01 February 2021 10:51
Pagi ini, sekejap sahaja sudah sebulan berlalu untuk 2021. Berbual sambil minum pagi dengan orang rumah, sambil sambil itu bertanyakan stok keperluan pembuatan karipap 'frozen' yang telah berkurangan. Aku admire akan kesungguhannya menyediakan karipap saban hari sejak hari pertama berjualan pada pertengahan October 2017. Aku mula menyedari yang usaha niaga ini tidak tergugatpun walaupun kehadiran covid-19 tahun lalu. Mana yang sempat dan bila berkesempatan, aku akan top-up barangan pembuatan karipap. Ini adalah tanda sokongan menambah ekonomi keluarga. Kos aku tanggung, kutipan jualan biarlah dia menyimpan semuanya.
Dalam pada berbual, terdetik pula pertanyaan mengenai perbezaan harga barangan antara kedai muslim dengan yang bukan muslim. Dia rasa hairan akan harga yang ketara berbeza. Tepung di Esah H, sekampit RM2.10, di EconS dan Auntie Minnie cuma RM1.90. Bila ditanya harga sekotak, staff kedai orang kita ini memaklumkan harganya RM25.00/ctn. Biasanya, harga yang dibayar cuma sekitar RM20.50 ke RM21.50 dikedai milik orang lain. Hal ini memang telah lama aku ketahui. Even sebelum adanya gerakan mempopularkan BMF ini, aku telah menyenaraikan faktor penyebabnya. Sejak tamat era pengajian aku mendapatkan ilmu pengetahuan sekitar 1984 - 1987 di ITM memang aku menyedari dan jelas diperhatikan. Namun diketika itu, luahan hanya sekadar di catatan peribadi. Maklumlah, pandangan dan pendapat dari seorang yang biasa biasa sahaja tidak memungkinkan akan diangkat dan jauh sekalilah untuk diterimapakai oleh pembuat dasar belanjawan negara.
At Aeon |
At Family Store |
At EconS |
At EsahH |
At auntie Minnie & Ranjini |
Begitupun, dikesempatan ini perkara yang ditimbulkan memang ketara dan mungkin akan mengambil masa yang agak panjang sekiranya kita sesama menganggapnya remeh dan tidak perlu dirisaukan terlalu. Terpulanglah. Masing masing punyai pendirian. Namun bagi diri ini secara peribadinya berandaian, sekiranya hal yang mungkin kelihatan kecil ini jika tidak dipantau dan diatasi sesegeranya, pasti akan mendatangkan masalah dikemudiannya hari. Ekonomi harus kitalah yang mengemudinya. Bukanlah diserahkan bulat bulat kepada orang luar orang mendatang mengurus selia keseluruhannya. Kemanakah menghilangnya daya juang dan semangat berdagang bangsa melayu yang amat dibanggakan dahulu. Dikatakan bangsa melayu adalah bangsa pelayar dan pedagang hebat sehinggakan bangsa asing dari barat dan timur sanggup datang berdagang ke 'nusantara'
Juga rasanya anak cucu Melayu sekarang ini telah lama dilekakan dengan kemewahan dan dikhayalkan dek pemimpin sebangsa yang beragenda dengan ucapan retorik 'ketuanan Melayu' demi membolot untuk kepentingan sendiri. Kesedaran sahaja tidak mencukupi. Gelombang besar yang menyeluruh oleh umat Melayu pribumi perlu dipalu dibangkitkan sebelum terlambat. Initiatif BMF adalah permulaan. Tapi banyaknya suara suara sumbang seolah memperlekehkan amat tidak membantu. Mungkin mereka ini tidak nampak ataupun tidak berpandangan jauh atau mungkin juga tiada kesedaran langsung untuk merasa megah dihormati dibumi yang diwarisi turun temurun. Ratusan tahun kita telah dinafikan oleh penjajahan. Ruang dan peluang yang sedikit inilah perlu kita berperanan untuk mengembalikan kegemilangan. Memang dalam setiap perjuangan, cabaran dan pengkhianatan adalah lumrah dan perlu diatasi. Seharusnyalah kita yang maklum dan sedar perlu mengorak strategi mendapatkan hak kita kembali. Bersimpati kepada bangsa mendatang keterlaluan membawa padah yang memeritkan. Setiakawan yang dizahirkan mereka di tempat asing adalah penting demi 'survival' mereka disini ditanah tumpahnya darah kita ini.
Setiap gerak kita diperhati dipantau oleh 'mereka'. Ketika kita mengatur strategi untuk mengorak langkah, mereka telah meluru kedepan. Dan dalam kita berkira kira memperkukuhkan jaringan perniagaan, mereka pula telah meneroka dunia perniagaan diperingkat global secara berjemaah bergandingan sesama mereka. Namun perlulah kita akui bahawa untuk berjaya dan lebih lebih lagilah untuk bersaing diperingkat antarabangsa amat memerlukan kesungguhan yang tinggi. Rasanya tidak harus mengalah berputus asa. Mencuba dan terus berjuang mencari ruang dan peluang agar bangsa kita kembali gah.
Pedulikanlah cakap cakap yang cenderung kearah destruktif oleh mereka yang menentang secara halus ataupun terang terangan. Pastinya mereka ini dapat menjangkakan sekiranya ianya semakin teguh, kuasa ekonomi yang kukuh dipegangnya lama kelamaan akan terhakis. Melihat ianya berlaku didepan mata tanpa sabotage adalah kerugian kepada bangsa pendatang dan tentulah mereka tidak mengingininya dari terjadi.
Ayuh peribumi semua bergerak seiringan. Kita mantapkan ekonomi muslim. Bantu membantui sesama. Mungkin kesan langsungnya tidak dirasai buat masa sekarang tapi percayalah dalam tempoh masa beberapa tahun mendatang ini bangsa kita tidak akan berani mereka perlekehkan. Selama 22 bulan diberi kesempatan bergandingan mengemudi pemerintahan menyerlahkan 'true colors' mereka serta berkonspirasi dengan golongan opportunist Melayu sebangsa cuba sedayanya membangsatkan peribumi. Ini adalah isyarat jelas untuk kita semua bangkit pertahan perkukuhkan sillaturahim dan ukhwah.
Moga hasrat kita ini akan tercapai demi kelangsungan hidup anak cucu kita.
No comments:
Post a Comment