Thursday, September 10, 2015

Ceriakanlah, Bahagiakanlah orang lain semampu mungkin.

09 SEPTEMBER 2015, 07:30
'Ku tak akan bersuara.... walau dirimu kekurangan... hanya setiamu...' suara lunak manja Shima, mak janda yang dikenali as 'Shima and the boys' diera tengah top sekitar 80an dulu, hilang dari pendengaran sebaik mematikan engine kereta ketikanya berhenti diruangan porch rumah. Misi menghantar bebudak selamat disempurnakan buat pagi ini. Menjadi habit pula, bila ada kelapangan gatal sahaja jemari hendak mencoretkan sesuatu. Mungkin idea tengah banyak menyerbu masuk dan menulis sudah semacam second-nature pula pada aku. Tambahan pula MSI Tablet senantiasa diletakkan disisi dan didalam jangkauan.

Semasa mula memasuki kereta dan sebaik menghidupkan engine, siaran 'Sinar Pagi' berceloteh tentang menceriakan serta membahagiakan orang lain. Antara dengar dengan tidak, penyampainya membacakan skrip serta menyebutnya secara mood santai, memaklumkan untuk ceriakan orang tidaklah pula memerlukan sesuatu yang luarbiasa. Lanjutnya lagi, cukuplah sekadar menegur dengan berkata sesuatu yang positif dengan nada yang menceriakan siap dengan bercontoh lagi, 'cantik... baju awak hari ini' atau paling sempoi lagi, senyum sahaja kat orang yang kita berselisih pagi ini. Info yang biasa-biasa sahaja tapi bermanfaat, boleh diapplykan oleh sesiapa dan dengan bersiaran keseluruh pelusuk negara dan tentunya didengari ratusan ribu pendengar kalaupun tidak menyampai angka jutaan(Umno sendiripun berbangga dengan 3 juta lebih ahli, katanya). Respond yang diambil oleh pendengar tentulah tidak terjangkakan. Andailah cuma sebahagian sahaja dari pendengar yang mempraktikkannya pagi ini khasnya malah untuk keseluruhan hari amnya, tentulah ceria dan bahagialah insan yang menerima 'tempias'. Mungkin orang yang terkesan akan terpinga-pinga dan bermonolog, 'Apa ke peliknya pagi ini, orang yang tidak pernah-pernah menegur, tetiba menegur....' atau mungkin bersangka yang bukan-bukan bila rakan dikenali dan sama tempat kerja berkata, 'Cantik awak hari ini...'. Dalam hati orang yang diteguri mungkinlah berprasangka macam-macam ... 'pagi-pagi lagi sudah hendak mengatal...', atau yang sensitif pula mungkin menyoalnya kembali... 'hai perli nampak... apa selama ini aku tidak cantik ke...' dan bagi yang introvert pula akan memendam rasa dan mengesali diri, 'hodoh ke aku ni..., dan yang lebih haru lagi mungkin akan pertikai dan persoalkan nasib diri, 'mengapalah aku tidak dilahirkan secantik sipolan tu atau sipolan ni...'. Kekadang apa yang dihajati dan diharapi tidak menjadi walaupun benda yang baik cuba diketengahkan. Malahan kerapnya, perkara kebaikan yang hendak diujudkan, bala pula yang terjadi. Manusia dan tindakan manusia tidak terjangkakan. Dailog antara malaikat jibrail dengan allah swt ketika mana hendak diciptaNya manusia, yang merisaukan dan menjangkakan manusia tidak akan patuh sepatuhnya malaikat dan akan berbuat bencana sesama mereka.

Laluan biasa menghantar anak kesekolah iaitu short-cut adalah dengan menyusuri laluan belakang via tepi kubur dan deretan rumah kampung yang kemudiannya merentasi pula kebun getah dan dusun durian orang kampung demi menjimatkan masa menyampaikan ke sekolah sikakaknya dulu. Selepas itu memasuki jalan utama persimpangan Tehel(pengkalan minyak) ke persimpangan JPJ yang sedia maklum 'high traffic' pepaginya ke sekolah adik-adiknya pula. Pagi ini selepas si yasser membuat komen selari akan abang roti canai yang tidak berniaga(baru makan roti canai pada pagi minggu dengan dia sendiri yang mencadangkan menu dan dia jugalah yang volunteer pergi beli) dan aku membalasinya dengan berkata, 'Kan ke Melaka ni tengah teruk berjerebu dengan IPU dah beratus tinggi sebab tulah dia tak niaga' dan telahan aku sepakat pula di-iyakan oleh kakak dan abangnya membuatnya terdiam, aku memperlahan kereta bila budak sekolah mengayuh pixie-nya dengan laju berselisih. Tetiba pula melayang 2 keping not RM1 dari kocek kiri seluarnya. Kayuhannya tetap laju dan aku rasakan yang dia tidak perasan duitnya tercicir. Sepontan pula aku meminta yaseer untuk turun mengambilnya sambil mata memandang cermin berlakang. Ada kereta dan motor rapat dibelakang. Hendak berhenti mengejut(emergency brake)takut orang belakang tidak perasan. Tak pasal-pasal rebeh lagi bumper kereta aku ini. Dulu sudah kena. Kita dah apply emergency brake, kancil dibelakang pula yang menyondol. Haru dibuatnya. Dan dalam pada itu, tidak sempat hendak memanggilnya, berdesup menghilang dipandangan. Niat hendak berhenti diabaikan. Memandulah aku secara berhemah selepas itu menyusuri kampung dan seketika kemudian muncullah kembali dipandangan akan budak tadi tengah menolak pixie-nya mendaki bukit bersebelahan kebun durian orang yang berpagar. Hon 'manja' kat dia dan dengan spontannya dia menoleh. Aku berhenti betul-betul disebelah dia berdiri lalu memberitahunya yang duit kertasnya cicir didepan warung roti canai sebentar tadi. Tidak lengah lagi dia kemudiannya berpatah balik menjejaki ketempat yang aku katakan itu. Harapanku semuga dia menemui semula wangnya kembali kalau memanglah itu rezekinya.

Puas rasanya hatiku kerana dapat berbuat 'deed' kepada orang yang tidak pernah aku temui atau teguri. Samada dia menemui ataupun tidak duitnya itu yang merupakan satu suratan buatnya tapi sekurang-kurangnya aku dapat memberitahunya 'sesuatu'. Sesuatu yang tidak mampu digambarkan tapi hanyalah mereka yang merasainya sahajalah yang tahu. Duit saku yang tentunya dihulurkan oleh orang tuanya sepertimana yang aku berikan kepada anak aku juga adalah untuk keperluannya disekolah. Melihatkan ke-segeraan-nya bertindakbalas atas info yang aku berikan membuatkan aku pula dibuai perasaan. Sedih mungkin juga, kesian pula laju sahaja menjalar meresapi hati akan nasib yang menimpanya. Terpaksa berpatah balik hampir setengah kilo bukanlah satu masalah buatnya tapi andai tidak ketemui maka mungkin 'skip' makan ketika sesi rehatnya nanti. Kita hanya melihat luarnya sahaja.
Sebahagian dari rakan sekursus sesama bergambar masa lawatan ke Seremban

Tak orang tak kita. Secebis kisah ini entah macammana membawa aku kepada kenangan hidupku ketika di ITM mendiami asrama perindu 1984 semester 1. Ketika hendak bersembahyang Asar disurau dibawah dewan makan untuk perindu 1 & 2, aku menyarungkan kain pelikat dari bag galas yang dibawa. Kami rakan sesama batch yang menginapi 'perindu' lambat sampai kerana menapak pulang dari bilik kuliah selepas tamat kelas. Sembahyang hampir hendak dimulai. Mungkin ada mamat yang terperasan yang aku memasukkan not RM10 dua keping ke kocek seluar dari kemeja yang aku pakai. Takut nanti duit terkeluar jatuh ketika sujud nanti, fikirku lagi, kerana sering ianya berlaku ketika bersembahyang. Lipat bebaik seluar dan lindunginya lagi dengan bag galas bersebelahan tempat sejadah berlipat disusun. Aku antara yang meletakkan barangan peribadi disitu disamping pelajar-pelajar lainnya yang sesama menghuni asrama perindu. Hendak jadi kisah, bila selesai berjamaah asar, selesai mengenakan kembali seluar untuk balik kebilik, kocek yang aku seluk rasa kosong pulak. Didalam hati bermonologlah, 'aku letak sebelah kanan tadi... mana pulak ni'. Seluk pula sebelah kiri juga kosong juga. Aah sudah, mesti sudah kena rembat ni sangkaan buruk sekejap sahaja datangnya walhal baru lepas sembahyang ni. Duit ditangan yang hendak membeli keperluan dari kedai ko-op bersebelahan surau terpaksalah dilupakan hajat itu. Menonong sahajalah balik ke bilik berehat. Keesokkan harinya masa dibilik kelas menunggu lecturer masuk aku ceritakanlah hal kehilangan pada member sekelas yang cuma berjumlah 13 orang sahaja untuk batch tahun 1984 ini. Cepat saja tanpa pengetahuan selang beberapa ketika mereka buat kutipan derma kilat untuk aku. Mulanya malu jugalah kerana memberitahu hal kehilangan dan bertambah malulah lagi untuk aku menerima sumbangan dari rakan sekelas kerana takut terhutang budi. Apapun setelah didesak terpaksalah menerima dan sememangnya aku amat berterimakasih pada mereka kerana wang RM20.00 ditangan yang sudah hilang itu perlu dibelanjakan menyampaikan cukup bulan seminggu lagi kerana abang long aku akan 'hulur' RM50 sahaja setiap awal bulan. Ketika bersendirian, tengok-tengok, RM80.00 ber-envelope lagi. Saat pertolongan datang tidak siapapun dapat menjangkanya. Ketentuan Illahi mengatasi segalanya. Aku sekadar menadah tangan menyatakan kesyukuran akan ketentuanNya ini.

Mensyukuri apa yang dikurniaNya haruslah ikhlas dan benar-benar lahir dari hati. Menunjuk-nunjuk, apatah lagi berbangga atas pencapaian dan kejayaan yang dikecapi, ditakuti akan dibalasi olehNya dengan sesuatu yang tidak pernah terfikirkan selama hayat hidup ini.


No comments: