Friday, April 15, 2022

Hari kesebelas sudah

13 April 2022, Wednesday 03:43pm 

Hari kesebelas sudah


Aku bercuti hari ini. Sekejapan sahaja 10 hari pertama telah berlalu. Bagi yang tahu, tentulah terasa cepatnya ianya berlalu pergi. Mungkinkah akan berpeluang berkesempatan menemuinya sekali lagi pada tahu hadapan. Amat musykil dihati. Tapi tidak mustahil andai itulah telah tertakdirkan buat diri. Pun begitu, setakat mengesalipun tidak memberi apa apa erti sedangkan sepuluh hari yang telah ditinggalkan ini tidak diisi dengan perkara yang sepatut dan seharusnya. Kelekaan serta kekuatan diri untuk kearah peribadatan dirasakan agak lemah sekali seolah olah tidak mendambakan sesuatu dari kehadiran Ramadhan 1443H kini.


Terus terang dapat aku nyatakan yang diri agak kurang bersedia menyambut kehadiran bulan penuh kemuliaan ini. Tindak tanduk yang dilakukan sebelum kedatangan bulan Ramadhan bahkan seawal tahun 2022 hala tuju semacam kelaut pula. Entahlah apa sebenarnya yang menimpa diri. Terlebih memikirkan hal dunia mungkin puncanya juga. Minda pula tidak diarahkan dalam pertingkatkan 'spiritual' menjurus hal hal keagamaan. 


Demi mengujudkan suasana keislaman yang jitu dan dalam masa yang sama juga amat pantas kita dilarutkan dengan hal hal keduniaan yang makin menyesakkan dada. Kerapnya dipaparkan kepincangan didalam masyarakat dan mudah pula untuk mengetahui malah dapat menyaksikan dengan begitu jelas lagi terperinci pastinya akan mempengaruhi corak pemikiran dan secara tidak langsungnya membuatkan diri termanggu terkeliru jadinya.


Errm...

No comments: