23 JANUARY, 2021 , 21:49
Ingatkan yang tempoharilah yang tertinggi, 4008 @ 20/01. Tidak pernah pernah melepasi angka 4000. Namun hari ini lagi mendadak naiknya. 4275 kes. Semakin menghampiri tamatnya tempoh MCO kali ke-2 bermula 13/01 sehingga 26/01 nanti, sepatutnya makin berkurangan, alih alih bilangan kes harian telah memecahkan rekod yang tidak sampaipun seminggu usianya. Semalam pecah beritanya yang Abang Long Ismail Sabri telah maklumkan MCO kali ini bersambung lagi sehingga 04/02 dengan beralasan untuk menseragamkan 'Perintah Kawalan Pergerakan' ke seluruh negara. Rasionalnya, tentulah untuk memastikan tiadanya perkara perkara yang bercanggahan mungkin dari terlepas pandang andai sebarang arahan yang dikeluarkan mengelirukan kepada negeri yang dimasukkan dalam MCO dengan negeri yang tidak terlibat.
Nah...kau |
Perinciannya |
Jumlah terkini |
Apa yang lebih membimbangkan, bilangan kes baru di Melaka tetiba melonjak ke 278. Paling tinggi dan tertinggi setakat hari ini. Jarang sekali melepasi angka 100 malah nak menyampaikan ke angka 20 pun sejak bermulanya pemberitahuan kes harian tahun lalupun jarang. Ini amat memeranjatkan. Selama ini aku sekadar membayangkan bagaimanakah perasaan masyarakat setempat yang dijangkiti dan pantas menularnya virus covid-19 dikalangan mereka. Kurangkah kesedaran mereka akan bahayanya penyakit 'baru' dan tidak mungkin juga maklumat mengenai penyakit baru tidak sampai ke pengetahuan semua orang. Tidakkah juga yang kita semua telah melalui betapa sukarnya menjalani kehidupan semasa pertama kalinya MCO diperintahkan.
Mendadaknya pertambahan kes harian di Melaka menjadi kerisauan kebimbangan pada diri. Bukanlah takut mati. Tidak pula sampai menyanggah menafikan takdir atau ketetapan Ilahi. Andai itulah suratan maka perlu redha menerima. Banyak kisah kisah sedih lagi pilu disebalik wabak penyakit bawaan virus covid-19 telah dipaparkan untuk renungan. Tiada sesiapa terkecuali. Semua mudah dijangkiti. Bilamana keadaan makin memburuk berlaku pada negeri lain, kita di Melaka ini sekadar bersimpati. Tapi kini, negeri aku sendiri pula sudah berlambak yang dijangkiti. Sudahlah kecil keluasannya dan ditambah pula sekarang ini tidak dibenarkan bergerak diluar 10km radius dari kediaman atau RM1000 perlu diserahkan tapi 'musuh' yang hampir setahun hadirnya kini masih tidak mampu ditumpaskan.
Semua kita perlu bertindak seiringan. Andai setengah pihak sahaja yang mematuhi manakala sepihak lagi buat selamba sahaja mana mungkin mampu membanteras wabak membunuh ini. Kemalangan, misalnya, akan tetap berlaku bilamana pemandu yang berhemah akan senantiasa patuh kepada segala aturan lalulintas sedangkan mereka yang tidak menghiraukan hal ini langsung melanggar segala bagai peraturan. Amat malanglah buat mereka yang patut dan kepada yang ingkar pula merasakan tiada keperluan untuk menjaga keselamatan. Tiada sesiapapun yang melarang untuk siapa sahaja yang melanggari peraturan jalanraya. Namun apabila 'kemalangan' melibatkan pihak lain atas tindakan bodoh golongan ini pasti akan mendatangkan kemarahan. Bayangkan, pernah dilaporkan dan boleh 'view' kisah serta gambar akan bapa yang selepas menghantar anak ke sekolah rendah telah dilanggari oleh pemandu cuai. Bagaimana agaknya keluarga ini menghadapi cabaran meneruskan kehidupan. Ini analogi yang paling mudah untuk dimengertikan. Kalau contoh semudah inipun sukar hendak dihadamkan, memang 'lahabau' nampak gayanya.
Betapapun, ingatan dan tegahan mengenai wabak penyakit ini walau ditasak saban hari ke minda semua rakyat, rasanya tidak akan meninggalkan kesan mendalam sehinggalah mereka yang kononnya menganggap dirinya kebal turut terjangkiti. Dikala itu nanti mungkin mulai tersedar akan kekhilafan dan kebodohan diri dari menerima nasihat demi kemaslahatan bersama. Terlambat sudah dan kekesalan yang dizahirkan sekadar pengakuan diri sahaja. Kesulitan kerosakan berpunca dari kurangnya keseragaman pencegahan hanya makin melengahkan lagi usaha semua kita dari terlepas akan wabak penyakit ini.
نعوذ بالله من ذلك
No comments:
Post a Comment