Pleasing ownself
Jan 28, 2025, 9:44 PM
Seharian pada Ahad aku ulang fahami dan ‘refresh’ akan segala nahu dan sarf untuk buku ke-2 Madina Arabic mengkhusus kepada kata kerja atau imperfect tense(present tense @ al-mudaria).
At a certain point of time, aku rasa ianya terjadi kat orang lain juga, akan angkat hand-break seketika. Release diri sendiri dari lakukan perkara yang sama. Memang tiada sesiapapun yang mampu dan kekal fokus untuk sebilangan waktu yang terlalu lama. Aku bukannya seorang yang ‘genius’, so to speak. Aku hanyalah orang biasa yang mudah ‘bosan’ dan mudah being diverted oleh perkara yang terkadangnya tidak terfikirkan. Slightest hal pun sudah memadai untuk aku hilang tumpuan. Kekadang ambil masa pula hendak kembalikan ke mode ‘belajar’ menelaah. Ciri ciri slow leaner macam memang built-in dalam diri. Dah ada sukar dibuang.
Namun kata kata rangsangan cikgu perdagangan aku semasa di SMAL, tingkatan 3 … Cikgu Rahman namanya, jadi ‘azimat’ untuk aku bergerak kedepan. Katanya, ‘ Belakang parang kalau di-asah hari hari…tidak mustahil akan jadi tajam…’ bilamana dia lihat kelas dalam keadaan ‘blur’ tak faham akan apa yang diajarnya. Mungkin topik yang diajar agak ‘berat’ dihadamkan atau mungkin juga teknik pengajaran sedikit lari not suited. Andaian aku sahaja.
Cara aku release ‘tension’ currently limited to two. Pertamanya, layan lagu ‘retro’ dalam koleksi peribadi aku. Keduanya ialah dengan menulis di journal samada di buku atau digital platform. Sering aku lakukan keduanya sekaligus. Dengar lagu pilihan dibackground dan sambil menulis. Bergantunglah pada kesesuaian. Selalu juga sekadar layan lagu sambil kunyah kacang ‘ngan yin’ bernostalgia. Apa yang aku recall itu kemudiannya jadi bahan penulisan kisah kisah yang aku sendiri lalui dulu. Abadikan dalam buku atau di platform journal digital.
Belajar belajarlah terima nasihat
Inilah hakikat kehidupan
What’s the point hendak bother akan hal yang tidak berkaitan dengan kita. Bukanpun boleh merubah keadaan. Adalah lebih elok fikirkan kelangsungan diri bersiap siaga urusi segala yang bakal dihadapi. Kita tidak tahu apa yang khusus buat diri dalam meniti phasa penuaan. Melihat kepada situasi semasa dilingkungan, macam macam boleh terjadi. Ada yang boleh diagakkan mungkin berlaku dan lebih tragis lagi akan perkara yang tidak pernah tersangka dan mustahil boleh senang senang terjadi. Segalanya berkemungkinan.
Bebaskan diri…relaxs dan tenang tenang jalani kehidupan semasa.
No comments:
Post a Comment