February 21, 2021 10:24
Selepas makan tengahhari semalam dengan 'siakap 3 rasa' dan bercuti pula, aku mengambil peluang untuk mengimbau akan lagu lagu slow rock era 80an. Kebetulan lagi lagu lagu sedia ada yang telah aku download ke pendrive untuk halwa telinga dalam pemanduan agak lama juga tidak dikemaskinikan. Folder lagu dalam pendrive 8GB aku buat seketika ini adalah 'Boys 60an', 'A. Ramlie @ Dangdut', 'Back to the 80's', dan beberapa lagi.
Memandangkan telah terlalu biasa didengari dan kerap dikumandangkan semasa pemanduan, tetiba timbul pula hajat untuk download beberapa lagu slow rock yang selesa didengari. Bukannya lagu yang top tapi lagu era rock 80an yang sedap didengar tapi kurang publisiti terhadapnya. Lagu slow rock yang lembut iramanya dengan suara rockers yang mendayu dayu menyebut patah lagu menarik perhatian aku. Dalam tempohmasa memuat-turun, kebiasaan yang aku lakukan adalah membaca 'hantaran' dari netizen berkaitan dengan lagu serta penyanyinya. Banyak info yang boleh diterimapakai. Lagi lama sesuatu lagu yang didengar itu maka makin pelbagai cerita yang dkhabarkan oleh mereka yang sezaman dengan penyanyi pujaan mereka.
Gambar budak budak rockers dengan macam macam aksi dibuat oleh mereka buat tatapan peminat memang nampak sangat gah. Setahu aku, mereka yang terbabit dengan dunia rock ini sebahagiannya tidaklah tinggi mana pencapaian akademik walaupun ada segelintirnya berpelajaran tinggi. Aku diantaranya yang terjebak. Pencapaian akademikpun biasa biasa sahaja. Terpanar juga dengan arus rock masa awal 80an dahulu. Ikutkan peredaran masa, kebanyakan yang aktif dibidang hiburan ini telahpun diusia emas kini. Lingkungan hujung 50an ke pertengahan 70an yakni sudah dipenghujung usia. Makanya setiap kali aku menatap gambar posing 'maut' mereka ini, aku bertanya tanya apakah kehidupan mereka sekarang ini. Era rock telah berakhir sebaik memasuki millenium. Dikhabarkan via filem 'kisah benar' garapan Mamat Khalid dalam filem bersiri 'Rock'nya akan kemelut yang sesetengah rock band lalui begitu mengusarkan. Mampukah mereka ini berpenghasilan secukupnya buat menampung hari tua mereka.
Terima kasih yang teramat sangat dengan kecanggihan teknologi komunikasi yang kita ada sekarang ini. Amat mudah dan juga cepat untuk mengetahui perkembangan semasa tentang hampir apa sahaja yang ingin kita kongsikan bersama. Begitu jugalah dengan perkhabaran insan insan yang pernah dan cukup dikenali mereka yang seusia sebaya malah sezaman dan sama sama membesar di era rock 80an. Maka komen para 'netizen' kepada lagu yang di-upoadkan ke you-tube sememangnya menjadi rujukan untuk mengetahui keberadaan semasa mereka. Aku bukanlah mahu meng-aib-kan tetapi sekadar merenungi akan 'takdir' atau ketentuan yang harus setiap insan hadapi. Pelbagai keperitan dugaan kehidupan yang begitu memilukan hati peminat mereka setelah diketahui akan berita terkini. Bagi diri akulah, tiada sesiapapun yang ingin hidup tersisih dari masyarakat. Semua kita bergaul bercampur dan berinteraksi sesama. Mana mungkin di penghujung usia masih mahu berselindung dengan kegemilangan silam yang bersifat 'fatamorgana' walaupun hakikatnya mereka terlalu lambat untuk mengakui.
Yang Terjadi Kan Tetap TerjadiWadah social media or 'socmed' ringkasnya, memungkinkan banyak ruang untuk berbuat kebaikan. Terpulanglah kepada kita semua untuk saling bantu membantu sesama insan. Kalaupun kita tidak mampu menolongnya dengan material, setidak tidaknya kita boleh salurkan bantuan kewangan semampu dan dalam kapasiti kita buat mereka mengharungi kehidupan masa tua. Jika bantuan material dan kewanganpun menjadi kesulitan, sehabis daya yang kita mampu buat sebagai orang muslim adalah mendoakan agar kehidupan mereka yang dimaksudkan ini dipermudahkan serta dirahmati olehNya.
Moga usaha baik dan mulia ini dipraktik dan dibudayakan oleh kita semua. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment