Wednesday, July 21, 2021

Lumrah Dunia

Agaknya memang telah menjadi resam dunia, kita suka sangat memperkata, mempertikai dan membuat kesimpulan sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Lazimnya laju sahaja kita bercakap akan perihal orang. Samada betul atau salah ditolak ketepi dan makin rancak bualan bilamana dengan orang yang sama kepala. Apa yang paling dipentingkan adalah segala persepsi keatas orang yang sedang diberi fokus itu telah dihamburkan sehabis habisnya tanpa sedikitpun adanya perasaan bersalah.


Betullah sepertimana yang diangkat oleh salah seorang netizen yang berkesempatan aku membaca 'hantaran' di facebooknya baru baru ini, yang mana dia mulai menyedari akan hadirnya bencana wabak covid-19 ini telah menyerlahkan banyak sisi untuk tatapan bersama. Selama ini apa yang pada pandangan zahirnya semacam elok penuh keceriaan rupa rupanya adalah sandiwara menipu pandangan mata. Memang tidak terjangkakan kepada semua akan penularan wabak dengan amat pantas tanpa mampu membuat sesuatu yang dikira berkesan menghalanginya.


Tuduhan melulu tanpa usul periksa amat menukacitakan. Ini mencerminkan mentaliti dirinya. Mudah percaya, pantas menyebarkan berita dan sering mengelak atas salah laku sendiri membuatkan dirinya tidak dipandang lebih baik dari orang lain.


Seharusnya akui kesilapan dan mohon kemaafan. Inilah perkara yang perlu diamalkan andai tersilap. Moga kita diberkati oleh Allah swt disepanjang hayat kita.


Makbulkanlah permintaan kami...Ya Allah.


Tuesday, March 30, 2021

Lebat dipagi Isnin

29 March 2021 07:55

Lewat anak aku bergerak ketempat kerja pada pagi ini. Hampir ke pukul lapan pagi baru hendak bergerak. Selalunya dia akan keluar rumah sekitar 7:40 kekadang terlajak ke 7:45 dan itupun sekali sekala. Tapi hari ini lagi lewat pula. Kebiasaan masa keluarnya mencari 'rezki' berubah. Bersebabkan hujan yang tidak dijangkakan. Beberapa perubahan persiapan segera diambil tanpa perlu mengeluh panjang ataupun mempertikaikannya. Akibat dari berulang ulangnya kejadian alam ini maka barang tentu tindakan susulan yang biasa juga akan dilaksanakan untuk kesekian kalinya. Perkara yang berulang ulang ini dan bila sampai kesatu tahap ianya akan menjadi 'second nature' pula. Secara auto pula perilaku akan diambil demi menyesuaikan dengan situasi semasa. Ada isyarat dari yang diperlihatkan. Namun dan sememangnya hanyalah mereka yang 'privilege' sahaja yang mampu menafsirkan setiap yang berlaku itu dengan tepat. Bukan sebarangan orang yang mampu melakukannya.


Hujan yang turun adalah lumrah alam. Kalau bukan semalam harinya untuk berlaku mungkin ada hari lain dengan izinanNya. Perkara kejadian yang bukan didalam kawalan kita dan apatah lagi ketidakmampuan menghalanginya dari berlaku perlulah direnung dengan penuh keinsafan. Biasa kita melihat memandang akan hujan yang menimpa bumi. Namun kita sebenarnya tidak mampu merungkai setiap kejadian alam yang berlaku dengan penuh kepastian waima yang terjadi didepan mata kepala sendiri. Semua kita punyai pandangan serta persepsi yang sememangnya berbeza. Ini amatlah pasti sepertimana yang kita lewat mengetahui untuk mengiakan yang mana setiap orang tidak mempunyai 'corak' ibu jari yang sama. Identiti memasing menjadi 'rahasia' kepada sang penciptanya tak ubah seperti fail/rekod peribadi mengikut sudut pandangan kita. Maha hebatnya ketentuan Illahi.


Bagi penanam padi, turunnya hujan merupakan kurniaan dan begitu melegakan mungkin setelah beberapa lama sawah kekeringan dimasa mulai penanaman. Namun buat mereka yang mengambil upah menoreh dari kebun getah orang dan mengharapkan upah harian dapat menampung sesuap nasi keluarga pastinya pula akan sedih merintih akan untung nasibnya hari itu. Manakala kepada pasangan pengantin baru, kehadiran hujan pastinyalah membibitkan suasana romantik lebih lebih lagilah bila turunnya dimalam hari. Memanglah tidak dirancang tapi amat menepati kehendak pasangan seolah merestui hubungan intim mereka. Begitupun lain kesahnya bilamana hendak keluar bekerja kilang diwaktu pagi dan ketepatan masa melapor diri amat dititikberatkan majikan. Lewat sampai bererti buruk rekod kehadiran sedangkan makin melebatnya hujan makin sukarlah hendak bergerak pergi serta dikhuatiri diri akan terdedah kepada bahaya kemalangan dijalanan lebih lebih lagilah kemampuan semasa sekadar sebuah motor buruk.


Itulah, nasib orang. Mana mungkin kita mengetahui segala galanya dengan penuh kepastian. Kita hidup inipun atas ehsan dariNya, lagi mahu besar kepala menunjuk lagak. Sombong bongkak tidak bertempat. Menghina menindas sekehendak hati. Apa yang lebih mendukacitakan sesama adalah dalam keadaan penuh kesedaran, sanggup pula memutuskan sillaturrahim dengan berandaian dirinyalah yang lebih mulia serta perlu dihormati. Memang menyedihkan.


Terserahlah pada empunya diri untuk membuat penilaian. Apa yang benar benar pasti, bila tiba detik dan ketikanya, akan menyusulnya giliran kita pula untuk menemui jalan pulang ke 'rumah' yang kekal baqa'.

Tuesday, March 23, 2021

Bersentuhan muka penumbuk

Lepas pekena nasi biryani bungkus 'Lot 85' dengan cendol 'Seri Serkam' seorang secawan, rasa kekenyangan yang teramat pula. Kalau ikutkan hati, pastinya sudah membongkang. Kebiasaan terkini aku bilamana bercuti mingguan yang selalunya ke pasar Melaka mendapatkan keperluan 'perishable' telah beralih ke Pengkalan Samak. Tiada protokol yang perlu dipatuhi disana tapi dipentingkan bila ke Pasar Melaka diawasi oleh pegawai peguatkuasa MBMB dengan kerjasama pihak polis. Amat tidak selesa sebegitu. Makanya selepas lorat lorat diharuskan mengikut S.O.P. memaksa aku 'lari' ketempat baru. Walaupun ikan yang dijual tidaklah sebanyak dan pelbagai jenis namun kondisi ikan yang diperagakan begitu memuaskan. Bukannya ikan dalam tong yang berkemungkinan dari tempat lain sejauh Thailand misalnya, tapi cukup buat orang rumah memilih ikan yang kebiasaan aku membelinya. Ikan parang, semestinya, ikan tenggiri, pari bunga, bawal dan ikan merah serta siakap serkop menjadi pilihan kesana. Disamping mudah dikunjungi, ikannya boleh dikatakan agak 'fresh'. Selesai mencapai yang dihajati tergerak pula hendak makan nasi biryani pula. Lalu singgahlah di Lot 85 untuk dibungkuskan. Semerbak baunya didalam Alza. Lovely pula mencadangkan cendol Serkam sebab katanya lama sudah tidak singgah minum. 


Teringatkan kejadian pada jumaat minggu lalu yang agak tidak tersangkakan. Aku bergegas keluar dari rumah 5 minit selepas 1:00pm. Azan dalam 1:25pm. Membawalah bersama aku, sejadah dan kopiah masuk kedalam kereta menuju ketempat kerja. Sesampainya aku, cecepatlah 'swipe in' dan bergerak pergi ke Masjid Syed Ahmad Shahbudin. Parkir dibahu jalan sahaja dan sebolehnya merapat ke penghadang tepi jalan. Cepat sahaja aku keluar kereta untuk bergerak masuk ke perkarangan masjid. Baru berpaling hendak melangkah, terlupa pula untuk mengenakan pelitup muka. Terpaksalah berpatah balik membuka pintu kereta mendapatkan. Semasa aku hendak membuka pintu kereta sebelum memasukinya semula, aku terperasan sebuah CRV model terdahulu menghimpit dibelakang aku. Didalam hati, ingatkan aku sahaja yang lambat rupanya ada insan lain yang lagi lewat dari aku. Tentunya dia telah melihat jelas akan gelagat aku yang berpatah balik selepas menutupi pintu kereta. 

Respeks la...


Sebaik aku keluar semula sambil mengenakan pelitup muka dan tidak semena mena, seseorang dibelakang aku mengungkapkan, 'السلام عليكم٠٠٠'. Aku menoleh kearah datangnya suara sambil spontan menjawab salamnya. Ketika bertentang mata, dia telah 'menghulurkan' kepala penumbuknya kearah aku sambil menantikan tindakbalas aku pula. In-split second jugalah aku mengenggam penumbuk lalu bersentuhan sesama. Sejurus selepas itu dia telah melangkah berlalu ke 'compound' masjid. Sambil aku mengunci semula akan pintu kereta, rasa hendak tergelakpun ada. Tidak disangkakan insan yang agaknya dalam lima tahun berselisih usia ini agak 'advance' tingkahlakunya. Up-to-date mengikut perkembangan semasa. Bersalaman normal baru angkara covid-19 sudah semakin membudaya. Aku tidak dapat bayangkan bagaimanakah pak Imam, pak Bilal dan para jawatankuasa lainnya bersalaman sesama saban hari. Telah diwar warkan sebelum ini agar semua kita sekadar melekapkan telapak tangan kanan ke dada yang didalamnya ada jantung berdegupan ketika ingin 'bersalaman' sesama. Insan yang ingin disalaminya pula harus spontan juga melakukan aksi yang serupa. Nampak lebih sopan dan tertib. Tapi 'option' bersentuhan atau 'touching' muka penumbuk agak informal dan juga diterima-pakai oleh semua. Tidak menjadi kesalahanpun. Mungkin dikalangan para jawatankuasa yang muda dan mereka yang 'gila-gila' rasa dirinya muda akan teruja juga bersentuh penumbuk sesama sebagai mengikut trend.

Betapa ruginya kita andai tidak mengetahui akan Pahala Berjabat Tangan, maka perlu ada keazaman mempraktiknya senantiasa. Amat diharapkan pandemik yang melanda kita sekarang ini menjadi pemangkin untuk kita agar benar benar membudayakannya penuh keinsafan buat kita semua.

Sampai bila dan sehingga bilakah cara bersalaman yang tidak 'comform' kepada piawaan yang ditetapkan oleh agama hendak kita turutkan. Maka amat penting rasanya kepada kita semua agar serentak seiringan memastikan bencana atau pandemik yang melanda negara bahkan dunia ditamatkan segera. Mematuhi S.O.P. harus menjadi keutamaan dalam mengekang pandemik covid-19. Namun bukan sekadar bercakap dan melakukan secara culas tapi harus benar benar mematuhi dan berterusan sehinggalah pihak yang dipertanggungjawabkan mengisytiharkan bebas covid-19. Lambat cepat tibanya detik itu bergantung penuh kepada kita sendiri. Bayangkan betapa banyaknya pahala bersalaman yang terlepas begitu sahaja lebih lebih lagi buat mereka yang masjid-goers.


يا الله يا رحمن يا رحيم .... Permudahkan urusan kami...Ameen

Monday, March 22, 2021

Berkesempatan berkunjungan

22 March, 2021 17:42

Tengahhari tadi, orang rumah dan aku serta ditemani batu penimbang telah membuat kunjungan pertama ke Malakat Mall yang teringin benar hendak aku datangi. Berita mengenai akan diujudkan cawangan di Melaka telah aku ketahui sejak 2020 lagi iaitu sebaik sahaja Malakat Cyberjaya dirasmikan. Rasa melonjaknya hati hendak menengok nengok akan lahirnya pasar besar atau 'marketplace' kalaupun boleh dirujuki sedemikian. Namun takdir penentu segala. Seingat akulah seminggu ke dua minggu berikutnya telah diisytiharkan PKP 1.0 melibatkan seluruh negara. Ibarat 'curfew' pula. Segala pergerakan perjalanan dihadkan. Begitu jugalah dengan aktiviti ekonomi. Waktu dibenarkan berniaga seawal 8:00 pagi menyampaikan ke 7:00 petang sahaja. Hajat yang tertahan tahankan ini dek covid-19 tidak mengugah semangat ke sana. 

Biarpun disekat lebih lama lagi, hajat pasti akan aku laksanakan. Malangnya dari PKP ke PKPD dan berlanjutan pula ke PKPP dan berbalik semula ke PKP 2.0, yang kesemuanya memusatkan kepada larangan rentas daerah/negeri. Konon katanya demi untuk mengekang penularan penyakit berpunca dari covid-19 yang begitu mengusarkan kepada rakyat marhaen tapi rasanya tidak begitu halnya kepada kerajaan 'tebuk atap' sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Hadi yang memercik kembali ke mukanya sendiri. Biarpun tidak berpeluang ke Cyberjaya seolah olah banyaknya rintangan tapi dengan pembukaan yang sama tarikhnya iaitu 13 March cuma berlainan tahun telah memungkinkan aku hadir melihat suasana pasar raya muslim yang diwar warkan. Masjid Tanah tidaklah jauhmana. Kedatangan menyokong penuh akan terbinanya pasar muslim dan amatlah diharapkan ianya bakal menjadi 'batu' asas memperkukuhkan ekonomi umat islam. Amat menghairankan kepada diri bilamana kerajaan yang kononnya berteras dan dipimpin oleh Melayu begitu sepi didalam perencanaan ekonomi umat islam. Biarpun sokongan yang aku berikan ini ibarat setitik air yang tidak mungkin akan membanjirkan tapi setidak tidaknya bila sesama secara berjemaah mampu jugalah untuk melembabkan tanah dari kering berdebu yang boleh memedihkan mata serta menyesakkan hati. Apa yang penting bilamana ianya meninis berterusan dan serentak pula dengan mereka yang seakidah, ketentuan Allah sahajalah yang kita panjatkan untuk memakbulkan segala yang kita hajati. 

Pemantauan spontan aku buat akan 'mall' ini seketika sampai. Berpandukan pengalaman terbabit didalam industri peruncitan sejak tahun 80an lagi sehinggalah kehari ini, dirasakan banyak perkara lagi yang perlu diperkukuh diperkemaskan. Aku mengambil pendekatan dari 'point of view' seorang pelanggan yang seasoned dan yang terdedah kepada banyak situasi mall sejak era 80an di Hankyu Jaya dan berlegar legar sekitar Yaohan The Mall, Pertama dan Campbell Complexs dan sehinggalah ujudnya rangkaian mall chain berpengaruh dengan terbinanya 'Mahkota Parade' yang sesama naiknya dengan Jusco di Melaka di era 90an sehinggalah period terkini memungkinkan aku membuat beberapa cadangan. Bukanlah bermaksud cuba memandai tapi cuma sekadar memberi pandangan. Business concept yang cuba diketengahkan belum teruji lagi dalam suasana 'open market'. Sustainability dalam industri peruncitan harus perlu senantiasa dipantau agar tidak jauh berjarak dari sasaran. Pun begitu, kekangan dan tentangan dari big player lebih lebih lagi yang bersifat 'sabotage' amat mengusarkan. Memang betul pengguna Islam adalah besar dan senantiasa menyokong. Namun perubahan serta dinamiknya pasaran yang tidak terjangkakan jika tidak dikenalpasti lebih awal dengan langkahan pemulihan yang bersesuaian dan semasa sifatnya serta berpandangan jauh akan menyebabkan perkembangan perniagaan tersekat. Ini amat ditakuti mungkin berlaku. Makanya kesepakatan serta kesungguhan sesama kita dalam memastikan ianya kekal berdaya saing dan berkembang menjadi gergasi ekonomi mesti menjadi teras pejuangan. 

Suasana dan aura 'Malakat Mall' di Masjid Tanah ini belum begitu dirasai oleh majoriti penduduk setempat sepertimana yang dihajati oleh pihak pengurusan. Berkemungkinan besar berpunca dari lokasi bangunan terletak dikawasan yang agak terjarak dari kawasan tumpuan. Berdepan dengan rumah kedai menempatkan bengkel kereta dan kerja baik pulih peralatan industri pembinaan. Terhad pula tempat parkir. Manakala dilaluan utama/jalan lama dari Lebuh AMJ via Lendu dimana penduduknya lebih ramai mendiaminya berbanding dari laluan Lebuh Ayer Keroh/Sg. Udang menuju pekan Masjid Tanah dari arah belakang. Aktiviti perniagaan banyak berlaku disini. Luas kawasan niaga dengan deretan rumah kedai yang telah lama beroperasi dan dimeriahkan pula dengan peniaga peniaga kecil berpayung berjualan. Begitu hidup pekan Masjid Tanah dari arah Lendu ini. Selagi tidak dikenalpasti atau lambat membuat perubahan maka operasi harian berdepan masalah utamanya iaitu kunjungan pelanggan. 

Masjid Al-Sultan Abdullah - singgah zohor



Paling ketara yang aku rasai adalah suasana yang hendak diujudkan. Diwar warkan ingin mengujudkan suasana Islamik tapi yang dizahirkan lebih kepada kebaratan. Melangkah masuk sahaja, kita disambut mesra setelah s.o.p. dipenuhi. Ambil suhu, scan mysejahtera qr code. Selepas selesai zohor di masjid al-sultan abdullah dan bergerak ke mall, cadangkan makan tengahhari di malakat. Pada awalnya berhasrat hendak makan tengahhari asam pedas disana. Namun sebaik duduk, menu makanan diberikan petugas untuk pemilihan pesanan tiada terkandungpun masakan tempatan. Selera omputih sahaja yang ada selain set roti canai yang lebih sesuai untuk sarapan. Belumpun sempat membuat pesanan, dimaklumkan yang roti canai telah habis. Dinyatakan juga yang teh tarik, teh 'O' juga tidak kedapatan. Senang cakap makanan yang biasa biasa dengan lidah melayu tidak kedapatan dikala kehadiran aku. Terlanjur sudah duduk, terpaksalah buat pesanan akan apa yang ada disediakan mereka. Harga taraf hotel dengan makanan barat sahaja tersedia. Tatkala menunggu makanan sampai, termanggu aku memikirkan akan kemampuan berbelanja serta 'purchasing power' penduduk setempat yang cuba disedarkan kepada model ekonomi islam. 


Bukti sampainya aku buat pertama kalinya

Lidah omputih ler pulak...alamak tuan.



Kebiasaan dan kebanyakan pasaraya di Melaka ini dan memang digemari dan praktikal sifatnya adalah diaras bawah sesuatu bangunan. Tingkat satu atau dua menempatkan pasaraya tidak begitu menjadi. Pelanggan amat keberatan untuk mendaki tangga atau ber-escalator ketingkat atas semata-mata hendak mendapatkan keperluan harian mereka. Inilah juga yang aku rasakan bilamana aku dipaksa berjalan kehujung bangunan mendapatkan escalator untuk ke bahagian pasarayanya ditingkat atas. Memandangkan susun atur sedemikian rupa, bukanlah aku pessimis, mengajak orang awam berkunjungan ke mall adalah 'uphill battle' buat barisan pengurusannya. Kebijaksanaan pasukan bertindak menghadirkan countermeasure yang tepat bersesuaian amat ditagih segera. Andai bertangguh pastinyalah impian makin lambatlah hendak dijelmakan. 

Sesampai dihadapan pasaraya ini, ruang legarnya agak kurang luas dengan deretan kaunter pembayaran lebih dahulu kelihatan. Kebiasaan yang terlihatkan adalah tarikan peragaan barangan sebaik melangkah masuk sesuatu pasaraya. Pengunjung tidak disambut dengan sesuatu yang 'wow' atau yang membuatkan mereka tidak sabar sabar untuk masuk kedalam. Bahaya juga bilamana pelanggan terpandangkan tiada 'q' disetiap cashier counter yang memberi persepsi yang tidak berapa baik. Perlu diselaras semula untuk hadirkan mood pembelian pelanggan. 

Apapun, setidak tidaknya kita mampu membuktikan dengan semangat kerjasama dan setujuan, kita sesama makin menghampiri impian yang ingin kita gapai bersama. Pedulikan kata kata yang bersifat memperlekehkan juga kritikan yang mahu mengagalkan usaha yang masih diperingkat pembangunan ini. Senantiasalah perbaiki kelemahan. Perkenalkan inovasi serta manipulasi kecanggihan teknologi terkini bagi mempercepatkan usaha mencapai matlamat. 

Kalau bukan sekarang, bila lagi. Kalau bukan kita, siapa lagi yang hendak digantungkan harapan.

Friday, March 12, 2021

BMF...berseorangan memang payah

March 12, 2021 19:04

Aku hari ini, balik awal dari kerja. Selalunya lewat pulang kerumah. Tapi pada kali ini selepas beli foam/cooler box untuk keperluan niaga menonong sahajalah bergerak pulang. Sampai dirumah, perut baru terasa lapar. Terpandangkan muruku yang aku paksakan diri membelinya ketika berbelanja di Family Store mencari 'fresh' sardine' untuk kucing peliharaan sebanyak 4 ekor yang hampir sebaya usia mereka. Berselang 2 ke 3 hari selalunya 2 ke 3 kilo akan diangkut pulang. Hargapun boleh tahan juga sekitar RM8.70 ke 9.00. Kalau di Pengkalan Samak lagi 'up' dalam harga RM16.00/kg untuk kembong/pelaling. 


Sudah beberapa hari lamanya muruku ini 'terbaring' disudut meja makan tidak berusik. Kalau 'Twisties' berperisa original atau barbeque mahupun chicken yang dibawa pulang, dalam sekejapan sahaja bebudak dengan mak budaknya sekali mencapai membuka mengkonsum. Mamee monster family pack lagi pantas disambau. Namun bila bawa balik muruku produk BMF, 'sapah' hantupun tidak sudi memegangnya sehinggalah kehari ini. Cabaran sebenarnya.

Dimeja makan



Penuh memikat

Ownernya - typical packaging


Teringat lagi pada pagi itu(27/02) bilamana terpandangankan deretan produk BMF berbaris bersusun digondola diketika orang rumah membeli keperluan dapur beserta ikan untuk kucing belaannya. Berbangga pula diri melayan perasaan betapa terharunya hati akan kedudukannya di 'golden eye' yang seharusnya menarik ramai pembeli. Tempat susun letaknya terbaik, eye level, dan sejuk mata memandang. Penuh dan padat. Aku bergerak keluar kehujung 'passageway'. Adalah dalam 5 minit lamanya aku memantau dari jauh. Akan tetapi yang menghairankan, punyalah ramai orang yang berkunjungan tapi tiada seorangpun yang menjengah melalui 'alley' kedapatan produk BMF ini. Hairan terasa pula. 


Masih bersangka yang baik baik. Mungkin diketika pagi tentu sahajalah pengunjungnya lebih kepada golongan surirumah membeli keperluan harian dapur. Tid-bits bukanlah barangan utama yang dicari oleh golongan ini. Makanan ringan atau lebih kerap disebut sebagai jajan lebih kepada bebudak. Merekalah sasaran utama. Numun untuk menarik perhatian budak budak tengah naik ini, maka perlulah ada daya tarikan terhadap golongan ini. Orang dewasa mungkin gigi banyak yang sudah tanggal dan menyukarkan kunyahan. Bagi veteran tentunyalah lebih kepada makanan ringan yang lembut lembut. Kebanyakannya pula telah lama mengenali 'msg', bahan pewarna serta tiadanya khasiat dari jajan yang secara umumnya serta mendatangkan kesan tidak elok untuk kesihatan. Tambahan pula kesedaran terhadap kesihatan lebih diutamakan. Al-maklumlah, kos rawatan kesihatan akan semakin meningkat apatah lagi jika telah di-diagnoskan dengan penyakit yang kerap menghingapi golongan lama. Mengharap anak anak membantu menyara adalah suatu harapan dan bukannya jaminan. Amat ditakuti duit kwsp yang dikumpuli bertahun lamanya akan habis jika tidak diurusi dengan baik.


Berbalik kepada muruku yang seakan terlupakan ini dan masih belum terusik adalah realiti yang aku sendiri alami. Bilamana 'inang-inang' lebih mengamit selera sesampai kat rumah tambahan pula lama tidak memakannya maka kekal tidak bersentuhlah jawabnya. Mudahnya bercakap, 'sokong produk melayu, beli BMF, bantu sesama kita dan pelbagai lagilah slogan yang menjurus kepada kesatuan tindakan demi membangkit dan merancakkan ekonomi sesama. Tindakan susulan adalah amat kritikal dan lebih penting. Tindakan berterusan didalam pembelian dan penggunaan akan membolehkan kekerapan pengulangan penggunaan produk kita meningkat. Barangan 'fmcg', term yang aku kerap dengari dan ucapkan semasa mengambil kursus 'Dip in Mkt(uk) mempunyai characteristics-nya tersendiri untuk kekal didalam pasaran. Dalam menentukan jangka hayatnya, 'product life cycle', banyak aspeks/isu yang perlu dibereskan. Andai membiarkan tanpa adanya usaha usaha untuk 'tune' mengikut dinamiknya pasaran semasa, ditakuti produk yang dibanggakan ini akan being phased-out pasti terjadi. Sebab itulah tools yang digunapakai bagi mengenalpasti dan memungkinkan plan tindakan berpotensi untuk berjaya antaranya 'the 4'Ps, marketing mix dan swot analysis. Masa student, banyak case-study dijalankan dengan pensyarah pula monitor setiap pendekatan perancangan yang dikemukakan untuk dinilai kesesuaiannya. Hebatnya masa itu, conversation in english. Maklum la - external course. So, whatever we would like to argue or object must communicate in omputih. Macam bagus jer.


Adalah amat diharapkan yang semua kita sesama bergandingan membantu menyokong serta merancakkan pembelian dan consume sekerap mungkin. Bilamana semua setujuan, barang tentunyalah akan ada peningkatan pengeluaran, penjualan dan penggunaan terhadap sektor makanan dan peruncitan. Aktiviti perekonomian peringkat hiliran juga akan lebih meriah bertitik tolak dan kesan 'compounding' dari kesatuan tindakan 'kita tolong kita' ini. Anak anak kita akan mendapat peluang kerja. Mereka inilah yang diharapkan untuk menyambung legasi keberadaan umat Melayu Islam dalam menjana serta mengerakkan  setiap aspeks aktiviti ekonomi agar menjadi bangsa bermaruah.


Tiada cara lain lagi rasanya dalam memperkasakan perekonomian kita. Pihak kerajaan sendiri sekadar penyelaras yang ibarat melepaskan batuk ditangga sahaja. Kesungguhan tiada. Tindakan membantupun terpilih pilih. Mara pun dimanipulasi tanpa sedari oleh golongan berkepentingan buat diri dan keluarga. Tunggulah kehinaan akan mendatangi diri pada mereka yang tidak amanah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Seharusnyalah kita tidak mengeluh menyalahkan dan perlu redha atas apa yang telah berlaku. Kita kena 'move on'. Kesedaran yang telah tumbuh membiak kini perlu kita perkemas dan pertingkatkan lagi agar menjadi 'kuasa' ekonomi baru umat Islam ditanah tumpahnya darahku ini. 


Bangkit semua. Pertahankan maruah kita. Ini negara kita dan kuasa ekonomi mesti menjadi agenda utama.

 

Monday, February 22, 2021

Rise to the Occasion

Sejak terpandangkan wajah anak yang sedang berjalan kedewan peperiksaan pada pagi ini semacam ada rasa bangga dan bertuahnya diri. Segalanya berpunca bilamana 'cikgu' dalam grup 'Parents MRSM2020' membuat laporan semasa ketikanya calon SPM 2020 melangkah masuk kedewan peperiksaan. Tidak aku jangkakan semuanya ini. Sekadar menunjukkan gambar pelajar sahajapun sudah mencukupi sebagai pembuktian. Namun yang membuatkan suka sesangat adalah rakaman video hampir kesemua mereka dipertontonkan. Amat berterimakasih yang tidak terhingga kepada pihak yang berinitiatif melakukannya. Barangkali juga mereka dapat menyelami akan rasa terkilan ibubapa yang tidak berpeluang hadir berjumpa berpunca dari wabak covid-19 yang masih lagi berleluasa kini. Bagi pihak ibubapa pula pasrah seandainya tidak dapat berjumpa sekalipun tapi tetap berhajat untuk mengetahui perkembangan terkinipun sudah memadai. Hasrat hati ini seperti termakbulkan. Bukan setakat gambar tapi siap ada videonya pula.


                                                     SPM 2020 di tahun 2021

Rasa terkilan jugalah sepertimana yang dilaporkan akan kisah pada pagi menduduki peperiksaan, sila rujuk 'Intai anak...' untuk menyelami perasaan seorang ibu.

Tidak berkesempatan berjumpa dek kekangan Covid-19. Manakala arahan tergempar akan kemasukan semula ke asrama pada pagi 09/01 tidak memungkinkan aku menghantarnya. Aku serahkan tanggungjawab ini kepada mamanya. Anak nombor dua bertindak sebagai pemandu dan ditemani oleh anak yang bongsu. Aku tidak berpeluang menyerahkannya kepada MARA pada hari yang ditetapkan. Namun segala keperluan dan bayaran pendaftaran untuk tahun 2021 sehinggalah March nanti telah diurusi.  

Ini adalah norma baru. Kebiasaannya sebelum bermulanya peperiksaan besar, aku akan mengambil cuti panjang. Namun buat kali ini biarpun kebiasaan ini aku laksanakan tapi malangnya aku tidak boleh pula bertemu untuk memberi kata kata rangsangan. Dia dan rakan semaktabnya yang mengambil SPM sessi 2020 telah tidak dibenarkan menerima pelawat waima 'parent' masing masing demi menjaga mereka dari dijangkiti covid-19. Pengawasan ketat oleh pihak Mara amat aku hargai. Tempoh sebulan lebih ini rasanya sudah memadai bagi mereka membuat persiapan akhir. 

Samaada kebetulan atau memang ditakdirkan, pengasingan sedemikian mungkin mampu melonjakkan prestasi mereka untuk fokus kepada peperiksaan. Betapapun gundah gulananya ibubapa mengharapkan pencapaian terbaik tetap juga bergantung kepada kemampuan mereka mengagahi diri menghadapi fasa penting dalam kehidupan mereka. Apa apapun keputusan yang bakal diterima dalam 3 bulan mendatang ini adalah hasil usaha kesungguhan dengan bimbingan barisan cikgu mereka yang terlatih. Perlu mensyukuri atas apa sahaja yang dikurniakanNya. Harapan aku moga dia mencapai kemuncaknya setelah sekian lama sekadar menjadi second fiddle.

Seharusnyalah pasrah atas apapun keputusan yang terzahirkan nanti. Bagi diri aku, takdir Illahi mana mungkin mampu untuk kita menahannya dari berlaku. Perjalanan kehidupan buat dirinya masih jauh lagi sebelum menemui titik akhirannya. Panjang pendeknya hayat kehidupan seseorang hanya Dialah Yang Maha Mengetahui.

Dikesempatan ini, aku berdoa memohon kepadaMu agar dipermudahkan urusan anak yang sedang menduduki peperiksaan besar ini yang penuh berpancaroba sejak permulaan tahun akademik 2020 lagi. Cabaran yang pada pandangan mata kasar seorang ayah begitu menyukarkan serta amat memeritkan untuk diharungi tambahan pula berjauhan dari keluarga. Semoga dirinya tabah menghadapi cabaran hidupnya ini dengan jayanya.

Insya-Allah...ameen.


Sunday, February 21, 2021

Hari kedua CNY

13 FEBRUARY 2021, 20:27

Hari kedua CNY

Berbeza sambutan perayaan tahun ini berbanding dengan keceriaan yang melampau cerianya pada tahun 2020 terutamanya persiapan menyambut kedatangan tahun 'tikus'. Aku bukanlah menidakkan kebebasan menyambut perayaan orang tiong hua. Tapi cara dan tindakan mereka diketika menjadi sebahagian daripada kerajaan begitu agak mengecewa dan meresahkan masyarakat peribumi umumnya. Tidak sensitif malah bertindak mengikut pertimbangan mereka sahaja. Apa yang amat dikesalkan adalah perilaku mereka yang diberi kuasa dan dituruti pula akan 'perangai' yang memperlekehkan orang Melayu oleh golongan sebangsa tanpa berlapik bercakap seolah melepaskan dendam. Hormat dan setiakawan yang selama ini diperlihatkan tidak dibalasi sepatutnya. Malah sering menyinggung dan menyakiti hati semacam ingin 'provoke'. 

Kesudian orang Melayu  pada dasarnya di PRU ke 14 dahulu bertitik tolak dari pemimpin kerajaan Melayu yang telah tersasar dan bongkak dengan kuasa yang dipegang sejak merdeka lagi. Penolakan kepada pimpinan sebangsa adalah bertujuan untuk menyedarkan golongan opportunis yang berselindung disebalik politik demi kepentingan diri supaya berubah kembali kepada tujuan asal menjadi pemimpin demi memartabatkan bangsa Melayu yang sedia maklum lemah agar setanding dan sama gagah dengan bangsa yang telah lama merdeka. Malang sungguh bangsa Melayu. Semangat kemerdekaan yang cuba diturunkan oleh mereka yang merintis laluan dahulu telah dikhianati oleh anak cucunya sendiri. 

Dalam masa yang sama juga kesudian kerelaan meletakkan harapan kepada orang mendatang ini bergandingan memperbetuli kepincangan dalam membangunkan negara demi kemakmuran bersama. Harapan yang sebegitu tinggi dengan bersangka baik yang 'pengganti' kerajaan terdahulu 'will walk the talks' amat dinanti nantikan oleh semua. Sememangnya percaturan sebegini adalah 'perjudian' yang mana kita tidak kisahpun apa yang akan terjadi dimasa depan. 

Melayu bawahan majoritinya telah lama 'fed-up' dengan tindak tanduk penguasa Melayu sebangsa selama hampir 60 tahun memegang tampok pemerintah negara. Mereka amat cenderung dan condong kearah memperkayakan kerabat dan kroni semata. Ialah-kan, bilamana kuasa telah terlalu lama digenggam dan tanpa segan silu-nya mewariskan pula kepada anak serta kerabat terdekat bagi mengukuhkan penguasaan dalam 'koloni' yang diujudkan. Bertitik tolak dari kecewanya golongan marhaein dengan tindak tanduk orang sebangsa yang tidak 'paruah-kan' saudara se-agama maka kebergantungan diperjudikan kepada parti yang agak liberal. Kita tidak kisah lagi akan nasib bangsa dimasa hadapan sebagaimana tidak kisahnya pemimpin yang konon katanya perjuangkan agama, bangsa dan tanahair mengkhianati sekian lama.  

Kalau lambat bangkit bertindak, percayalah 'kuasa' melayu akan hilang lenyap buat selamanya. Saat tibanya momen tersebut, segala galanya sudah terlambat. Air mata even air mata darah yang keluar sekalipun tidak bernilai lagi. 

Jadilah nantinya, dari hidup bermaruah, melukut ditanah yang asalnya milik kepunyaan kita terus terusan tersisih tak ada maruah. Memang 'pedih pilu' untuk terima hakikat ini.