Tuesday, January 26, 2021

Sediakan payung sebelum hujan

23, JANUARY, 2021 , 21:46

Kekadang kita terlepas pandang akan bidalan kata orang dulu dulu. Bukan sahaja tidak hiraukan malah tidak pernah terfikirkan akan adanya 'pertalian' kata kata pujangga bermadah mengingatkan. Tajamnya pemerhatian orang orang yang berpandangan dalam masyarakat ketika itu membolehkan mereka mampu berkias menegur juga memotivasi untuk kebaikan bersama. Sepatutnya menjadi kebanggaan dan patut dipopularkan lagi penggunaannya oleh masyarakat terkini semoga ianya memberi rahmat kepada semua.

Terkini dan hari ini antara kata hikmah yang menuju tepat kepada diri adalah 'sediakan payung sebelum hujan'. Segala kejadian yang dihadapi bukannya ditentukan oleh satu perkara sahaja tetapi dek kerana pelbagai faktor yang mempengaruhi. Amat payah untuk merungkai satu per satu malah hampir tidak mampu mengagaknya dengan tepat. Sabtu lalu, anak aku yang nombor 4 telah diarahkan untuk kembali ke asrama. Maklumat diterima seminggu sebelum memasuki tahun 2021 via 'telegram'. Budget perbelanjaan bulan Januari sepatutnya sampai ke hujung bulan telah 'burst' disebabkan hal ini. 

Perkara yang perlu didahulukan haruslah didahulukan. Ini aturannya dan lebih lebih lagi bilamana adanya 'dateline'. Tentulah kena mengikut keutamaan dan mana yang boleh ditangguhkan dilewatkan akan sedaya mungkin dipinda demi melegakan keadaan. Maklumat yang diterima memaklumkan yang sessi persekolahan akan dibuka pada penghujung January 2021. Kemudiannya dilaporkan pula ianya tidak dibenarkan atas alasan pandemic Covid-19 makin merebak di gelombang ke-3 sekarang ini. 

Tunai ditangan, kalau boleh, tidak mahu digunakan semberono. Hanya akan digunapakai ketikanya bila tiadanya alternatif pembayaran disediakan. Kebanyakan perniagaan terkini lebih selesa dengan pembayaran secara digital. E-money telah mulai membudaya. Banyak penyedia e-wallet seperti TnG, Boost, terpampang megah dikaunter pembayaran selain penggunaan debit/credit card secara 'paywave' berebut rebut minta diberi perhatian oleh pengguna.

Deretan e-wallet terkini - pilih mana yang sesuai

Terkini di-lokaliti aku


Bagi diri aku secara peribadinya, memang amat mengalu alukan sistem pembayaran secara digital. Memudahkan. Selamat, selesa dan pantas transaksinya berbanding cara pembayaran biasa iaitu dengan penggunaan wang tunai. Yea lah memang memudahkan. Tapi kalau tiada wang didalamnya, kad debit/kredit yang berada ditangan diwallet dan apa sahaja e-wallet yang didownload di-smart phone, pastinya teknologi yang amat membantu ini tidak bermakna.

Aku amat bernasib baik. Boleh dikatakan tidaklah sampai terdesak. Namun aku terpanggil memikirkan bagaimanakah mereka yang terkesan terjejas dan ada ketahap terjejas teruk dek penangan Covid-19 yang sudah setahun lamanya ini. Masing masing pastinyalah punyai corak perjalanan kehidupan yang berbeza. Namun bagi diri ini, perjalanan yang tertakdirkan membolehkan dan memberi ruang untuk diri merenung. 

Sejak pertama kali pihak bank menghantar surat dan hampir sebulan sebelum tarikh akhir bank account akan menjadi 'dormant' telah memaklumi aku dengan SMS terus ke smartphone aku setahun yang lalu. Seboleh mungkin aku tidak mahu menamatkan mana mana akaun simpanan yang ada. Tiap akaun bank yang aku ada punyai kisahnya tersendiri. Akan aku pastikan ianya akan kekal aktif selama mana yang mungkin. Sanggup berjanji pada diri untuk menyalurkan setiap bulan sebanyak RM50 ke setiap lima akaun simpanan yang aku ada pada permulaan tahun 2019. Seketika cuma kemudian culas dan terus tidak berbuat sepertimana yang dihasratkan. Sehinggalah sampai penghujung tahun 2020, sekali lagi perkara 'dormant' muncul. Berposak posaklah aku mengunjungi setiap bank untuk 'menghidupkan' kembali.

Terkini seboleh mungkin dan semestinya aku harus memaksa diri menyimpan dalam akaun bank sebanyak RM50 tanpa gagal. Bercakap dengan merasakan sendiri perit getirnya berada dalam kesulitan adalah 2 hal yang berbeza. Serupa jugalah bila kita merasa sedih dan terharu membaca berita di-digital media siap bergambar lagi akan suami isteri kemalangan. Malang yang menimpa pasti mengejutkan buat keluarga terbabit. Banyak hal yang tergerak untuk menanyai. Sanggupkah bapa saudara sebelah lelaki terutamanya tampil mengalas tanggungjawab keatas anak mangsa yang yatim piatu kini. Bagaimana pula orang yang digantungkan harapan juga menjalani kehidupan penuh kesulitan. Beban yang sedia terpikul dan dibebani lagi dengan bebanan baru adalah cabaran getir buat mereka yang tahu akan peranan yang harus dimainkan oleh seorang bapa saudara. Itu belum lagi diambilkira hal lain yang bakal menyulitkan keadaan. Sekadar bersimpati sahaja amat tidak memadai kerana adalah dijangkakan berselang sehari cuma tentulah kita akan melupai tragedi sedih dan dihadapkan pula dengan pelbagai cerita lain yang lebih sensasi untuk turut menyibuk memperkatakannya. 

Berbeza bilamana diri sendiri yang terlibat dengan kemalangan. Aku pernah alaminya dahulu. Back in 1988. Diketika sedang laju menunggang motor untuk balik kerumah diwaktu hampir Maghrib diselekoh Semabok jalan lama tetiba Nissan Sunny melintangi jalan untuk membuat 'u-turn' dan dalam masa sesingkat cuma 'berdentum' melanggari pintu belakang keretanya. Walaupun aku masih bernyawa sehingga kini tapi sengsara patah peha, bercalar berparut lengan dan dagu berbulan lamanya bersendirian dihospital dan dirumah sehingga betul betul cergas untuk kembali bekerja membuatkan ujian yang tertimpa ini amat memeritkan. Keadaan yang selama ini dijalani tetiba sahaja berubah. Malah keupayaan diri turut terjejas. Kecacatan yang sesiapapun tidak ingin dan jauh sekalilah tersangkakan akan kekal sehinggalah tamatnya riwayat hidup.

Selalu sangat perkara yang pernah dialami tidak diambil ikhtibar. Terlepas pandang serta menganggapnya hal remeh semata. Namun bila ianya terjadi lagi dan kesannya lebih memeritkan, barulah kita benar benar mendapat 'pelajaran'.

Apakah kamu tidak memikirkannya - 'افلا تعقلون'. 

No comments: