Wednesday, November 6, 2024

Hambar jadinya

Hambar jadinya

Wednesday, 06th of November, 2024

Sejak aku di-sekolahkan oleh anak pada Jumaat lepas, aku paksa diri untuk tidak surf atau elak dari menyelusuri platform penjualan dalam talian. Memang terkesan sungguh. Kepercayaan serta keyakinan aku letakkan kepada ketelusan dan ke-professional-an pengendali rangkaian amatlah tinggi kini bagai kaca jatuh terhempas. Berkecai, punah segala sanjungan yang aku berikan.


Kecewa sesangat akan bagaimana ianya boleh 'terlepas' dari pemantauan. Betullah kata-kata mereka yang pernah melaluinya menyimpulkan, too good to be truth, murah tidak bererti bagus dan banyak lagilah yang sama maknanya. Dalam maksud lain, terjebak kena tipu. Memang tidak aku sangkakan hal sebegini boleh berlaku sekarang malah terang terangan lagi, under one's nose. Kita yang begitu bergantung meyakini yang pihak pengendali penjualan online akan berbuat usaha pencegahan dari berlakunya 'penipuan' semacam gagal berfungsi dengan baik. Nampak gayanya terpaksalah juga aku dindingi dengan langkah precautions yang perlu aku 'create' sendiri. Tidak harus seratus peratus mengharapkan 'mereka'. Kekadang merekapun dua kali lima. Tentunya ada dikalangan petugas dalaman yang 'sabotage' ataupun mahu 'duit' lebih dengan berbuat perkara yang tidak sepatutnya.


Bayangkanlah, punyalah semangat menantikan ketibaan produk yang aku inginkan tapi ternyata ianya hanyalah sekadar pengharapan cuma. Sejak buat pesanan, aku ikuti perjalanannya dari China sehinggalah ke Bukit Katil. Setiap kali status pesanan aku periksa, setiap kali itulah terasa teringin sangat hendak menyentuhnya. Siapa yang tidak teruja bilamana SSD berkapasiti 2TB sekadar RM24.90 sahaja. Percuma pulak tu penghantarannya. 

punah harapan


Baru tersedar. Rupanya penipuan ujud dan boleh berlaku pada bila bila masa. Mangsanya pula tidak mengenal usia, kecerdikan dan tahap kewibawaan seseorang. Sesiapa sahaja boleh 'dilanggarnya'. Bilamana bermain dengan pelbagai faktor yang rumit dan makin menyulitkan, maka makin mudahlah buat pihak yang berkepentingan hendak menipu ini menjalankan rancangan mereka. Kita pula begitu mudah disihirkan dengan kemurahan harga maka makin senanglah hendak ditipunya kita.


Bagi yang cepat tersedar tentulah akan lebih berhati hati. Malangnya merekapun telah menjangkakan hal sedemikian. Lalu mereka perbuatlah kaedah lain yang tidak mudah terhidu oleh mangsa yang sama untuk ditipunya berulangkali. Jahat dan rakusnya mereka memangsakan pengguna.

Thursday, October 24, 2024

Dugaan pasti akan menjengah diri

Dugaan pasti akan menjengah diri

Memang tidak dapat disangkal oleh sesiapa jua pun akan pernyataan ini. Memasing dikalangan kita sudah tentunya akan melalui liku liku perjalanan kehidupan yang rencam sifatnya. Andai tidak begitu tentulah begini yang harus ditempuhi.

Disetiap detik masa meniti usia, empunya dirilah yang lebih ‘pasti’ ketahui akan keperitan yang terpaksa diharungi. Orang ‘luar’ sekadar melihat sahaja. Apa yang termampu mereka buat hanyalah bersimpati dengan apa yang dialami dilalui oleh kita. Hakikatnya kitalah yang perlu ada kekuatan diri untuk depani segala permasalahan.

Aku bukanlah hendak perbandingkan ‘nasib’ antara engkau dan aku. Tidak, malah tidak terlintaspun dihati. Cumanya aku sendirian kehairanan memikirkan. Sudah tentu tiada peliknya akan apa yang perlu dan patut berlaku andai kita tahu kedudukan diri. Segala sesuatu itu adalah atas ketentuan dariNya, Tuhan Pemilik Sekalian Alam ini. Sepertimana pernah aku coretkan terdahulu, adalah tidak berbaloi mencongak menjangkakan perkara yang bakal mendatang nantinya mengikut percaturan kita. Siapa kita hendak memuktamadkan segala hal. Apa ‘authority’ yang kita ada.

Apapun, bersedialah diri untuk hadapi setiap dugaan kehidupan ini dengan penuh ketabahan. Berlapang dadalah. Berbuatlah apa jua tindakan yang dirasakan paling terbaik. Selebihnya berserah dirilah kita kepadaNya.

Saturday, October 5, 2024

Tekun menekuni

3, October 2024, Thursday 12:18pm 

Tekun menekuni

Rasanya tiadalah lagi yang harus diberi perhatian selain dari persiapkan diri untuk 'kembali'. Bertuahlah buat mereka yang telahpun menyiapkan lebih awal dalam hidupnya. Aku pula baru tersedar dan mulalah terhegeh hegeh merebut apa yang tertinggal dan yang mampu digapai. Kemampuan untuk mencapai semua sekali adalah mustahil. Ada yang perlukan bertahun menekuni barulah dapat dituai hasilnya. Sedangkan aku hanya baru kini cuba hendak mengejar. Boleh tu boleh tapi mustahil untuk mendapat keseluruhannya.


Harus akur dengan perjalanan kehidupan yang ditetapkan. Kalau ikutkan kehendak hati, mahu segalanya menjadi milik sendiri. Namun hal ini tidak mungkin boleh berlaku. Setiap orang telah diaturkan corak serta dugaan yang pelu ditempuhi sehinggalah ke akhir hayat. Aku ada plihan ke?. Tidak nampak sebenarnya. Apa yang pasti kita harus menjalani kehidupan ini penuh tabah mengikut lunas lunas serta batasan masa yang diperuntukkan.


Sememangnya tiada yang terlewat dan tercepat mengikut perancangan Allah swt. Cumanya kita sahaja yang memandai mandai persoalkan kenapa dan mengapa aku tidak perolehinya pada sekian sekian masa. Kekadang kita mencuba tapi gagal mencapainya. Ada orang sekali 'usaha' sahaja sudah menemukan kejayaan. Pada situasi sebeginilah yang menghadirkan rasa ketidakpuasan hati, cemburu yang meruap ruap dan berlanjutan kepada tindakan merosakkan 'kejayaan' orang yang dibenci ketahap yang tidak terfikirkan akan dilakukan oleh seseorang.


Aku hanya pasrah dengan apa yang ada dan apa yang terjadi kepada orang lain. Aku belumlah lagi sampai ketahap menyulitkan orang lain. Apa yang terjadi itulah yang perlu direnungkan sedalamnya. Namun berlebihan sesangatpun tidak sepatutnya kerana yang merancang dan menentukan bukanlah kita. Sebagai seorang hamba yang tentunya terikat dengan aturan dan jauh sekalilah untuk ingkari arahan, jalani sahajalah kehidupan ini menuruti dan melewati ketetapan masa yang telah diperuntukkan.


Kini, saban hari, aku tidak lekang dengan mempelajari bahasa Arab Al-Quran. Biarlah aku lengah bertahap memahamkan asalkan aku mampu mengingati apa yang aku pelajari itu. Pelbagai tips dan panduan diutarakan oleh pengendali content yang merupakan ustadz yang berkemahiran dalam bahasa Arab bagi memudahkan sesiapa juapun yang berminat bersungguh untuk memahami al-quran. Aku tergolong dikalangan mereka yang masih belum 'fasih' akan bahasa arab al-quran. Namun tekad dan usaha bersungguh moga aku mampu setanding dengan mereka atau setidak tidaknya menghampiri rapat dibelakang mereka.


Moga aku dipermudahkan...

Monday, September 23, 2024

23 haribulan

23 SEPTEMBER 2024, 13:31

Tibanya tarikh ini setiap bulan, menjadi keutamaan untuk jelaskan ansuran Alza. Sejak 2 bulan yang telah berlalu ini, anak aku telah dahulukan pembayaran untuk July dan August. Hari ini merupakan ketiga kalinya. Belum ada lagi perkhabaran darinya yang kini bermastautin di Tampoi.


Aku berharapkan yang dia ingat akan keperluan membuat bayaran ansuran. Untuk memaklumkan secara terus mungkin akan serabutkan lagi suasana hendak menyesuaikan diri ditempat baru. Ikutkan, hari ini adalah hari pertama dia 'keluar' bekerja ke Infineon Singapore tanpa sesiapapun mengiringi kepergiannya ke sana. Aku berharap segalanya berjalan lancar. Tiada masalah besar yang melengahkan. Terhindar juga dari hal remeh yang sepatutnya dapat dielakkan. Apa yang paling pasti semoga sampai ke destinasi 'on time'.


Diketika detik ini 13:40pm, aku sudah 'standby' back-up. Sekiranya dia tidak membuat transaksi secara online dan whatApps aku slip pembayaran, aku akan personally transfer. Segalanya bergantung sehingga habis hari ini. Bank ni pulak tiada kompromi. Kalau tarikh tertentu kena jelaskan ansuran, maka jangan berlengah lagi. Lewat sehari pun kena 'denda' RM5.00. Tidak berbaloi. Sudahnya dasar peminjam, apa sahaja yang dipinta diarah kenalah turuti. Peminjam adalah atas ehsan pihak pemberi pinjaman.

.

Sebab itulah bukan boleh suka suka hendak meminjam. Sedapat mungkin cuba elakkan dari terjebak. Pengalamanlah yang menyimpulkan. Terpulanglah. Hendak merasa bahangnya berhutang maka teruskan. Namun nasihat aku kepada mereka yang tidak selesa berhutang, syabas aku ucapkan. Menghindarkan diri dari dibeliti hutang menunjukkan yang anda berprinsip orangnya. Bebas mencatur kehidupan mengikut kemahuan sendiri.


Aku amat terkilan seolah bersalah menyuruhnya menyambung ansuran yang berbaki dalam RM19K. Tapi tawaran aku ini tidak mungkin mampu ditolaknya. Cuma berbaki dalam 2 tahun sahaja dan aku istiharkan yang Alza yang digunapakai ini akan menjadi milikinya. Meaning that jentera yang sudah berusia 7 tahun ini, nama di geran akan bertukar.

 

Mengintai dari verandah


Bagi aku, cuma telahan aku sahaja, mungkin dia dalam terpaksa harus menerima cadangan aku. Tentulah janggal dan keterlaluan berkira dengan bapa kandung sendiri. Mungkin juga dia terlebih maklum yang aku tidak lagi berpendapatan. Dan atas rasa tanggungjawab sebagai seorang anak, memikul menggalas keperluan keluarga seolah terletak dibahunya selaku anak lelaki kedua dalam keluarga.


Aku tidak berani menjangkakan apa yang akan terjadi dimasa terdekat nanti. Kita sekadar harungi rentak kehidupan yang perlu dijalani. Memikirkan dan merisaukan sesuatu yang belum tentu jadi tidaknya cuma membuatkan kita 'hilang' semangat. Perancangan kita tidak mampu mengatasi perancangan Allah swt. Biar baik biar buruk yang akan kita hadapi mengikut pertimbangan kita, tapi apa yang berlaku nantinya adalah atas ketentuanNya. Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa tentulah perancanganNya adalah yang terbaik bermaksud berbanding apa yang kita rancangkan.


Semoga apa yang aku risau dan bimbangi tidak terjadi. Aku tidak expect sesuatu yang 'big' untuk berlaku. Cukuplah sekadar perkara yang aku beri perhatian ini iaitu ansuran bulan September dilunaskan mengikut jadual. Bagi aku hutang tidak boleh buat main main. Ianya merupakan bebanan tanggungan yang sengaja dipinta. Bak kata pepatah pujangga, tangan yang mencencang bahu sendirilah yang memikul. Takkanlah mengharapkan orang lain pula. Apa kejadahnya perangai macam ini. Memang tidak 'gentle' kalau begitu.


Luahan ini harapnya dapat redakan keresahan yang melanda. Ameen.

Sunday, September 22, 2024

Hadapi dengan tabah

20 September 2024, Friday 09:20am 

Hadapi dengan tabah

Memang kena akui yang kita ni, yakni, manusia adalah serba serbinya lemah. Kita selalunya berasa sudah cukup sempurna. Apa yang kita mahukan menuruti sepertimana yang dirancang. Bilamana terjadinya lain, ketika itulah terasa tidak tentu arah. Mengelupur memikirkan bagaimana boleh berlaku mengganggu urutan yang diatur.


Meet the challenge.

Friday, September 20, 2024

Romantika di Tampoi

18 September, 2024 12:46am 

Romantika di Tampoi

Romantika di Tampoi..., tetiba aku terkenangkan lagu berunsur humour ditahun 80-an, dendangan Salleh Yaacob, artis beristeri empat. Aku memang agak terbakau bilamana perancangan yang melibatkan aku tidak menepati jadual. Madang ada sahaja yang terlewat. Lengah disiapkan. Malah selalu sahaja ada halangan yang pada pendapat aku boleh dielakkan.


Apapun aku 'touch down' ke Taman Bahagia, Tampoi dengan selamatnya. Amat bersyukur ke hadrat Illahi yang mempermudahkan segala urusan perjalanan dari Bukit Katil ke JB ini. Dalam memulakan perjalanan jauh, aku lebih rela keluar awal pagi. Diketika pagi setelah semalaman beristirehat tentulah segar bersemangat lebih lebih lagi mahu berkunjungan ke tempat orang.



                                        Salih Yaacob - Romantika Di Tampoi

Secara peribadinya, aku memang jarang 'keluar' tanpa bersebab. Aku pada dasarnya lebih rela dan suka melepak dirumah sahaja. Bukannya tidak mahu kesana kesini tapi untuk bergerak menagih banyak perkara. Masa perlu diuntukkan, tenaga dan tumpuan harus fokus menggapai matlamat serta perlu berawas beringat akan segala ancaman petaka berkemungkinan untuk bakal terjadi. 7 bulan lepas bergelar 'pesara swasta', aku kena berubah akan gaya hidup kepada yang lebih sesuai lagi brmakna bermanfaat. Tambahan pula aku kini telah meningkat usia.


Mungkin bagi setengah orang, 60 'yo' ni masih sihat bertenaga. Please la, tolong exclude aku dari general statement sebegini. Aku adalah aku. Aku tidak sama dengan orang lain yang bernasib baik berdasarkan timbangan aku. No heart feelings okay. Dikatakan rugi sesangat tidak dapat enjoy life to the fullest, bagi akulah ini adalah kenyataan nakal bermaksud mengejek. Aku akui dan amat faham yang 'destiny' memasing kat atas dunia yang sememangnya fana adalah berbeza. Rasanya tidak perlulah aku ulasnya lebih panjang lagi. Sendiri rasa, sendirilah yang harus mengerti dan pertimbangkan dengan sewajarnya akan maksud yang tersirat dan tersurat.


Diusia sebegini, pandangan hidup yang dipegang oleh orang seusia amat bergantung kepada corak perjalanan hidup yang telah dilaluinya. Bebudak yang baru hendak 'up' mungkin sukar hendak mengertikan. Bagi aku...it's okay bro. Tapi andai ada keinginan mahu mengetahui apa yang terkandung dihati 'golongan tunggu mati' ini amat aku hargai. Tidak ramai yang cenggini yakni yang mendahului masa. Setidak tidaknya kisah yang berlaku pada 'previous' generation yang sengaja membuka membiarkan orang lain menatapi kisah hidupnya mungkin sedikit sebanyak 'berjasa' memberi input kepada kehidupan mereka pula.


Let it be...


Wednesday, September 18, 2024

Mahkota dipertandingkan

14 September, 2024 Wednesday 06:13pm 

Mahkota dipertandingkan

Bermulalah lagi orang orang Melayu yang memangnya suka dan amat ketagih dengan 'politik' akan berentap sesama. Kita seronok beratur berbaris beramai ramai sambil berbual berborak seawal 8:00pagi untuk memangkah di kertas undi. Siapa menang siapa kalah tidak begitu dihajapkan asalkan dapat bertemu sesama berhimpun pada temasya 5 tahun sekali dan kalau ada 'rezeki' pada 'by-election' pula.


Disebelah pagi tadi adalah hari penamaan calon bagi DUN Mahkota. Ikut data yang disimpan kemas oleh SPM @ Suruhanjaya Pemilihan Malaysia, penggundi Melayu di Mahkota adalah 54%. Keputusan PRU ke 15 lalu, calon BN memenanginya. Namun disebabkan berlaku kematian kepada penyandangnya, maka terpaksalah diadakan pemilihan semula kurang lebih 2 minggu dari sekarang.


Dalam apa apa pertandingan memilih calon untuk ke Parlimen atau hanya ke DUN, lebih galak dan lebih meriah suasananya bilamana melibatkan parti melayu. Semacam suatu pesta pula. Manakala baik Cina mahupun India, keterlibatan mereka sekadar mencukupkan syarat. Andailah, andailah pertandingan pemilihan dikawasan bermajoriti 'cina', aura pertandingan tidaklah sehebat mana.


Hal ini aku simpulkan berdasarkan pemerhatian aku kepada ketaranya 'sambutan' bilamana tidak melibatkan orang melayu. Bagi aku lagi, kawasan yang calonnya biasanya lawanpun adalah dari orang sebangsa maka automatiknya kawasan itu akan menjadi pegangan Cina buat selamanya. Aku tidak pastilah samada orang yang bermain politik ini nampak akan apa yang aku risaukan bakal terjadi dimasa hadapan.


Jauh disudut hati orang melayu sebagaimana telah diingatkan oleh pemikir dan pujangga lama, janganlah kita sekadar menang sorak tapi tergadai kampong. Dalam maknanya buat mereka yang punyai jatidiri melayu yang tinggi. Memang sukar dan rasanya jumlah spesis ini menjadi sasaran pihak tertentu. Mereka yang berniat ini akan cuba dan terus terusan mencuba dengan pelbagai cara tipu muslihat beragenda lagi tersusun gerak kerja mereka agar melayu yang kukuh pendirian ini dapat dijinakkan. Bergerak dalam senyap tanpa kita sedari hanya menunggu masa untuk menafikan keberadaan orang Melayu yang merupakan orang 'asal' Tanah Melayu ini.


Nampak bukannya tak nampak...tapi what to do.