Sunday, September 13, 2015

Bila ditimpa sakit...

Bila ditimpa sakit, cepat-cepat kita memohon disembuhkan. Bila menghadapi kesukaran, kesulitan, kerumitan dan kebuntuan pastinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Tiada seorangpun yang akan meminta kekalkan sakitnya, sentiasa rumitkan pekerjaannya mahupun sukarkan kehidupannya. Hanya orang yang tidak waras, tidak normal dan yang tewas kehidupannya akan kekal statik dengan apa yang dilakukan kini. 


Bergelumang dengan hal-hal yang negatif sifatnya tidak mendatangkan sebarang faedah pada individu itu sendiri. Malah kesannya lebih memburuk memungkinkan punah hidupnya. Ibarat terpelusuk jauh kedalam perigi buta, hendak keluar dari situasi ini perlukan kegigihan, kesungguhan dan senantiasa berusaha. Putus asa tiada langsung didalam diri. Patah semangat juga tidak ada dalam kamus hidupnya. Hanyalah keinginan untuk keluar dari keadaan yang membelenggu kehidupan menjadi keutamaan.


Tindak tanduk menghadapi setiap apa yang ditimpa, dialami, diuji, dikurnia, dihadapi dan berbagai lagilah yang diistilahkan seseorang sepertimana yang sering didengari, 'beauty from the eye of the beholder' dan dilihat dari sudut mana sekalipun perlukan tindakbalas yang bersesuaian. Baik buruknya tindakan yang diusahakan bergantung pada initiatif seseorang itu sendiri. Bagi yang cepat bingkas membetuli mana yang silap berdasarkan pemahamannya mungkin menatijahkan sesuatu yang baik akhirnya. Manakala yang buat selamba serta menganggapkan segalanya hanyalah suratan takdir akan terus terusanlah berkeadaan dengan apa yang membeliti diri. Sukar rasanya hendak menghakimi sebab segalanya berkemungkinan. 


Selagi perjalanan hidup ini belum kehujungnya, apa-apa sahaja boleh berlaku.

No comments: