Secara semulajadinya dan bagi mereka yang 'alert' dan memerhati memperbandingkan dengan keadaan sekeliling mampu menangkap perbezaan. Pengetahuan sebegini bukannya boleh datang sendiri tetapi hasil dari pembelajaran dan pengamatan. Adalah sesuatu yang wajar dibuat oleh seseorang mengulang ulang akan perkara yang dikerjakan sehinggalah terbiasa, becoming second nature, pada diri. Bilamana senantiasa dilakukan, seseorang akan menjadi cekap berkemahiran tinggi.
Segalanya bertitik tolak dari tidak tahu menjadi tahu dan semakin pantas melakukan. Kita biasanya terpegun dan hairan bila mengetahui apatah lagi melihat sendiri kejayaan yang terhasil terlakar oleh orang lain. Kita amat jarang untuk pergi lebih jauh dari itu. Pernahkah kita bertanya akan banyak mana masa yang diperuntukkan sehinggalah sampai ketahap cemerlang. Begitu jugalah kecekalan hati mempelajari serta meneliti selok belok proses asal bermulanya sampai penghujungnya. Ketelitian dalam mematuhi dan melakukannya berperaturan tentulah menghadirkan akan hasil yang memuaskan.
Berbalik pada diri dan perlu menyedari yang semua kita tidak berkeupayaan apatah lagi sebandingan dengan orang lain. Masing masing ada kekurangan dan kelebihan. Tidak semua yang kita mampu dan juga ada perkara yang kita lebih mengetahui. Kepelbagaian seharusnya dimanfaatkan untuk faedah kemaslahatan bersama.
Sebelum ini aku meyakini yang aku mampu lakukan sendirian dan tanpa disedari ketika itu. Tapi bilamana berguru berdepan dengan segala yang dimusykilkan terjawab, ternyata anggapan aku jauh tersasar. I'm a slow learner. Lambat tangkap akan apa yang diajar dan lebih teruk lagi mudah lupa akan apa yang diajari. Ini disebabkan gagal mematuhi dan melakukan yang berbeza bertentangan dari yang sepatutnya. Kesonsangan tidak akan mmbawa kemana mana malah mungkin menyebabkan lagi banyaknya kekeliruan dan tentu sahaja menyukarkan lagi pemahaman. Ini yang dapat aku simpulkan.
Apapun, berkat doa dan keazaman, aku mulai bertatih dan fokus terhadap usaha kecil dan masih diperingkat awalan dalam memastikan diri tidak jauh ditinggalkan. Pembelajaran 'sorof' aku sudah memasuki level lain pula. Setelah ketahui 'pattern' perkataan yang terlihatkan, kini telah beralih kepada fungsinya didalam ayat pula. Guided teaching amat dituntut. Andainya main langgar sahaja tanpa bimbingan, dikuatiri akan jauh menyimpang dari sasaran.
Aku ambil masa 'off' seketika dari tumpuan mempelajari memahami akan al-quran seluruhannya. Terfikir pula aku mengapa bukan semua umat islam yang ada di Malaysia yang tahu lagi pandai sekurang kurangnya membaca akan al-quran. Wondering thought aku sekadar merenungi sahaja akan apa yang menghalangi. Banyak faktor sebenarnya yang mengakibatkan situasi ini. Bukanlah aku mahu mengupas lanjut tapi hanyalah membimbangi akan kesan akibatnya dikemudiannya hari. Tidak tahu sudahlah satu hal, tidak mahu ambil tahu akan mengakibatkan hal lain pula. Tetapi jika yang tahu pula berdiam diri dan takut memberitahu menyampaikan maka mana mungkin situasi dapat diperbaiki.
Sekarang inipun telah bermacam macam hal kemungkaran yang tidak dipedulikan oleh masyarakat. Hal aku, aku jaga. Hal engkau, pandailah engkau menguruskannya. Prinsip ini tidak menguntungkan sesiapa. Ibarat minyak dan air. Memanglah sampai bilapun tidak akan bercampur. Tapi minyak akan senantiasa berada bersama air.
No comments:
Post a Comment