan trivia yang mungkin kita ingin bertanyakan. Semuanya telahpun dijawab lama dahulu sebelum kita mampu dan berhasrat untuk menyoal. Misalnya, tentang jumlah surah, tentang jumlah perkataan yang terkandung malah kekerapan sesuatu perkataan itu hadir telah tersedia jawabannya. Tugas kita hanyalah belajar mengenal huruf, belajar memahami makna setiap perkataan mengikut konteks ayat, mempraktikkan dalam kehidupan dan kalau terdaya dan mampu menyampaikan kepada orang lain yang masih kurang pemahamannya. Semoga usaha yang sedikit kita ini mampu membangunkan ummah yang inclined kepada agamanya. Berbuat sesuatu selaras dan selari dengan tuntutan agama. Bila semua bergerak kesatu arah, انشاء الله, kita akan menuju kearah kejayaan.
والله علم.
No comments:
Post a Comment