Hari ini, Hari Raya Qurban 1436H, 10 Zulhijjah bersamaan hari Khamis, 24 September 2015. Petang Isnin 21/09 yang baru berlalu, adik ipar berkunjung kerumah mengajak menziarah abangnya yang tinggal setaman dengan aku. Abang ipar aku ini pula, pecah beritanya dari ipar yang singgah ni, mengalami demam denggi. Serius tidaknya maka perlu dijengahlah. Teringat lagi masa Abang Uda menumpang meletak kancilnya didepan rumah pada pagi Sabtu(19/09), tidaklah pula diberitahunya. Cuma katanya ketika itu, dia dan orang rumahnya yang memandu Navara pula yang sampai seminit kemudian hendak menghantar Navara hitam kebengkel untuk diservis. Bila ditanya, hendak ke Terengganu musim cuti sekolah minggu ini. Apapun, hanya Allah swt sahajalah yang lebih maklum. Niat hendak ke Terengganu terpaksalah dibatalkan bilamana dirinya terlantar sakit. Sebenarnya, masa meninggalkan kereta kancil didepan rumah tempohhari itu, dia telah diarahkan ke poliklinik peringgit untuk di-'ambil' darah buat kali ketiganya dan akhirnya disahkan dengan pasti pula terkena demam denggi. Ini apa yang diceritakan ketika orang rumah balik kerumah memberitahu atau lebih tepat lagi membuat laporan. Orang rumah yang menemani adiknya memaklumkan lagi yang keadaan abangnya itu kini berwajah pucat, lemah pula pergerakkan dan kemuncaknya hilang selera makannya. Besar kemungkinan terpaksa dihantar ke hospital kalau tidak kena runding ni, agakannya penuh yakin. Mengajak pula isteri aku ini balik kampung lepas magribh mendapatkan kelambu untuk kegunaan abangnya sambil-sambil itu mendapatkan udang yang dijanjikan dari kak alang yang duduk diquaters polis di merlimau. Pandai sungguh mengumpan orangnya. Maknanya, 2 tujuan untuk sekali perjalanan.
Fauziah Latiff - Kau Merubah Segalanya
Sesampai di kampung untuk dapatkan kelambu tapi ke kuaters biras dahulu dituju mendapatkan udang yang ditangkap anak buah yang sering ke laut bila bercuti. Lumayan hasilnya. Gemar kelaut dan kerap kelaut bila berpeluang dan kekadang berminggu lamanya. Orang sudah minat, apa yang hendak dikatakan lagi. Hobi yang menguntungkan. Selain untuk suka-suka, hasil berlebihan boleh dijual pula. Lama juga tidak menziarah biras yang terkena 'mild stroke' beberapa tahun dahulu yang khabarnya tetiba sahaja collapse semasa bertugas dibalai. Kali terakhir bertemu adalah masa majlis kahwin anaknya yang sulong pada bulan November 2014. Sejarah juga masa itu. Ingatkan kak long dari Abang Long yang merupakan anak buah pertama bertunang yang melangsungkan perkahwinan tapi kak long buat Abang Alang pula yang menempah sejarah buat keluarga belah orang rumah. Meriah memanglah meriah majlisnya. Maklumlah yang pertama kali diadakan. Ramailah pak dara/mak dara yang hadir. In fact, semuanya hadir dari Pak Long membawa ke Mak busunya. 12 keluarga berkumpul ditambahi dengan anak buah yang puratanya 4 orang untuk sekeluarga mengamatkan suasana masa itu.
Berbalik kepada ipar yang terkena musibah itu, keadaannya masih dan tidak akan kembali kepada keadaan sebelumnya. Untuk sihat dan normal kembali adalah sesuatu yang amat diharapkan. Suratan untuknya. Kini lebih duduk berehat dari banyak bergerak. Imbangan badan dan refleksi diri yang tidak synchronize mungkin akan membahayakan dirinya jika tidak diawasi senantiasa. Semasa singgah mendapatkan udang untuk raya haji ini, kelihatan dirinya sedikit cergas. Pertanyaanpun dijawab lancar tapi masih diawasi isterinya. Katanya lagi, kereta dia sudah boleh pandulah cuma bini tidak berani membiarkan membuat sesuka hatinya maklumnya dengan penuh ceria. Bila ditanyakan mengenai motor pula, dia cepat-cepat minta maaf dan berkata, '...itu aku tak berani...'. Kesimpulan dari pertanyaan aku itu, mengiakan yang dia masih kurang cergas sepenuhnya. Sambil berbual itu, orang rumahnya memaklumkan abangnya makan hendak kena pantang. Tapi bila anaknya bawa balik udang, selamba aje dia makan. Runsing isterinya pula akan takut penyakit gout datang menyerang kerana dirinya terlebih maklum mengidap kencing manis yang agak serius juga. Kaki sudah lebam dan kulit kehitaman tapi tidak serik-serik, dengan suara yang ditinggikan mengingatkan Abang Tapa.
Dikala ini, terkenangkan cerianya berbicara mengusik tamu dan kerabat yang singgah kerumah atau tatkala berkumpul sesama untuk apa sahaja event di rumah pusaka dulunya. Lawak double meaning-nya yang tentu sahaja menderaikan tawa ipar-duai dan disambut pula bagi mereka yang rajin melayan-nya menyeh-yeh akan lebih mengalakkannya berceloteh. Bak kata Fauziah Latiff, masa merubah segalanya. Tiada sesiapapun yang mampu menjangka apa yang bakal terjadi dihari mendatang. Hakikatnya sejak terkena mild stroke pada awal November 2011 sehinggalah kini terasa kekurangan sesuatu. Menghampiri 4 tahun lamanya, dalam sedar tidak sedar, penyeri pertemuan yang kini seperti di-sideline-kan. Artikel yang pernah dinukilkan atas insiden yang mungkin aku sendiri sahaja yang 'sensitif' dan dilampirkan di perenggan berikut ini bila mana aku terbaca coretan mengenainya pada Raya Haji Eve sambil menunggu orang rumah menyiapkan rendang ayam dan sambal udang XL.
Hari ini adalah Maal Hijrah untuk tahun 1433H. Cuti umum yang jatuh pada hari Ahad ni akan bersambung pula pada esoknya iaitu Isnin(28/11). Maknanya, umat Islam di Malaysia akan mengalami extended weekend. Kebetulan juga hari ini aku mengambil cuti 'Public Holiday' untuk Maal Hijrah. Kebiasaannya bagi staff Jusco, mengambil cuti masa cuti umum amatlah tidak digalakkan oleh pihak pengurusan. Al-maklumlah, bila cuti umum maka ramailah customer akan keluar bershopping. Majikan manapun akan menghadkan staff mereka untuk bercuti serentak dengan cuti umum. Namun begitu dalam kes aku ni semasa nak slotkan cuti mingguan ketika hendak menghantar roster bulan November, kebanyakkan hari telah 'ditempah' oleh DL lain dan Pn. Ayu sendiri. Maka terpaksalah bercuti pada hari ini seadanya. Lapipun, annual leave masih berbaki 10 hari lagi yang harus digunakan sehingga 31 Disember 2011. Cuti umum yang belum diambil adalah Raya Haji(06/11).
Dalam masa nak menyibukkan diri, orang rumah pula terima panggilan dari ipar @ Cikgu Zaleha mengenai Abang Tapa @ biras telah dimasukkan ke ICU akibat dari sesak nafas katanya. Terlanjur bercuti hari ni, kamipun berziarahlah 'Pak Lang' di Hospital Melaka pada sebelah petang. Menurut kata sedara mara yang ada diluar wad dengan berbagai versi dan cerita sebelum dan setelah dimasukkan ke wad, keadaannya dirangkumkan sangat kritikal. Ini mengikut tafsiran aku. Maka bila giliran aku dan isteri dibenarkan melihat sendiri keadaan Abang Tapa ni, ternyata gambaran yang diberi itu hampir menepati apa yang aku bayangkan.
Semasa aku menghampirinya, matanya memandang kosong kearah kami dan sapaan kami tidak dijawabnya. Dari raut wajahnya, tiada rangsangan dan senyumnya agak tawar saja seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran kami disisinya. Namun ketika aku memegang telapak tangannya, dia menggengam tangan aku. Ada reflection tapi kurang erat genggamannya. Kelihatan dikedua-dua pergelangan tangannya dijerut dengan kain dan diikat ke sisi katil. Tak tahu mengapa. Nak tanyapun bukan dapat jawapannya. Mungkin untuk elakkan dari patient menanggalkannya atau ada sebab-sebab yang munasabah. Apapun, tidak banyak perkara yang boleh kami lakukan ketika melihat Pak Langnya yang terlantar dikatil. Nak ajak berbual dia sekadar memerhati dan sekali sekala tersenyum dan kerap mendengus seolah-olah sukar bernafas lagaknya sehingga bau mulutnya yang kuat menyucuk hidung. Tapi tidaklah sampai aku menyebutnya atau menutup hidung ketika itu, takut terasa hati pula. Hari ini hari dia, mungkin esok mahupun lusa mungkin giliran kita pula yang perlu diziarahi.
Namun begitu, aku teringatkan satu peristiwa pada Raya kedua ketika berkunjung ke kuaters polis di 'Pondok Polis Batu Gajah'. Dikejauhan kelihatan Abang Tapa sedang berbual-bual dianjung rumah dengan biras juga iaitu Abang Sham @ Pak Tih. Kami sekeluarga adalah pengunjung kedua petang tu yang sampai selepas Pak Tih sekeluarga. Kemudiannya diikuti pula oleh Pakcik Abu sekereta, Izat dan Mak Busu dan Pak Andak dengan keluarga masing-masing juga berkereta. Apa yang amat menguris hati ketika itu, bila mana terdengar gelak besar yang dihamburkan oleh Pak Tih @ biras aku juga secara spontan dan hilang begitu saja bila aku menyampai ke tangga rumah. Kalau hanya berdua saja diverandah tak mungkin pula Pak Tihnya ketawa besau gitu suka-suka. Gila ke apa?. Jadinya yang buat lawak ataupun komen selari ketika itu, tak lain dan tak bukan tentunya adalah Abang Tapa sendiri. Aku tak mahulah menuduh tapi rasanya aku dapat mengagak kerana instinct diri berat mengatakan yang mereka berdua 'mengutuk' aku. Dah terang lagi bersuluh. Namun sempena raya ni, aku ambil pendekatan yang mudah, "Biarlah mereka mengata asal aku tak begitu". Malah pahala pula yang akan aku dapat. Mana ada perniagaan yang begitu lumayan untungnya.
Tapi kini, orang yang banyak berceloteh dan pandai berbual dengan kata-katanya yang double meaning terlantar tak berdaya bercakap serta cuma mampu merenung kosong kepada orang yang menziarahinya. Ujian Allah s.w.t. yang ditimpakan keatas umatNya tidak terdaya menghindarnya. Apa yang perlu dilakukan hanyalah berserah kepadaNya jua semuga berjaya mengharungi ujian yang ditimpakan keatas kita.
No comments:
Post a Comment