Thursday, September 24, 2015

Udang besar XL, RM45 sekilo untuk raya

Hari ini, Hari Raya Qurban 1436H, 10 Zulhijjah bersamaan hari Khamis, 24 September 2015. Petang Isnin 21/09 yang baru berlalu, adik ipar berkunjung kerumah mengajak menziarah abangnya yang tinggal setaman dengan aku. Abang ipar aku ini pula, pecah beritanya dari ipar yang singgah ni, mengalami demam denggi. Serius tidaknya maka perlu dijengahlah. Teringat lagi masa Abang Uda menumpang meletak kancilnya didepan rumah pada pagi Sabtu(19/09), tidaklah pula diberitahunya. Cuma katanya ketika itu, dia dan orang rumahnya yang memandu Navara pula yang sampai seminit kemudian hendak menghantar Navara hitam kebengkel untuk diservis. Bila ditanya, hendak ke Terengganu musim cuti sekolah minggu ini. Apapun, hanya Allah swt sahajalah yang lebih maklum. Niat hendak ke Terengganu terpaksalah dibatalkan bilamana dirinya terlantar sakit. Sebenarnya, masa meninggalkan kereta kancil didepan rumah tempohhari itu, dia telah diarahkan ke poliklinik peringgit untuk di-'ambil' darah buat kali ketiganya dan akhirnya disahkan dengan pasti pula terkena demam denggi. Ini apa yang diceritakan ketika orang rumah balik kerumah memberitahu atau lebih tepat lagi membuat laporan. Orang rumah yang menemani adiknya memaklumkan lagi yang keadaan abangnya itu kini berwajah pucat, lemah pula pergerakkan dan kemuncaknya hilang selera makannya. Besar kemungkinan terpaksa dihantar ke hospital kalau tidak kena runding ni, agakannya penuh yakin. Mengajak pula isteri aku ini balik kampung lepas magribh mendapatkan kelambu untuk kegunaan abangnya sambil-sambil itu mendapatkan udang yang dijanjikan dari kak alang yang duduk diquaters polis di merlimau. Pandai sungguh mengumpan orangnya. Maknanya, 2 tujuan untuk sekali perjalanan. 


                                               Fauziah Latiff - Kau Merubah Segalanya

Sesampai di kampung untuk dapatkan kelambu tapi ke kuaters biras dahulu dituju mendapatkan udang yang ditangkap anak buah yang sering ke laut bila bercuti. Lumayan hasilnya. Gemar kelaut dan kerap kelaut bila berpeluang dan kekadang berminggu lamanya. Orang sudah minat, apa yang hendak dikatakan lagi. Hobi yang menguntungkan. Selain untuk suka-suka, hasil berlebihan boleh dijual pula. Lama juga tidak menziarah biras yang terkena 'mild stroke' beberapa tahun dahulu yang khabarnya tetiba sahaja collapse semasa bertugas dibalai. Kali terakhir bertemu adalah masa majlis kahwin anaknya yang sulong pada bulan November 2014. Sejarah juga masa itu. Ingatkan kak long dari Abang Long yang merupakan anak buah pertama bertunang yang melangsungkan perkahwinan tapi kak long buat Abang Alang pula yang menempah sejarah buat keluarga belah orang rumah. Meriah memanglah meriah majlisnya. Maklumlah yang pertama kali diadakan. Ramailah pak dara/mak dara yang hadir. In fact, semuanya hadir dari Pak Long membawa ke Mak busunya. 12 keluarga berkumpul ditambahi dengan anak buah yang puratanya 4 orang untuk sekeluarga mengamatkan suasana masa itu. 

Berbalik kepada ipar yang terkena musibah itu, keadaannya masih dan tidak akan kembali kepada keadaan sebelumnya. Untuk sihat dan normal kembali adalah sesuatu yang amat diharapkan. Suratan untuknya. Kini lebih duduk berehat dari banyak bergerak. Imbangan badan dan refleksi diri yang tidak synchronize mungkin akan membahayakan dirinya jika tidak diawasi senantiasa. Semasa singgah mendapatkan udang untuk raya haji ini, kelihatan dirinya sedikit cergas. Pertanyaanpun dijawab lancar tapi masih diawasi isterinya. Katanya lagi, kereta dia sudah boleh pandulah cuma bini tidak berani membiarkan membuat sesuka hatinya maklumnya dengan penuh ceria. Bila ditanyakan mengenai motor pula, dia cepat-cepat minta maaf dan berkata, '...itu aku tak berani...'. Kesimpulan dari pertanyaan aku itu, mengiakan yang dia masih kurang cergas sepenuhnya. Sambil berbual itu, orang rumahnya memaklumkan abangnya makan hendak kena pantang. Tapi bila anaknya bawa balik udang, selamba aje dia makan. Runsing isterinya pula akan takut penyakit gout datang menyerang kerana dirinya terlebih maklum mengidap kencing manis yang agak serius juga. Kaki sudah lebam dan kulit kehitaman tapi tidak serik-serik, dengan suara yang ditinggikan mengingatkan Abang Tapa.

Dikala ini, terkenangkan cerianya berbicara mengusik tamu dan kerabat yang singgah kerumah atau tatkala berkumpul sesama untuk apa sahaja event di rumah pusaka dulunya. Lawak double meaning-nya yang tentu sahaja menderaikan tawa ipar-duai dan disambut pula bagi mereka yang rajin melayan-nya menyeh-yeh akan lebih mengalakkannya berceloteh. Bak kata Fauziah Latiff, masa merubah segalanya. Tiada sesiapapun yang mampu menjangka apa yang bakal terjadi dihari mendatang. Hakikatnya sejak terkena mild stroke pada awal November 2011 sehinggalah kini terasa kekurangan sesuatu. Menghampiri 4 tahun lamanya, dalam sedar tidak sedar, penyeri pertemuan yang kini seperti di-sideline-kan. Artikel yang pernah dinukilkan atas insiden yang mungkin aku sendiri sahaja yang 'sensitif' dan dilampirkan di perenggan berikut ini bila mana aku terbaca coretan mengenainya pada Raya Haji Eve sambil menunggu orang rumah menyiapkan rendang ayam dan sambal udang XL.
Berkerusi menunggu penuh debaran upacara pernikahan anak didalam surau


Hari ini adalah Maal Hijrah untuk tahun 1433H. Cuti umum yang jatuh pada hari Ahad ni akan bersambung pula pada esoknya iaitu Isnin(28/11). Maknanya, umat Islam di Malaysia akan mengalami extended weekend. Kebetulan juga hari ini aku mengambil cuti 'Public Holiday' untuk Maal Hijrah. Kebiasaannya bagi staff Jusco, mengambil cuti masa cuti umum amatlah tidak digalakkan oleh pihak pengurusan. Al-maklumlah, bila cuti umum maka ramailah customer akan keluar bershopping. Majikan manapun akan menghadkan staff mereka untuk bercuti serentak dengan cuti umum. Namun begitu dalam kes aku ni semasa nak slotkan cuti mingguan ketika hendak menghantar roster bulan November, kebanyakkan hari telah 'ditempah' oleh DL lain dan Pn. Ayu sendiri. Maka terpaksalah bercuti pada hari ini seadanya. Lapipun, annual leave masih berbaki 10 hari lagi yang harus digunakan sehingga 31 Disember 2011. Cuti umum yang belum diambil adalah Raya Haji(06/11).

Dalam masa nak menyibukkan diri, orang rumah pula terima panggilan dari ipar @ Cikgu Zaleha mengenai Abang Tapa @ biras telah dimasukkan ke ICU akibat dari sesak nafas katanya. Terlanjur bercuti hari ni, kamipun berziarahlah 'Pak Lang' di Hospital Melaka pada sebelah petang. Menurut kata sedara mara yang ada diluar wad dengan berbagai versi dan cerita sebelum dan setelah dimasukkan ke wad, keadaannya dirangkumkan sangat kritikal. Ini mengikut tafsiran aku. Maka bila giliran aku dan isteri dibenarkan melihat sendiri keadaan Abang Tapa ni, ternyata gambaran yang diberi itu hampir menepati apa yang aku bayangkan.

Semasa aku menghampirinya, matanya memandang kosong kearah kami dan sapaan kami tidak dijawabnya. Dari raut wajahnya, tiada rangsangan dan senyumnya agak tawar saja seolah-olah tidak menghiraukan kehadiran kami disisinya. Namun ketika aku memegang telapak tangannya, dia menggengam tangan aku. Ada reflection tapi kurang erat genggamannya. Kelihatan dikedua-dua pergelangan tangannya dijerut dengan kain dan diikat ke sisi katil. Tak tahu mengapa. Nak tanyapun bukan dapat jawapannya. Mungkin untuk elakkan dari patient menanggalkannya atau ada sebab-sebab yang munasabah. Apapun, tidak banyak perkara yang boleh kami lakukan ketika melihat Pak Langnya yang terlantar dikatil. Nak ajak berbual dia sekadar memerhati dan sekali sekala tersenyum dan kerap mendengus seolah-olah sukar bernafas lagaknya sehingga bau mulutnya yang kuat menyucuk hidung. Tapi tidaklah sampai aku menyebutnya atau menutup hidung ketika itu, takut terasa hati pula. Hari ini hari dia, mungkin esok mahupun lusa mungkin giliran kita pula yang perlu diziarahi.

Namun begitu, aku teringatkan satu peristiwa pada Raya kedua ketika berkunjung ke kuaters polis di 'Pondok Polis Batu Gajah'. Dikejauhan kelihatan Abang Tapa sedang berbual-bual dianjung rumah dengan biras juga iaitu Abang Sham @ Pak Tih. Kami sekeluarga adalah pengunjung kedua petang tu yang sampai selepas Pak Tih sekeluarga. Kemudiannya diikuti pula oleh Pakcik Abu sekereta, Izat dan Mak Busu dan Pak Andak dengan keluarga masing-masing juga berkereta. Apa yang amat menguris hati ketika itu, bila mana terdengar gelak besar yang dihamburkan oleh Pak Tih @ biras aku juga secara spontan dan hilang begitu saja bila aku menyampai ke tangga rumah. Kalau hanya berdua saja diverandah tak mungkin pula Pak Tihnya ketawa besau gitu suka-suka. Gila ke apa?. Jadinya yang buat lawak ataupun komen selari ketika itu, tak lain dan tak bukan tentunya adalah Abang Tapa sendiri. Aku tak mahulah menuduh tapi rasanya aku dapat mengagak kerana instinct diri berat mengatakan yang mereka berdua 'mengutuk' aku. Dah terang lagi bersuluh. Namun sempena raya ni, aku ambil pendekatan yang mudah, "Biarlah mereka mengata asal aku tak begitu". Malah pahala pula yang akan aku dapat. Mana ada perniagaan yang begitu lumayan untungnya.

Tapi kini, orang yang banyak berceloteh dan pandai berbual dengan kata-katanya yang double meaning terlantar tak berdaya bercakap serta cuma mampu merenung kosong kepada orang yang menziarahinya. Ujian Allah s.w.t. yang ditimpakan keatas umatNya tidak terdaya menghindarnya. Apa yang perlu dilakukan hanyalah berserah kepadaNya jua semuga berjaya mengharungi ujian yang ditimpakan keatas kita.

Sunday, September 20, 2015

Importance of Arabic Language

Artikel ini aku uploadkan dari coretan yang dibuat pada Isnin, 28/05/2012.

Sebenarnya, aku telah memulai self-study sejak dari awal tahun 2010 lagi. Andai kata aku mengikutinya dari awal dengan penuh disiplin, maka dalam tempoh 7 bulan sahaja aku sudah seharusnya menamatkan ketiga-tiga buku kursus yang dikelolakan oleh Br. Asif Meherali. Ya, 7 bulan adalah jaminan Br. Asif. Kenyataannya aku masih belum khatam lagi hingga ke saat ini. Hari ini sudahpun, 20/09/2015. Aku masih lagi mengulang-ulang mengukuhkan pemahaman untuk dua buku pertama karangan Shaykh Dr. V. Abdur Raheem, dari tiga buku untuk keseluruhan kursus yang dianjurkan oleh the Institute of 'the Language of the Quran'. Buku ketiga yang telahpun sampai ke bab ke-10 terpaksa aku berhenti dahulu. Revert balik kebelakang. Untungnya aku dapat mengingati semula konsep-konsep yang mudah benar terlupa. Bila kerap mengulang maka makin yakin pula dan bersemangat lagi hendak menyempurnakan pembelajaran self-study ini. Tiada bayaran dikenakan, tiada masa dihadkan, tiada sesiapa menghalangi malahan terpulanglah pada diri untuk melakukan, tiadanya paksaan dan lebih kepada kerelaan untuk mengetahui akan apa yang selama ini patut dan harus diketahui.

Apa yang dinyatakan oleh pihak Institute speaks for itself. Maka terpulanglah pada pembaca untuk mengiakan mahupun menidakkan.  

Welcome...
to the Institute of the Language of the Quran, based in Toronto, Canada.
Why should I learn arabic?
As Muslims we have no choice but to learn the Language of the Qur’an.
Why?
BECAUSE ALLAH CHOSE THE ARABIC LANGUAGE TO CARRY HIS FINAL MESSAGE TO ALL MANKIND
The Qur’an contains the exact words which Allah revealed to our beloved prophet-pbuh and the exact words which the Prophet recited. Nothing added or deleted.
The “Qur’an” is
 NOT the “Qur’an” if it is not in the Arabic Language; otherwise it is a mere translation.
As a Muslims we are obligated to recite the Qur’an in Arabic EVERY SINGLE DAY.
Our
 SALAAH is in the Arabic Language.We cannot have khushoo and khuzoo in our Salaah until and unless we understand what we are saying in our Salaah. 
The Language of the Qur’an is a Miracle.
THAT MIRACLE
 will never touch our hearts unless we learn and know the Language of the Qur’an. 
How can the Qur’an guide me and how can I ponder over it and implement the Guidance of the Qur’an in my daily life if I do not understand the Language of the Qur’an!
This ARABIC LANGUAGE COURSE will provide you the knowledge to understand the Qur’an in its
 ORIGINAL MATN (original Arabic Text).Our first priority in this course will be to understand the Language of the Qur’an and then InshaAllah the speaking part of it will come gradually.
Please remember if you are dedicated, serious and hardworking, you will achieve something most beautiful and rewarding in your life (i.e. the understanding of the Qur’an
 directly when you recite it or when the recitation is heard).The beauty, the Eloquence, the Miracle and the Divine Wisdom of the Qur’an will penetrate the innermost depth of your heart and you will experience the joy and happiness which cannot be expressed but can only be felt in the Believer’s Heart.So get ready to work hard to learn the Language of the Qur’an.

Segala perkara yang dinyatakan ini memang sukar untuk sesiapa menafikannya. Hanya orang-orang yang mampu dan boleh memikirkan dengan sesungguhnya akan meyakini akan kebenaran statement yang telah dibuat oleh pihak  'Institute of the Language of the Quran' di Toronto, Canada sana tu. Terkadang pula bagi kita orang Melayu yang mengaku dan berbangga beragama Islam tapi ramai pula yang kurang pergertian tentang Islam apatah lagi untuk mendalami hal-hal keagamaan amat mendukacitakan dan memalukan. Sebuah negara yang Muslimnya minoriti tapi mempunyai approach yang kedepan dari negara-negara yang bermajoritikan umat Islam sebenarnya memberi manfaat berguna pada penduduk dunia yang menggunakan teknologi terkini untuk umat dunia sejagat. 

Telah lama aku mencari program bahasa arab yang sesuai dengan tahap pendidikan dan kemampuan yang dimiliki serta suited pula dengan kekangan masa yang dihadapi. Seboleh mungkin aku inginkan didalam BM. Namun kebanyakkan kursus yang dianjurkan oleh 'local web' mengharuskan seseorang untuk membeli e-book mereka terlebih dahulu. Jikalau tidak mahu mendaftar maka seseorang tidak bolehlah mengikuti kursus didalam talian sepertimana yang diwar-warkan beserta dengan 'resume' orang yang telah mempelajarinya. Bukan satu web-site tapi hampir keseluruhan menuntut kita membayar sebelum dibekalkan dengan e-book disamping mengikutinya tutorial secara on-line.

Terima kasih sebenarnya pada teknologi yang memungkinkan apa yang selama ini sesuatu yang mustahil menjadi suatu realiti. Bosan dengan laman web tempatan yang lebih kepada komersial tentang bahasa arab, maka aku beralihlah pencarian di 'laut dalam' pula. Nahhh kau, berlambak kursus tentang bahasa arab boleh diikuti. Bukan satu bukan dua malah berbagai-bagai peringkat pembelajaran disediakan. Pilihlah mana yang suka dan mana yang serasi dengan taraf pendidikan seseorang. Bagi yang sudah mengetahui asas dicadangkan pula mengikuti program yang banyak untuk setiap category pengetahuan bahasa arab masing-masing. Bagi yang hendak belajar dari mula yakni tiada asas dan tidak tahu hurufpun ada program khusus untuk mereka. Apa yang bagusnya selain dari program berbayar, ada banyak lagi yang dikendalikan oleh badan NGO yang tidak menuntut sebarang bayaran. 


Program kendalian Institute of the Language of the Quran yang aku pilih dari banyaknya program bahasa arab yang berada di internet adalah kerana ianya serasi dengan aku. Malah boleh dikatakan punyai teknik pembelajaran yang serba serbinya menepati dan lengkap. Selain dari tiga buku pembelajaran yang boleh dimuat-turunkan, terdapat juga supplement books untuk menghuraikan segala konsep dengan lebih detail lagi. Setiap latihan yang diberikan tersedia pula standard jawaban yang juga boleh dimuat-turunkan. Yang lebih menariknya video pembelajaran boleh diulang-tonton seberapa kerap yang dimahukan tersedia untuk didownloadkan juga. Lengkap, memang cukup lengkap bagi sesiapa yang ada asas untuk mengikutinya dengan gigih serta bersungguh memantapkan pengetahuan bahasa arab asas sekurang-kurangnya. Untuk lebih serius lagi perlulah berguru dengan pakar yang bertauliah. 

Semoga dengan kehadiran program ini setidak-tidaknya dapat jugalah membantu insan yang tidak berkemampuan tapi bersemangat ingin memahirkan asas bahasa arab masing-masing kearah memahami sekurang-kurangnya akan apa yang dilafazkan saban hari terutamanya ayat-ayat lazim didalam sembahyang.

Insya-Allah, kita tidak akan terhenti setakat memahaminya sahaja malah kita haruslah pula mempraktikkan akan segala arahan, menghindari akan segala tegahan dan sebaik-mungkin melaksanakan akan segala anjuran demi kelangsungan hidup didunia ini sampailah keakhirat sana nanti. Al-Quran yang menjadi kitab induk didalam menyusun-atur kehidupan manusia seharusnya menjadi pegangan umat manusia keseluruhannya. Lihatlah disekeliling kita, walaupun ramai yang mahir berbahasa arab dan membaca al-quran dengan begitu lancarpun belum pasti lagi dirinya mampu melaksanakan akan segala apa yang dibacanya. Orang arab sendiripun walaupun bahasa pertuturan harian mereka adalah bahasa arab, realiti sebahagian mereka banyak yang 'lari' dan ada yang bercanggah dengan apa yang dibacanya akan al-quran. 

Hakikatnya golongan yang faham akan apa yang dibaca perlulah pula akur dengan melaksanakan apa yang seharusnya dilaksanakan dan menegah diri dari hal yang ditegahkan. Ini baru perubahan kepada diri sendiri. Ujian peringkat pertama lagi jika gagal mana mungkin untuk kita mentarbiah orang lain pula. Mantapkan kemampuan dahulu sebelum memandai membetulkan orang lain. Pernah sebelum ini aku menanyakan Pakcik Google akan buku apakah yang kerap dan ramai pembacanya tapi kurang difahami sebagaimana ianya patut difahami. Amat memeranjatkan. Jawaban yang teratas sekali adalah al-quran. Maka tugas utama setiap muslim selain membacanya saban hari, harus jugalah memahami, mempraktikkan, serta mengajari orang lain sehinggalah semua umat manusia mencapai literasi al-quran 100%. Mustahil bagi orang yang tiada keyakinan tapi tidak buat mereka yang istiqamah dan bersungguh-sungguh.

Wau'lahualam.

Sunday, September 13, 2015

Bila ditimpa sakit...

Bila ditimpa sakit, cepat-cepat kita memohon disembuhkan. Bila menghadapi kesukaran, kesulitan, kerumitan dan kebuntuan pastinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Tiada seorangpun yang akan meminta kekalkan sakitnya, sentiasa rumitkan pekerjaannya mahupun sukarkan kehidupannya. Hanya orang yang tidak waras, tidak normal dan yang tewas kehidupannya akan kekal statik dengan apa yang dilakukan kini. 


Bergelumang dengan hal-hal yang negatif sifatnya tidak mendatangkan sebarang faedah pada individu itu sendiri. Malah kesannya lebih memburuk memungkinkan punah hidupnya. Ibarat terpelusuk jauh kedalam perigi buta, hendak keluar dari situasi ini perlukan kegigihan, kesungguhan dan senantiasa berusaha. Putus asa tiada langsung didalam diri. Patah semangat juga tidak ada dalam kamus hidupnya. Hanyalah keinginan untuk keluar dari keadaan yang membelenggu kehidupan menjadi keutamaan.


Tindak tanduk menghadapi setiap apa yang ditimpa, dialami, diuji, dikurnia, dihadapi dan berbagai lagilah yang diistilahkan seseorang sepertimana yang sering didengari, 'beauty from the eye of the beholder' dan dilihat dari sudut mana sekalipun perlukan tindakbalas yang bersesuaian. Baik buruknya tindakan yang diusahakan bergantung pada initiatif seseorang itu sendiri. Bagi yang cepat bingkas membetuli mana yang silap berdasarkan pemahamannya mungkin menatijahkan sesuatu yang baik akhirnya. Manakala yang buat selamba serta menganggapkan segalanya hanyalah suratan takdir akan terus terusanlah berkeadaan dengan apa yang membeliti diri. Sukar rasanya hendak menghakimi sebab segalanya berkemungkinan. 


Selagi perjalanan hidup ini belum kehujungnya, apa-apa sahaja boleh berlaku.

Saturday, September 12, 2015

Gusar memerhatikan keanihan

Sejak pagi tadi sehinggalah kesaat aku sedang mencoret ini, iaitu sekitar 8:10 minit pagi ini, hujan masih belum berhenti. Lebat diawal pagi sebelum, renyai-renyai kemudiannya dan gerimis pula diketika kini. Suasana yang mendinginkan ini kalau buat orang baru menikah sememangnya amat menyeronokkan. Bagi diri ini pula kedinginan pagi beserta dengan cuaca yang sedikit mendung kerana matahari dilindungi menambahkan lagi kehibaan dihati. Orang yang punyai segalanya tentulah tidak betah untuk duduk diam. Ada-ada sahaja yang hendak mereka lakukan. Kehidupan yang disibukkan dengan berbagai aktiviti mampu membuatkan perjalanan seseorang beragam dan bervariasi.

Pagi ini, suasananya yang agak suram, seolah-olah turut merasai kegusaran yang menyelimuti diri. Umum mengetahui akan isu RM2.6 billion yang melingkari PM/RM yang kononnya hasil pemberian dermawan Arab. Siapa yang korek lobang, pandai-pandailah menutupnya. Namun tak orang tak kita. Biarlah dia dengan masalahnya, aku pula dengan masalah aku. Menghadapi dugaan dan rintangan adalah ujian yang perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Masalah lebih utama yang harus aku rungkaikan kini adalah hutang yang kian membeliti diri. Raya sudahpun berlalu. Bagi diri ini pula, raya kali ini tiada membawa keceriaan secara peribadi. Walaupun persiapan raya buat keluarga tidak diabaikan, memadai seadanya. Tidak berlebihan dan tidak juga keterlaluan. Bersederhana dan ala kadar sahaja. Namun jauh disudut hati terasa terkilan kerana memencilkan diri disaat orang lain bergembira menyambut raya.

Perancangan yang dibuat kekadang tidak mencapai tujuan. Tersasar adalah suatu hal yang cuba dielakkan, apatah lagi tersasar jauh. Kesan GST, kenaikan harga minyak yang dituruti dengan kenaikan barangan pengguna dirasakan segalanya bertambah mahal. Nilai wang yang mengecil amat membebankan. Apapun hidup harus diteruskan walau betapa sukar sekalipun. Orang yang kecukupan wang tidak terasa terbeban dan jauh sekalilah untuk merasa peritnya kehidupan. Dalam sedar dengan tidak, aku terpaksa mengorek lobang. Bukan satu, bukan dua tapi banyak. Lobang yang dikobak tapi ditimbus kembali secara berdikit ibarat orang yang kehausan dan keletihan tapi dipaksa dikerah juga mendaki bukit. Mahu tidak mahu, suka tidak suka dan hendak tidak hendak haruslah juga mengharunginya selagi daya dan selagi mampu. Memanglah kalau berwang takkanlah hendak meminjam. Lumrah kehidupan beginilah. Namun pastinya ada cara penyelesaian terbaik akan sesuatu hal. Cuma belum berjaya mendapatkannya.

Sesuatu yang anih ke bila ditimpa sakit, cepat-cepat kita mencari jalan menyembuhnya atau setidak-tidaknya memohon disembuhkan. Begitu juga bila menghadapi kesukaran, kesulitan, kerumitan dan kebuntuan pastinya kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. Tiada seorangpun yang akan meminta kekalkan sakitnya, sentiasa rumitkan pekerjaannya mahupun sukarkan kehidupannya. Hanya orang yang tidak waras, tidak normal dan yang tewas kehidupannya akan kekal statik dengan apa yang dilakukan kini. Bergelumang dengan hal-hal yang negatif sifatnya tidak mendatangkan sebarang faedah pada individu itu sendiri. Malah kesannya lebih memburuk memungkinkan punah hidupnya. Ibarat terpelusuk jauh kedalam perigi buta, hendak keluar dari situasi ini perlukan kegigihan, kesungguhan dan senantiasa berusaha. Putus asa tiada langsung didalam diri. Patah semangat juga tidak ada dalam kamus hidupnya. Hanyalah keinginan untuk keluar dari keadaan yang membelenggu kehidupan menjadi keutamaan.

Tindak tanduk menghadapi setiap apa yang ditimpa, dialami, diuji, dikurnia, dihadapi dan berbagai lagilah yang diistilahkan seseorang sepertimana yang sering didengari, 'beauty from the eyes of the beholder' dan dilihat dari sudut mana sekalipun perlukan tindakbalas yang bersesuaian. Baik buruknya tindakan yang diusahakan bergantung pada initiatif seseorang itu sendiri. Bagi yang cepat bingkas membetuli mana yang silap berdasarkan pemahamannya mungkin menatijahkan sesuatu yang baik akhirnya. Manakala yang buat selamba serta menganggapkan segalanya hanyalah suratan takdir akan terus terusanlah berkeadaan dengan apa yang membeliti diri. 

Kejamkah dunia..mana harus aku tuju.

Sukar rasanya hendak menghakimi sebab segalanya berkemungkinan. Selagi perjalanan hidup ini belum kehujungnya, apa-apa sahaja boleh berlaku. Kita suka mempertikaikan dan cepat sangat mengutuk orang lain akan ketidak-pandaiannya merencana kehidupan. Malas, suka mengharapkan bantuan, tidak kreatif(mentang-mentanglah yang bercakap itu berkerjaya dan bernasib baik mungkin sehingga ketika dia mengucapkannya... selepas itu nasibnya boleh berubah in split-second cuma, lagi mahu perasan ke...) dan segala macam kata-kata yang terfikirkan dihamburkan seolah-olah dirinya bagus sangatlah. Tidakkah kita maklum yang setiap hari setiap pergerakan hidup ini diperhatikan. Masa atas dunia ini ada yang melepasi usia 90 tahun, malah Pak Mahathir sendiri bila ditanyai pemberita mengharapkan agar kalau bolehlah seluruh rakyat malaysia mencapai seusianya. Tidak kurang juga didalam perut lagi sudah dipanggil balik. Umumnya sekitar 63 tahun jika mengikut usia Nabi kita. Maka bersedialah buat yang melepasi usia piawaian ini. Juga yang berusia dibawah 63 tidaklah boleh merasakan dirinya masih jauh lagi. Bersiapsiagalah semuanya.


Thursday, September 10, 2015

Ceriakanlah, Bahagiakanlah orang lain semampu mungkin.

09 SEPTEMBER 2015, 07:30
'Ku tak akan bersuara.... walau dirimu kekurangan... hanya setiamu...' suara lunak manja Shima, mak janda yang dikenali as 'Shima and the boys' diera tengah top sekitar 80an dulu, hilang dari pendengaran sebaik mematikan engine kereta ketikanya berhenti diruangan porch rumah. Misi menghantar bebudak selamat disempurnakan buat pagi ini. Menjadi habit pula, bila ada kelapangan gatal sahaja jemari hendak mencoretkan sesuatu. Mungkin idea tengah banyak menyerbu masuk dan menulis sudah semacam second-nature pula pada aku. Tambahan pula MSI Tablet senantiasa diletakkan disisi dan didalam jangkauan.

Semasa mula memasuki kereta dan sebaik menghidupkan engine, siaran 'Sinar Pagi' berceloteh tentang menceriakan serta membahagiakan orang lain. Antara dengar dengan tidak, penyampainya membacakan skrip serta menyebutnya secara mood santai, memaklumkan untuk ceriakan orang tidaklah pula memerlukan sesuatu yang luarbiasa. Lanjutnya lagi, cukuplah sekadar menegur dengan berkata sesuatu yang positif dengan nada yang menceriakan siap dengan bercontoh lagi, 'cantik... baju awak hari ini' atau paling sempoi lagi, senyum sahaja kat orang yang kita berselisih pagi ini. Info yang biasa-biasa sahaja tapi bermanfaat, boleh diapplykan oleh sesiapa dan dengan bersiaran keseluruh pelusuk negara dan tentunya didengari ratusan ribu pendengar kalaupun tidak menyampai angka jutaan(Umno sendiripun berbangga dengan 3 juta lebih ahli, katanya). Respond yang diambil oleh pendengar tentulah tidak terjangkakan. Andailah cuma sebahagian sahaja dari pendengar yang mempraktikkannya pagi ini khasnya malah untuk keseluruhan hari amnya, tentulah ceria dan bahagialah insan yang menerima 'tempias'. Mungkin orang yang terkesan akan terpinga-pinga dan bermonolog, 'Apa ke peliknya pagi ini, orang yang tidak pernah-pernah menegur, tetiba menegur....' atau mungkin bersangka yang bukan-bukan bila rakan dikenali dan sama tempat kerja berkata, 'Cantik awak hari ini...'. Dalam hati orang yang diteguri mungkinlah berprasangka macam-macam ... 'pagi-pagi lagi sudah hendak mengatal...', atau yang sensitif pula mungkin menyoalnya kembali... 'hai perli nampak... apa selama ini aku tidak cantik ke...' dan bagi yang introvert pula akan memendam rasa dan mengesali diri, 'hodoh ke aku ni..., dan yang lebih haru lagi mungkin akan pertikai dan persoalkan nasib diri, 'mengapalah aku tidak dilahirkan secantik sipolan tu atau sipolan ni...'. Kekadang apa yang dihajati dan diharapi tidak menjadi walaupun benda yang baik cuba diketengahkan. Malahan kerapnya, perkara kebaikan yang hendak diujudkan, bala pula yang terjadi. Manusia dan tindakan manusia tidak terjangkakan. Dailog antara malaikat jibrail dengan allah swt ketika mana hendak diciptaNya manusia, yang merisaukan dan menjangkakan manusia tidak akan patuh sepatuhnya malaikat dan akan berbuat bencana sesama mereka.

Laluan biasa menghantar anak kesekolah iaitu short-cut adalah dengan menyusuri laluan belakang via tepi kubur dan deretan rumah kampung yang kemudiannya merentasi pula kebun getah dan dusun durian orang kampung demi menjimatkan masa menyampaikan ke sekolah sikakaknya dulu. Selepas itu memasuki jalan utama persimpangan Tehel(pengkalan minyak) ke persimpangan JPJ yang sedia maklum 'high traffic' pepaginya ke sekolah adik-adiknya pula. Pagi ini selepas si yasser membuat komen selari akan abang roti canai yang tidak berniaga(baru makan roti canai pada pagi minggu dengan dia sendiri yang mencadangkan menu dan dia jugalah yang volunteer pergi beli) dan aku membalasinya dengan berkata, 'Kan ke Melaka ni tengah teruk berjerebu dengan IPU dah beratus tinggi sebab tulah dia tak niaga' dan telahan aku sepakat pula di-iyakan oleh kakak dan abangnya membuatnya terdiam, aku memperlahan kereta bila budak sekolah mengayuh pixie-nya dengan laju berselisih. Tetiba pula melayang 2 keping not RM1 dari kocek kiri seluarnya. Kayuhannya tetap laju dan aku rasakan yang dia tidak perasan duitnya tercicir. Sepontan pula aku meminta yaseer untuk turun mengambilnya sambil mata memandang cermin berlakang. Ada kereta dan motor rapat dibelakang. Hendak berhenti mengejut(emergency brake)takut orang belakang tidak perasan. Tak pasal-pasal rebeh lagi bumper kereta aku ini. Dulu sudah kena. Kita dah apply emergency brake, kancil dibelakang pula yang menyondol. Haru dibuatnya. Dan dalam pada itu, tidak sempat hendak memanggilnya, berdesup menghilang dipandangan. Niat hendak berhenti diabaikan. Memandulah aku secara berhemah selepas itu menyusuri kampung dan seketika kemudian muncullah kembali dipandangan akan budak tadi tengah menolak pixie-nya mendaki bukit bersebelahan kebun durian orang yang berpagar. Hon 'manja' kat dia dan dengan spontannya dia menoleh. Aku berhenti betul-betul disebelah dia berdiri lalu memberitahunya yang duit kertasnya cicir didepan warung roti canai sebentar tadi. Tidak lengah lagi dia kemudiannya berpatah balik menjejaki ketempat yang aku katakan itu. Harapanku semuga dia menemui semula wangnya kembali kalau memanglah itu rezekinya.

Puas rasanya hatiku kerana dapat berbuat 'deed' kepada orang yang tidak pernah aku temui atau teguri. Samada dia menemui ataupun tidak duitnya itu yang merupakan satu suratan buatnya tapi sekurang-kurangnya aku dapat memberitahunya 'sesuatu'. Sesuatu yang tidak mampu digambarkan tapi hanyalah mereka yang merasainya sahajalah yang tahu. Duit saku yang tentunya dihulurkan oleh orang tuanya sepertimana yang aku berikan kepada anak aku juga adalah untuk keperluannya disekolah. Melihatkan ke-segeraan-nya bertindakbalas atas info yang aku berikan membuatkan aku pula dibuai perasaan. Sedih mungkin juga, kesian pula laju sahaja menjalar meresapi hati akan nasib yang menimpanya. Terpaksa berpatah balik hampir setengah kilo bukanlah satu masalah buatnya tapi andai tidak ketemui maka mungkin 'skip' makan ketika sesi rehatnya nanti. Kita hanya melihat luarnya sahaja.
Sebahagian dari rakan sekursus sesama bergambar masa lawatan ke Seremban

Tak orang tak kita. Secebis kisah ini entah macammana membawa aku kepada kenangan hidupku ketika di ITM mendiami asrama perindu 1984 semester 1. Ketika hendak bersembahyang Asar disurau dibawah dewan makan untuk perindu 1 & 2, aku menyarungkan kain pelikat dari bag galas yang dibawa. Kami rakan sesama batch yang menginapi 'perindu' lambat sampai kerana menapak pulang dari bilik kuliah selepas tamat kelas. Sembahyang hampir hendak dimulai. Mungkin ada mamat yang terperasan yang aku memasukkan not RM10 dua keping ke kocek seluar dari kemeja yang aku pakai. Takut nanti duit terkeluar jatuh ketika sujud nanti, fikirku lagi, kerana sering ianya berlaku ketika bersembahyang. Lipat bebaik seluar dan lindunginya lagi dengan bag galas bersebelahan tempat sejadah berlipat disusun. Aku antara yang meletakkan barangan peribadi disitu disamping pelajar-pelajar lainnya yang sesama menghuni asrama perindu. Hendak jadi kisah, bila selesai berjamaah asar, selesai mengenakan kembali seluar untuk balik kebilik, kocek yang aku seluk rasa kosong pulak. Didalam hati bermonologlah, 'aku letak sebelah kanan tadi... mana pulak ni'. Seluk pula sebelah kiri juga kosong juga. Aah sudah, mesti sudah kena rembat ni sangkaan buruk sekejap sahaja datangnya walhal baru lepas sembahyang ni. Duit ditangan yang hendak membeli keperluan dari kedai ko-op bersebelahan surau terpaksalah dilupakan hajat itu. Menonong sahajalah balik ke bilik berehat. Keesokkan harinya masa dibilik kelas menunggu lecturer masuk aku ceritakanlah hal kehilangan pada member sekelas yang cuma berjumlah 13 orang sahaja untuk batch tahun 1984 ini. Cepat saja tanpa pengetahuan selang beberapa ketika mereka buat kutipan derma kilat untuk aku. Mulanya malu jugalah kerana memberitahu hal kehilangan dan bertambah malulah lagi untuk aku menerima sumbangan dari rakan sekelas kerana takut terhutang budi. Apapun setelah didesak terpaksalah menerima dan sememangnya aku amat berterimakasih pada mereka kerana wang RM20.00 ditangan yang sudah hilang itu perlu dibelanjakan menyampaikan cukup bulan seminggu lagi kerana abang long aku akan 'hulur' RM50 sahaja setiap awal bulan. Ketika bersendirian, tengok-tengok, RM80.00 ber-envelope lagi. Saat pertolongan datang tidak siapapun dapat menjangkanya. Ketentuan Illahi mengatasi segalanya. Aku sekadar menadah tangan menyatakan kesyukuran akan ketentuanNya ini.

Mensyukuri apa yang dikurniaNya haruslah ikhlas dan benar-benar lahir dari hati. Menunjuk-nunjuk, apatah lagi berbangga atas pencapaian dan kejayaan yang dikecapi, ditakuti akan dibalasi olehNya dengan sesuatu yang tidak pernah terfikirkan selama hayat hidup ini.


Saturday, September 5, 2015

Terlepas Cakap... 1

Banyak orang tidak sedar akan apa yang dilafazkan merupakan suatu doa, harapan, keinginan dan impian. Kita tidak terfikirpun apa yang didatangkan dan dihadapkan adalah kesan dari ucapan kata-kata kita. Banyak senario yang aku alami, dengari dan perhatikan didalam lingkungan membuktikannya. Segalanya amat tidak terjangkakan. Disaat kita meyakini yang sesuatu itu akan berlaku tapi anihnya yang tidak terlintas langsung dibenak pula yang terjadi.

Diceritakan oleh orang rumah semasa berkunjung kerumah tua yang selepas perginya arwah bapa dan ibu mertua beberapa tahun dahulu dan kini dihuni dan dijagai oleh adik ipar akan perilaku anak buahnya. Tahun lalu, anak buah yang merupakan abang long kepada ipar yang mendiami dan menjagai rumah pusaka ini mengambil peperiksaan SPMnya. Seingat akulah kami sekeluarga singgah sekejap kerana ada majlis kahwin dikampung sekitar bulan November ataupun December tahun lalu(2014). Orang rumah ada bertanya sekadar berbual-bual dengan anak buah yang ketika itu sedang menelaah pelajaran. Harapan yang dihamburkannya adalah untuk memasuki 'U'. 'Poly -poly' tak mainlah, dengan nada sedikit berbangga. Mungkin dia realize dan maklum yang kedua-dua sepupunya, iaitu anak aku yang ketika itu sudah ditahun 2 dan tahun satu di PIS. Yang tua di Politeknik Ibrahim Sultan(Pasir Gudang) dan yang kedua di Politeknik Idris Shah(Sabak Bernam). Berkenaan kedua-dua anak aku ini, sememangnya aku sedikit kecewa jugalah kerana harapan yang aku pendam selama ini agar mereka ke universiti tidak terlaksanakan. Mungkin belum rezeki lagi. Harapan mungkin disangkut dan digantungkan pada adik-adiknya yang 3 lagi yang masih bersekolah.

Disaat ini pula aku terkenangkan hakikat dari apa yang dilafazkan yang tidak kita sedari. Semasa result SPM diumumkan awal March 2015, Syawal cuma meraih 2A. Ikut info dari orang rumah, dapat 'A' untuk subjek Agama dan Sejarah. Memeranjatkan lagi, BM sekadar lulus sahaja. Cara pengurniaan gred terkini tidaklah berapa maklum, tapi pastinya subjek utama atau teras tetap tidak berubah. BM, BI, Matematik dan Sains adalah core subject yang perlu difokuskan. Manakala matapelajaran Geografi ke, Sejarah ke, Lukisan ke atau subjek pilihan lainnya, Mandarin ke mahupun Tamil ke hanyalah sekadar subjek sokongan sahaja. Sekali imbas sahaja sudah dapat diagakkan yang peluang ke 'U' tertutup rapat. Adik ipar yang juga merupakan seorang guru mungkin dihatinya bersedih dan terkilan tapi tetap berusaha juga memohonkan kemasukan Poly berhampiran yang jarak cuma sekilo sahaja dari sekolah anaknya belajar. Melaka lebih-lebih lagi Merlimau tidak sebesar manapun. Biras, yang juga abang iparnya dan juga pak sedara Syawal, kebetulan bertugas di Poly dibahagian pentadbiran. Beria-ia benar ipar hendak memasukkannya kesitu dan cuba jugalah biras aku membantu 'recommend', tapi result yang tidak strong ini menghalangi segala hasrat. Konon, kalau ikut pintu depan tidak dapat, harap-harap masuk ikut belakangpun kira lepaslah. Apakan daya segalanya telah tersurat. Makanya berpuashatilah menyambung belajar disekolah yang sama ke tingkatan enam pula. Akan datang tidak siapa dapat menduga malah jauh sekalilah untuk merasa selesa selagi tidak tibanya ajal.

Kalau difikirkan lebih mendalam tentang sekatan-sekatan dalam kehidupan ini sebenarnya punyai hikmah yang perlu diselidiki, diakui dan diredhai adanya. Penapisan yang dibuat tentulah bermatlamat. Hal sedemikian telah lama dikaji dan mungkin juga prinsip ini diterimapakai dari model yang dirasakan terbaik dari negara-negara yang lebih awal bertamaddun dan terbukti keberkesanannya. Kelayakan yang rendah mungkin akan meyukarkan pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi. SPM sebagai filter paling mudah menyaring kebolehan dan kemampuan pelajar walaupun mungkin banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi keputusan SPM seseorang. Faktor lain biasanya ditolak ketepi sahaja dan ianya adalah muktamad. Semasa mendaftar di ITM pada July 1984, aku bertemu ramai student dari Kelantan ketika sessi minggu suaikenal atau orientation. Quota kemasukan dari kelantan adalah besar, maklumlah Pak Nik kan ke orang kelantan. Mungkin syarat kemasukan mereka direndahkan yang membolehkan ramai anak-anak kelantan berpeluang belajar keperingkat lebih tinggi. Malangnya, banyak antara mereka yang kecundang di semester pertama lagi disebabkan CGPA dibawah 2.0. Salah seorangnya, abe yang pekat lorat kelantannya mengambil kursus ADBA(Tpt) iaitu kependekkan kepada Advance Diploma in Business Administration, majoring in Transport. Kursus yang mengambil masa empat tahun menyudahinya dan setaraf dengan General Degree dan melihat pada orangnya yang memasuki berbekalkan SPM dan pekat loratnya amat aku kagumi. Belum cuba belum tahu. Tempoh enam bulan pantasnya berlalu. Semasa menuju kedewan makan di semester kedua sempat menegurnya pasal lama sudah tidak nampak di'sekolah perniagaan' atau school of business yakni building yang menempatkan semua kursus dibawahnya. Menurut katanya, dia tukar kursus ke 'A & D' pula sebab result teruk. Diusia 50an kini, perkhabaran akan abe ini tidaklah diketahui gagal jayanya dalam pengajian. Amat diharapkan agar dan semoga berjaya hendaknya didalam kehidupannya kini.

Selingkaran kisah kehidupan yang aku lalui ini akan menjadi kenang-kenangan. Tiada siapa yang mampu memadamkan kisah yang terjadi. Hanyalah orang yang alaminyalah yang berhak meluahkan apa yang ditempuhi. Peristiwa yang terakam pula punyai tafsiran dari sudut pandangan masing-masing. Terpulanglah buat orang lain untuk mencuba merasai degup kehidupan andai teringin benar mahu mengalaminya. Apapun, diantara dua titik iaitu titik permulaan dan titik pengakhiran, bukan kitalah yang memuktamadkan. Sejauhmana kemampuan memastikan yang dihajati tercapai dan sesempurna mungkin perancangan dibuat belum tentu lagi terlaksana segala impian. Hajat ke 'U' tidak kesampaian, ke 'Poly' pun tidak berpeluang, dan realitinya, cuma Tingkatan 6 sahajalah tempat persinggahan.

Ketentuan Illahi mengatasi segala perancangan dan keinginan manusia. Allah swt jualah Yang Maha Mengetahui.

Jumaatku di-khariah sendiri selepas raya

Hari Jumaat ini, 21/08/2015, aku bersegera ke masjid. Niat awalnya hendak menapak sahaja bila risaukan panas mentari yang terik membakar dan takut nanti makmum lainnya kurang selesa bersebelahan andai berpeluh dan mungkin mengeluarkan aroma yang tidak terfikirkan, aku berkereta sahaja ke masjid. Sebelum ke masjid, mandi sunat dengan mencalitkan minyak wangi 'sultan brunei' yang dibeli ketika di shah alam berharga RM10.00 sebotol dan mengubah fikiran memandu ke masjid walau telah terniat hendak berjalan kaki sahaja buat jumaat kali ini.

Apapun, الحمد لله , aku selamat sampai ke destinasi. Sesampai sahaja ketangga masjid, aku meneguri cikgu Saiful yang telahpun berhaji setahun yang lalu. Ucapkan salam serta bersalaman dengannya walaupun aku telah perasan dari kejauhan disebelah kanan aku, Haji Saiful terhempap-hempap ketangga masjid. Hendak menegur seawalnya, takut-takut dia tidak mendengari. Lagipun kurang manis pula berteriak. Tambahan pula, aku jarang berselisih dengannya selain dari pernah menegurnya ketika malam ke 21 bertarawih, kalau tidak silaplah. Aku sengaja lambatkan langkahan agar sama-sama sampai ditangga. Ingatkan aku yang menegur dulu, tapi dia lagi pantas. Selang berapa 'second' sahaja ucap salamnya mendahului aku. Hampir serentak rasanya. Selepas dari itu dia bergerak mengambil wudhuk disebelah kanan manakala aku kesebelah kiri sekadar membasuh kaki sahaja dan menonong memanjat tangga ke dewan sembahyang utama. Makmum belum berapa ramai. Aku menuju ke shaf ke-enam, kalau dikira dari depan. Banyak yang lompong diperhatianku. Ber-tah'yatu al-masjid-lah aku bersebelah dengan 'musafir' pekerja pejabat. Lat beberapa minit berikutnya, azan dikumandangkan. Selesai sahaja azan, aku bingkas ke shaf depan mendirikan sunat jumaat pula. Ketika imam hendak memulai khutbahnya, seorang budak akhir 20an rasanya, bersembahyang sunat disebelah kiri aku. Berjubah putih, mungkin alim orangnya. Tapi tingkahnya yang mengoyang-goyangkan peha kanan yang bersilang terlalu kerap dan kekadang melunjurkan kaki amat menganggu tumpuan aku. 'Beratlah mamat sebelah aku ni, tak leh nak concentrate...' getus hati ini. Dalam pada itu tabung beroda ditolakkan kehadapan aku dari sebelah kiri. Cepat-cepat pula aku tolakkan kekanan. Lagi satu hal yang ganggu tumpuan. Cuba jugalah beri tumpuan pada khatib yang sedang membaca teks khutbah.

Semacam telah menjadi trend pula disetiap masjid yang aku hadir untuk berjumaat mutakhir ini, imamnya adalah budak-budak tahfiz yang diarahkan oleh pihak agama negeri mengimami jumaat disetiap masjid kendaliannya. Baiknya di Masjid Raudhahtu al-Jannah dan Masjid Saidina Ali yang kedua-duanya di Bukit Katil mahupun di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang. Rotation yang dibuat setiap minggu mungkin demi memantapkan dan menghadirkan keyakinan kepada bebudak tahfiz ini untuk dinilai dan diserapkan ke jawatan imam kekal bukan setakat peringkat kampung tapi tahap lebih tinggi lagi. Pernah aku tanyai Imam Ali khariah bukit beruang tentang bebudak tahfiz yang mengimami solat jumaat. Bagus sebagai pelapis, komennya ringkas. Mungkin tidak mahu menimbulkan polemik atau tersilap memberi pandangan. Aku probe dia lagi akan kejanggalan ketika solat jumaat di hari raya yang baru berlalu. Aku nyatakan kerisauan yang terlihat dimana orang-orang tua yang merupakan hardcore yang mendominasi 2 shaf depan dipimpin oleh budak tahfiz untuk sembahyang jumaat. Apa agaknya perasaan imam 1 & imam 2, bila rayapun orang 'luar' pula yang conquered. Dia tergelak kecil mungkin soalan aku agak melucukan buat dirinya. Menurutnya lagi, arahan dan perancangan yang datang dari pejabat agama mana boleh disanggah. Mungkin terlepas pandang suasana hari raya untuk minggu raya berikutnya. Apapun terpulanglah untuk makmum menilainya. Bagi yang sensitif, macam aku ini, terasa janggal pula. Macammana agaknya bualan makmum dengan pangkat budak yang menjadi imam ni. Kebiasaan yang terlihat adalah makmum mendapatkan imam untuk bersalaman selepas selesai berdoa. Selalu jugalah terdengar gelak ketawa usikan orang lama sesama mereka membuat lawak sebelum sebelum ini. Lawak yang sedikit privacy dimana kalangan mereka sahajalah yang tahu. Terasa kini dengan muka 'ketat' dan bersalamanpun kira ambil syarat saja. Keadaan yang tidak pernah terlihat olehku kini jelas ditatapi. Mood raya bertujuan bermaaf-maafan sesama rakan sekhariah dimasjid seminggu dua itu sedikit sebanyak disurami dengan hal ini.

Bersama Imam Ali yang dirujuki ...


Harap-harap bukan bagi orang lain tapi buat diri ini sahaja. Mungkin aku ter-over akan gejala ini tapi amat mengharapkan agar bebudak tahfiz ini yang pemahaman bahasa arabnya tinggi dan miliki akhlak yang juga baik,  dapat cepat membiasakan diri dengan orang yang lebih dewasa. Bergaul beradap perlu dipantau dan diperkemaskan oleh pihak yang terlibat. Mungkin ilmu interpersonal perlu diterapkan kat bebudak ini. Juga ilmu kejiwaan dan 'behavioural science' agar mereka tidaklah canggung bila berdepan dengan 'hardcore' setempat yang punyai pengaruh yang bukan 'sikit' dikhariah sendiri.