Friday, January 24, 2025

Kelapa Muda

Kelapa Muda

Friday, 24th January, 2025 @ 12:47pm

Pada hari Selasa, dua hari lepas, setelah bersarapankan roti canai, kami bergegas ke Econsave Batu Berendam. Macam kebiasaan yang terdahulu mengunjungi pasaraya 'borong' Econsave ini, kedatangan adalah untuk mendapatkan barangan pembuatan karipap. Ubi kentang, marjerin, serbuk kari, udang kering dan juga plastik pembungkusan. Bagi aku tiada yang luarbiasanya.


Sesampai di laluan masuk utama @ main customer entrance, bersusun pelbagai barangan untuk sambutan Tahun Baru Cina diperagakan. Tidaklah aku teruja sangat pasal hal yang dipandang ini. Lantak lah... mereka punya perayaan. Warna 'merah' mendominasi sebahagian besar kawasan 'promosi' mereka. Pelbagai kategori barangan yang dibuat 'block display' buat memanccing perhatian pelanggan untuk membeli dan tentulah sasaran utmannya adalah orang tionghua itu sendiri.


Keadaan pagi Selasa itu menjelang ke tengahhari, kunjungan pelanggan Cina dan orang Melayu lebih tertumpu terarah kepada barangan basah @ perishable goods. Lebih ramai berkerumun memilih sayuran, ikan dan barangan untuk memasak terutamanya bawang merah, bawang besar, cili basah dan cili kering berdasarkan keperluan memasing. Kelihatan ada yang membeli banyak akan sesuatu barangan dan sekadar perlu sahaja untuk barangan lainnya. Mungkin tidak perlu membeli berlebihan, membazir dan mudah rosak tidak boleh di makan.


Orang rumah saling sesama tumbas dengan pelanggan cina memilih keperluan 'perishable' yang segar. Leka mereka tunduk memilih. Aku pulak busybody melihat memantau kebahagian peragaan barangan khusus untuk perayaan mereka. Agaknya, terlalu awal pagi, kunjungan mereka ke bahagian bulk display seolah tiada sambutan. Meja mahjong, kerusi pelbagai bentuk kemerahan dan carton beer pelbagai brand juga beras tidsk nampak pula aku diangkut kedalam shopping trolley yang memasing menolaknya.


Mungkin agaknya aku telah terlibat dalam sektor peruncitan secara langsung dan aktif melebihi dari 30 tahun, kecenderungan aku atau incline melihat impak dan sambutan keatas 'promosi' jualan yang dilaksanakan. Biarlah ianya tidak berjawab. Namun aku sebagai orang yang terlibat secara langsung mengerti sangat. Menjadi tugasan, selesai sahaja apa apa promosi, segala faktor yang terkait akan dinilai dan dianalisa diperingkat store memasing untuk promosi pada tahun berikutnya. Report kena present kat 'merchandiser' di HQ for penilaian dan counter-measure for next promo or event.


Tapi aku lebih tertarik dengan peragaan 'kelapa muda' per biji di section 'buah-buahan'. In doubt sebenarnya aku. As a pengguna, adakalanya kita berfikir cara kita yang 'konon' lebih praktikal. Ketikanya, cuaca tengah panas dan terlihatkan gerai 'air kelapa' ditepi jalan, automatically kita akan himpit tepi berhenti, menikmati kesegaran air kelapa ber-ais lagi. Impulse buying. Moment yang hanya mereka yang pernah alaminya akan tahu betapa nikmatnya rasa air kelapa yang fresh. 

Nie jerrrr...


Bersarapan dulu...Infasha

Surely...akan gagal

                                               

Konsep berjualan kelapa muda biji dalam supermarket amat sukar untuk aku hadamkan. Bolehkah terjual. Tembikai tu kira acceptable lah. Ini buah kelapa muda. Beratnya dah lah semacam, hendak membawanya balik rondoh randah. Rasanya tidak berbaloi. 


Entahlah...Labu. 










No comments: