17 JANUARY 2021, 23:18
Berita tentang kematian adalah sesuatu yang bukanlah asing kepada semua. Malah ianya tidak akan terhenti dan akan tetap datang silih berganti sehinggalah diri kita pula yang menjadi 'subjek'nya. Tiada sesiapapun yang berani menafikan yang dirinya tidak akan mati mati sampai bila bila. Mustahil jugalah untuk seseorang membuat pengakuan akan dirinya akan 'mati' pada tarikh sekian sekian, lokasi sekian sekian beserta detik masanya penuh yakin. Penentu kematian bukan kita tapi pencipta kita. Ini hakikatnya. Bagi sesetengah 'makhluk' yang sombong bongkak dan tentunya tidak tunduk redha dengan tiada mempercayai keujudan Tuhan tapi tetap maklum yang diri akan 'mati' bila tiba waktu dan ketikanya. Kebanyakan kita tidak menghiraukan akan hal ini. Lagipun, memikirkan ataupun tidak, ianya akan mendatangi diri tepat pada ketetapan yang pasti. Bagi yang mengerti dan maklum, amat malang buat golongan ini yang hidupnya sia sia sahaja tanpa tujuan. Manakala bagi segolongan lagi yang dikategorikan sebagai golongan yang beruntung adalah mereka yang senantiasa mengingati mati dan bertindak sepadanan seiringan.
Tidak kiralah yang dimaklumkan akan kematian seseorang samada muslim mahupun tidak, apa yang pasti 'nasib' yang menimpanya telah diketahui. Bercampur baurnya perasaan keatas simati amat terkait dengan hubungannya dengan diri. Andai sekadar mengenalinya dari jauh sahaja, rasa simpati akan segera menyusul. Namun berita mengenai kenalan rapat lagi akrab pastinya lebih mengesankan. Manakan tidak. Amat diyakini akan segera terimbaukan insan yang telah dijemput pulang ini. Tingkahlakunya, budi baiknya, tutur bicaranya dan segala macam hal menyangkutinya terbayang terkenang kenangkan. Memang benar, masa tidak mungkin boleh diputarkan kembali. Malah nostalgia bersama seketika dengan dirinya akan membuatkan pemergiannya lebih dirasai. Tindakbalas lumrah dan semulajadi kepada semua kita akan hal 'berita' kematian adalah normal bersifat universal. Dimanapun duduknya kita, rasa kesedihan dan simpati akan segera menyelinap ke kalbu.
Begitulah dengan diri ini. Sebaik sampai ke premis tempat kerja dan melangkah masuk ke pejabat dan sambil 'on' menunggui desktop computer fully operated, post post yang diterima dan belum dibaca dipaparkan untuk update diri akan berita semasa. Biasanya grup tempat kerja menjadi keutamaan. Macam biasa, data jualan semalam mengikut 'line' diteliti serta maklumat lain yang berkaitan. Tetiba terselit pula akan post tentang bekas pekerja sejak awal pembukaan store sesama telah meninggal. In split second sahaja aku mengenali dirinya bilamana dilampirkan gambar beserta berita kematian yang mengiringi untuk makluman rakan grup. Berita sedih yang diuploadkan oleh Pn. Jamilah rasanya sejurus selepas membacanya dari grup sebelah @ 08:19 telah mengejutkan pagi minggu rakan dalam grup, lebih lebih lagi kepada mereka yang amat mengenali dirinya. Aku adalah antara orangnya. Selain sebaya dengan diri, lndia 'putih' ini sesama bergandingan menjadi team perintis pembukaan store baru di Melaka. Hampir ke 10 tahun kemudiannya, dia telah menyertai Tesco dalam usaha perkembangan career dibidang peruncitan serta mencari pengalaman baru dan tentu sekalilah bergajian lebih baik.
Terbaca masa di pejabat |
Info tambahan |
Kali terakhir bersua |
Ingatan akan susuk orangnya segera menjelma. Gaya percakapan, tindaktanduknya serta apa sahaja yang terkenangkan menjadi begitu jelas tergambar. Pun begitu, pemergian diketika covid-19 yang makin mendekati setahun lamanya begitu mengharukan. MCO 2.0 yang mulai dikuatkuasakan pada 13/01/2021 dengan s.o.p. yang diperketatkan, menyukarkan mereka yang berkesempatan untuk hadir memberi penghormatan terakhir.
Permasalahan covid-19 yang diselimuti dengan pelbagai tuduhan tohmahan menjadi tumpuan utama seluruh rakyat. Begitu juga dengan banjir yang masih belum reda seolah meminta perhatian yang seimbang dengan covid-19 serta disemakkan lagi akan fikiran dengan gelagat pemain politik yang tanpa sengaja menonjolkan sisi buruk masing masing menagih simpati. Bukannya bertindak sebagai 'wakil rakyat' yang sepatutnya berfungsi memimpin kearah lebih bermakna tapi sebahagian besar mereka sudah tidak tentu arah dan tidak tetap pendirian yang memeningkan rakyat kebanyakkan. Wakil rakyat apa kalau berperangai tidak semengah. Kaki lima berlambak orang semacam ini. Amat bertepatan dan kena selepok ke batang hidung buat mereka yang mendakwa diri macam bagus sahaja sebagai 'wakil rakyat' akan amaran 'kosong' dan acah acah berani Abang Rani Kulop tatkala Umno diambang kejatuhan sebelum PRU-14 lalu.
Hah...Kena kau selepok...
Nasib dia telah diketahui. Nasib diri masih 'misteri'. Ruang masa yang tidak sesiapapun yang mengetahui panjang pendeknya perlu dimanfaatkan semaksimum mungkin.
No comments:
Post a Comment