Hari Jumaat ini, 21/08/2015, aku bersegera ke masjid. Niat awalnya hendak menapak sahaja bila risaukan panas mentari yang terik membakar dan takut nanti makmum lainnya kurang selesa bersebelahan andai berpeluh dan mungkin mengeluarkan aroma yang tidak terfikirkan, aku berkereta sahaja ke masjid. Sebelum ke masjid, mandi sunat dengan mencalitkan minyak wangi 'sultan brunei' yang dibeli ketika di shah alam berharga RM10.00 sebotol dan mengubah fikiran memandu ke masjid walau telah terniat hendak berjalan kaki sahaja buat jumaat kali ini.
Apapun, الحمد لله , aku selamat sampai ke destinasi. Sesampai sahaja ketangga masjid, aku meneguri cikgu Saiful yang telahpun berhaji setahun yang lalu. Ucapkan salam serta bersalaman dengannya walaupun aku telah perasan dari kejauhan disebelah kanan aku, Haji Saiful terhempap-hempap ketangga masjid. Hendak menegur seawalnya, takut-takut dia tidak mendengari. Lagipun kurang manis pula berteriak. Tambahan pula, aku jarang berselisih dengannya selain dari pernah menegurnya ketika malam ke 21 bertarawih, kalau tidak silaplah. Aku sengaja lambatkan langkahan agar sama-sama sampai ditangga. Ingatkan aku yang menegur dulu, tapi dia lagi pantas. Selang berapa 'second' sahaja ucap salamnya mendahului aku. Hampir serentak rasanya. Selepas dari itu dia bergerak mengambil wudhuk disebelah kanan manakala aku kesebelah kiri sekadar membasuh kaki sahaja dan menonong memanjat tangga ke dewan sembahyang utama. Makmum belum berapa ramai. Aku menuju ke shaf ke-enam, kalau dikira dari depan. Banyak yang lompong diperhatianku. Ber-tah'yatu al-masjid-lah aku bersebelah dengan 'musafir' pekerja pejabat. Lat beberapa minit berikutnya, azan dikumandangkan. Selesai sahaja azan, aku bingkas ke shaf depan mendirikan sunat jumaat pula. Ketika imam hendak memulai khutbahnya, seorang budak akhir 20an rasanya, bersembahyang sunat disebelah kiri aku. Berjubah putih, mungkin alim orangnya. Tapi tingkahnya yang mengoyang-goyangkan peha kanan yang bersilang terlalu kerap dan kekadang melunjurkan kaki amat menganggu tumpuan aku. 'Beratlah mamat sebelah aku ni, tak leh nak concentrate...' getus hati ini. Dalam pada itu tabung beroda ditolakkan kehadapan aku dari sebelah kiri. Cepat-cepat pula aku tolakkan kekanan. Lagi satu hal yang ganggu tumpuan. Cuba jugalah beri tumpuan pada khatib yang sedang membaca teks khutbah.
Semacam telah menjadi trend pula disetiap masjid yang aku hadir untuk berjumaat mutakhir ini, imamnya adalah budak-budak tahfiz yang diarahkan oleh pihak agama negeri mengimami jumaat disetiap masjid kendaliannya. Baiknya di Masjid Raudhahtu al-Jannah dan Masjid Saidina Ali yang kedua-duanya di Bukit Katil mahupun di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang. Rotation yang dibuat setiap minggu mungkin demi memantapkan dan menghadirkan keyakinan kepada bebudak tahfiz ini untuk dinilai dan diserapkan ke jawatan imam kekal bukan setakat peringkat kampung tapi tahap lebih tinggi lagi. Pernah aku tanyai Imam Ali khariah bukit beruang tentang bebudak tahfiz yang mengimami solat jumaat. Bagus sebagai pelapis, komennya ringkas. Mungkin tidak mahu menimbulkan polemik atau tersilap memberi pandangan. Aku probe dia lagi akan kejanggalan ketika solat jumaat di hari raya yang baru berlalu. Aku nyatakan kerisauan yang terlihat dimana orang-orang tua yang merupakan hardcore yang mendominasi 2 shaf depan dipimpin oleh budak tahfiz untuk sembahyang jumaat. Apa agaknya perasaan imam 1 & imam 2, bila rayapun orang 'luar' pula yang conquered. Dia tergelak kecil mungkin soalan aku agak melucukan buat dirinya. Menurutnya lagi, arahan dan perancangan yang datang dari pejabat agama mana boleh disanggah. Mungkin terlepas pandang suasana hari raya untuk minggu raya berikutnya. Apapun terpulanglah untuk makmum menilainya. Bagi yang sensitif, macam aku ini, terasa janggal pula. Macammana agaknya bualan makmum dengan pangkat budak yang menjadi imam ni. Kebiasaan yang terlihat adalah makmum mendapatkan imam untuk bersalaman selepas selesai berdoa. Selalu jugalah terdengar gelak ketawa usikan orang lama sesama mereka membuat lawak sebelum sebelum ini. Lawak yang sedikit privacy dimana kalangan mereka sahajalah yang tahu. Terasa kini dengan muka 'ketat' dan bersalamanpun kira ambil syarat saja. Keadaan yang tidak pernah terlihat olehku kini jelas ditatapi. Mood raya bertujuan bermaaf-maafan sesama rakan sekhariah dimasjid seminggu dua itu sedikit sebanyak disurami dengan hal ini.
Harap-harap bukan bagi orang lain tapi buat diri ini sahaja. Mungkin aku ter-over akan gejala ini tapi amat mengharapkan agar bebudak tahfiz ini yang pemahaman bahasa arabnya tinggi dan miliki akhlak yang juga baik, dapat cepat membiasakan diri dengan orang yang lebih dewasa. Bergaul beradap perlu dipantau dan diperkemaskan oleh pihak yang terlibat. Mungkin ilmu interpersonal perlu diterapkan kat bebudak ini. Juga ilmu kejiwaan dan 'behavioural science' agar mereka tidaklah canggung bila berdepan dengan 'hardcore' setempat yang punyai pengaruh yang bukan 'sikit' dikhariah sendiri.
No comments:
Post a Comment