Sunday, January 12, 2025

Jumaat ke-2 ditahun 2025

11 January 2025, Saturday 12:31pm

Jumaat ke-2 ditahun 2025

Semalam aku diberi 'ruang' lagi untuk hadir berjamaah Jumaat. Sudah lama rasanya aku tidak ulas akan isikandung khutbah jumaat. Disebabkan perlu menghantar dan menjemput Yaseer dari sekolahnya sepanjang minggu untuk beberapa bulan penghujung tahun lalu maka kehadiran aku berjemaah jumaat tidak menentu. Kekadang cepat dan selalunya lewat ke masjid.


Kebiasaannya, diwaktu pulangnya dia pada hari jumaat, trafik adalah sesak. Ini akibatkan lewat untuk sampai menjemputnya dan tentunya lewat jugalah untuk sampai kerumah. Kerap juga berjumaat di masjid diluar khariah bilamana azan zohor telah berkumandang. Bagi elakkan diri dari lengah berkemungkinan lewat atau kekadang tidak sempat berjumaat di-khariah sendiri maka tepaksalah singgah mana mana masjid. Selagi mana motornya tidak diperbaiki dan kembali semula becoming 'roadworthy', terpaksalah harus bagi aku menghantar dan menjemputnya dari sekolah.


Dipenghujung tahun lalu dan penggal persekolahan sessi 2024/2025 pula akan berakhir pada 22/01/2025, abangnya telah membaikpulih motor pemberiannya kepada yaseer buat kali yang ke-tiga, kalau tidak silaplah, 'major' and thorough repair bagi kemudahannya ke sekolah hadapi peperiksaan SPM yang sedang berlangsung kini. 


Awal tahun ini semuanya agak normal dan aku jalani kehidupan seperti biasa. Makanya untuk Jumaat kedua pada tahun ini, aktiviti aku ke masjid seperti sebelumnya. Business as usual. Sampai sebelum imam menaiki mimbar membacakan teks. Sempat bersembahyang sunat 'qabliah' dan duduk bersila menunggu perutusan khutbah untuk minggu ini. Teks penuh boleh diperolehi dari facebook MAIM dan kalau mahu boleh sahaja download untuk dibaca keseluruhannya serta memahaminya.


Pergi sahaja ke-link...Berbuat baiklah Sesama Manusia 


Untuk Jumaat ke-2 pada tahun 2025 ini, Imam Nasrie mengimamkan sembahyang Jumaat dan beliau jugalah yang naiki mimbar membacakan khutbah. Aku perasan yang untuk dua minggu berturut ini, isikandungan khutbah very close dengan situasi semasa yang dihadapi dilalui. Bagi akulah, pengisian khutbah yang bersifat kontemporari sedemikian ini seolah pihak panel khutbah mencuba sedaya bersungguh mengangkat isu semasa yang jadi keresahan masyarakat untuk disantuni dengan cara yang betul lagi beradab. Memang up-to-date dan naturally-nya sangat baik bermaklumat jadi panduan kepada semua.


Tekun mendengari khutbah yang disampaikan. Aku cuba kaitkan dengan peristiwa gempar pada Subuh 1 Rajab yang juga merupakan pagi tahun baru 2025. Kisah pemuda India membuat kecoh didalam masjid di TTDI, terjerit-jerit dan sempat lagi memecahkan kemudahan yang ada didalam masjid tersebut lalu jadi gempar di-viralkan. Suasana tenang pada Subuh ketikanya para jemaah sedang menantikan iqamat untuk bersembahyang, ruang solat utama diceroboh masuk oleh lelaki india yang kononnya hadapi 'masalah' mental. Sejauhmana kebenarannya terpulanglah buat 'reader' menakuli kejadian ini buat renungan bersama. Apakah sengaja dilakukan atau itulah yang di-takdirkan oleh Allah s.w.t. memperlihat menyerlahkan 'akhlak' makmum di-vicinity 'elit' orang Islam. Malah banyak diperkhabarkan akan isu ini bagi mengelak salah faham dan kemungkinan tercetusnya kejadian yang tidak diingini oleh media online. Kepantasan menyampaikan maklumat dikalangan pengamal media digital ini buat mereka berlumba lumba mendapatkan viewer tertinggi bagi membuktikan kredibiliti media memasing.


Boleh baca sepenuhnya di-pautan ini...., lelaki bukan islam ceroboh masjid juga teks di-pautan ini..., lelaki-alami-gangguan-mental-ceroboh-masjid


Pelbagai reaksi dihamburkan oleh warganet akan kejadian ini. Ada yang terlalu emotional menyimpulkan sebagai 'provokasi' kepada orang islam. Banyak juga yang cuba meredanya memperbandingkan dengan kejadian orang kafir yang membuat onar didalam masjid di zaman Rasullullah saw. Agak terperinci ulasan dan beralas mengeluarkan pendapat. Bagi aku orang sebegini bukan sembarangan tapi punyai pengetahuan yang meluas berintelektual.


Antara pendapat spontan yang dilontarkan oleh warganet di Sinar Harian.

Adli Nordi

  · 

Kat Malaysia ni negara majmuk, rumah ibadat mcm masjid, kuil, tokong dan gereja tidak sepatutnya jadi tempat provokasi mana2 pihak. Siapa pun, bangsa mana pun tak boleh buat. Apatah lagi kita Islam, yang Allah tegah merosakkan rumah ibadah agama lain s… See more

2w

Reply


Top fan

Shahrul AR

  · 

Awal2 jgn bg masuk sepatutnya mencurigakan

2w

Reply


Top fan

Misran Mohd Iskak

Memang sial la semua gangguan mental jer..

2w

Reply

Shah Md Shah

Dalam masjid..guna kekerasan..mmg x patut...masjid..rumah allah..patut tunjukkan yg islam tu indah...ni bukan soal kita bertolak ansur..ni soal kita hormat rumah allah....patut tgu polis, biar polis selesaikan...

2w

Reply

Edited


Top fan

Muhammad Hafiz

Lepas ni rasanya boleh dah buat pakej kad OKU sekali dgn mykid.. Kalau yg mana baru masuk kat airport tu pun boleh jugak bagi siap2.. 😌

2w

Reply

Md Asri

Ada ujian disebalik kejadian. Cara , pendekatan , kaedah dan bagaimana kita hendak menanganinya.

2w

Reply

Edited

Shaiful Rizal

KLu dh mental Knp 1 keluarga datang masjid 😇

2w

Reply

Manal Ismail Al-Masry

Elok pulak dia drive

2w


Peristiwa ini tentunya akan menjadi lebih panas setelah dikipas/di-spin semaksimumnya oleh pihak tertentu. Membangkitkan suasana tegang dalam masyarakat berbilang kaum akan memberi kesan negatif. Rasanya tidak siapapun menginginkan suasana tidak selesa berpanjangan jadi seperti 'api' dalam sekam menunggu masa sahaja untuk 'membakar' emosi bertujuan menanam kebencian serta pergaduhan antara kaum.


Apapun peristiwa gempar ini perlu direnungi akan 'hikmah' disebaliknya. Makin hampir buat diri untuk kembali menemui-Nya, makin banyak pula peristiwa dan kisah anih dikhabarkan di media digital sepantas as and where its happened. Dunia sudah di-akhir zaman. Errrr, emmmm entahlah.

No comments: