21/6/2024 03:13
Pagi jumaat ini disebabkan keperluan mencari bahan masakan yang tidak tidak tapi perlu ada iaitu 'Maggi Secukup Rasa' aku menyinggahi bersama orang rumah selepas keluar bersarapan di 'Perhentian kuih Traditional' as shown on its signage board tapi di resit ditulis 'Perhentian Kuih Kampong' ler pula.
Sebaik sampai di Family Store @ Melaka Mall, tidak lengah lagi orang rumah bergegas kedalam premis Melaka Mall mencari barang yang dihajatinya. Aku pula tercangak cangak mencari tempat parkir yang kosong. Adalah dalam kurang lebih ke sepuluh minit berikutnya, ada pula 'hamba-Allah' yang hendak keluar dari tempat parkir. Bernasib baik-lah aku mendapat parkir yang berhampiran berdekatan dengan pintu masuk. Tidak perlu-lah si-dia yang boleh tahan 'apperance'-nya yang terlebih BMI bergerak ke kenderaan nanti.
Sejak awal lagi aku terlihatkan dalam mencari cari parkir yang kosong akan 2 orang perempuan pertengahan umur dibelakang 4X4 tercegat dengan 'customer trolley' kosong. Apsal mereka terpacak sambil memerhati kenderaan yang bergerak perlahan didalam compound parkir mencari parkir yang kosong. Aku tenung lagi dengan penuh 'attentive' akan apakah yang hendak mereka lakukan. Tetiba bila tiada kenderaan yang rapat dan cukup ruang untuk mereka 'beraksi', terlihatlah aku salah seorang dari mereka, berbadan besar seolah 'tomboy' membuka menyingkap canvas. Segeralah dia memunggah sesuatu kedalam trolley. Nampak macam 'cili mesin' yang sudah siap ditanding tanding dalam bungkusan setengah kilo seplastik. Mantap dia mengangkat dan meletakkan penuh hati hati. Manakala yang seorang lagi agak sedang sedang orangnya melekapkan buku seolah 'invois/delivery note' sedang merekodkan butiran. Posingnya membuatkan aku yang sudahpun masuk parkir jadi tidak tentu arah pula memerhatikan gelagatnya. Berfantasi yang gitu gitu.
Memunggah stok ke dalam trolley |
Tekun menyusun |
Sedia untuk disambar pelanggan 'regular' |
Aku sengaja tidak mahu keluar dari Alza. Suka melihat akan apa yang akan berlaku seterusnya. Sebagai buktinya, aku abadikan beberapa gambar 'semasa@on the spot' akan aksi mereka. Memang aku amat berterimakasih dengan 'teknologi' camera yang makin canggih. Tidak perlu susah susah dan lorat lorat macam 'era' kodak film perlu dimasukkan atau perlu ada didalam kamera dan berhati hati mencari angle yang 'menarik' sebelum snap gambar dengan harapan ianya menjadi. Tapi selalunya 'phobia' bila hantar cuci cuma hanya bayangan kelam lagi hitam. La ni, you just keluarkan smartphone dan snap sahaja gambar mereka. Tidaklah macam dulu dulu, perlukan 'film roll' berbaki di dalam kamera dan fokus lelama kearah objek yang hendak dirakam dan barulah 'snap' gambar. Itupun belum tentu jadi atau tidaknya. Kena hantar kedai gambar cina untuk proses cuci pula. Kini, selesai rakam kita boleh terus 'view'. Kalau tidak memuaskan boleh 'delete' dan ambil semula. Iya, sepantas itu.
Setelah lama aku amat amati, timbul pula rasa bangga akan aktifnya anak bangsa terlibat dalam bidang niaga. Biarpun 'menumpang ehsan' dengan pengusaha bangsa lain, setidak tidaknya ianya menjadi pemangkin kearah kejayaan akan datang. Bukan tidak ada usahawan Melayu yang besar dan berjaya, ramai memang ramai tapi tidaklah sehebat ke peringkat global dan playing ground mereka bukanlah 'outlet' peringkat bawahan ini, cumanya aku bukanlah orangnya hendak menyibuk tentang perniagaan orang lain. Apa yang aku lihat ini sekadar apa yang berlaku terjadi didepan mata. Siapa yang tidak berbangga. Orang kita tu. Tidak kisahlah besar ke kecil perniagaan yang diusahakan. Tidak mustahil juga 'berkat' dari kesungguhan dan peluang yang menjelma nantinya memungkinkan dia makin berdaya saing meningkat naik dalam bidang yang diceburinya.
Terapkan 'usaha tangga kejayaan' sebagai motivasi diri hadapi hari hari mendatang.
No comments:
Post a Comment