Thursday, August 16, 2018

Faham, laksanakan...


8/10/2018 2:44 PM

Jumaat kali ini dirasakan lebih bermakna. Bukanlah keajaiban yang telah berlaku tapi kebiasaan yang dilalui berjumaat dengan khutbahnya, dengan bacaan surah dalam sembahyangnya serta bacaan doanya yang dituturkan oleh imam membawa pengertian yang mendalam dalam diri. Sebelum sebelum ini dan setiap kali berjumaat, aku akan mengandaikan yang diri ini adalah orang yang paling terkebelakang atau senang kata, corot, dalam ranking orang yang hadir berjemaah jumaat. Aku merasakan yang  'Pak Imam', tapi rata-ratanya kini lebih muda dan kebanyakkannya dalam lingkungan awal 30an dan sepatutnya aku 'address' mereka ini sebagai 'adik' imam, telah lowered-kan level pembacaan surah dalam sembahyang jumaat kali ini. Mungkinkah hasrat hati yang aku pendamkan didengariNya. Memang menjadi sesuatu yang meresahkan bila apa yang dituturkan tidak difahami. Asas mungkinlah tidak kukuh tapi hal ini tidak pula bermakna yang kita harus membiarkan ianya berlalu begitu sahaja. Seharus dan sepatutnya punyai keazaman untuk mengetahui setiap apa yang dilafazkan oleh imam apatah lagi yang sendiri lafazkan ketika bersembahyang bersendirian yang asyik sangat mengulang ulang ayat yang kerap dan biasa sahaja. Masih tidak berani untuk membaca didalam sembahyang akan ayat-ayat al-quran lainnya. Khatam membaca belum tentu lagi mampu menutur ketika bersembahyang. Ini aku akuinya walaupun berkali-kali khatam ketika berguru dengan Atok Deraman Kling dizaman sekolah rendah aku dulunya. Masa itu lebih kepada melafazkan bacaan tapi diistilahkan sebagai 'mengaji' dan tidaklah sampai ketahap mengetahui maknanya. Itu dulu. Tapi kini, kenalah proaktif mengetahuinya.  Apapun, istiqamah dengan menghafali berdikit-dikit akan menghadirkan keyakinan pada diri.

Aku tidak dapat membayangkan tapi sekadar mengandaikan yang kalangan makmum yang sesama berjemaah samada Jumaat atau sembahyang fardhu yang didirikan lebih memahami serta mampu untuk khusyuk yang akhirnya amalan sembahyang mereka pastinya akan diterima oleh Allah swt akan. Dari sekecil-kecil anak yang dipimpin dan tidak betah duduk bersebelahan bapa sehinggalah yang sampai ketahap memapah memaut penghadang menaiki tangga masjid pastinya tidak ketahuan amalan siapakah yang tinggi nilainya. Kita sekadar melaksanakan amalan sembahyang yang diperintahkan via Junjungan Besar kita lama sudah. Self-check serta ulangan yang dilakukan saban hari saban waktu seharusnya menjadikan kita makin mengetahui malah makin memahami serta mantap perlaksanaan. Buat mereka yang lebih junior dari diri ini tentulah punyai banyak masa dan kesempatan untuk merebut pelbagai kebaikan pahala berbanding dengan diri yang rasanya laju sesangat akan menghampiri penanda aras usia iaitu 63. 

Andai dicongak congakkan dari tarikh hari ini sehinggalah ke usia 63, Sembahyang Asar di petang Jumaat ini dan kalau dengan izinanNya mungkin maksimum yang mampu digapai adalah sebanyak 83646 jumlahan pahala sembahyang dengan berjemaah. Tapi bagi mereka yang berusia 15 tahun, standard akil baligh, pastinya lebih berganda lagilah dimana kelebihan usia yang kalau dimanfaatkan semaksimumnya oleh mereka, mampu menjana sebanyak 468234 pahala Asarnya. Belum lagi untuk sembahyang waktu lainnya dan kalau dijumlahkan tentulah menggunung banyaknya. Ini belum dicampurkan dengan amalan amalan kebaikan yang lain yang segalanya bertujuan mempertingkatkan lagi ketakwaan kepadaNya. Tidak terbandingkan dengan jumlah hari yang aku ada menyampaikan ke usia 63 nanti dengan budak 15 tahun yang punyai sebanyak 17342 hari dari detik ini. 

Ini tempohmasa aku



Ini pula buat budak 15 tahun

Aku sedayanya cuba se-objektif mungkin wherever it might be possible but then it is actually really hard to determine. Sesuatu dan segalanya adalah beyond kawalan kita. Kita tidak mampu memastikan yang sembahyang yang kita laksanakan saban hari senantiasa pada tahap yang sepatutnya. Mencapai piawaian yang ditetapkan harus menjadi panduan semua kita. Mengetahui rukun sembahyang, perkara yang membatalkan yang perlu dielakkan adalah asas bersembahyang. Semua orang harus tahu dan faham. Ketelitian pemahaman akan segala aspeks bersembahyang tidak boleh dibuat main-main. 

Dicoretan ini aku hanyalah ingin menghuraikan akan pemahaman setiap yang dilafazkan dalam sembahyang kita dan yang didengari akan tutur imam ketika bermakmum. Saban hari dituturkan dan saban hari juga didengari namun andai tidak memahami waima sepatahpun, apalah maknanya setiap perlakuan kita itu. Secara umumnya kita telah dikhabarkan yang sembahyang atau solat, istilah yang berbaur arab, yang solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah tiang agama. Buat sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah menegakkan tiang agama. Andai sebaliknya iaitu meninggalkan solat diertikan pula telah meruntuhkannya. Semua kita tentulah sesangat tahu bahwa kerjaan solat ini membabitkan seluruhan anggota badan. Mulut akan menyebut/melafazkan bacaan tertentu. Hati pula akan menghayati segala erti setiap bacaan manakala tangan, kaki dan seluruhan anggota badan lainnya menuruti perlakuan yang teratur dari awal sehinggalah keakhir solat yang didirikan. Malah prosesnya bermula lebih awal lagi iaitu dari  menentukan kesesuaian air untuk berwuduk. Ialah air apakah yang dibolehkan dan macammana ketelitian dan to what extent. Setelah itu harus mengetahui akan syarat berwuduk, tentang perkara fardhu dan perkara sunat ketika mengambil wuduk. Seterusnya, kena ketahui akan syarat wajib sembahyang dan diperhalusi dengan syarat sah sembahyang. Kemudiannya pula mengenai rukun sembahyang yang harus diketahui, perkara sunat dalam sembahyang yang dibolehkan serta hal yang akan membatalkan solat juga ketetapan waktu bersolat harus telah mantap dipelajari. Keseluruhan rangkuman ini menjadi penentu samada solat kita itu diyakini diterima mahupun tidak olehNya.

Dikatakan sembahyang dapat mencegah perkara mungkar, rujuk al-Ankabut:45. Hal ini harus kita yakini. 'Al-Mungkar' adalah mereka yang melakukan perbuatan keji dan mungkar. Menurut syari'at pula, al-mungkar adalah segala hal yang diingkari, dilarang dan dicela oleh syari'at. Bertentangan pula dengan 'At-Taqwa' iaitu mereka yang mengerjakan yang disuruhNya serta meninggalkan yang dilarangNya. Sikap kepatuhan terhadap perintah Allah dan Rasulnya baik yang berupa suruhan atau larangan punyai penilaian yang harus kita ketahui. Tentunyalah yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa. Untuk sampai ke level ini bukan tetiba sahaja. Harus rasanya memenuhi dan melepasi kriteria yang ditetapkan. Andai tidak tahu dan tidak mengerti, mana mungkin mampu setidak-tidaknya mencecah tahap 'lulusnya'. Buat kita orang Melayu, usaha berlipat kali ganda perlu dihadirkan dalam merealisasikan impian tergolong berada dalam blok 'Al-Taqwa'.


Aku teringat lagi akan self-reliance terhadap bahasa inggeris. Aku terpaksa berusaha lebih gigih diketika orang tua yang jarang aku mendengarnya bertutur dalam bahasa inggeris dizaman bersekolah-rendahnya aku di BHES2. Ketiga-tiga abang aku semasa aku memasuki alam persekolahan telahpun menamati zaman persekolahan mereka. Adapun cumalah kakak tunggal aku yang kalau tidak silaplah sudahpun di tingkatan 3 for LCE or SRP. Dia kelahiran 1955. Apapun aku amat berterimakasih kepada kedua orang tua aku yang memberi aku ruang dan peluang walau diri mereka tidak mampu mengapai. Terima kasih jugalah kepada sekumpulan guru yang mengajari aku yang benar benar mendidik samada Cina, India dan Melayunya pula lebih tertumpu mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Ilmu Alam dan juga Agama. Tips yang diajari oleh guru bahasa inggeris ternyata amat berkesan pada diri dengan drills grammarnya juga cara hendak tackle unfamiliar word yang happen muncul dalam pembelajaran bahasa inggeris. Pada peringkat awal memang terasa peritnya. Tapi lama kelamaan, keyakinan mulai datang serta kekerapan mengulang menjadikan ianya semakin senang atau omputih cakap 'becoming handy' or kebiasaan yang seerti pula dengan 'second nature'.

Method yang hampir sama aku apply dalam memahami konsep asas bahasa Arab ini. Tiada jalan pintas sebenarnya. Belajar dan terus belajar bagi memantapkan penguasaan bahasa demi memahamkan dan tentunya harus mengaplikasikan apa yang difahami kedalam kehidupan. Jadinya, 10 ayat pertama dari surah al-baqarah yang disampaikan pada Jumaat kali ini pada dasarnya boleh aku fahami dek kerapnya mengulang ulang baca. Apa yang lebih penting lagi, setiap perkataan yang disebut diketahui maknanya. Not only terjemahannya tapi in Arabic itself. Flow pemikiran kena selari dengan apa yang diucapkan agar tiada 'distortion'. Tidak faham bahasa Arab, tidak tahu maknanya tapi fasih menyebut juga tidak kemana perginya. Itulah pasal kerapnya kita dihadapkan dengan pelbagai kepincangan saban hari malah setiap detik hasil dari kemajuan teknologi yang sepatutnya dimanfaatkan semaksimum mungkin. Tuduhan rasuah, rogol, pecah amanah, kes penderaan, hisap jual dadah dan kalau dilistkan mungkin panjanglah coretan ini. Kita semua tentunya akui akan kemungkaran merugikan diri sendiri dan juga orang lain. Barangkali dan agak pasti juga yang pelaku kemungkaran tidak akan merasa ketenteraman dan ketenangan. Maka macammana pula hal mungkar boleh berlaku dan diwar-warkan pula di media sedangkan kita ini muslim. Tidak terfikirkah kita, pelaku kemungkaran yang disebut dinamai adalah orang melayu yang pastinya tidak 'miss' solat. 

Bukankah apa yang terjadi dan insiden yang sepatutnya dihindari merupakan 'isyarat' bahwa mutu solat belum mencapai standard yang diinginkan Allah swt. Kemungkaran yang dilakukan oleh diri sendiri, insya-Allah, boleh dihentikan dengan kekuatan individu itu sendiri. Panduan yang diberikan oleh Rasulullah saw adalah hadits-nya:, 

        ' Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran, ubahlah dengan tanganmu,

         Jika tidak mampu, ubahlah dengan lisanmu,

         Dan jika tidak mampu, ubahlah dengan hatimu;

         Yang sedemikian itu adalah selemah-lemahnya iman.' 

Namun, hal yang berkait dan terkait dengan orang lain dan menjalar pantas dalam masyarakat tidak mampu rasanya untuk mencegahinya berseorangan. Ianya hanya berkesan dihentikan dengan kebijakan penguasa yakni pemerintah. Bagaimana caranya, bentuk tindakan dan bila harus dilaksanakan, maka kitalah sesama harus menyumbang memikirkan yang sebaiknya. Malah betullah statement yang dibaca dimana mencegah kemungkaran merupakan kewajiban bagi setiap muslim.

Wa-Allahu-aklam



















Thursday, August 2, 2018

Masing masing


Pagi ini semasa memasuki ke taman selepas selesai menghantar anak ke sekolah masing masing aku terperasankan seorang wanita dalam lingkungan umur 30-an sedang menyapu dibahu jalan. Wanita ini yang beruniform 'Southern Waste', bertudung sedang tekun dan tangkas menyapu sampah yang berada dipersekitaran kawasan jagaannya. Selama ini, aku tidaklah terperasankan gerangannya tapi pagi ini aku berkesempatan terserempak pula dengannya.

Semasa mendaki cerunan bukit, beliau betul betul disebelah kiri diselekoh bahu jalan, sedang bertugas. Nampak jelas wajahnya. Orang Melayu orang kita. Spontan itu jugalah terdetik untuk aku menukilkan sesuatu bertitik tolak dari apa yang aku perhatikan dan menarik pula sebagai input catatan. Dalam pada bermonologue aku telah hampir sampai ke pangkal padang sebelum tiba di kediaman rasmi aku buat masa sekarang dan entah bilalah pula perlu melaporkan diri ke kediaman 'rasmi' yang kekal. Sanggup pula dan tidak pernah pernah aku buat 'u turn' hanya kerana hendak ambil gambarnya untuk diabadikan dalam catatan ini. Sementelahan pula aku bercuti hari ini maka ruang kesempatan yang hadir ini tidak aku sia-siakan begitu sahaja. Berpatah baliklah aku ke depan taman mencari dirinya. Tidak pula kelihatan. Terdetik dihati, pantasnya dia bekerja....sekejapan tidak terlihat lagi. Aku menyusuri deretan kedai sehingga ke pinggiran kawasan Masjid Raudhatu Al-Jannah. Kelihatan cuma beberapa gerai sementera sedang berjualan sarapan pagi. Pelbagai menu ada untuk dipilih mengikut selera memasing. Melilau mencari, akupun berpatah balik kelaluan masuk ketaman sambil berharap terserempak sekali lagi dengannya. Menghampiri laluan masuk utama dan diseberang jalan berdepan blok kedai ketika aku berhentikan kereta seketika memantau lokasinya, tetiba dia muncul dengan penyapu berpemegang kayu dari celahan kereta yang diparkir. Tidak lengah lagilah aku 'zoom in' kearahnya merakamkan aksi dia sedang bertugas.

Hah...itupun dia

Zoom-in



Kebiasaan yang dialami selama ini dan juga yang diandaikan, wanita pertengahan umur selalunya di waktu yang terlihatkan pagi ini sekitar 7:25 pagi sepatutnya sedang sibuk didapor. Menyediakan kelengkapan serta sarapan pagi buat anak dan suami sebelum kesekolah dan ketempat kerja masing masing. Tetapi pagi ini aku dihadapkan dengan kelainan yang luar dari kebiasaan yang difikirkan selama ini. Semua kita melalui fasa kehidupan yang berbeza. Maka haruslah juga kita menerima rencam kehidupan yang berwarna warni ini seada dan sepatutnya. Mempertikaikan serta mempersoalkan apatah lagi menghukum dan lebih teruk lagi mencela akan apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang dilihat adalah amat tidak adil. Siapalah kita yang macam bagus sahaja mahu memberi komen melulu tanpa usul periksa akan duduk perkara sebenar. 

In split second pula aku terkenangkan si Nazrudin Bin Rahman, pengacara JJCM @ jalan jalan cari makan, yang pertikaikan isu 'mati syahid' tanpa meneliti dulu hal yang sebenarnya berlaku dan akhirnya sendiri juga yang malu hingga terpaksa membuat pengakuan permohonan maaf secara terbuka.

Rujuk 'terlajak-cakap-yang-berpadah' sebagai renungan bersama.

I rest my case...

Tuesday, July 24, 2018

Terniat berhajat

'Lepas nie... mee goreng mamak' pantas diucapkan oleh Lin, pengusaha kantin yang telah bertahun bersambung kontrak bila hendak memesan sarapan petang.

Lawan pulak dengan Kopi 'O'...perrrghh.

Selepas menunaikan solat asar, aku tergerak hati hendak menikmati mee goreng mamak dikantin sahaja. Terniatkan sedemikian ketika menyarungkan stokin berlubang dihujungnya dibangku diluar surau.
Kekadang apa yang terniatkan kita dapat. Namun sering sangatlah juga yang diimpikan yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Harus ada sebab yang membuatkan hal perihal jadi tidak jadinya sesuatu itu. Jika bertanyakan pada diri sendiri, sukarlah meramalkannya. Mungkin disangkakan melakukan sebegini akan menyebabkan sebegitu hasilnya. Kalau dibuat yang berlainan pula lagilah belum tentu hasilnya samada sama seperti diharapkan ataupun jauh tersasar.

Pelikkan bila memerhatikan sekeliling. Kenapalah anak orang disegani dari pandangan mata kita, anak pak imam, tapi terjebak dalam penagihan dadah. Geleng kepala kita dibuatnya. Bak kata kumpulan Nasyid Rabbani, 'Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa'.

Beralih pula pada keadaan alam, tanah yang subur dan sesuai untuk bertani. Selalunya rumput 'liar' dan lalang akan cepat menaklukinya. Adakah kita menanamnya. Tentulah kita akan melihat dari skop pandangan kita yang tidak berapa hendak hebat ini. Perencanaan Allah lebih besar dan maha hebat lagi dan tidak terjangkau oleh kita. Semua kejadian alam mengikut fitrah masing-masing.

Kita tidak mampu menahan apatah lagi menegahnya dari berlaku.

Wednesday, April 25, 2018

Kalau roboh Kota Melaka...

07 APRIL 2018, 10:22

Semalam, PM kita yang menjadi sebutan ramai, telah membuat kenyataan rasmi akan pembubaran parlimen ke-13 diketika umat islam melayu bersiap ke masjid untuk berjumaat. Dimaklumkanlah bahawa pembubaran akan berkuatkuasa pada 07/04/2018 iaitu hari inilah. Biji butirnya bolehlah merujuk kepada banyak sumber, media cetak ke, media elektronik ke ataupun hendak lebih pantas lagi media sosial yang berinteraktif sifatnya.

Tetiba tagline, 'ini kalilah' versus 'lain kalilah', berligar di whatApps grup yang aku turut ada. Namun kali ini dirasakan pihak yang menang 5 tahun dahulu akan allergic untuk mengungkapkan 'lain kalilah' semberono. Manakala yang berharap 'ini kalilah' tentunya akan lebih bersemangat berkeyakinan dengan menggandakan usaha untuk bekerja keras demi memastikan mampu mencapai impian yang telah tertunda 5 tahun juga. Banyak faktor mengikut pertimbangan masing-masing akan melonjakkan keyakinan untuk bersaing pada pilihanraya kali ke-14 ini. Pastinyalah banyak rekod akan tercipta.

                                           Desperado...Permatang Pauh makin jauh melayang

Inilah peluang terbaik buat mereka yang bercita-cita mahu menjadi pemimpin bergelar Yang Berhormat. Kesempatan yang datang dalam tempoh masa 5 tahun tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja. Andai bertangguh dan teragak-agak, alamat tertutuplah peluang buat seumur hidup. Tatkala parti-parti politik bertelagah berpecah dengan pendokong setia parti berbelah bagi dalam memberi undi berharga mereka, adalah kesempatan terbaik meloloskan diri untuk dipilih sebagai pemimpin. Tiada yang mudah. Tapi andai berjaya merangka strategi, calon bebaspun tidak terkecuali akan bergelar YB for the next 5 years at least. Pengundi punyai hak untuk memilih. Samada dia ingin memilih orang yang telah bergelar YB sepenggal atau telah berpenggal-penggal atau mahu mengubah selera ke calon baru dari parti lain atau lebih 'daring' lagi memberi peluang kepada calon bebas, tiada menjadi kesalahanpun.

Dari sisi lainnya, setidak-tidaknya kita berjaya juga meletakkan muka baru untuk memimpin DUN mahupun Parlimen. Tambahan pula biar sepenggal, dia tetap layak mendapat imbuhan dan berpencen sebaik sahaja tamat tempoh perkhidmatan terhadap negara Malaysia. Betul salah kelakuannya, baik mahupun serong niatnya menjadi pemimpin terpulanglah buat dirinya sendiri menentukan. Namun kepada mereka yang berprinsip dan mantap pendirian agamanya seharusnya mampu memimpin masyarakatnya kearah kesejahteraan. Pandangan orang lain mengenai perkara ini pastilah berbeza. Tapi aku melihat akan 'budi' yang kita beri yang tidak seberapa ini kepada calon baru agar kehidupan mereka sekeluarga terjamin. Perspektif selepas sepenggal menjawat YB yang tentunya tidak akan dipandang orang lagi setelah ketiadaan kuasa sewajarnya ditampong oleh perolehan pencen yang berkadaran. Aku lebih suka kalau ramai lagi yang berhajat turut bertanding. Meriah suasana.

Diketika ini, aku terkenangkan contoh yang terjadi pada pengundian 2008 bila mana ramai kalangan orang yang tiada apa-apa keistemewaan telah mendapat 'bulan jatuh keriba' gamaknya bergelar YB. Posmen di Behrang dan jurufoto bebas di Kelana Jaya, antara percaya dengan tidak, berkedudukan YB. Kini, pastinya mereka, disetiap hujung bulan akan tersenyum puas dan bergaya berjalan penuh bangga ke bank ataupun ke mana-mana ATM machine mengeluarkan wang pencen YB masing-masing selagi hayat masih ada. Tentunya kehidupan mereka terjamin walau 'bahagia' bergantung kepada tafsiran mereka sendiri menentukan. Sekali lagi ditegaskan disini bahawa inilah ketikanya buat mereka yang teringin benar menjadi pemimpin agar merebut peluang keemasan bersaing agar para pengundi punyai banyak pilihan untuk memilih yang terbaik.

Apa khabar agaknya saudara Jamaluddin Mohd Radzi, ex-YB bagi N59 Behrang dan budak lagi, Gwo-Burne Loh(dob : 26 Feb 1974),ex-YB for P104 Kelana Jaya. Seronok betul mereka yang kena 'jack-pot'. Seumur hidup mereka akan menikmati saban bulan ribuan ringgit buat belanja kehidupan mereka sekeluarga. Beruntung sungguh kau orang berdua. Moga mereka berdua sihat senantiasa dan terus mampu membantu sekadar perlu atau sesungguh terhadap pengundi dikawasan mereka khususnya serta menyumbang sesuatu kepada kesejahteraan rakyat Malaysia amnya.

Dalam aku menyingkap 'success story' golongan rakyat biasa bergelar YB via internet demi mendapatkan info, aku juga mengeleng-gelengkan kepala akan ketidakmampuan insan berkeinginan bergelar YB yang diidam-idamkan sangat tapi tidak tercapai. Rasanya, media ketika itu banyak 'viral-kan' dua individu yang kepingin benar tapi kecundangan. Bukan sekali dicubanya tapi untuk kedua kalinyapun lebih jauh tersasar. Kat mana agaknya ex-Imam Negara, Datuk Firdaus Ismail(dob: 11 Sept 1965) berkelana kini. Begitu jugalah dengan Makcik Maimun Yusof, yang laporan berita pada 01 May 2013 telahpun berusia 94. Moga dia sihat selalu dipanjangkan usia(mungkin kini 99 yo) untuk turut hadir mengundi sahaja kali ini.

Aku tertanya-tanya, kenapa beria bebenar hendak menjadi politician. Modal tidak besar mana, tapi andai berjaya - pulangannya tidak terjangkau dek pemikiran layman atau orang kaki lima. Apa tidaknya, hampir setiap negeri lepas PRU akan ada semakan elaun ADUN dan MP. Selalunya lepas semakan beberapa bulan kemudian akan di-istiharkan kenaikan elaun. Anihnya, tiada bantahan dari mereka yang bergelar YB yang bersidang membahas samada dipihak memerintah atau membangkang. Selain gaji, serba serbi elaun akan turut naik. Elaun keraianlah, gaji pemandu, elaun perjalanan, malah bil teleponpun turut dapat. Barulah aku tahu, hadir sidang Dewanpun dapat. Kalau sehari hadir dapat RM200(jumlah sekarang) maka bayangkanlah kalau dianya 'puntual' setiap hari tapi tidak menyumbang sesuatu, tentulah banyak dapat dikautnya.

Rujuk elaun-adun-melaka-naik dan kenaikan-gaji-elaun-ahli-parlimen sebagai booster.

Luck masing-masing amat bergantungan kepada banyak faktor. Simpati mungkin, kebolehan dan kepetahan bercakap juga ada kemungkinan untuk pengundi memilihnya. Populariti pula sebagai added faktor. Banyak tokoh yang popular telah dicuba ditolak untuk bertanding dan mereka yang dimaksudkan ini macam terkena sihir sahaja mengikut kata memberanikan diri untuk bertanding. Mana gahnya Soh Chin Aun aka Towkay, bila tersungkur di Parlimen Kota Melaka. Terduduk terkedu dengan penangan anak Lim Kit Siang yang kini sudah dua penggal menjadi KM Pulau Pinang.

PRU ke-7, 1986... Alahai towkay jadi taugeh.


Faktor agama sememangnya diangkat menjadi keutamaan dalam 'checklist' pemilihan pengundi. Namun ada pertimbangan lain yang turut sama diambilkira sebelum memangkah. Ada memilih sebab kesian, ada juga memilih pasal kenal personaliti yang pernah, misalnya, membantu menolongnya dahulu. Kekadang hal yang remeh sahaja sudah cukup untuk seseorang 'terpikat' memilih calon yang bertanding. Meaning that tiada satu punca utama yang menentukan untuk orang biasa-biasa memilih calon kegemaran masing-masing. Terserahlah.

Apapun yang terkesan sesangat, mengikut pertimbangan akulah, adalah Datuk Firdaus Ismail. Nampak macam dipermainkan. Berbeza pula dengan Makcik Maimun. Walaupun kedua-dua mereka berhajat besar bertanding peringkat parlimen dan kalah dua kali berturut-turut, tapi kesan pada makcik Mun tidaklah seteruk bekas Imam Negara. Masa zaman sekolah dahulu, berlawak sesama, 'sudah jatuh ditimpa tangga', yang yang kreatif pula menyambong, 'tersembam tercium tahi ayam'. Namun paling relevan rasanya adalah 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula yang berciciran'.

Hakikatnya, impian andai termakbul bersyukurlah. Andai sebaliknya bermuhasabahlah diri muga akan ada kedapatan sinar harapan dihujung 'kegelapan'.

Monday, April 23, 2018

Sebut dilidah, lekat dihati

23 MARCH 2018, 14:29

Jumaat sudah bertemu jumaat balik. Tapi peluang hendak memperkatakan hal yang telah dihighlightkan pada Jumaat lepas masih tertangguhkan tak kesampaian lagi. Banyak pula hal yang yang melintang menyilang serta perlu diberi tindakan segera. Tertunggak sampai hampir terlupa pula. Namun Jumaat ini bercuti berehat, selepas berkursus selama 2 hari bermula Rabu dan semalam, dapatlah juga ruang untuk menulis memperkatakannya.

Selesai makan tengahhari lepas bersembahyang jumaat, as usual-lah 'asam pedas, kali ini, kepala ikan parang' - my favourite - entah ke laju sahaja aku mencapai hp slater 7 dengan bluetooth mini keyboard menyandau disofa untuk memulakan.

Memang menjadi kebiasaan pula selagi tidak buat selagi itulah diri akan terasa macam kekurangan. Serba tidak kena dibuatnya. Hari ini dan ketika ini akan aku perjelaskan once and for all. Tidak mahu dan tidak sanggup lagi untuk bertangguh lebih lama lagi. Topik yang agak macam biasa sahaja dikhutbahkan pada minggu lalu dan bersemangat sahaja hendak menulis ketika itu tapi lepas pekena asam pedas ikan parang dengan pencuci mulut 'honey dew' yang singgah membelinya dipersimpangan Tehel Khamis petang, mata pula hendak menguyu. Maka terpaksa bertangguh lagi. Pastinya selagi tidak mencoretnya macam tidak selesa dibuatnya.

Orang lain tidaklah aku ketahuinya dengan tepat samada mereka tahu sebenar benar tahu atau sekadar pandai menyebutnya sahaja dibibir. Akupun masa dizaman budak-budak dahulu menghadiri kelas agama lebih kepada menulis menghafal dan menyebut setepat mungkin dari segi bunyinya. Kira diterima, asal hampir sama bunyinya dengan sebutan arabnya maka cikgu yang mengajar akan menegur jika jauh sangat larinya. Diperingkat ini soal faham apa yang disebut tidaklah dititikberatkan sangat. Secara umumnya, mungkin pihak yang mengajar merasakan lancar sebutan sudah memadai. Apatah lagi tiadanya ujian pemahaman keatas apa yang diajar dituturkannya. Kelas mengaji masa itu diselitkan juga dalam seminggu ada slot belajar fekah/tauhid. Haji Deraman Kling yang merupakan guru mengaji aku serta merangkap guru agama bertindak sebaik mungkin masa itu cuba memahamkan anak muridnya. Mungkin teknik pengajaran dan pembelajaran agak terkebelakang tapi itulah hakikat yang aku hadapi ketika itu.

Diketika ini pula mungkin atau pastinya terasa janggal bila mendengar akan cakapan tidak memahami biji butir yang disebutkan dikala usia sudahpun melepasi 50an. Itupun kalau insan yang boleh diconsider-kan 'malang', tidak mampu memahami mengingati akan apa yang diajarkan. Sesuatu yang tertakdirkan mana mungkin kita mengetahui akan segalanya. Apapun andai mengikuti dan niat yang betul ingin belajar serta mengamali pastinya kita boleh membetulkan yang biasa dan seterusnya membiasakan yang betul. Namun hakikatnya tiada seorangpun punyai kemampuan yang setara. Ada orang yang sedikit ilmunyapun tapi penghayatan dan perlaksanaan lebih mantap berbanding dengan mereka yang kononnya berilmu pengetahuan luas.

Sejauhmana dan setakat mana kemampuan seseorang untuk memahamkan dan mengekalkan pemahaman sangat bergantung kepada tahap pemikiran yang dimiliki setiap individu. Sesiapapun tidak mampu menilai keupayaan orang lain setepatnya melainkan hanya Dialah yang memberi hidayah memahamkan apa yang dikehendakiNya kepada insan pilihan. Namun kita perlu mencari dan mesti berguru dengan para ilmuan dalam memastikan kita berada dilandasan yang benar lagi lurus.

Terdahulu ada entri aku mengenai apa yang kita lafazkan ketika sembahyang. Semua kita maklum, untuk mendirikan solat, hanya lafaz dalam bahasa Arab sahaja ditetapkan. Bahasa Melayu, Inggeris dan apa sahaja bahasa yang dituturkan dan difahami oleh kita tidak diterimapakai dalam sembahyang. Elok pekertinya atau buruk perangai lakunya, tetap diharuskan mengungkapnya dalam bahasa Arab. Begitupun juga, miskin ke dia, kaya ke dia, berpengaruh apatah lagi yang dikategorikan golongan marhaein tetap tidak terkecuali dari melafazkan didalam bahasa Arab.


                              Huraian yang membuka 'hati' sebelum menyebutnya

So significantnya pada kehidupan umat sejagat amatlah besar. Semua kita di'arah'kan menggunakan satu bahasa sahaja berkomunikasi denganNya dalam medium solat. Bagi yang mahu memikirkannya, tentunya punyai tuju arah yang jelas. Kita tidak perlulah persoalkan kenapa tidaknya bahasa lain digunapakai. Apa yang pasti, kita seharusnya mempelajari memahami dan mengangkat bahasa Arab ketahap yang tinggi. Andai tidak - mana mungkin datangnya kekhusyukan dalam beramal ibadat. Menyebut sekadar menyebut sekali lalu setelah menghafali tanpa memahami apa yang disebut. Itulah sebabnya, 'Sebut dilidah ingat/lekat dihati' yang dikhutbahkan membawa pengertian selari setujuan.

Didalam khutbah yang disampaikan minggu ini diperjelaskan kaedah mengingatiNya sepertimana yang diunjurkan oleh 'panel' khutbah mengikut urutan keutamaan yang diajari Rasullullah SAW. Seawal khutbah lagi telah diperingatkan dan diperjelaskan untuk kita bertakwa kepada Allah SWT. Dihuraikan 'term' ini yang bermaksud melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, moga-moga dirahmati dunia dan akhirat. Bagi mencapai ketenangan berpandukan syarak, kita dikehendaki diharusi untuk sentiasa mengingati Allah pada setiap masa agar senantiasa mendapat ketenangan jiwa yang hakiki. Zikrullah adalah istilah yang dimaksudkan.

Keutamaan yang paling utama adalah solat(صلاة). Keduanya pula, membaca al-quran. Ketiga bertahlil(تهليل) Keempat bertahmid(تحميد). Kelima bertasbih(تسبيه). Keenam bertakbir(تكبير). Ketujuh berdoa. Seterusnya melaksanakan segala amalan-amalan mulia yang menbawa kearah kebaikan. Dapat difahamkan dari khutbah yang aku turut hadir mendengar walau telah dibaca awal sebelum datang berjumaat, segala ibadah dan amalan yang dilaksanakan, basically, untuk membersihkan serta menyucikan jiwa. Seiringan dan disepanjang kehidupan pasti akan ada peningkatan dalam usaha mendekatkan diri kepada pencipta kita sehinggakan mendapat 'privilege' dibukakan hijab rohani.

Tapi perasankah kita, bagaimana orang yang lazimnya tiada tinggal sembahyang pada pengetahuan zahir dan pemerhatian kita yang mana kerap terlihatkan dan hampir setiap masa berjemaah di masjid tapi masih berlaku 'songsang' diluar sembahyang. Andaian mudah kita, mungkin ujian keatas dirinya. Persepsi keatas orang lain hanya benar kepada dirinya sendiri tapi orang lain atau orang yang dikecam itu boleh sahaja bercanggahan dengannya.

Namun apa yang ingin aku perkatakan adalah pada asasnya kita seharusnya maklum dengan apa yang dilafazkan ketika 'berbicara' dengan Allah SWT didalam sembahyang yang didirikan. Bukankah sebaik melafazkan niat sembahyang fardhu dan dituruti mengangkat takbirratu-al-ihram, kita akan membaca doa 'iftitah'. Such powerful pengakuan, difahami seadanya dan sepatutnya atau hanya sekadar penyebutan yang tidak melekat dihati pasti akan berkait-kait.

Kalau yang inipun menghadapi kesukaran, baru dipermulaan, bagaimana rupanya setelah selesai sembahyang. Agak-agak diterimakah amalan sembahyang kita. Bolehkah kita senang-senang sahaja mengandaikan yang amalan kita yakni sembahyang yang didirikan akan diterima olehNya. Setiap kita pasti tahu setakatmana tahap kualiti sembahyang yang dilaksanakan. Selalunya, kita cepat, dari sudut pandangan kita akan merasa pelik hairan akan seseorang yang diyakini baik pekerti dan kaki masjid tapi amalan diluar sembahyang ketara bercanggah.

Makanya, setiap orang hendaklah berusaha melatihkan diri dan harus membiasakan diri memahami akan setiap bacaan didalam solat yang dibaca dengan bahasa Arab. Harus diyakini yang solat adalah penghubung antara hamba dengan Tuhannya dan solat itu sendiri adalah kaedah 'khas' untuk mengingati Allah SWT. Keraplah juga diingatkan bahawa menurut hadis Rasulullah, amalan yang pertama sekali dihitung pada hari kiamat ialah amalan solat.

Persoalannya, betapa perlunya 'menghadirkan hati' untuk khusyuk semasa solat, apakah mampu buat kita menzahirkan 'sebut dilidah, lekat dihati' andai solat yang kita dirikan masih gagal untuk memahaminya dan apatah lagi untuk menghayatinya setiap apa yang dilafazkan.

والله اغلم بالصواب

Thursday, March 15, 2018

Impian sebelum dan selepas SPM

15 MARCH 2018, 07:52

Dalam kita sibuk-sibuk menoleh memerhati kiri kanan sebelum memasuki laluan yang makin bertali arus, Angah yang mengantikan si Shuib dengan Rahim serta Jep turut sama sibuk dan kecoh cuba memancing pendengar untuk berkongsi cerita akan bidang kerja yang diinginkan dengan realiti yang terjadi kini. Tidaklah dibubuh perut atau ambil 'pot' sangat akan apa yang diperkatakan mereka yang bergajian bekerja dengan SinarFM menerusi segment 'meja bulat'. Keselamatan dijalan raya perlu lebih dititikberatkan.

Semasa mula-mula menghidupkan engine kereta menunggui tuan puteri pucuk kelompang bersolek bersiap, lagu Joan Jett, 'I hate myself for loving you' dipertengahan didengari. Ketika bergerak menghantar kesekolah memasing, selesai habis sahaja lagu, si Angah memaklumkan akan tajuk lagu sambil menterjemahkannya - aku membenci diriku kerana menyintai aku - tapi lambat pula disambut oleh Jeff dan Rahim. Aku pulak, bermonolog, 'janggal sahaja bunyinya...macam tak betul'. Kemudian within few seconds, si Jef bertanya memperbetuli, 'you' bukankah 'kamu' sambil dibalas berlawak oleh Angah, 'itulah pasal, sengaja aku nak kau perbetulkan', sambil tergelak-gelak bersama. Cubaan untuk mengeletek pendengar pagi ini macam tidak berapa hendak jadi. Mereka bertiga saling sahut menyahut akan topik yang diangkat untuk diperkatakan pagi ini. Poke fun-lah sesama mereka bagi menceriakan pagi sambil mengajak pendengar menalipon untuk berkongsi cerita berkisar impian dan realiti kerjaya untuk dispinkan mereka kemudiannya nanti. Bijak memang bijak dalam mendapatkan idea berlawak dari cerita sebenar yang dimaklumkan oleh pendengar sendiri, 'first hand' lagi.

                                   Layankan pepagi nie - Masih Terserlah Ayumu

Tapi tidak pula terdengarkan bualan dari pendengar lagi sedangkan aku sudah selesai menurunkan anak disekolah masing-masing. Hendak juga mendengarkan celoteh santai pendengar akan nasib diri. Bukanlah hendak busy body tapi sekadar ingin mengetahui 'destiny' mereka sahaja. Tiada paksaan bercerita dan yang akan menalipon pun tentulah atas kerelaan sendiri. Selesai turunkan Yaseer diperkarangan sekolahnya, lagu Izad Exist pula berkumandang mendayu-dayu sambil aku melelau 'MAQ...' kesekolah kakak pula. Tiada respond-kah akan topik yang memang menyentuhi seluruh pendengar dan dialami kini. Setahu akulah, saban tahun lebih setengah juta pemastautin tetap akan menduduki peperiksaan SPM yang merupakan 'flood-gate' terawal memasuki alam pekerjaan. Masakan tiada seorang umatpun yang have the 'guts' to contact. Rasanya kebanyakan yang happen mendengari program SinarFM ini tengah sibuk dengan aktiviti harian mereka. Urus anak kesekolah, ini paling pasti, termasuklah aku. Mungkin tengah bersolek sebelum ketempat kerja atau mungkin juga tengah pulun bersarapan takut terlewat report duty. Tiada kesempatan menalipon agaknya. Mungkin juga ada yang rasa tidak perlulah didedahkan liku-liku perjalanan kehidupan kepada mass audience. Berbagai-bagai kemungkinan yang tidak terjangkau dek fikiran. Mana ada orang yang mampu membaca dengan tepat setiap apa yang ingin dilakukan dan diperkatakan saat ini atau dimasa mendatang. Malah setiap orang tidak akan mengetahui dengan tepat sejelas-jelasnya akan nasib diri dikemudian hari.

Bercuti hari ini, mood mengimbau kisah lampau datang pulak. Aku terkenangkan masa di 'Std 1' di BHES(2), 1971. Kalau tidak silap masa 'english' class. Coretan mengenai hal ini ada dalam blog aku ini tapi tidak ingat tajuknya. Sessi 'story telling' agaknya dimana semua pelajar duduk bersila rapat-rapat dihadapan papan hitam sambil cikgu membaca dan membuat mimik muka berlakon mengayakan watak dalam story book ditangannya. Cikgu cina perempuan dalam lingkungan usia penghujung 30-an. Muka cute tapi jamban dah lebau dan suka berkebaya nyonya, mungkin cina baba agaknya amat komited bercerita demi mendapatkan perhatian penuh dari pelajar-pelajarnya. Aku anak kampong. Tidak berpeluang ke 'kindergarden' atau tadika sebelum melangkah masuk ke darjah satu. Keinginan yang sangat kuat dari kedua orang tua yang mahukan anaknya yang hujung ke sekolah inggeris tentulah bersebab bertujuan. Ketika itu, tidaklah aku bertanyapun sebab tidak tahu hendak bertanya apa-apa. Apa yang pasti, aku kesekolah menaiki 'van sekolah', pergi berhantar balik berjemput. Pelajar Melayu, Cina dan India agak seimbang jumlahnya. 40:30:30 bernisbah dari 36 pelajar sekelas.

Entah bila masanya, dia menyuruh semua murid berdiri berbaris. Adalah dalam 7 baris semuanya dan sebaris 6 orang adanya. Dia tanyalah ikut awal barisan akan cita-cita masing-masing. Dia ingatkan lagi, 'only those who had told his ambition can sit down' bila dia bertanyakan, 'what is your ambition'. Hendak menjawabnya kena pula in sentence bukan pakai sebut sahaja. Maka masing-masingpun macam bagus sahaja main cakap lepas. Macam-macam bidang pekerjaan dihamburkan oleh rakan sekelas masa itu. Nasib baiklah aku dibaris ke 3 paling belakang. Dapatlah idea memilih bidang kerjaya yang mana telah disebut oleh murid terawal. Dalam kesuntukan masa memilih, tidak ingat pula kerjaya apa yang aku pilih untuk menyebutnya. Apa yang pasti aku telah dibenarkan duduk. Ada dua atau tiga murid dibarisan awal yang masih berdiri, belum atau lewat sangat menyatakan bidang kerja yang menjadi minat mereka, mungkin teragak-agak atau malu untuk converse in english atau terlalu innocent memilih.

Petikan dari entry terdahulu dibawah tajuk... 'Bersamamu - Sambal Ikan bilis'

Bukan semua kita bernasib baik. Ada sahaja kekurangan. Malah masih ramai lagi yang terkapai-kapai yang harus ditolongi. Kalau ikutkan kehendak dan kemahuan, semua kita ingin bergaji besar, berjawatan dan berpangkat. Teringat lagi masa didarjah satu bila cikgu bertanyakan, 'What is your ambition?'. Selepas menjawab dalam urutan berdiri berbaris, kemudiannya barulah dibenarkan duduk. Maka macam macam profesion disebutkan. Dari laywer ke engineer, dari teacher ke doctor dan pelbagai lagilah yang rata ratanya bidang kerjaya yang dipandang hebat dan didambakan. Tiada pula yang menyebut garbage collector ke, bus driver ke waima gardener. Itu selingkar kisah ditahun 1971. Kini ditahun 2017 dan diusia sudahpun melepasi angka 50, segalanya adalah pembuktian hasrat yang dilafazkan dulu. Mana doktornya, mana engineernya. Siapa pula yang menjadi cikgu, siapa yang jadi bank tellernya dan lebih mengejutkan adalah rakan sekolah yang telah terlebih dahulu dijemput pulang buat selamanya. Bukankah telah dijanjikan olehNya bahawa setiap kelahiran telah diuntukkan rezeki buatnya. Redhalah setiap yang beri dan dimiliki kerana semuanya bukanlah milik mutlak kita.

Apapun, yang diimpikan dan yang terjadi kini adalah dua situasi yang berbeza. Mengikut minat, aku mengemari subjek matematik. Bila refer balik, aku dapat C3 untuk matematik moden dan P7 untuk matematik tambahan masa SPM(81). Manakala di ITM, aku memperolehi 'B' untuk Quantitative Studies atau mudah cakapnya matematik statistik. Subject killer juga untuk level certificate CIM(uk). Banyak senior dan coursemate yang terpaksa re-seat paper ini pada semester berikutnya. Aku pula, one-time sahaja dan dapat gred yang membanggakan diri sendirilah. Impian aku tidaklah tinggi mana. Teringin sangat hendak bekerja dibidang perbankan. Ada aku nukilkan juga kisah bogus agency pekerjaan dalam blog. Kemuncaknya, aku berhasil sampai ke peringkat second interview dengan UMBC di Menara UMBC tingkat 7. Kebetulan bertemu dengan Johari Jamil(JJ) rakan sesama coursemate masa sessi temuduga itu. Tidak sempat berbual panjang. Aku dengan beberapa candidate lainnya tengah lepak diluar bilik temuduga menunggu giliran. Tiba-tiba dia muncul dari bilik interview. Belum sempat berborak, clerk perempuan menyuruh aku masuk. Bila dia keluar, aku pula dipanggil masuk. Ingatkan dia tunggui aku, rupa-rupanya dia belah terus. Selepas itu, terputus hubunganlah. Mana ada smartphone ketika itu. WhatsApps pun tidak ujud lagi. Sahih akan perkhabaran dari rakan lain berbulan selepas itu, si Johari ini bertugas dengan UMBC di Langkawi. Beruntung dia.

Itu cerita dulu. Kini, dalam kurang lebih 10 bulan sahaja lagi, aku sudahpun menghampiri usia 55. Usia persaraan official sebelum di-mandatory-kan oleh kerajaan ke 60 tahun sekitar tahun 2012. Akta yang menjadi polemik seketika iaitu 'Minimum Retirement Age Act' yang digubal di-gazetted-kan pada 16/08/2012 dan telah dikuatkuasakan pula pada 01/07/2013 membuatkan mereka yang seusia aku panik memikirkan. Bukan semua orang mampu dan berupaya menyampaikan ke usia 60 tahun. Mungkin sebilangan sahaja yang benar-benar fit dari segi fizikal juga mental untuk menyahut cabaran ini. Mengurut dadalah terasa lega memikirkan apa yang ditakuti tidak dilaksanakan. Buat mereka yang memasuki alam pekerjaan selepas penguatkuasaan pada Julai 2013, termaktublah kelayakan mengeluarkan caruman kwsp diusia ke 60 mereka. Mungkin selepas mendengar pro dan kontranya buat golongan yang mencarum sebelum pelaksanaan maka pihak yang beria-ia benar ini, yang entah mana mereka dapatkan such a 'brilliant idea' terbantut meneruskan cadangan.

Employer Action Code: Act

A new law, the Minimum Retirement Age Act 2012, was passed late last year to increase the minimum retirement age from 55 to 60 for private sector employees. The act takes effect on July 1, 2013.

Key Details

The main provisions of the act state that:
  • An employer may not force an employee to retire due to age before the minimum retirement age of 60, and an employer may be fined up to RM10,000 (US$3,300) if this provision is violated.
  • Any retirement age, if less than 60, in a contract of service or a collective agreement will be deemed void and substituted with the minimum retirement age of 60.
  • The act doesn’t prevent employees from choosing to retire early if the contract of service or collective agreement permits earlier retirement.

Implications for Employers

The dramatic and one-time (versus the typically more gradual) increase in the minimum retirement age reflects government measures to cope with an aging population and bring the retirement age in Malaysia in line with other countries in the region (e.g., Philippines, Singapore and Thailand). It is important to note that:

  • Employers need not necessarily amend their employment contracts and collective agreements to comply with the act as the act automatically supersedes all existing employment contracts and collective agreements.
  • The natural consequence of this change is that the composition of workforces will shift toward older, more experienced employees with longer service. Employers should review their long-term workforce planning and rewards designs to reflect this shift.
  • The mandatory Employee Provident Fund (EPF) has no immediate intention to amend its rules to align its withdrawal age with the act. Employers are required to continue contributing to the EPF on behalf of employees above age 55.

Sekejapan sahaja masa berlalu. Impian yang tidak digapai suatu masa dahulu tapi setiap hari pula bermain dengan 'angka' yang makin memeningkan. Mengelak dari menceburi bidang pemasaran walau pada awalnya terpaksa memilih mengambil kursus 'marketing' punyai ceritanya yang tersendiri. Biarlah berahsia seketika. Ketentuannya tidak siapa mampu menduganya dengan penuh kepastian. Harungi sahajalah kehidupan ini biar apa jua rintangan dugaan yang semestinya harus ditempuhi dengan penuh ketabahan.

Berserah dirilah kepada Yang Maha Kuasa dan Maha Menentukan agar kita diberi hidayah menuju ke sana nanti.

أن Ø´َاءَ اللَّÙ‡ُ

Thursday, March 1, 2018

Impian cuba dilelong

24 FEBRUARY 2018, 18:19

Suasana politik mulai memasuki fasa akhir. Pemain-pemain politik yang teringin bertanding, yang buat pertama kalinya mahupun yang tidak jemu-jemu bermain samada yang selalu sahaja menang atau langsung tidak pernah menang - semuanya mahu mencuba nasib pada tahun 'Anjing' mengikut kepercayaan orang-orang Tionghua. Seronok disanjung dan megah dihormati memanglah menjadi lumrah manusia yang normal serta waras fikirnya. Malangnya, buat mereka yang gah dengan keadaan diri sekarang ini, amat mudah melupai sesuatu malah mungkin segala galanya sebelum diri dilantik menjadi wakil rakyat. Sceptical pula dipihak pengundi yang makin menebal takut di-anjing-kan demi mencapai hasrat terpendam ber-agenda golongan yang merasakan dirinya berkuasa menentukan 'fate' rakyat terbanyak. Macam bagus sahaja.

Perlakuan yang ditunjukkan sebelum, semasa dan selepas tempoh menjadi pemimpin adalah cerminan kehidupan mereka yang kita semua tidak akan ketahui andai tidak dimaklumkan. Bukanlah kita mahu mengaibkan mereka yang benar-benar longing to become a politician tapi dimasa kini segala yang tersimpan tersimpul rapi dalam sekejapan masa boleh tersingkap dan tersebarluas within seconds sahaja. Betul salahnya adalah atas pertimbangan masing-masing.

Tidak pernah terfikirkah mereka yang disandarkan segala harapan untuk memimpin yang bukannya lamapun sepenggal cuma setakat 5 tahun sahaja akan segala cakapan dan tindak tanduk apatah lagi yang menguris perasaan akan senantiasa diingati dan dilihati kesan akibatnya. Malah akan lebih kejap diingati oleh mereka yang terkesan dan amat berharap yang impian dan harapan yang disandarkan sekurang-kurangnya tempiaspun tidak mengapalah diterimanya.

Menjual harapan adalah expertise golongan ini. Keyakinan yang cukup tinggi tanpa sebarang keraguan tentang apa yang diutarakan membuatkan diri ini termanggu memikirkan. Cakapan yang tiada berlapik dan ikut suka sahaja adalah ciri-ciri jelas yang boleh kita semua perhatikan. Berjanji 'bukan main' lagi, Segala bagailah yang munasabah bercampur dengan yang tidak masuk akal didendang serta dodoikan ketelinga pengundi yang mahu dilekakan serta disihirkan untuk dipimpin sepenggal lamanya. Apakah menjadi pemimpin sekadar satu kerjaya 'main-main' atau satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan kemudian harinya nanti. Rasanya semua kita mengerti akan peranan setiap dari kita sebagai khalifah dimukabumi ini. Kalau peranan pemimpinpun masih samar untuk dimengertikan masakan mampu untuk memimpin masyarakat setempat dengan penuh bertanggungjawab.

Proses memilih pemimpin yang diamalkan oleh kita sekarang ini yang kononnya demokrasi berasaskan kepada suara teramai. Lebih ramai yang menyokong dan mengundi maka sahlah dialah insan yang berhak untuk memimpin. Nampak macam bagus sahaja. Adil dan terasa tiada element memaksa tapi lebih kepada kerelaan hati memilih. Terlihatkan tentulah tidak sama dengan 'realiti' yang terlindungkan. Tidak pernah terdetikkah untuk kita berfikir bertanyakan akan mengapa dan kenapa teringin sangat hendak menjadi pemimpin kepada mereka yang beria-ia minta dicalonkan. Tentulah ada daya tarikan kepada segelintir orang yang tergolongkan ini yang membuatkan mereka terpinar serta bersungguh cuba mendakapnya.

Pun begitu tidak mustahil juga, munculnya insan menawarkan diri untuk memimpin menjadi 'litmus test' akan sejauhmanakah masyarakat setempat mengerti mengetahui asas serta adab menjadi ketua. Ujian dari Allah swt tidak terjangkakan dan datangnya pula dalam pelbagai bentuk untuk kita semua hadapi. Akan terserlahlah nanti kesepakatan masyarakat serta perpaduan yang kental dipertahankan dengan sebulat suara melantik insan terpilih sebagai pemimpin mereka. Andai sesama bertelagah mempertikai serta tiada kesepakatan dalam memilih hanyalah menyerlahkan kecamuknya masyarakat dengan cuba pertahankan sikap ego masing-masing. Mana mungkin rahmah Allah akan sampai kepada mereka yang saling bermusuhan apatah lagi yang kufur dengan perintahNya.

Bertindak keseorangan tentulah tidak akan mendatangkan impak besar tapi andai semua kita bertindak serentak sehaluan setujuan mungkin kesan langsung yang segera sifatnya akan membawa perubahan besar kepada seluruhan kehidupan bermasyarakat. Pemimpinnya yang berhemah bertanggungjawab, masyarakatnya akan sahut saranan dan akur teguran serta 'reciprocal' melaksanakan tindakan demi kepentingan kebaikan bersama. Saling ingat mengingati, saling faham memahami dan lebih penting lagi saling insaf menginsafi akan tanggungjawab memimpin akan membolehkan masyarakat setempatnya bahgia tenteram kehidupan mereka.

Beruntunglah diri berada dikalangan mereka yang senantiasa dipayungi kerahmatan Allah swt.