Sunday, August 4, 2024

Lebat hujan pagi minggu ini...

04 AUGUST 2024, 13:43


Lebat hujan pagi minggu ini...


Sejak bangkit awal Suboh @ 5:00pagi, gerimis baru bermula. Agak kedinginan dengan sunyi sekitaran jelas terasa. Aku bangkit seperti biasa yang menjadi amalan harian aku sejak tidak bekerja lagi di awal Februari lalu. Namun kebiasaan ini telah aku paksakan kedalam diri lebih awal sebelum bersara sebenarnya. Bangkit awal telah jadi lumrah kepada umat Islam. Tinggal lagi dikalangan kita yang merasakan diri masih lama dan panjang lagi masa kehidupan didunia ini menganggapkan bangun diawal pagi bukan merupakan suatu kemestian. Bangun ikut suka. Bangkit pagi bersebab. Routine bangun awal pagi dek kerana hendak ketempat kerja atau ada keperluan lainnya. Jarang bangkit awal semata mata hendak bersegera ke Masjid berjemaah Suboh. Itu dulu...tanggapan sekarang sudah berbeza.


Teringat terkenangkan masa zaman muda diawal 90-an. Ditimpa hujan diwaktu keluar untuk bekerja bukanlah sesuatu yang dianggap membebankan. Keperluan untuk hadir tepat masa ke tempat kerja menjadi keutamaan. Sesuai dengan keadaannya, ketika aku cuma punyai motosikal sahaja untuk bergerak, baju hujan senantiasa tersedia untuk digunapakai. Bukanlah bermaksud hendak melawan takdir tapi 'persediaan' menyantuni takdir kehujanan perlu direncana sebaik seharusnya. Mengeluh bukanlah reaksi yang patut dipertunjukkan. Tetapi berikhtiar bagaimana 'elak' dari ditimpa bahaya bencana hujan. Rasanya semua kita pada sesuatu detik dalam kehidupan ini pernah dan harus mendepani suasana ini.

                                           Siapa yang tidak pernah ditimpa hujan...bohonglah

Ketika baru hendak mulai penghidupan bekeluarga dengan serba serbi kekurangan dan dimasa yang sama kena hadapi pelbagai cabaran tentulah amat peritnya terasa. Aku tidak tahulah pasal orang lain. Mungkin ada persamaan atau jauh berbeza dan aku tidak peduli semua ini. Apa yang lebih perlu aku hadapi dan terpaksa cari jalan untuk perbaiki diri maka itulah yang akan aku lakukan. Ehsan dariNya dan mendengar keluh kesah serta permintaan hambaNya yang berjuang mencari 'rezeki' untuk keluarga tanpa jemu akhirnya 'paid-off'. Syukur dan bersyukurlah kepadaNya. Walau tidak seberapa tapi itulah dan sehingga kini, apa yang dinikmati dan dilalui adalah semata rezeki pemberian serta ehsan dariNya yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa keatas sesuatu dan keatas hamba hambaNya. Tidak berbaloi membandingkan dengan orang lain. Rezeki diantara kita tidak akan bersamaan. Semuanya bergantung kepada ehsan dariNya.


Kalaulah aku dahulunya perlu meredah lebatnya hujan untuk ketempat kerja, apa kurangnya dan apa bezanya mereka yang seusia aku untuk keluar bekerja. Cumanya mereka sekarang ini lebih bernasib baik dengan pelbagai kemudahan tersedia. Tahap ekonomi meningkat dengan rata ratanya dan masih awal 20-an sudah punyai kereta. Datang hujan ataupun tidak ketika keluar bekerja bukanlah satu isu besar. Tiada hal lah. Antara rajin dengan tidak sahaja. Kalau niatnya hendak menyara keluarga, percayalah Allah swt akan lindungi perjalanan pergi dan baliknya. 


Kekadang kuyup juga bila sampai ke rumah tanpa memakai baju hujan. Biasanya untuk haluan balik dari tempat kerja, biarpun lebat hujan tetap diredah juga. Faktor keselamatan dikesampingkan. Tiadaklah aku cemburui kelebihan bebudak sekarang perolehi berbanding dengan diri aku yang bergelut membina keluarga. Bebudak bujang beruntung sekarang ini. Even kalau bekerja kilang sekalipun, income per month tidak lari dari RM1500.00. Belum lagi kerja lebih masa dan pelbagai insentif kewangan yang bakal diperolehi. Kalau dicampur semuanya tak larilah kalau sebulan boleh bawa pulang dalam RM2000.00 bersih. Duduk dengan keluarga pula.. Apa hendak runsingkan pasal sewa rumah dan belanja makan. Semuanya ditanggung keluarga. 


Nikmat diperolehi oleh bebudak sekarang amat tidak terjangkakan. Memang bernasib baik sungguh mereka ini. Namun sikap buruk dan boleh memakan diri tanpa disedari perlahan lahan terpancar kepada umum. Kekentalan mudah rapuh. Bila ditegur dimarahi kerana kerja tidak capai standard, mulalah tarik muka dan buat musuh dengan 'ketua' dan sebar 'aura' negatif pada bebudak lain yang cekal bekerja atas pelbagai tujuan. Golongan Gen-Y ini seolah tidak cukup ketahanan diri segelintirnya terutama yang datang dari keluarga M-40. Dimanjakan dan dipantau dalam segala hal secara keterlaluan membuatkan mereka tidak boleh ditegur. Lebih parah lagi sanggup dilawannya pula seolah dia yang baru kenal 'dunia' sesuka hati meremehkan sahaja teguran arahan oleh ketua yang lebih senior.


Tidak beranilah untuk aku perihalkan perangai bebudak sekarang yang seolah tidak serius hendak bekerja. Mungkin, agaknya, setelah dimarahi keluarga terpaksalah juga keluar mencari kerja demi untuk sara kehidupan sendiri. Tentulah niat awalnya para ibu dan bapa agar dirinya cekal mencari pendapatan sendiri setelah menamati alam persekolahan. Rasanya orang tua sudah nampak 'kesukaran' yang perlu ditempuhi anak anak mereka jika hidup pun buat sambil lewa dan sampai bila harus bergantungan dengan keluarga. Sedangkan orang luar yang reramai memasuki negara, entah siapa yang ajak mereka bertandang, telah lebih dahulu merasai peritnya tiada kerja serta sukarnya mencari wang belanja kehidupan. Terpaksa sanggup menempuh apa sahaja dugaan dinegara yang asing buat mereka. Demi survival keluarga, mereka sanggup hadap.


Akupun punyai tanggapan serupa, tambahan pula kalau kelulusan dan kemahiran tidak seberapa dan tiada 'nilai' tambah, mana mungkin boleh menjawat jawatan yang baik. Kini lagi kecoh dengan kebanjiran pendatang asing berebut kerja di sektor 3D @ Dirty, Difficult and Dangerous. Celik celik mata sahaja hendakkan kerja yang 'bagus' tapi penampilan diri serta kelayakan tidak sebagus mana dan tidak sedar tidak pernah bekerja dan tiadapun pengalaman kerja. Mahu layan sementara waktu menunggu kerja 'pilihan' diterima, dengan bekerja sementara di mana mana tapi terpaksa berebut dengan pendatang yang lebih rela menerima gaji rendah dan bersedia bekerja lebih masa. Tentu sahaja majikan 'mata sepet' lebih menyukai golongan yang bekerja tidak berkira  hari dan masa dengan gaji yang relatively rendah. Bersaing dengan orang lain dan lebih lebih lagi pendatang asing yang sememangnya 'dahaga' wang desakan ekonomi yang mencengkam dinegara asal memasing pun mudah koyak dan mengalah serta tidak upaya untuk 'counter', kebimbangan aku untuk 5 ke 10 tahun lagi terrhadap masyarakat terbayang amat mengerunkan. 


Mungkinkah diketika itu bidalan lama menjadi nyata....ayam di kepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kelemasan. Bukanlah menakutkan cuma mengingatkan bebudak sekarang ini untuk bingkas bangun bertindak sepatut dan seharusnya. Orang orang lama yang berjuang merintis membuka ruang untuk generasi baru bertindak dengan lebih tersusun terancang memartabatkan maruah bangsa. Kami sebagai otai berharap benar agar 'mereka' lebih berdaya saing memakmurkan negara buat keterjaminan hidup pewaris bangsa seterusnya. Kalau boleh selamanya. Nyahkan golongan pendatang dari negara 'nenek moyang' kita yang tidak henti henti mahu memporak perandakan kita 'anak beranak'.


Laungankan slogan 'Tanah Melayu untuk Orang Melayu' ke seluruh pelusuk negara. Biar mereka sedar diri yang negara ini bertuan lagi berdaulat.

Saturday, August 3, 2024

Gerimis berterusan di petang Sabtu

03 AUGUST 2024, 21:14


Gerimis berterusan di petang Sabtu


Aku bersantai malas di sofa antique di kawasan porch. Selesai sembahyang Zohor dan sekadar ambil angin dingin dek gerimis yang mulai sekitar 12:30 rasanya. Dalam pada terkutik kutik kaki bersilang disofa sambil menyelak buku yang aku pinjam dari Perpustam pada 01/08, tetiba terdetik memikirkan nasib peniaga di pinggir jalan yang memacak khemah sementara mereka. Tentunya 'jualan' akan berkurangan andai semakin lama gerimis disertai dengan angin mulai sedikit kencang sekarang. Aku tidak dapat tidak sekadar melihat memerhati sahaja dan tidak mampu hendak membantu. 


Apa yang paling pasti, pemandu yang melalui laluan tempat mereka berniaga tidak akan berhenti membeli membantu dalam keadaan cuaca yang kurang menyelesakan mereka. Tambahan pula peniaga yang ditimpa gerimis ini lebih perlu memastikan barangan jualan mereka tidak ditimpa hujan, takot takot rosak pula dan akan merugikan mereka. Dimasa yang sama juga turut risau akan khemah yang terdedah ditepian jalan ini boleh diterbangkan angin pada bila bila masa. Andai ini terjadi maka bertimpa bergandalah malang yang menimpa pada hari ini. Sesiapapun amat khuatiri jika ianya benar benar berlaku.


Dalam kelam kabut memastikan segalanya terkawal terhindar, tentu juga terdetik dalam hati untuk miliki premis niaga kekal pada suatu hari kehadapan. Ketidaktentuan yang tetiba hadir tentulah akan membuatkan sesiapapun sengsara menghadapinya sepanjang masa. Enough is enough, mungkin inilah yang berligar didalam kepala hotak. Namun kalau setakat berhajat tapi tiada perancangan yang sungguh sungguh lagi rapi, takutnya nanti tinggal angan angan semata. Berhajat tapi tidak sanggup hadapi cabaran berusaha. Ciri inilah yang menjarakkan orang yang berjaya dengan mereka yang sering sangat temui kegagalan. Resam dan adat dunia. Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan boleh dapatkan sagunya. Mustahil dan tidak mengikut aturan yang seharusnya.


Aku bercakap tentulah boleh. Tapi kudrat sudah makin berkurangan. Bro, aku bukannya apa, sekadar meluahkan pandangan. Mana mungkin ingin bersenang senang sedangkan tidak pernah merasa peritnya kehidupan. Bagi akulah yang menjalani kehidupan yang biasa biasa inipun, kalau tidak 'gerak', tidak makanlah aku. Memasing ada cerita peribadi mereka sendiri. Akupun kalau mengalah berserah semata tanpa berusaha dengan berserah memohon pertolongan dariNya tentulah 'derita' juga dipenghujung usia.


Apapun aku bersyukur dengan limpah kurnia dan rahmahNya yang tidak putus putus, aku masih bertahan disudut dunia yang sementara sifatnya. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang andai dirinya sendiri tidak mahu berubah dari keadaan sekarang dan tentunya kepada keadaan yang lebih baik. Boleh buka al-quran, Surah Al-Rad: 11, untuk lebih fahami apa yang diturunkan kepada Nabi kita dahulu. Jangan lupa hafali ayat ini dan bacalah serta dengarilah tafsir dan ulasan pandangan dari mereka yang 'alim' dalam bidangnya agar kita tidak terpesong pemahaman.


Rujuk link ini untuk perspektif berbeza akan Al-Rad:11, allah-tidak-akan-mengubah-nasib-kita juga pasal rezeki, bersyukurlah-rezeki-allah-sudah-tetapkan


Bukan semua dari kita senang sejak lahir. Even dari kalangan yang beradapun tidak akan membiarkan anak anak mereka melelong tidak tentu arah tapi akan merancang agar kehidupan mereka nanti lebih bermartabat bermaruah. Tidaklah terkial kial mengharapkan simpati orang demi survival hidupnya. Makanya setiap kita tidak harus malu tapi kena berani hadapi cabaran. Hidup adalah suatu perlumbaan. Siapa yang lemah dan lebih teruk lagi 'lemah cangguk' maka akan payah untuk bangkit bersaing dengan mereka yang cukup serba serbi 'kelengkapan' untuk hadapi persaingan. Senantiasalah menjadi 'makanan' pihak yang berjaya. Diperbodohkan satu hal tapi dimanipulasi semaksimum dalam setiap lapangan kehidupan yang bagi aku tahap yang paling sukar untuk kembali bersaing secara sihat. Apa tidaknya, baru hendak memulai sudah kena tekan. Baru berbuat sesuatu sudah diperlekehkan agar tidak bersemangat dalam hidup. Tujuannya agar senantiasa bergantung hidup bergantung ehsan kepada orang lain. Mentaliti hamba yang cuba ditanamkan seandainya 'berjaya' maka puaslah hati golongan penindas.


Semoga usaha peningkatan ekonomi diri dan keluarga yang diperjuang dipertunjukkan oleh mereka yang gigih berniaga walau serba kekurangan yang sering terlihat dan mudah difahami ini akan berhasil mencapai sasaran. Kita tidak tahu akan apa sebabnya buat mereka untuk tidak malu berniaga dibawah khemah sementara dipinggir jalan saban hari. Kalau ikutkan, sudahlah bersusah payah memasang khemah dari kosong pada awal berniaga dan bila tamat berniaga perlu pastikan keadaan sekeliling bersih seperti sediakala. Penat berniaga dan berganda penatnya bila perlu menanggalkan khemah yang didirikan serta mengumpul barangan jualan yang berlebihan tidak laku. Kalaulah rezeki seharian lebih dari semalampun sudah dikira patut dan perlu bersyukur. Tapi kalau seperti hari ini yang gerimis berterusan sehingga lepas Asar, pastinya kurang hasil yang diperolehi. Penat sudah tentulah penat dan dengan kutipan niaga yang tidak seberapa maka bertabah adalah 'senjata' yang perlu melawan rasa tidak bernasib baik pada hari ini.


Aku amat admire buat mereka yang gigih berusaha. Berniaga kecil kecilan biarpun tidak dipandang 'gah' oleh mereka yang singgah membeli yang rata ratanya membeli kerana bersimpati terhadap sesama kita. Ini tanggapan aku semata. Hakikatnya, sesiapa yang singgah berhenti itu bukanlah atas kerelaan mereka semata pada zahir terlihatkan tapi lebih kepada 'aturan' yang telah Allah swt tetapkan untuk hadirkan 'rezeki' kepada orang yang berniaga itu. Rezeki sememangnya telah Allah sediakan cumanya terpulanglah kepada cara kita untuk mendapatkannya.


Apapun bersyukurlah dengan rezeki dan nikmat pemberian dariNya. 


Friday, August 2, 2024

Biasa dengar 'anak syurga', ada apa dengan 'ahli syurga'...viral lak

02 AUGUST 2024, 11:34


Biasa dengar 'anak syurga', ada apa dengan 'ahli syurga'...viral lak


Pagi Jumaat ini, aku datang singgah ke KKM ambil ubat lagi termasuklah untuk Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya aku perlu 'telan' didepan mereka didalam bilik no. 4, tapi pada kali ini  memandangkan ramai pula patient yang ada didalam bilik dengan pelbagai sebab maka aku skip. Aku berhasrat untuk ambilnya didalam kenderaan yang diparkir di perkarangan letak kereta sahaja. Sekelipan sahaja berubah dan akan mengambilnya didalam bilik sahaja selepas selamat sampai dirumah. Bukannya apa, didalam kereta suasana mulai menghangat dan tambahan pula bila lepas telan ubat tu, kepala akan pula terasa pening pening takut memudaratkan ketika memandu pulang.


Done. Selesai aku telan ubat yang dijangkakan berlarutan selama 9 bulan. Ikut perkiraan sehinggalah berakhirnya Februari 2025. Rawatan lebih intensif menurut kata doktor yang merawat aku dan menjadi keperluan untuk setiap hari hadir ke KKM dan 'makan' obat didepan petugas kesihatan. Cakap banyapun tak guna maka haruslah aku ikutkan sahaja rentak mereka. Selagi mana untuk kebaikan diri aku tentulah aku harus patuhi aturan yang ditetapkan. Namun untuk kali ini semacam ada kelonggaran yang tidak disengajakan. Seolah dapat pelepasan. Cuma tinggal 'Najmi' sahaja yang kendali di bilik no. 4 dan mungkin boleh lebih kurang memandangkan dirinya cuma baru berusia awal 20-an, pangkat anak sahaja maka dia tidakpun membantah. Aku ucapkan terimakasih dan berlalu keluar dari bilik.


Ketika tengah leka layan fb di bangku menunggu didepan bilik no. 4 sedang membaca komen komen spontan netizen pasal digelar 'ahli syurga', nama aku dipanggil. Aku mendongak dan melihat arah datangnya suara memanggil. Rupanya dia, si Najmi tercegat dimuka pintu bilik no. 4. Bangkit longlailah aku menuju masuk. Baru hendak dapat idea penulisan, kacau pula 'mamat' ini. Ikutkan sahajalah kehendaknya.

Screenshot tatkala nama dipanggil...takot terlepas, akan dirujuk baca


Sesampai dirumah setelah selesai mengambil ubat terus aku capai dan buka tablet Samsung untuk menulis di Dairo Journal. Memang banyak isu yang diperkatakan didalam social media. Terpulanglah kepada isu apakah yang lebih menarik perhatian memasing. Bukanlah aku bermaksud yang aku ini bagus sesangat. Of course tentu tidaklah. Cumanya aku terpanggil untuk aku ulas beberapa sudut yang pada firasat aku patut aku ketengahkan. Bukanlah sebagai panduan untuk sesiapa tapi sebagai renungan buat diri yang semakin menghujung usia. Tidak bermaksud mahu berbalah tapi setakat berhujah dari sudut pandangan aku semata. 


Kalau kita renung secara serius bersama akan berita yang diketengahkan oleh pengendali media digital, ternyata banyaknya 'berita' yang tidak pernah terfikirkan oleh kita sebelum ini boleh sahaja sekejapan menjadi 'viral'. Misalnya sehari dua ni, kisah seorang doktor Melayu yang mana, rumahnya didatangi dan dipelawa masuk lelaki asing, bukan seorang tapi dua orang sekali gus oleh 2 'maid' yang digajikannya kedalam rumah ikut suka hati mereka. Tujuannya pula untuk buat 'maksiat' sepertimana yang dilaporkan sendiri oleh doktor muda tersebut. 2 orang lelaki 'Bangla' yang bertamu dirumahnya yang diajak oleh pembantu rumah warga Indon dan Pinay adalah sesuatu yang amat mengejutkan bukan dirinya sahaja malah sesiapapun yang waras fikiran. Bukti CCTV tidak mampu dinafikan oleh mereka yang terlibat. Tepuk dahi aku. Bila hal yang tidak senonoh boleh terjadi dan sekelipan sahaja diketahui khalayak ramai pastinya cepat menjadi polemik. Apa hendak jadi negara aku ini. Sampai bilakah perkara sebegini akan jadi tontonan ramai. Apakah tiada tindakan susulan oleh mereka yang terkait untuk membanteras. Urut dada aku menahan marah. Semua kita terpalit dan paling pasti sesuatu perlu dilakukan.


Tapi aku lebih berminat dan tertarik untuk perkatakan tentang kata-kata pelemah semangat berupa sindiran bilamana mahu berjinak jinak ke Masjid. Sekarang ini bukan boleh cakap tidak tentu. Cepat sahaja akan di viral untuk dinilai masyarakat. Semua dari kita, percaya ataupun tidak, pernah laluinya. Mungkin appoach yang diterima mungkin sedikit berbeza tapi pada dasarnya cuba bersifat 'downgrade' merendah rendahkan orang. Aku ambil sedikit masa membaca berita yang dilaporkan oleh 'M-star' hari ini. Apa sebenarnya yang mahu di-highlight kepada umum. Melalui tajuk berita yang agak 'catchy' tentunya dapat memancing bilangan reader untuk ketahui lebih lanjut.


Rujuk link...pergi-solat-di-masjid-pemuda-disindir-jemaah-ahli-syurga-...tapi tafsiran memasing mungkin berbeza.

Faham...faham...dan memangnya strategi pengendali portal berita dalam mendapatkan viewer tertinggi dikalangan pesaing. Aku bukanlah hendak menghukum sesiapa tapi cara pemakluman yang lebih kepada sepihak bakal menghadirkan pelbagai implikasi. Semua kita punyai interpretasi sendiri. Betul salah dan kecenderungan sepihak tentulah tidak dapat dielakkan. Rata ratanya komen dari netizen menyebelahi kepada pemuda yang upload kisahnya yang konon katanya 'dibuli' oleh orang masjid. Dah lah tu diselarnya sebagai orang terpaling 'ahli syurga'.


Apa yang pasti, pemuda yang dikata diperlekehkan ini berjaya mendapat follower yang ramai. Menyebelahi bersimpati atas apa yang berlaku memanglah begitu didambakan. Namun bilamana gagal mencerna dengan penuh adil ikut konteks peristiwa mungkin akan mendatangkan salah sangka dan 'stigma' ini mungkin akan kekal berpanjangan. Hendak berubah menjadi baik memang banyak cabaran. Kena kental dan tabah hadapi segalanya. Bila cepat patah hati mudah koyak dengan usikan dari 'mereka' yang mengenali tapi dianggap cemuhan oleh empunya diri, maka makin rumit jadinya.


Aku tidak berani mengatakan seorang hardcore 'masjid-goer' ini bermaksud yang bukan bukan. Rasa rasanya sipolan tu tidakpun jauh sangat berbezanya dari segi usia dengan aku. Agak pasti yang pendekatan berguraunya menyambut 'calon' baru yang bakal menjadi regular ke masjid telah disalahertikan. Normal bagi aku yang sebaya, kalaulah aku yang dimaksudkan. Bebudak sekarang, cara dan seni berborak agak berbeza dengan angkatan aku. Bilamana orang dari zaman yang berbeza dan tidak sama 'kepala', apa apa sahaja yang tidak 'gham' mudahnya disalah maksudkan. Tak pasal pasal, orang tua tu menjadi 'kutukan' para netizen. Moralnya, bila berbual dengan bebudak dan begitu jugalah bila bebudak hendak berborak santai dengan orang lama perlu ada ciri ciri yang harus dipatuhi. Cara dan approach mengusik berbeza. Benda yang dianggap normal oleh otai kekadang dikatakan keterlaluan dalam bergurau. Agaknya, sudah tiba masanya perlu ada etika dalam perhubungan dikalangan mereka yang tidak sama grup.


Selingkar kisah yang dipaparkan ini harap jadi pencetus agar kita semua lebih berhati hati berbicara. Mudah sangat untuk disalahertikan dan lebih tidak baiknya bila di-spin memburukkan orang lain demi mencari keuntungan yang sementara sifatnya. 


Kerut dahi memikir cacamarbanya dunia dewasa ini. Haru dibuatnya.




 

Thursday, August 1, 2024

Pilihan Memasing

Semalam dikhabar dimaklumkan merupakan 'Hari Pahlawan'. Hampir terlupa pula aku. Sebenarnya tiada sesiapapun yang pedulikan sangat mengenai hal ini. Tentulah mereka yang terlibat terkait akan cuba menghayati 'falsafah' serta kepentingannya untuk khalayak teramai agar turut sama merasainya. Begitupun kalangan orang Melayu akan lebih terpengaruh terpanggil untuk memahaminya dengan lebih bererti. Amat maklumlah yang peristiwa yang cuba diketengahkan dan pernah terjadi dahulunya tertumpu kepada penentangan orang Melayu terhadap ancaman komunis yang anggotanya terdiri dari orang Tiong Hua @ Cina semata. Bagaimana kenangan yang memeritkan berdepan dengan segala insiden melawan penentangan anasir luaran yang cuba memporakperandakan negara ketika itu yang masih lemah diperingkat mulai merdeka diketengahkan dalam masyarakat lepas lebih 60 tahun merdeka kini agar menjadi 'azimat keramat' pertahankan negara. 


Bagaimana termula tercetusnya idea mengenangkan sejarah-sambutan-hari-pahlwan- dibaca disini. Juga bagi yang jati dirinya masih teguh kenangilah 'peristiwa hitam 1946' disini, -lenyapnya-kerajaan-melayu-di-sumatera/


Bagi akulah, strictly buat diri akulah, setakat mengenang jasa orang yang terdahulu berjuang hadapi segala bentuk ancaman kepada keselamatan negara tiada masalah sebenarnya. Memang aku akui keperluan dan kepentingan menjaga ketenteraman negara adalah keutamaan ketika itu. Tambahan lagi aku juga berbangsa Melayu tentulah turut bersimpati dengan orang sebangsa yang tercedera berkecacatan kekal serta ada juga yang terkorban. Namun usaha pertingkatkan tahap dan tingkat keselamatan sehinggalah ke saat ini perlulah sesuai dan diselaraskan setiap waktu. Takkanlah asyik hendak mengenang dan terus mengenang serta selalu sahaja mahu diganjari dengan pelbagai imbuhan. Kita kena bergerak kedepan. Perketat perkemaskan lagi mana mana kemungkinan 'pencerobohan' bentuk baru di era sekarang ini.


Takrifan pendatang yang mana 'uri' mereka ditanam dinegara tanah kelahiran mereka tidak mungkin akan mampu dipengaruhi untuk turut bersimpati setidak tidaknya mengiktirafi pribumi pertahankan Tanah Melayu dari dikucar kacirkan. Apatah lagi untuk merasa patriotik kepada negara ini. Mereka tiada pertalian langsung dan tidak akan pernah menganggapkan negara ini harus diperakui sedemikian. Bilamana mereka sendiri tidak menganggapkan negara ini sebagai theirs own 'motherland' malah bahasa Melayupun tidak dipandangnya, mengapa perlunya kita bersikap terlalu apologetik kepada mereka. Geli telinga aku kalau ada dikalangan mereka yang tidak tahu malu mendabik mengaku yang negara ini adalah negara kelahiran mereka @ my 'motherland' @ ibu pertiwi-ku. Pendatang akan tetap bergelar pendatang biarpun anak pinak mereka lahir dinegara ini. Siapa yang memandai mandai memberi kerakyatan kepada mereka. Sepatutnya, kitalah pribumi yang perlu cergas dan betah menjadi tonggak kekuatan negara didalam segala aspeks kehidupan.


Sehingga kini aku tidak merasai tanah air kita ini sudah seratus peratus bebas dari ancaman pencerobohan orang luar. Malah makin menjadi jadi pula seolah tiadanya sebarang usaha mencegah membanteras dilaksanakan secara tuntas. Terjadi didepan mata akan pencerobohan bentuk baru berleluasa tapi tindakan menyekat kemasukan orang 'tidak diundang' macam tiada dan kalau adapun seolah tidak berkesan. Bagaimana dikhabarkan bahawa 'pelancong China' yang memasuki melalui 'airport', saya ulang, 'airport' atau lapangan terbang yang mana syarat masuk/keluar adalah ketat dibawah seliaan Imigresen masih kedapatan 1.2 juta orang lagi belum melapor keluar dari negara ini. Kemasukan secara 'terhormat' di pintu masuk. Itu belum lagi yang memasuki secara senyap senyap yakni secara haram tanpa punyai sebarang pengenalan diri. Nampaknya mudah sungguh bagi mana mana warganegara 'asing', asal tergerak sahaja mahu masuk ke Tanah Melayu, maka mereka terlalu mudah melakukannya.


Paling mudah adalah orang China. Tidak perlu mengaku sebab amat sukar hendak membezakan antara penduduk tetap dengan pendatang dari China. Mudah sangat menyamar sebagai Cina tempatan. Kita pula tidak kisah samada tahu berbahasa Melayu ataupun tidak. Faktor ini menjadi 'advantage' kepada kebanjiran mereka tanpa dihalangi. Cina tempatan lagilah menjadi dalang mengalak mengalu-alukan kehadiran sanak saudara 'jauh' mereka. India juga dengan 'modus operandi' yang sama seolah kes 'rubber stamped'. Boleh menyamar berlindung dengan saudara mara yang telah lama bermastautin di Malaysia ini. Ketibaan pendatang dari China dan India amat memeningkan dan di haru-birukan pula dengan kemasukan dari negara lain yang turut mencuba nasib. Myanmar, Rohingya, Pakistan, Bangladesh dan Nepal dari Asia Kecil/Asia Tengah serta negara Asia Tenggara, Philipina, Vietnam, Kemboja, Laos dan teramai adalah Indonesia.


Kalau tidak ada 'sindiket' kemasukan pendatang asing yang tersusun bersistematik mana mungkin kebanjiran yang sekelipan masa menjadi permasalahan bersama kita. Kita sedar dan kita nampak semua yang ada didepan mata. Karenah mereka terutamanya dari negara negara Asia Kecil dan Asia Tengah tetiba boleh mengugat ketenteraman keselamatan rakyat. Apakah semua ini akan terhenti dengan mudah. Tidak pastilah. Tapi 'damage' telah berlaku. Kita pula sebagai warga negara tentulah tertanya tanya. Apa sudah jadi dengan para penguatkuasa dan barisan keselamatan yang diharapkan dalam membendung hadapi ancaman keselamatan.


Sedikit demi sedikit hak pribumi dirampas tanpa berdaya dicegah. Permainan 'jahat' oleh pihak berkepentingan yang sememangnya tidak mahu dan tidak menyukai orang Melayu berkuasa ditanahairnya sendiri akan sedayanya mencuba sehinggalah matlamat terancang mereka terlaksana sepenuhnya. Diketika itu barulah puas hati mereka dan akan memunculkan diri menunjukkan wajah.


Andai terjadinya hal ini, Raja dan Sultan yang terpongok didalam istana memasing sudah tidak bermakna lagi. Semuanya sudah terlambat. Mereka yang kononnya 'payung negara' seramai '8 beradik' ini tidakkah tiada seorangpun yang menyelak menyingkap sejarah 1946 dimana bukan sahaja Sultan Melayu dibunuh dengan kejam termasuk anak pinak mereka tapi 'brutal' lagi dilakukan serentak semalaman sahaja. Bukannya jauh sangat sekadar diseberang iaitu Sumatera. Peristiwa hitam ini sepatutnya menjadi 'sempadan' agar kita senantiasa berhati hati akan segala kemungkinan.


Lembu kenyang...apa, lembu kenyang...siapa yang cakap tu. Ya tak ya juga. Sekarang ini semacam sudah menjadi 'lingua franca' yang bermaksud mereka yang tidak menghiraukan akan apa apa yang berlaku disekitaran. Bagi mereka, semua itu tidak penting. Seolah tiada sikitpun kaitan dengan mereka. Dari perspektif orang biasa, adapun menyemak sahaja dan kalau tiadapun lagi baik. Kami sudah tidak ambil peduli kepada mereka sebagaimana merekapun tidak ada rasa kepedulian kepada orang bawahan. Hormat... apa perlu hormatkan mereka. Buang masa sahaja. Adalah lebih baik kita kelola diri sendiri harungi kehidupan selagi dikandung hayat.


Tekadlah perbaiki diri dan dimasa yang sama tanamkan sikap tidak senang dengan pendatang asing. Mana patut kita halau mereka balik ke negara asal memasing. Buat apa duduk lelama disini.


Thursday, July 25, 2024

Sayu pula hati ini

25 JULY 2024, 14:50


Sayu pula hati ini


Dah puas dengar dan sampai sudah naik bosan dibuatnya akan lelagu bergenre 'Funky & Groovy', sebelum bergerak ke KKM Ayer Keroh, aku beralih untuk mendengar lelagu dari genre lain pula. Antara pilihan 60-an dan pop dangdut, aku memilih pilihan kedua. Folder dangdut ni pula aku splitkan mengikut seleksi yang aku buat. A. Ramlie - 70-an Dangdut, A. Ramlie - Rentak Dangdut, Pop Dangdut(Malaysia), Dangdut Indon dan koleksi dangdut ikut artis, D. J. Dave, Ramlah Ram dan Malek Ridzuan dalam simpanan aku. Tidak perlu fikir lama berlengah, terus aku press folder Malek. Hampir menyampai ke-20 lelagu berirama dangdut dari penyanyi ini aku pilih untuk didengari sebagai halwa telinga pemanduan ke KKM.


Masa perjalanan pergi tidaklah terasa sangat tetapi dalam haluan balik dari KKM termula segalanya. Aku mudah sangat tersentap dan cepat perasa orangnya. Cepat sahaja untuk segera merasai kesedihan keresahan hati orang lain. Kekadang tanpa disuruh suruh, aku pula yang terhegeh hegeh menganggapkan yang 'insiden' yang terjadi dikhabarkan orang atau menyaksikannya sendiri terjadi kepada diri. Naturally ianya datang sendiri. Mungkin akibat dari terlebih amat membaca 'genre' autobiography sejak awal 80-an lagi. Mungkin dan amat pasti rasanya yang hal minat membaca buku bercorak kisah peribadi seseorang menjadi faktor utamanya.


Biar tidak berlaku dan tidak pernah dan tidak mungkin berlaku tapi aku kekadang menerawang mengandaikan yang aku akan ditimpa dengan 'musibah' sedemikian. Entahlah bagaimana termulanya. Saja hendak 'layan' perasaan dan membuai rasa kesedihan yang mungkin sahaja boleh terjadi. Tiada yang mustahil untuk terjadi. Tidak pelik kalau itulah yang terjadi. Sememangnya hidup dan kehidupan ini adalah 'suatu' perjudian. 


Ketika berhenti di persimpangan Ayer Keroh - Bukit Beruang atau arah melintangnya Sungai Putat - Kontingen Polis(Ayer Keroh Heights), aku perhatikan seorang penunggang Grab-food dari cermin sisi kiri pandang belakang, bergerak perlahan meleleh seolah melambatkan pergerakan ke persimpangan ketika lampu trafik masih 'merah'. Tergerak pula hati ini tanpa disuruh suruh melihat gelagat dirinya. Terus sahaja aku menyelinap masuk kedalam dirinya seolah akulah orangnya. Diketika yang sama, lagu yang didengari makin mendayu dayu mengiringi suasana yang dilihat.

Cari rezeki - Tanggungjawab

                                                            Henyak...sampai lunyai

Aku bukanlah bermaksud menghina tapi sekadar membuat 'projection' dan associate situasi yang terjadi didepan mata. Benda bukan kena bayarpun. Takkanlah melihat apa yang ada disekeliling merupakan suatu kesalahan. Kalaulah pihak Kerajaan semasa yang memerintah yang di gelar Kerajaan Madanon yang konon claim berteraskan Islam Madani imposed dan luluskan RUU pasal hal ini, maka makin loratlah jadi bahan 'gelak' di social media akhirnya. 


Melihat pada orangnya, rasanya telah bekeluarga. Usiapun kalau ikut firasat aku mungkin dipertengahan 30-an. Seorang lelaki normal dalam usia 30-an, rata ratanya sudah berkahwin. Jarang kedapatan dalam masyarakat kita buat golongan lelaki Melayu tidak berkahwin diusia sebegini. Andai ada, ianya suatu kekecualian atau an exception to the general rule, clause yang senantiasa kedapatan dalam 'law' yang aku pelajari masa zaman bersekolah dahulu di ITM. Aku cuba membayangkan dirinya tengah memikirkan bagaimana hendak 'membahagiakan' keluarga kecilnya yang lambat laun akan berkembang. Tatkala diusia sebegini masih 'strive' demi survival keluarga dengan fikirkan makan minum keluarga, rumah andai bersewa perlu dilunaskan tanpa gagal saban bulan. Keperluan anak yang sedang membesar jika berzuriat perlu diadakan dan harus juga sediakan pelbagai keperluan pembelajaran mereka. 


Kalau tidak tabah dan berani hadapi segala yang mendatang, mungkin mengalah begitu sahaja. Jalan keluarnya bercerai mungkin dirasakan pilihan terbaik. Tapi aku dare to be different. Aku beranggapan dia masih waras dan kental semangat juangnya. Being a gentleman is not a choice but a 'favourable' must. Buktikan kita bukanlah lelaki lemah serta gagal hadapi cabaran hidup. Maruah diri lebih penting dari 'lari' mengalah untuk bertanggungjawab. Aku tidak diajar untuk menjadi seorang yang lemah walaupun bapak aku tidak memberi 'pembelajaran' secara khusus. Aku menilai kesungguhan bapak melalui apa yang dia lakukan. Melihat sendiri kegigihan orang tua membesarkan aku walaupun dia tidak pernah bercakap berdepan akan kesukaran yang ditempuhinya. Tentulah dia ada 'pride' sebagai seorang bapa. Mana mungkin buat mereka yang tabah dan cekal sebagai ketua keluarga memaklum seolah meraih simpati dari anak anak akan kesungguhan ketulusan diri. Respect to be earned and not to be demanded. Mungkin prinsip ini dipertunjukkan secara senyap dan aku turuti serta hayati apa yang bapak pernah buat dahulu. 


Begitu jugalah aku harapkan yang dia yang zahirnya seorang 'food delivery' pada pandangan orang awam seperti aku tidak tersalah sangka. Memang hidup sekarang ini amat perit dan kejam. Usaha yang kita curahkan mungkin berganda lipatnya tetapi hasil yang diperolehi tidak seberapa mengikut penilaian semasa dari sudut 'materialistik' orang lain. Pedulikan cakap cakap orang. Tangan yang mencincang maka biarlah bahu sendiri yang memikul segala yang mendatang. Hidup sekarang ini memang 'keras'. Lingua-franca bebudak sekarang di social media yang digunapakai ini malah aku sendiripun 'suka' mengungkapkannya dalam penulisan aku.


Namun disebabkan aku tengah 'tenggelam' dengan kesayuan lagu lagu dendangan Malek Ridzuan yang didengari teramat amat mendayu ini, aku pepandai sahaja cuba kaitkan lagu 'Maakan Ku Kasih'. Betapa pilunya perasaan bilamana kita yang beria-ia sangat ingin membina keluarga bahagia tapi diwaktu yang sama pasangan pilihan pula berubah hati serta pendirian. Seolah sesuai 'background music' yang keudara ketika itu membawa motor melelau hati yang sedang lara. Aku, bagi akulah memang tidak boleh 'nak brain' andai benar benar terjadi. Remuk hati beb. Memanglah berkemungkinan andai itulah takdir yang tersurat. Siapapun tidak mampu membaca akan apa yang tersirat didalam hati pasangan yang tentunya mendapat restu kedua belah pihak dan yang lebih terpenting sekali si-buah hati pengarang jantung mahu bersetia bersama lelaki pilihan yang didambakan.

                                                Malek Ridzuan - Maafkan Ku Kasih

Bak kat orang, langit tidak senantiasa cerah. Bila datangnya ribut kencang melanda dan tanpa tersangkakan boleh merubah segalanya. Sekelip mata dan sebegitu mudahnya boleh berubah hati. Dalam dunia yang serba mencabar dan boleh dilihat dibuktikan ini akan segalanya dan tidak sangup bersusah berpayahan bersama mengharungi, maka mudah sangat ikatan yang tersimpul rapi boleh terburai begitu sahaja. Mudahnya lafazkan...'apa boleh buat, jodoh aku dengan dia sekadar cukup sampai disini sahaja'. Bukan menuduh, bukan mahu bersangka jahat tapi inilah trend sekarang ini. Berjanji bersetia bagai hendak 'rak'...segala galanya sanggup diharungi bersama. Namun bila sudah mula terasa peritnya kehidupan berterusan beberapa lama dan tiadanya tanda tanda pengakhiran, membuatkan si-dia tidak tahan lagi untuk kekal bersabar. Minta berpisah menjadi pilihan terakhir, jalan keluar yang paling mudah pada sangkaan. Hakikatnya, berpisah bercerai akan lebih merumitkan keadaan. Buktinya banyak kalau mahu dinyatakan. Rasanya tidak berbaloi.


Iri dengan corak kehidupan kengkawan satu sekolah malah sekampongpun sudah cukup untuk dijadikan alasan. Tidak mampu membaca yang corak kehidupan setiap orang adalah berbeza. Memasing perlu ikuti rentak kehidupan berlainan tapi tetap gagal dimengertikan.


Aku mungkin tidak mampu hendak gambarkan lagi keadaan mereka dua atau sekeluarga seterusnya mungkin untuk seminggu, sebulan, setahun dan beberapa tahun kehadapan tapi cukuplah dengan gambaran yang dilagukan oleh Malek Ridzuan ini. Lagu berikut ini memang tidak pernah akan terlintas oleh pasangan yang mahu bercerai tapi rentetan selepas perceraian hampir mirip mengikuti urutan yang diandaikan penulis liriknya.

                                                            Malek Ridzuan - Perpisahan

Nasib orang kita sudah tahu tapi nasib diri masih menjadi tanda tanya tidak berjawaban pasti. Harungi sahajalah. Bukankah hidup ini satu perjudian. Kata seorang brother influencer yang aku suka...'lanyak sampai lunyai'. Tidak kisahlah.

Monday, July 22, 2024

Don't Stop...jangan berhenti

22 JULY 2024, 13:16


Don't stop...jangan berhenti


Aku keluar sedikit lewat ke KKM Ayer Keroh hari ini. Puncanya layan youtube kat tv bertemankan orang rumah sekitar 8:30am. Tiada apa yang hendak dikejar kejar. Kini didalam mode santai gitu. 


Di fyp sejak semalam lagi heboh pasal tersalah cakap. Bilamana minda tidak synchronize dengan apa yang dilafazkan maka beginilah jadinya. Serba tidak kena. Hajat hendak memanipulasi tapi sendiri pula yang terbelit. Inilah akibatnya bila tiada rasa kebertanggungjawaban dalam diri bila menghamburkan sesuatu yang hajatnya hanya mahu memberuntungkan diri tapi hujung hujungnya menjadi cercaan para netizen. Tiada siapa menyangka dan tiada siapapun menduga. Benda bila hendak berlaku, tiada sesiapapun yang mampu menghalanginya.


Leka layankan pelbagai clip video pasal hal titik bengik yang berlaku didalam masyarakat semasa yang menjadi 'viral'. Pasal khilafnya menteri perkatakan bacaan 'qunut nazilah' sebelum rukuk dan celuparnya influencer muda yang baru setahun jagong cuba pertikai orang agamawan dengan tersingkap aib tanpa sengaja dek terkhilaf juga membaca 'qunut nazilah' penuh berkeyakinan. 


                                                Sebelum Rukuk ker...sebelum sujud
                                

                                                            Hah...ambek kau!!!.

Leka sampai terlewat bersarapan dan terlewat jugalah ke KKM. Hampir ke 11:00am baru meletakkan 'buku rawatan' ke kaunter pendaftaran. Belum sempat melabohkan buntut di bench menunggu, aku segera mencari tandas. Sebenarnya sebelum mencari parkir kosong berkeliling disekitar premis KKM, dah rasa hendak memerut. Tapi aku bertahan mencari tandas terdekat dan biarlah aku mendapatkan nombor giliran terlebih dahulu. Namun 'seru' hendak lepaskan hajat makin mendesak. Tanpa berlengah lagilah segeralah aku mencari 'port' yang aku suka. Selesai hajat kembalilah aku ke kaunter pendaftaran semula menunggu nama 'Zaini Bin Ali' diulang sebut. Memang aku sudah agak, ketika melepaskan hajat, petugas kaunter akan memyebut memanggil nama aku untuk urusan selanjutnya. Bila dia nampak kelibat aku berdiri di spot yang sama dan maybe-lah dia sudah familiar dengan muka dan appearance aku maka segeralah dia ulang perdengarkan nama aku via microphone didepannya. Belum sempat aku berkata apa apa, belum sempat hendak buka smartphone sementara menunggu, dia terlebih dahulu berkata, 'en....ke tandas ke tadi.' Aku sekadar mengangguk dan ucapkan terima kasih kat dia yang sabar menunggu.

pasal kekhilafan dan nature's call...jadi lewat lak


Selesai berurusan, aku melangkah santai ke Alza yang aku parkir didalam compound KKM Ayer Keroh ini. Bila kena makan obat didepan petugas KKM Najmi dan sejurus selepas itu bangkit bergerak didalam panas tengahhari yang membahang ke 'jentera' yang menunggu. Lepak seketika layankan lagu 'funky & groovy' sebelum memandu keluar walau kepala terasa pening kesan langsung dari makan obat. Ketika berhenti di persimpangan lampu trafik didepan MBMB, lagu dari folder yang aku compile sejumlah 92 songs yang aku dengari kini mulaikan  'intro...' lagu seterusnya. Susunan lagu yang secara 'auto' being alphabetically arranged beralih ke huruf 'K'. Texts...'K.I.D...Don't Stop' tertera di screen and starts moving from right to left. Keseorangan didalam kenderaan ditengahhari mendengar lagu yang aku download tapi jarang aku dengar membuatkan aku terhanguk hanguk melayankan rythmn lagu bergenre funky yang aku minati masa tahun 80an dahulu.

                                                                K.I.D. ... Don't Stop
                                    

Apa ke bende lagu yang aku dengar nie...kejap kejap...don't stop...kejap kejap...don't stop, selang beberapa ketika... keluar lagi, eeh, don't stop. Adalah sampai 5 kali dia meratib...'don't stop', barulah disebutnya pula...'the music'. Oooo...dia hendak cakap...don't stop the music. Berposak posak mengulang ulang 'don't stop'. Duration lagu nie adalah dalam 6 minit lebih panjangnya. Diulangnya beberapa kali sampai penghujung lagu. Seingat akulah mungkin lagu ini punyai lyrics terpaling pendek. Faham...faham, aku memang faham yang lagu ini memanglah untuk depa 'menari' sakan. Apa nak kecoh bro, aku sekadar perjelaskan apa yang aku mahu perjelaskan. Relaxs okay....kau relaxs...kau relaxs. Jangan hendak tunjuk bagus okay. Ha..ha..ha.


Apapun, memasing bergerak berjalan diatas jalur kehidupan memasing. Mereka dengan penghidupan mereka dan aku dengan karenah aku. Semua ada urusan sendiri sendiri. Rasanya tidak perlu memberatkan benak memikirkan kenapa dan mengapa sesuatu itu berlaku terjadi. Segalanya menuruti sepertimana yang Allah swt telah aturkan. Namun kita telah dingatkan bahawa setiap apa yang terjadi berlaku itu perlu direnungi dengan penuh berhemah buat diri memperbetuli semampunya sehingga ke tahap paling sempurna sebelum diri 'pulang' ke tempat asal nanti.


Tambahan pula junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, memaklumkan yang  'mereka' yang paling baik adalah mereka yang paling memberi 'manfaat' kepada orang lain. Kalau hendak dirungkaikan memang tidak mampu untuk aku ulas sebaik mereka yang lebih 'alim' yakni yang lebih mengetahui. Mungkin, link ini dapat kembangkan minda kita untuk memahaminya lebih jelas. Rujuk dan fahamkan...paling-bermanfaat...antara kita sesama.


Moga bermanfaat hendaknya.




Saturday, July 20, 2024

Mukhsin dan Mukhlis



Secara semulajadinya dan bagi mereka yang 'alert' dan memerhati memperbandingkan dengan keadaan sekeliling mampu menangkap perbezaan. Pengetahuan sebegini bukannya boleh datang sendiri tetapi hasil dari pembelajaran dan pengamatan. Adalah sesuatu yang wajar dibuat oleh seseorang mengulang ulang akan perkara yang dikerjakan sehinggalah terbiasa, becoming second nature, pada diri. Bilamana senantiasa dilakukan, seseorang akan menjadi cekap berkemahiran tinggi.


Segalanya bertitik tolak dari tidak tahu menjadi tahu dan semakin pantas melakukan. Kita biasanya terpegun dan hairan bila mengetahui apatah lagi melihat sendiri kejayaan yang terhasil terlakar oleh orang lain. Kita amat jarang untuk pergi lebih jauh dari itu. Pernahkah kita bertanya akan banyak mana masa yang diperuntukkan sehinggalah sampai ketahap cemerlang. Begitu jugalah kecekalan hati mempelajari serta meneliti selok belok proses asal bermulanya sampai penghujungnya. Ketelitian dalam mematuhi dan melakukannya berperaturan tentulah menghadirkan akan hasil yang memuaskan.


Berbalik pada diri dan perlu menyedari yang semua kita tidak berkeupayaan apatah lagi sebandingan dengan orang lain. Masing masing ada kekurangan dan kelebihan. Tidak semua yang kita mampu dan juga ada perkara yang kita lebih mengetahui. Kepelbagaian seharusnya dimanfaatkan untuk faedah kemaslahatan bersama. 


Sebelum ini aku meyakini yang aku mampu lakukan sendirian dan tanpa disedari ketika itu. Tapi bilamana berguru berdepan dengan segala yang dimusykilkan terjawab, ternyata anggapan aku jauh tersasar. I'm a slow learner. Lambat tangkap akan apa yang diajar dan lebih teruk lagi mudah lupa akan apa yang diajari. Ini disebabkan gagal mematuhi dan melakukan yang berbeza bertentangan dari yang sepatutnya. Kesonsangan tidak akan mmbawa kemana mana malah mungkin menyebabkan lagi banyaknya kekeliruan dan tentu sahaja menyukarkan lagi pemahaman. Ini yang dapat aku simpulkan.


Apapun, berkat doa dan keazaman, aku mulai bertatih dan fokus terhadap usaha kecil dan masih diperingkat awalan dalam memastikan diri tidak jauh ditinggalkan. Pembelajaran 'sorof' aku sudah memasuki level lain pula. Setelah ketahui 'pattern' perkataan yang terlihatkan, kini telah beralih kepada fungsinya didalam ayat pula. Guided teaching amat dituntut. Andainya main langgar sahaja tanpa bimbingan, dikuatiri akan jauh menyimpang dari sasaran.


Aku ambil masa 'off' seketika dari tumpuan mempelajari memahami akan al-quran seluruhannya. Terfikir pula aku mengapa bukan semua umat islam yang ada di Malaysia yang tahu lagi pandai sekurang kurangnya membaca akan al-quran. Wondering thought aku sekadar merenungi sahaja akan apa yang menghalangi. Banyak faktor sebenarnya yang mengakibatkan situasi ini. Bukanlah aku mahu mengupas lanjut tapi hanyalah membimbangi akan kesan akibatnya dikemudiannya hari. Tidak tahu sudahlah satu hal, tidak mahu ambil tahu akan mengakibatkan hal lain pula. Tetapi jika yang tahu pula berdiam diri dan takut memberitahu menyampaikan maka mana mungkin situasi dapat diperbaiki.


Sekarang inipun telah bermacam macam hal kemungkaran yang tidak dipedulikan oleh masyarakat. Hal aku, aku jaga. Hal engkau, pandailah engkau menguruskannya. Prinsip ini tidak menguntungkan sesiapa. Ibarat minyak dan air. Memanglah sampai bilapun tidak akan bercampur. Tapi minyak akan senantiasa berada bersama air.