29/11/2023 12:06
Idea menulis tengah banyak pula yang datang. Masih berkisar pada hari Isnin yang baru berlalu. Ketika aku memandu pulang dari KKM Ayer Keroh, aku 'on-kan' siaran Radio Klasik layankan lagu lelama. Setelah selesainya beberapa lagu dengan diselangi celotehan pengendali rancangan pada tengahhari ini, berkumandang pula lagu dari Sanisah Huri, pasti lagu darinya. Penyanyi era 70-an yang banyak menyanyikan lagu cintan cintun. Hampir kebanyakkan lelagu nyanyiannya meluahkan rasa kekecewaan dan keresahan bercinta di zaman itu. Harapan agar tidak dikecewakan 'jantan' serta pengharapan yang menggunung tingginya akan kesetiaan pak we idaman moga moga penamatnya adalah ke jinjang pelamin.
Sepuluh tahun yang laluPerkara yang belum pasti jadi tidaknya tapi sedia maklum pula untuk menjadi kenyataan. Boleh main pepandai sendiri. Orang tua sudah ditolak ketepi gamaknya. Keinginan untuk segera disatukan walaupun nampak macam 'desperate' saja mahu berumahtangga agar tidak digelar 'andartu' sering menghantui sang dara ketika itu. Seboleh mungkin, secara peribadinya, mahu terhindar dari di-chop sedemikian. Stigma gelaran yang paling tidak disukai oleh remaja perempuan tapi masih beradab tidak melawan ejekan mereka yang berpangkat mak saudara dan juga tumpang sekakinya mereka yang dikenali yang baru menjadi isteri orang sememangnya sesuatu yang meresahkan diri. Cubalah buat 'cabaran' serupa pada sekarang punya masa. Mahu kena 'carut' gamaknya. Tidak kiralah awak tu muda ke atau yang lebih tua juga yang sudahpun tua. Kasi 'langgar'. Zaman sudah berubah. Golongan muda tidak boleh diperlekehkan sembarangan. Jangan buat tidak tentu dan ikut pandai selar sembarangan. Padahlah yang mendapat.
Bila si Sanisah ni mengungkapkan rangkap...'pada pohon ditepian danau, tercatit namaku dan namamu...', spontan sahaja aku membayangkan tanda 'love' antara nama dia dengan nama pak we-nya. Sebelum meneruskan penulisan, aku surf youtube untuk lagu tersebut. Namun tidak ketemui. Paling dekatpun 'Sejak Berjauhan'. Hampir hendak give-up aku. Bila tengok penyanyi wanita yang muncul terpapar selain si Sanisah ni, Rafeah Buang turut terpaparkan. Akhirnya berjaya juga aku mendapatkan lagu yang aku maksudkan. Rupanya, tajuk lagu yang keudara masa perjalanan balik dari KKM Ayer Keroh itu adalah dari nyanyian Rafeah Buang, 'Setelah Sepuluh Tahun Berlalu'. Jauh tersasarnya. Aku sangkakan lagu Sanisah Huri, rupa rupanya tidak. Suara kedua mereka ini hampir dan seakan akan sama. Saya akan letakkan kedua dua lagu ini sebagai mencari titik persamaan mereka. Bukti yang akupun boleh tersilap jangka.
Semenjak Berjauhan... hampir bersamaanPersoalannya, disebalik kekangan masa dan terhadnya kaedah perhubungan di zaman 70an itu, masih sempat lagi bermadu kasih. Diperbandingkan masa kini, sekelipan mata sahaja dan sebarangan waktu sahaja dapat berhubungan. Tidak kira malam mahupun siang. Pantas berhubungan. Malahan boleh ber-video 'call'. Era 70-an, terma ini serta 'smartphone', 'voice-call', 'message via whatsApps' yang sepantas kilat ni tidak terlintas untuk diucap difikirkan. Evolusi komunikasi yang semakin pantas berkembang memungkinkan ianya sesuatu yang biasa dan normal dewasa ini.
Agak-agaknya mereka pergi ke tepian danau itu...naik apa eeeh. Terbatasnya pergerakan namun ketepatan masa untuk bertemu amat aku respect. Tidaklah semacam zaman sekarang ini. Bermacam macam helah dan alasan diberikan siap berbukti lagi serta disalurkan ke buah hati seketika itu juga. Dari bait lagu dari mula, meeting point-nya di-tepi danau. Danau nie, kononnya bila sebut rasa lebih puitis dari sebutan tasik. Hendak nampakkan romantiklah konon. Gambaran keadaan burung tengah berkicau kicauan dengan bunga teratai yang kerap ada di dalam tasik sedang berkembangan seolah 'appreciate' meraikan pertemuan dan sekaligus endorse ikatan kasih mereka berdua. Hinggakan batang pokok yang tidak mengerti apa apa turut terkait dan menjadi mangsa 'vandalisme' mereka.
Namun ternyata, perancangan mereka tidak sampai kemana. Cuma lebih kepada perasaan pihak perempuan diberatkan manakala dari pihak lelakinya pula tidak 'jelas' dimaklumkan. Cuma sekadar beritahu agar 'orang' lain bersimpati dengan dia bilamana sekadar disebutnya mamat yang dipujanya menghilangkan diri tanpa sebarang alasan. Banyak puncanya untuk 'break-off'. Punyalah tinggi pengharapan dan saling berpakat berjanji sampai 'due date' menjangkau 10 tahun, pastilah ada sebab musababnya. Aku tidak berani mengagak mengandaikan. Namun hajat yang boleh dikirakan tahap 'mesti jadi' sepertimana dinyatakan dan dapat di-visualise dan dimegertikan oleh si-dia mungkin menyebabkan dirinya menjadi agak risau dan panik andai tidak mampu menjadi kenyataan. Dapat dapat lagi, jantannya belum punyai kerjaya yang mantap dan berpendapatan tetap lagi lumayan. Makanya, jalan terbaik semasa itu adalah dengan 'cabut lari' dan tidak sanggup membebankan diri.
Bukanlah aku hendak menyebelah si mamat ni. Namun secara prinsipnya sebelum berhasrat menjadi 'ketua keluarga', lelaki perlu ada 'keyakinan' diri dalam semua hal. Kecukupan material yakni kemampanan ekonomi dalam merancang kehidupan dimasa hadapan adalah priority. Selain itu banyak faktor lain yang perlu dipertimbang dan diambilkira. Ilmu keagamaan dan ilmu keibubapaan perlu mantap. Jelas diawal lagu inipun hal keagaman dikesampingkan. Boleh pula berdua duaan ditempat sesunyi terhindar dari pandangan orang. Port perjumpaan bukan main jauhnya, tepian tasik sebelah pagi dalam 10 pagi membawa ke tengahhari. Mungkin terlajak berasmaradana sampai ke petang gamaknya. Zohor dan Asar pakai langgar rasanya. Kau rasa...patut ker.
Ending lagu ini, buatkan aku simpati terhadap pompuan. Aku sebolehnya tidak tergamak hendak hampakan hati orang yang amat berharap berhajat ni. Memang, memang aku tidak boleh dan sebolehnya aku tidak rela terjebak didalam situasi sebegini. Merintih sesungguh dia. Kenapa dia ditinggalkan macam itu sahaja. No information. Betul... kekangan perhubungan menjadi penyebab. Hendak bertanya tidak tahu dimana, sedangkan boleh sahaja dia berikan alamat terkini via suratlah ketika itu kalau dia masih cintai buah hati yang macam 'desperate' tu.
No komen, hanya sang lelaki itu sahajalah yang ada jawaban paling pasti.