08/1/2025 12:18
Kerisauan Di Dinihari
Alhamdulillah. Aku baru selesai mengulang Book 2 Lesson 17 yang membincangkan pasal ('Lam' of reasoning atau 'in arabic' bermaksud لآمْ التَعْلِيلِ( ل). Sedikit sebanyak dapatlah aku ingati/recall back akan apa yang telah aku pelajari. Hiccup memang kerap hadir. Maka terpaksalah aku rujukinya akan patah perkataan yang tidak aku fahami dan gagal pula membiasakan menyebut serta menulisnya agar ianya kekal diingati selamanya. Maklumlah bila sudah lama tidak rujuk dan culas pula membuat latihan serta membiasakan diri dengan huruf Arab, kesannya mungkinlah kalau tidak tetap hati akan tinggalkan terus.
Terkini, kata-kata nasihat dari Abdul Adheem laju menusuk diri. Pertama di videonya akan Book 2, Lesson 16. Seterusnya di Lesson 17, juga dari Book 2 Madinah Arabic yang jadi 'teks' utamanya.
Taking Note 1...
Taking Note 2...
Memang bermanfaat videonya ini. Kupasan serta penerangan yang amat jelas pada diri aku ini amat dihargai. Katanya lagi - don't just staring at the video but should take down the important concept which being explained. Seharusnyalah aku heed the advice dalam mempercepatkan lagi pemahaman akan isikandung al-quran yang dibaca.
Malulah juga bilamana tutor yang bercakap dalam youtube videonya menyatakan viewer tidak akan mempelajari 'something' dengan sekadar menonton sahaja. Katanya lagi perlu ada interaktif dengan apa yang didengar ditontoni. By way of writing and answering the question, then the knowledge will sink in our head-lah. Apalah, itupun hendak kena cakap ker.
Malah sebelum inipun, rajin sungguh aku klip-kan video pada coretan aku yang terdahulu. Sebelum yang ini, klip dari Muhammad Arjan Ali dan paling awal adalah dari Bro Asif Meherali.
Semoga usaha yang aku ambil ini dengan bersungguh-sungguh serta istiqamah akan menghadirkan kefahaman akan ayat al-quran yang dilafazkan. Entah kali keberapa aku membuat coretan bagi memotivasi diri tentang kekal dan bersungguh dalam pembelajaran. Sering setiap kali bila 'down' dan rasa masih jauh tertinggal dalam bab pelajari bahasa al-quran, maka naturally-nya aku akan buat catatan mengingatkan diri untuk kekal fokus.
Be steadfast and always keep ourself motivated. Mungkin akan menjadi cogankata sehinggalah aku mampu memahami sepenuhnya. Bukankah bahasa arab ini adalah bahasa al-quran dan perlulah aku menyantuninya dengan cermat beradab.
Insya-Allah, moga usaha aku ini Diperkenankan OlehNya. Ameen.
No comments:
Post a Comment