Saturday, April 26, 2025

Keputusan SPM@2024...terakhir

25 APRIL 2025, 09:47 AM


Keputusan SPM@2024...terakhir


Semalam adalah harinya buat anak aku yang bongsu mengetahui keputusan. Berakhirlah juga penantian yang selepas tamatnya 'kertas' terakhir pada penghujung Februari 2025 yang lalu. Debaran orang yang menduduki peperiksaan tentulah tidak sama dengan aku yang turut menunggui akan keputusannya itu. Kita kerap rungsingkan akan sesuatu yang belum dan apa yang bakal terjadi. Perkara yang sepatutnya perlu dirungsingkan tapi perkara lain pula yang berlebih-lebih. Situasi ini adalah lumrah manusia. 


Perkara yang perlu diketahui dan sesungguhnya diyakini adalah kebenaran yang telah disampaikan oleh junjungan besar kita kurang lebih 1400 tahun yang lalu. Namun kebanyakkan kita yang 'lemah' keimanan anggap sepi dan sering dikesampingkan. Janji balasan atas segala perbuatan yang dilakukan kenalah yakin seharusnya. Tahap kepedulian kita kepada 'janji' Allah swt begitu rendah malah ada dikalagan kita tidak menghiraukannya langsung. Cukup malang dan amat malang hidupnya.


Ramalan dan jangkaan yang difikirkan terjadi selalunya sering tersasar. Ketentuan dariNya adalah pemutus akan semua andaian yang kita rasakan. Hendak pertikaikan adalah satu hal yang mustahil kerana Hanya Dialah Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa keatas sesuatu.


Aku berserah diri. Apa sahaja keputusan yang diperolehi si Yasser, aku terima seadanya. Harapan aku agar result-nya itu tidak sampai membuatkan dia 'down'. Selebihnya dan bertitik tolak dari 'keputusan' yang diperolehi adalah permulaan perjalanan ke next level buatnya. Apa yang penting, be strong dan perbaiki setiap kelemahan dalam hadapi pelbagai cabaran di phasa kehidupan seterusnya.


Perbaiki kelemahan dan usaha tangga kejayaan. Slogan jadi penguat semangat hadapi dugaan hidup yang pasti semua perlu face up with strong-willed.

No comments: