13 FEBRUARY 2021, 20:27
Hari kedua CNY
Berbeza sambutan perayaan tahun ini berbanding dengan keceriaan yang melampau cerianya pada tahun 2020 terutamanya persiapan menyambut kedatangan tahun 'tikus'. Aku bukanlah menidakkan kebebasan menyambut perayaan orang tiong hua. Tapi cara dan tindakan mereka diketika menjadi sebahagian daripada kerajaan begitu agak mengecewa dan meresahkan masyarakat peribumi umumnya. Tidak sensitif malah bertindak mengikut pertimbangan mereka sahaja. Apa yang amat dikesalkan adalah perilaku mereka yang diberi kuasa dan dituruti pula akan 'perangai' yang memperlekehkan orang Melayu oleh golongan sebangsa tanpa berlapik bercakap seolah melepaskan dendam. Hormat dan setiakawan yang selama ini diperlihatkan tidak dibalasi sepatutnya. Malah sering menyinggung dan menyakiti hati semacam ingin 'provoke'.
Kesudian orang Melayu pada dasarnya di PRU ke 14 dahulu bertitik tolak dari pemimpin kerajaan Melayu yang telah tersasar dan bongkak dengan kuasa yang dipegang sejak merdeka lagi. Penolakan kepada pimpinan sebangsa adalah bertujuan untuk menyedarkan golongan opportunis yang berselindung disebalik politik demi kepentingan diri supaya berubah kembali kepada tujuan asal menjadi pemimpin demi memartabatkan bangsa Melayu yang sedia maklum lemah agar setanding dan sama gagah dengan bangsa yang telah lama merdeka. Malang sungguh bangsa Melayu. Semangat kemerdekaan yang cuba diturunkan oleh mereka yang merintis laluan dahulu telah dikhianati oleh anak cucunya sendiri.
Dalam masa yang sama juga kesudian kerelaan meletakkan harapan kepada orang mendatang ini bergandingan memperbetuli kepincangan dalam membangunkan negara demi kemakmuran bersama. Harapan yang sebegitu tinggi dengan bersangka baik yang 'pengganti' kerajaan terdahulu 'will walk the talks' amat dinanti nantikan oleh semua. Sememangnya percaturan sebegini adalah 'perjudian' yang mana kita tidak kisahpun apa yang akan terjadi dimasa depan.
Melayu bawahan majoritinya telah lama 'fed-up' dengan tindak tanduk penguasa Melayu sebangsa selama hampir 60 tahun memegang tampok pemerintah negara. Mereka amat cenderung dan condong kearah memperkayakan kerabat dan kroni semata. Ialah-kan, bilamana kuasa telah terlalu lama digenggam dan tanpa segan silu-nya mewariskan pula kepada anak serta kerabat terdekat bagi mengukuhkan penguasaan dalam 'koloni' yang diujudkan. Bertitik tolak dari kecewanya golongan marhaein dengan tindak tanduk orang sebangsa yang tidak 'paruah-kan' saudara se-agama maka kebergantungan diperjudikan kepada parti yang agak liberal. Kita tidak kisah lagi akan nasib bangsa dimasa hadapan sebagaimana tidak kisahnya pemimpin yang konon katanya perjuangkan agama, bangsa dan tanahair mengkhianati sekian lama.
Kalau lambat bangkit bertindak, percayalah 'kuasa' melayu akan hilang lenyap buat selamanya. Saat tibanya momen tersebut, segala galanya sudah terlambat. Air mata even air mata darah yang keluar sekalipun tidak bernilai lagi.
Jadilah nantinya, dari hidup bermaruah, melukut ditanah yang asalnya milik kepunyaan kita terus terusan tersisih tak ada maruah. Memang 'pedih pilu' untuk terima hakikat ini.
No comments:
Post a Comment