Thursday, June 30, 2022

No. 3 - Terimalah hakikat

Tatkala aku hendak bergerak pergi, sibuk pula orang rumah bertanya, selepas mengangkat kotak berisi ikan kedalam rumah. Aku nyatakan tanpa menoleh kearahnya, 'Nak ke pejabat pos...'. Tapi sebelum itu 'panggilan Illahi' lebih utama untuk dituruti. Meleju sahajalah aku ke masjid di Taman. Untuk setiap waktu 'hadir' ke masjid adalah sesuatu yang bagi mereka yang mengerti akan menjadi keutamaan. Harapan yang pastinya dilorongkan olehNya dan semoga senantiasa dipemudahkan.

Selesai sahaja mengerjakan ibadah solat berjamaah, aku terus menuju ke Alza. Aku masih lagi tertanya tanya sendirian, kemanakah gerangan insan yang ingin sesangat untuk aku berbual santai sesama. Dalam aku masih tercarikan jawabannya sambil melangkah ke kereta mpv tu, seseorang bermotor menegur memberi salam. Orangnya amat aku kenal malah sejak dari zaman bebudak lagi. In split second juga-lah dialah orangnya yang pengsan sekejap terkena bola hoki 'real' dengan kayu hoki yang innovative iaitu, pangkal buloh yang dikerat seperti hockey stick masa 'friendly match' antara kampong aku dengan budak sebaya kampong kandang. Lucunya, ada pula seorang yang bertindak macam pegawai 'medic' berusaha memulihkannya. Berkesan bilamana dia meluruskan kakinya dengan membuat sedikit aksi menepuk-nepuk belakang Mat Nor sehinggalah dia tersedar.

Lalu spontanlah salamnya itu aku jawab. Soalan yang diutarakan mirip mirip ada persamaannya dengan insan yang aku teranggapkan sudah arwah itu. Tapi nadanya agak longgar sedikit. Dia ini pula antara regular ke masjid. Bekerja sendiri. Malah telah bertahun lamanya menjadi 'gembala' kambing khusus buat mereka yang mahu laksanakan korban haji. Terkenal juga dirinya sebagai penternak kambing di Bukit Katil. Pertemuan aku dengan dia sering kali terjadi di dua lokasi sahaja. Pertamanya tentulah di masjid. Keduanya pula adalah pada majlis keramaian terutamanya majlis perkahwinan. Selain dari dua situasi ini jarang terserempak dengan dia dimana mana.

Mungkin hairan baginya sehinggakan sanggup dia menegur diri yang bukan siapa siapa ini. Apapun ingatan terhadap rakan 'sekampong' yang tertakdirkan sekhariah kini di masjid, meluncur sahaja pertanyaan. 'Masih kerja lagi...belum pencen!'. Aku pula melorot sahajalah memaklumkan sambil spontan mengangguk anggukkan kepala. Mungkin dia dapat rasakan yang aku bergegas ke kereta dan jawab pertanyaannya itu sambil lalu sahaja, pertanyaan seterusnya tidak kesampaian. Terkilan juga aku tidak dapat berbual lama dengan dia kerana urusan yang aku hendak selesaikan segera.

Start engine bergeraklah aku ke Pejabat Pos Besar Melaka. Aku boleh sahaja ke JPJ yang jaraknya tidakpun sampai sekilo dari Raudhatu Al-Jannah ini. Aku memilih ke Pejabat Pos berbanding ke JPJ kerana aku lebih selesa kesana. Selain dari cepat dan pantas berurusan dikaunter, suasana lebih ceria. Lebih aku sukai adalah kurangnya orang berurusan di waktu lepas Zohor. Selalunya orang lebih bertumpu di kedai makan untuk makan tengahhari mereka.

Dalam pemanduan ke Pejabat Pos, tersentuh aku dengan pertanyaan 'masih bekerja' dari orang yang boleh aku kira begitu rungsing akan penampilan dan kehadiran berjemaah di masjid. Malu sebenarnya pada diri dan bukannya pada mereka berdua yang menanyai aku akan hal ini. Rasanya 'Allah' swt seolah menempelak aku berkenaan kesuntukan masa melalui mereka.

Moga aku dipermudahkan perjalanan hidup aku ini sehingga kepenghujungnya.


No. 2 - Bersebelahan menegur

Tengahari tadi, selesai sahaja memborong ikan di Pengkalan Samak, pihak surau berdepan dengan deretan gerai ikan, mengumandangkan audio bacaaan ayat ayat suci al-quran. Sudah hendak masuk Zohor ni. Bergegaslah aku memecut kembali ke Bukit Katil. 

Sesampai di Umbai yang selalunya akan singgah di PMEH @ Pasar Mini Esah Haniff, aku bertanyakan si-dia, 'hendak singgah ke tidak...' Jawabnya tidak mahu kerana petangnya nanti hendak ke Econsave. Keperluan hendak memasak tengahhari segalanya telah ada dan mencukupi. Makanya makin lajulah aku bergerak berlalu. Difikiran kalau segalanya tiada aral mungkin sempat lagi untuk aku berjemaah di masjid Raudhatu Al-Jannah.

Semasa melewati Alai, berpusing kepala mengintai rumah lama. Kebiasaannya aku akan singgah menghulurkan sedikit 'pemberian' tapi kali ini tidak pula. Perancangan aku sebenarnya hendak ke Pejabat Pos menghidupkan insuran dan cukai jalan MBG. Hampir setahun jugalah tidak digerakkan kecuali pada suatu Jumaat yang memeranjatkan aku. Serik akibat lama sesangat tidak mengendalikan 'jentera' yang bebudak sudah upgradekan. Dari rim berjejari ke rim sports dan dari kepuk lama berganti baru yang dibeli dari shopee. Biasanya si Yaseer yang melenjan tapi pada hari yang tidak disangka-sangkakan, boleh pula 'peristiwa' yang hampir mencederakan diri, terjadi. Takdir mana kita mampu melawan.

Apapun, selesai mengangkut foam box ke dalam rumah, aku segeralah menuju ke masjid. Parkir Alza di parkir yang sedia kosong, maklomlah hari bekerja dan segeralah mengambil wudhuk. Tatkala membuka pili air, bilal mulai qamat. Semasa sampai ditempat mengambil air sembahyang itu, hanyalah seorang jemaah sahaja hampir selesai mengambil wudhuk-nya. So makna kata, akulah orang terakhir memasuki shaf ke-dua. 

Aku tidak dapat 'memahami' situasi yang aku dihadapkan ketika itu. Entah macammana sebaik sahaja orang surau di Pengkalan Samak memainkan rakaman bacaan ayat ayat suci al-quran, hati ini semacam hendak segera pulang kerumah. Memang aku tidak mensyaki apa-apa. Pergerakkan macam biasa tiada pula yang kelihatan janggalnya. Ada tidak ada, aku dipermudahkan. Lampu trafik hijau sahaja dari persimpangan memasuki umbai, telok mas, alai, kandang, Semabok dan di Bukit Duyung. 

Sebaik memasuki taman, berselisih orang setaman bermotor hendak ke masjid. Ini menguatkan aku untuk lagi segera sampai agar aku dapat bersama dengan jemaah lain ber-zohor. Macam telah ditakdirkan pula yang mana selesai solat, makmum yang disebelah aku menegur, 'masih ditempat yang sama lagi...'. Aku menoleh merenung dia, seolah terperanjat aku. Dan dia meneruskan ungkapan yang macam dah sebati dengan dia bila sahaja terserempak dengan aku dimana mana sahaja, 'kurusnya... ada sakit ke'. Aku sekadar mengangguk mengiakan akan apa yang dicakapkan itu. Bersalaman dan dia terus bangkit dari shaf. Mungkin ber-solat sunat pula. Aku pula tidak menoleh kearah kemana dia pergi tapi tetap statik  berzikir mengikut imam sehingga selesai mengaminkan doa yang dibaca olehnya.

Seusai zohor, aku mencari-cari akan dirinya tapi tidak kelihatan. Misteri layaknya. Hampir ke-85 jemaah yang 'sempat' sesama bersolat. Anggaran ini aku rasa tepat kerana 'rapatkan shaf' sudah kembali normal. Pernah pada suatu ramadhan, aku membuat kiraan akan jumlah makmum untuk setiap shaf. Kalau tiada tiang yang menghalang, jumlah masksimum buat setiap shaf adalah 50 jemaah. Makanya untuk zohor hari ini, andaian aku dari 1 3/4 shaf, total anggaran mungkin bersamaan dengan 85 orang. 

Aku masih tercari cari dengan mata melilau melihat sekeliling. Tiada kelihatan. 

Misteri. Cikgu Mohd Yasin namanya ketika berjamaah tadi adalah insan yang amat aku kenali sejak tahun 1980an lagi. Ketika itu aku dan dia(sudahpun, guru lepasan SPM) sesama menghadiri kelas STPM anjuran GPMS Melaka sessi 1982-1983. Lama tidak bertemu dengan dia walaupun se-khariah. Malahan semasa bulan puasa yang baru berlalu tahun 1443H, memang tidak kelihatan dirinya di Raudhatu Jannah. Rasanya Ramadhan tahun sebelumnyapun tidak pernah terserempak semasa berterawikh. Hendak dikatakan Covid-19 punya angkara menyebabkan dia tidak ke masjid agak mustahil. Ini memandangkan beliau adalah ahli dan penggerak Tabligh Bukit Katil. Berkunjung berjamaah di Masjid antara keutamaannya. Hendak dikatakan yang dia keluar 40 hari ataupun 4 bulan juga tidak berapa pasti pula disebabkan sejak Februari 2020 sehinggalah ke penghujung 2021, negara telah dikenakan sekatan perjalanan. Aku agak tergamam ketika bersalaman dengan dirinya. 

Ternyata andai benarlah akan apa yang aku lihat, tanggapan aku yang dirinya telahpun arwah tentunya tersalah orang. Nama bersamaan juga profesion seorang guru dan lokasi tempat tinggalpun berdekatan begitu mengelirukan diri. Cepat benar aku menyimpulkannya.

Salah sangka kekadang boleh memalukan diri.

Sunday, June 26, 2022

Usaha tangga kejayaan...

24 JUNE 2022, 11:07

Usaha tangga kejayaan

Motto ini, rasanya kebanyakkan kita telah lama mengungkapkannya. Seingat akulah mungkin sejak aku mulai pandai membaca lagi dan tambahan pula menjadi pilihan kebanyakan sekolah. Sekolah menengah rendah yang aku masuki pada awal tahun 1977, SMAL, turut sama berkongsi 'tagline' ini. Pada ketika itu sememangnyalah tidak mengambil pusingpun akan hal ini. Dimasa itu masih peringkat budak lagi dan segala yang berlaku dan terjadi diketika itu tidak sempatpun untuk difikirkan kenapa dan mengapa. Pakai langgar sahaja. 

Maklumlah baru hendak menginjaki alam kedewasaan. Setiap langkah yang diambil masih lagi diawasi oleh orang tua. Serba serbi kekurangan. Wang lagilah. Minta ikhsan dari  bapak dan lebih kerap dengan nenek yang duduk serumah. Bapak dan mak aku duduk dirumah 'darat' manakala aku dan adik beradik yang lain mendiami rumah 'baroh'. Tidak tahu pula bila termulanya tradisi sebegini. Setahu dan seingat aku, sejak mulai bersekolah rendah lagi aku sudah duduk dirumah depan. Rumah peninggalan 'datuk' Yasin yang tidak pernahpun aku lihat wajahnya. Hasil bualan santai dengan abang long aku, yang kini telahpun kembali kerahmatullah, ada memaklumkan dimana dia merasa hairan yang mana lepas seorang ke seorang menghampiri 'arwah' datuk yang sangkanya sedang tidur mencium pipinya dan kemudian dibawa 'pergi'. Usianya berdasarkan ingatan akan kejadian itu adalah sekitar 5 tahun. 
 
Sejak mulai pandai ke bandar sendirian setelah bersekolah menengah, neneklah menjadi banker aku. Loaded orang tua tu. Kebiasaannya bilamana anak buahnya berkunjung lebih lebih lagilah yang bermastautin jauh di Singapura akan menghulurkan 'sedikit' wang kepadanya. Aku sekadar memandang sahaja andai aku ada dirumah. Selebihnya bolehlah diandaikan yang setiap kali mereka yang datang berziarah akan 'huloq'. Tidak banyak , sedikit. Time time raya, lagilah lebat. Berkepuk dia dapat. 

Lumrah kehidupan tiada sesiapapun boleh membuat telahan apatah lagi mengetahui penuh yakin akan perjalanan kehidupan sendiri ataupun orang lain. Segalanya bergerak menuruti kehendak Yang Maha Esa. Siapalah kita untuk mempertikaikan setiap kejadian. Namun hakikat yang berlaku kini malah sejak dahulupun dan berkemungkinan berterusan dimasa yang akan datang, kita sering sangat menyalahkan kepada orang lain atau 'sesuatu' dan semacam kelaziman pula untuk saling salah menyalahkan sesama. Masing masing mempertahankan kebenaran kenyataan yang dibuat. Sedikitpun tidak mahu mengalah mengakui kesilapan sendiri.


     Milli Vanilli - Blame it on the rain


Biarpun begitu, langkahan menerjah setiap ruang kehidupan tidak boleh dianggap mudah. Semuanya berkaitan dan terkait. Andai tidak dilakukan sedemikian maka pastinya yang tidak diingini pula yang pasti akan berlaku. Tiadanya keadaan ditengah-tengah. Apa sahaja yang dilakukan akan ada turutannya. Malangnya kita tidak mampu meneka meramal setepat yang mungkin akan rentetan kejadian seterusnya. 

Ikutlah rentak hati. 

Monday, June 13, 2022

Moga diganjari olehNya

 

Makin lama aku makin berkeyakinan. Mudah memaham dan mengingatkan 'pattern " sorof' yang kerap diulang ulangnya keatas setiap peserta kelasnya agar tahu mengerti. Memanfaatkan akan apa yang telah ditunjukajarkan oleh ustaz muda ini amat membantu aku. Kaedah yang dibawanya, pada awalnya aku anggap biasa sahaja. Tidakpun lebih baik dari apa yang di-explain-kan oleh Brother Meserali  via video yang diupload di internet yang kemudiannya aku download untuk simpanan dicomputer dan siap buat back-up dengan burn kedalam dvd. Ini bagi memudahkan aku andainya video berkenaan 'Madina Arabic' yang amat popular tiada di internet.


Namun bila berguru berdepan, semacam 'aura' menimba ilmu banyak berbeza. Dari santai santai sifatnya, bila ada masa buat dan tidak punyyai waktu terluang, tiada rasa bersalah. Pembelajaran kendiri memang banyak dugaan. Sukar dimengertikan. Ketika memulainya, percuma dan dengan segala peralatan untuk belajar dan mengikutinya tersedia dan tidak perlu keluar dari rumah dan boleh mengikuti mengikut kesesuaian masa yang kita ada. Pdf buku aku cetak dan binding. Video yang telah aku download, hanya buka dibilik kekadang secara berbaring aku tontoninya. Mencatat dan membuat latihtubi seperti mana dianjurkan. Bersemangat pada peringkat awal, culas kemudiannya. Bangkit gigih bila berkelapangan dan kekadang tinggalkan dek ketiadaan masa. Aktiviti yang aku mulakan sejak awal mellinium, rasanya 2008 sehinggalah kini masih mengulang ulang buku 1, buku 2 dan sampai sepuluh bab pertama untuk buku 3 terhenti seketika. Kemudian selepas beberapa ketika meninggalkannya, aku kembali memulainya semula.  


Memandangkan belajar sendiri sendiri dan ikut kesesuaian masa dan tiada jadual yang tetap maka ianya sering sangat terabaikan. Boleh memahami akan grammar yang diajarinya dan ikuti juga nasihatnya di video yang lebih awal beredar di internet dari keinginan aku untuk mendalami akan bahasa arab. Bukanlah ke tahap mahir cuma sekadar ingin faham makna dan tahu struktur tatabahasapun sudah memadai.


Sebelum ini aku lebih kepada mengikuti secara pembacaan on-line berbahasa inggeris akan bahasa arab dalam usaha aku untuk memahami akan al-quran. Pembelajaran cara baru dengan menggunakan pdf file ditangan dan mengikuti kelas yang telah lebih bertahun awalnya sebelum datangnya 'hidayah' untuk aku berhasrat sedemikian. 




Rujuk al-quran-untuk-memartabatkan-manusia, yang dibimbangi oleh mereka yang prihatin

Sunday, May 15, 2022

Berselawat Keatas Nabi...

Sepagian sehinggalah kini, orang rumah yang sedang menyediakan sarapan pagi untuk abangnya yang tersayang ini ditemani oleh nyanyian Maher Zain dan Raihan via lagu  ' السلام عليك يا رسول الله ' dari smartphonenya. Aku diketika itu sedang membersihkan diri didalam bilik air. Bercukur penuh fokus takut luka terluka lagi. Kekadang makin fobia dalam melayan 'razor' cap ayam. 


Pertama kali menggunakan razor yang besar gedabak adalah sesuatu yang kurang selesa. Rasanya sudah sebati dengan brand Gilette dan Schick yang sleek dengan premium quality. Disposable razor dari kedua dua brand yang established ini memang terbukti tahap kualiti kesempurnaannya. Namun sejak pertengahan Julai lagi, heboh para perancang dan peramal ekonomi mengatakan ekonomi negara malah seluruh dunia sedang menuju kearah kemelesetan. Kesan lagi buruk akan lebih memeritkan pada tahun 2023 nanti. 


Cadangan yang dipalu oleh pihak kerajaan dalam memastikan semua kita bersedia menghadapi situasi ini maka perlu lebih berhemah dalam berbelanja. Makanya dalam meyahut seruan kerajaan, akupun cubalah mana yang boleh untuk berjimat. Berbalik kepada soal disposable razor ini, memangpun aku hendak membeli pack yang baru. Tapi sering sahaja kelupaan. Semasa berligar ligar di Mr. DIY Duyung, aku terperasankan gondola menempatkan pencukur pakai-buang ini. Kualiti yang tentu sahaja boleh dipertikai memandangkan harga per unit berganda lebih rendah dari yang biasa aku gunakan. 


Untuk hari ini, aku mulai menggunakan buat kedua kalinya 'Max 5 Razors' dari MR. DIY.



Friday, April 15, 2022

Hari kesebelas sudah

13 April 2022, Wednesday 03:43pm 

Hari kesebelas sudah


Aku bercuti hari ini. Sekejapan sahaja 10 hari pertama telah berlalu. Bagi yang tahu, tentulah terasa cepatnya ianya berlalu pergi. Mungkinkah akan berpeluang berkesempatan menemuinya sekali lagi pada tahu hadapan. Amat musykil dihati. Tapi tidak mustahil andai itulah telah tertakdirkan buat diri. Pun begitu, setakat mengesalipun tidak memberi apa apa erti sedangkan sepuluh hari yang telah ditinggalkan ini tidak diisi dengan perkara yang sepatut dan seharusnya. Kelekaan serta kekuatan diri untuk kearah peribadatan dirasakan agak lemah sekali seolah olah tidak mendambakan sesuatu dari kehadiran Ramadhan 1443H kini.


Terus terang dapat aku nyatakan yang diri agak kurang bersedia menyambut kehadiran bulan penuh kemuliaan ini. Tindak tanduk yang dilakukan sebelum kedatangan bulan Ramadhan bahkan seawal tahun 2022 hala tuju semacam kelaut pula. Entahlah apa sebenarnya yang menimpa diri. Terlebih memikirkan hal dunia mungkin puncanya juga. Minda pula tidak diarahkan dalam pertingkatkan 'spiritual' menjurus hal hal keagamaan. 


Demi mengujudkan suasana keislaman yang jitu dan dalam masa yang sama juga amat pantas kita dilarutkan dengan hal hal keduniaan yang makin menyesakkan dada. Kerapnya dipaparkan kepincangan didalam masyarakat dan mudah pula untuk mengetahui malah dapat menyaksikan dengan begitu jelas lagi terperinci pastinya akan mempengaruhi corak pemikiran dan secara tidak langsungnya membuatkan diri termanggu terkeliru jadinya.


Errm...

Friday, February 18, 2022

Viral tentang dadah lagi

 17 FEBRUARY 2022, 12:27

Sejak berita mengenai seorang lagi warga emas diperlakukan oleh individu berpangkat anak, aku tidak lengah lagilah capai tablet yang ada menukilkan sesuatu. Catatan ini bukanlah sekadar mempersoalkan kewajaran pelaku menganiayai orang yang tidak setara kekuatan fizikal tapi lebih kepada kepincangan hidup didalam dunia yang telahpun memasuki zaman milinium. Nampak gayanya, mereka yang menjadi tumpuan se malaya via medium yang cepat menghidu akan kisah kisah penuh sensasi sebagai 'juadah' melaris mempopularkan platform penyiaran digital/maya/virtual memasing.

Dari satu segi, kepantasan maklumat beredar di alam maya membuatkan sekejapan sahaja kepada mereka yang mahu membaca dan mahu mengetahui kisah yang telahpun berlaku ini untuk memikir dan membuat penakulan sendiri. Ketepatan kesimpulannya pula tentulah bergantung kepada sejauhmanakah kemampuan diri menafsirkan peristiwa yang berlaku ini. Lain orang lain sudut pandangan. Apapun bagi aku sendirilah, tindakan aggresif berpangkat anak ke atas bapa, waima, bapa tiri sekalipun amat tidak wajar sama sekali.

Rujuk dan bacalah,pasal duit sanggup pukul memukul. 

Adalah tidak 'gentle' bagi seorang pemuda berusia 30 tahun berperangai sedemikian. Amat memalukan. Mana hendak letak maruah diri. Agak agak, ada sesiapa yang normal lagi waras pemikirannya mahu menjadikan dia menantu pilihan andai masih bujang. Betul, sesiapapun boleh berubah. Berubah menjadi baik. Tapi tentulah memang seriau buat pasangan ibu dan bapa mengambil risiko menerima lelaki yang sahsiah diri agak celaru dengan latarbelakangnya diketahui.

Mungkin aku bias dalam menilai. Tetapi hakikat yang harus dihadap dek gagal membuat keputusan yang betul akan membuatkan rasa kekesalan menghantui diri mungkin sehingga ke ahkir hayat.

Persoalannya kenapa pilihan hendak mengambil dadah membabitkan orang lain. Sendiri buat, sendirilah tanggung. Seronok mahu tapi kemampuan untuk berseronok tiada. Seharusnya dia disedarkan. Kalau bukan pihak keluarga yang mengambil langkah awal, bagaimana dengan masyarakat dilingkungan kehidupannya. Rasanya di Yan pasti ada segelintir insan yang prihatin dan boleh membantu. Kemana pula badan pengaman rasmi yang ada. Mana polis, mana badan pencegahan dadah dan pihak ngo yang sepatutnya memantau menyelia kehidupan bermasyarakat.

Hairan dan benak memikirkan.