Monday, July 1, 2024

Cili Hijau jana pendapatan berterusan andai tahu caranya

Cili Hijau jana pendapatan berterusan andai tahu caranya

Monday, June 3, 2024 7:58 PM

Sarapan pagi minggu aku semalam berupa mee goreng 'mamak' versi homemade. Sememangnya 'makanan' yang aku gemari dan terhidang tidak mampu untuk aku menolaknya begitu sahaja. Biarpun ‘vibe’ @ melayu-nya 'getaran' mamak tidak hadir ketika itu, tapi apa yang lebih penting, rasa masakan tidak jauh berbeza. Ini sudah cukup membuatkan aku ‘gian’ menikmatinya. It’s just naming it for commercial matters. For me, mee goreng is just a mee goreng either you praised it as ‘mamak’ or whatever you might named it. 

Namun bukanlah pertikaian tentang branding ‘mee goreng’ yang aku mahu ulas tetapi adalah 'sesuatu' yang lebih menguntungkan andai diletak dilandasan yang betul. Selama ini, bagi aku-lah dan mungkin juga pada kebanyakan orang kita, menganggap cili hijau ini sesuatu yang biasa sahaja sama seperti melihat sayuran lain. Mungkin mentaliti kita hanyalah sebagai pengguna maka kita kabur untuk nampak something yang lebih besar. Tapi amat berbeza akan pandangan serta tanggapan buat mereka yang ada ‘mentality’ business.

Cili hijau, cili merah



Jarang benar sesama kita membincangkan perkara yang ‘menguntung’-kan ketikanya bertemu berbual santai. Kita lebih cenderung berborak pasal hal yang tidak berkaitan atau merapu tidak tentu pasal, bak kata orang — ‘menabung ajer' atau menyenyer yang bukan bukan, dan lebih menjurus kepada memfitnah. Misalnya kalau sedang berborak kosong bersama di ‘pangkin’ @ pondok @ gazebo ataupun di serambi rumah, apakala terpandangkan anak jiran tetangga melintas memandu kereta baru maka akan adalah yang ‘mulut’ lemes @ mulut longkang mengandaikan yang budak tu baru kena ‘magnum’ 4-digit agaknya. Atau yang lebih ‘daring’ lagi persoalkan manalah dia dapat duit beli kereta tu dengan buat andaian sendiri, mungkin ‘duit’ curi agaknya. Lagi rancaklah kalau ketahui yang dirinya SPM pun dapat result teruk. Mustahil boleh beli kereta.

                    
Pangkin diluar rumah


Begitupun, bukan semualah yang berperangai begini. Cuma segelintir saja. Namun cakap cakap ‘toksid’ boleh menjadi barah dalam masyarakat jika sesama kita tidak mahu berubah. Keadaan ini bukanlah salah mereka sepenuhnya. Cara didikan dan galakan sejak kecil lagi sehinggalah sudah besar panjang tidak ‘connect’ dengan zaman yang akan mereka hadapi. Kalangan kita tidak ramai yang punyai budaya niaga dalam keluarga. Sejak dulu lagi malah sebelum merdeka, orang melayu secara majoritinya tidak terdedah kepada alam niaga biarpun maklum iaitu 9/10 dari rezeki datangnya dari usaha niaga. Bukan tidak berani mencebur diri tapi telah lama didoktrinkan bekerja makan gaji. Lebih lebih lagi diikat dengan pandangan rezeki secupak tidak akan menjadi segantang yang diasak oleh golongan tua kita.

Bagi yang business minded, setiap apa yang berlaku adalah peluang buat ‘duit’. Yang nampak akan nampak ‘jelas’ manakala yang tidak ambil peduli akan perubahan yang berlaku dilingkungan langsung tidak nampak peluang. Kekadang pertikaikan sebagai sesuatu yang menyusahkan dan selesa dengan situasi yang sekian lama dilalui.

Bagaimanapun, strategy perniagaan selalunya dan sudah sememangnya ‘norm’ bagi komuniti perniagaan akan saling berlomba berlawan dengan pesaing. Mana yang baru hendak ceburi diri lagilah senang hendak kena ‘ayam’. Samada secara halus mahupun secara ‘openly’ buat counter-back.



Terpelosok paling bawah 




jenama mereka at open shelve


Cili jeruk dan cili giling pelbagai size, lebih murah


APS-Manja...manipulasi 'jenama'

Dari pencarian guna AI @ google, syarikat ini adalah : 

Pemilik APS Manja Sdn Bhd tidak disebut secara spesifik, tetapi individu yang disebutkan termasuk Datuk Dr. AP Sivam sebagai Pengarah Urusan, Ambiga Ashok (juga dikenali sebagai Ambiga Paramasalam) dan Ashok Kumar Malenkov sebagai Pengarah Eksekutif, serta Datuk Dr. Paramasalam sebagai Ketua Pegawai EksekutifNamun, sebuah catatan lama di Facebook dari tahun 2015 menunjukkan bahawa syarikat itu adalah milik orang bukan Islam. 

Sebelum ini aku ada up-kan nukilan akan peniaga kita yang diberi 'ruang' di Family Store. Boleh rujuki di- link ini : https://daripuncakbukit.blogspot.com/2024/06/tumpang-niaga.html

Namun dalam kunjungan beberapa hari selepas 'kejadian' yang aku lihat itu yang semestinya membanggakan aku sepertimana yang aku catatkan, kelihatan pelbagai brand dan size packaging bertimbun disusun oleh premis 'Family Store'. Apa maksud tu. Tentulah kononnya beri pilihan untuk beli mana yang pelanggan sukai mahukan. Cili Boh, milik orang kita, di shelve paling bawah memaksa pelanggan kena membongkok untuk capainya. Sedangkan milikan orang dia dengan packaging serta warna yang jauh 'glaring' menarik perhatian dan diperagakan secara 'volume'

Bagi yang lemah jati-dirinya, akan terpukau dan seolah disihir membelinya atas alasan lebih murah dengan pelbagai size serta andaian packing yang kemas berkualiti dan boleh tahan lebih lama dari cili boh yang cepat 'tempoh' luputnya. Memang 'tough' jika mahu bersaing berdepan sebegini. Namun sekiranya kita yakin dan menyokong produk orang kita, saingan sihat kononnya perlu jangan kita pedulikan. Pastikan produk kita mampu bertahan kukuh dan perelokkan mana yang mungkin dan tingkatkan permintaan orang sebangsa dengan publisiti yang memikat.

Lawan tetap lawan. Ini negara aku. Majukan perniagaan orang kita. Dikatakan orang kita ni berbelanja paling besar dalam sebulan hampiri ke angka billion ringgit. Kempen 'buy muslim first' perlu digerakkan kembali. Impaknya mungkin sama dan lebih berkesan dari 'boikot' produk Israel yang semua maklum tujuannya itu.

No comments: